mesyuarat malaysia 1998 - bayan subuh maulana yaakob
nizamuddin - 06/09/98
Bila manusia buat usaha ke atas benda, maka benda itu akan menjadi berharga. Sebagai contohnya apabila manusia membuat usaha ke atas tanah maka di atasnya akan didirikan bangunan dan rumah. Manusia menganggap itulah kemajuan. Tetapi sebaliknya apabila usaha ke atas manusia tidak dibuat, berbagai keburukan akan keluar dari diri manusia. Oleh itu nabi-nabi didatangkan kemuka alam untuk membuat usaha ke atas diri manusia. Nabi-nabi tidak membuat usaha keatas benda. Apabila usaha ke atas manusia tidak dibuat, manusia tidak mengenal makrifat Allah. Ia tidak mengenal seluruh apa yang ada di dunia ini yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Rasullullah s.a.w pernah bersabda maksudnya asas kerosakan didunia ini berlaku apabila manusia cinta dunia/harta. Manusia hari ini yakin kejayaan dibentuk apabila banyak harta. Oleh itu usaha telah dilakukan kearah mendapatkan banyak harta. Keadaan inilah yang berlaku di seluruh dunia dimana lelaki, perempuan, kanak-kanak digunakan untuk membuat usaha bagi menambahkan harta. Keadaan ini bertentangan dengan dakwah nabi-nabi, dimana nabi-nabi mendakwahkan bahawa kejayaan dalam iman.
Nabi Ibrahim mendakwahkan Namrud, bahawa kuasa mutlak ditangan Allah, Allah yang menghidupkan dan mematikan. Namrud mengatakan ia Tuhan, ia boleh menghidupkan dan mematikan iaitu dia mengeluarkan 2 orang dari penjaranya, seorang dibunuh dan seorang lagi dibebaskan. Begitulah juga dakwaah Nabi Musa a.s bahawa Firaun tidak boleh membentuk kejayaan atau kegagalan. Kejayaan atau kegagalan seseorang itu datang dari Allah. Allah s.w.t membantu nabi-nabi dizamannya ketika mereka menjalankan usaha agama. Sesungguhnya kita tidak boleh fikirkan dengan logik akal bagaimana Allah s.w.t membantu nabi-nabi. Sebagai contoh Allah s.w.t menyediakan makanan yang sedia siap kepada Bani Israel ditengah-tengah padang pasir dengan tidak menyediakan bahan makanan. Setelah makan Bani Israel meminta air, Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa memukul batu dengan tongkat Nabi Musa, maka dari situ terpancar 12 mata air untuk 12 kabilah. Bantuan Allah itu berlaku apabila Bani Israel melarikan diri dari kezaliman Firaun. Oleh itu Allah s.w.t telah memberikan bantuan ke atas mereka. Kesemua ini Allah s.w.t hendak menunjukkan bahawa untuk memberi kemanafaatan keatas seorang, Allah s.w.t tidak memerlukan asbab zahir atau Allah s.w.t tidak berhajat sesiapa.
Allah s.w.t memelihara manusia dengan kudratNya. Allah s.w.t ada 99 sifat. Allah memberi perlindungan. Apabila Allah s.w.t hendak memberi perlindungan ia tidak memerlukan kelengkapan ketenteraan tetapi Allah akan menurunkan bantuanNya dengan kudratNya. Bagaimana contoh Allah s.w.t pelihara Nabi Ismail a.s dan ibunya Siti Hajar yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim. Diberitakan Nabi Ibrahim apabila berjalan meninggalkan anak dan isterinya, isterinya bertanya, “Kamu hendak ke mana? Adakah ini perintah Allah ? Jika ini perintah Allah, sudah tentu Allah akan bersama kami”. Kisah ini untuk menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa Allah s.w.t adalah pemelihara segala-galanya. Pengorbanan dua anak beranak itu telah diterima oleh Allah s.w.t sehingga Allah s.w.t mengeluarkan air zam-zam dari tempat injakan kaki anaknya. Air itu penuh keberkatan ia akan menyebabkan orang yang meminumnya dari dahaga hilang dahaganya, yang sakit hilang sakitnya. Abdullah Mubarak apabila meminum air telaga zam-zam itu berniat ya Allah berkat ia meminum air zam-zam lepaslah ia dari kedahagaan kehidupan akhirat.
Bagaimana Allah SWT selamatkan Nabi Musa a.s di zaman Firaun. Apabila tukang nujum memberitahu akan lahir seorang bayi untuk menghancurkan kerajaannya. Maka Firaun memerintahkan setiap bayi dibunuh tetapi Allah s.w.t selamatkan Nabi Musa di dalam istananya. Allah s.w.t sesungguhnya yang pemelihara segala-galanya. Dalam membangunkan kerja dakwah, Allah s.w.t tidak memberi kebendaan kepada nabi-nabi tetapi memberikan mereka iman untuk bergerak keseluruh dunia dengan menyatakan bahawa segala-gala yang berlaku di dunia dan seluruh alam adalah atas gengaman Allah s.w.t.
Dakwah Nabi besar Rasullullah s.a.w menjelaskan semua kita bukan didatangkan, tetapi sebaliknya kita dihantar untuk menjelaskan maksud hidup sebenarnya. Sahabat-sahabat faham akan maksud ia dihantar oleh itu apabila takazah agama dibentangkan dihadapannya, mereka terus bertebaran keseluruh alam. Dalam Haji Wida’ Rasullullah s.a.w memberi khutbah yang panjang. Adakah aku telah sampaikan risalah dari Allah s.w.t. Semua sahabat berikrar dengan Nabi bahkan sesungguhnya kamu telah sampaikan agama yang hak. Kerisauan yang sebenarnya perlu ditumpukan ke atas agama, perlu wujudkan kerisauan tentang agama . Kerisauan inilah perlu ada pada setiap orang Islam dan jangan tumpukan kerisauan ke atas benda-benda kerana dalam pembangunan kebendaan Allah s.w.t yang membuat segala-galanya. Seluruh masalah umat hanya Allah s.w.t sahaja yang boleh menyelesaikannya. Untuk mendapatkan bantuan Allah s.w.t seluruh umat perlu bangun dan menyeru bahawa kejayaan dalam mentaati seluruh perintah Allah cara Nabi Allah s.w.t . Seorang yang bermasalah perlu dibangunkan atas dakwah atau membuat usaha atas iman, maka sesungguhnya dakwah tinggi kerana kerja dakwah adalah kerja nabi-nabi. Apabila umat Islam membuat usaha atas iman maka ia sebenarnya sebagai naib nabi. Jika orang Islam tidak ada fikir dakwah, ia akan membiarkan dakwah. Setiap orang Islam sebenarnya dihantar untuk maksud dakwah. Kita perlu turun ke padang dan tidak boleh beribadat seorang diri. Orang yang bangun atas maksud dakwah, Allah s.w.t akan jauhkan ia dari sebarang musibah.
Orang Islam perlu memikirkan mengenai sunnah-sunnah Nabi supaya ia dapat dihayati oleh setiap kehidupan umat Islam. Karkun dalam membuat usaha agama perlu betulkan niat bukan untuk pangkat atau kemasyhuran. Bagaimana kisah seorang gabenor datang berjumpa Hadrat Umar dengan berjalan kaki. Hadrat Umar marah dengan pengiring gabenor itu - mengapa kamu tidak sediakan kenderaan kepada gabenor kamu. Ia menyatakan jangan marah mereka, kerana mereka tidak memikirkan keperluan kenderaan gabenor. Hadrat Umar menghantar seorang sahabat untuk menyelidiki ehwal kehidupan gabenor itu. Selepas 3 hari tinggal dirumah gabenor itu bekalan makanan di rumahnya telah tiada. Bahan-bahan yang ada di rumah hanya kain cadar dan lotar (tempat air sembahyang) sahaja. Begitulah ehwal seorang gabenor di zaman sahabat.
Saidatina Aishah r.a mendapat imbuhan dari khalifah Umar sebanyak 12,000 dinar, terus membahagikan kepada fakir miskin. Hadrat Umar mengambil wang dari Baitulmal dan memberi kepada gabenor tadi. Ia mangatakan yang ia tidak memerlukan wang itu. Hadrat Umar menyatakan jika kamu tidak memerlukannya berilah kepada yang memerlukan. Apabila ia menerima wang itu ia terus memberikan kepada fakir miskin. Beginilah ehwal orang yang beriman. Apabila ia mendapat nikmat ia memberikan kepada orang lain. Begitulah kita yang membuat usaha agama apabila mendapat nikmat, kita perlu memberikan kepada orang lain bukan dengan menambahkan kebendaan kita seperti kenderaaan baru, rumah baru dan sebagainya.
Dalam membuat usaha agama jika kita mengalami kelaparan, maka itu telah mirip kehidupan sunnah nabi. Seorang yang berlapar dalam sehari dengan tidak meminta-minta dari makhluk, maka Allah s.w.t akan memberi rezeki dari sumber halal selama satu tahun.
Comments
Post a Comment