mesyuarat malaysia 1998 - bayan subuh maulana saad

nizamuddin - 08/09/98

Setiap zaman Allah s.w.t menghantar ambia di kalangan manusia untuk membuat usaha ke atas iman.  Setiap masa nur hidayah berpindah dari nabi ke nabi sehingga Baginda Rasullullah s.a.w.  Setiap nabi membawa hati umat dari makhluk kepada khaliq.  Setiap nabi membawa 2 perkara iaitu kebaikan dan amanah, iaitu supaya diri, harta, masa manusia digunakan dengan jalan yang betul.  Usaha nabi sama iaitu atas kalimah taiyibah, tetapi medan usahanya berbeza-beza.

Umat Muhammad s.a.w adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan usaha yang sempurna yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.  Medan usaha umat ini adalah kepada setiap individu/manusia di seluruh dunia seluruh alam.  Dengan lain perkataan kerja umat ini adalah sama dengan kerja Baginda Rasulullah.  Kerja yang dahulu dipindah dari nabi ke nabi tetapi sekarang telah dipindah dari nabi ke umat. 

Medan usaha umat ini ada 3 :
1.        Usaha atas umat.
2.        Usaha atas kaum/keluarga .
3.        Usaha atas manusia seluruh dunia seluruh alam .  

Allah s.w.t menjadikan manusia sebagai khalifah Allah. Rasulullah bersabda manusia sebagai lombong-lombong emas dan perak. Jika tanah yang mengandungi emas itu tidak diusahakan maka emas dan perak dalam lombong itu tidak dapat dikeluarkan.  Begitu juga jika manusia dijadikan medan usaha maka manusia akan baik dan dari diri manusia akan tersebar hidayat.  Allah s.w.t telah memilih manusia sebagai khalifahNya kerana dalam diri manusia ada sifat -sifat mulia.  Sebagai contohnya Nabi Ibrahim a.s mempunyai banyak sifat mulia.  Oleh itu ia telah dijadikan kawan dan Nabi Allah.  Manusia yang mensia-siakan sifat mulia yang ada pada diri mereka adalah orang yang zalim.  Nabi Ibrahim a.s dikatakan mempunyai 30 sifat dan ia telah lulus dari ujian Allah dan beliau telah dijadikan imam kepada semua manusia sehingga hari qiamat.

Adakah sekarang kita telah membina sifat-sifat mulia yang membolehkan bantuan Allah datang kepada kita.  Sebanyak mana sifat mulia dibina oleh manusia maka ia akan menjadi kawan Allah s.w.t.  Sesungguhnya Allah s.w.t telah memperkenalkan sifat Allah kepada nabi dan kita perlu menjalankan usaha memperkenalkan sifat-sifat kesempurnaan Allah kepada manusia seperti usaha yang dijalankan oleh nabi-nabi.  Allah s.w.t yang menghidupkan dan Allah yang mematikan, dialah zat yang membangkitkan manusia di hari qiamat, yang memberi kesihatan dan nikmat.

Sebelum Rasulullah s.a.w, nabi-nabi membuat usaha tidak mengwujudkan orang yang membuat usaha agama. Berbeza dengan Rasulullah s.a.w telah menyediakan umatnya untuk membuat usaha agama.  Dalam masa 23 tahun, 124,000 sahabat telah disediakan untuk berbagai tugas agama, seperti Abu Hurairah seorang yang alim,orang yang tegas seperti Hadzrat Umar.

Hari ini kita perlu sibukkan diri dalam menyempurnakan takazah agama supaya sifat-sifat mulia kita dapat terbina dan kita diterima oleh Allah s.w.t dalam membuat usaha agama

Dalam dakwah ada mizaj iaitu cara-cara nabi membuat kerja agama.  Sahabat-sahabat dengan melihat nabi, mereka tahu samada nabi suka atau tidak, seperti apabila ia berpakaian sutera, nabi suka atau tidak.  Dalam dakwah ada mizaj nabi, oleh itu ia memberi kesan. Semua mizaj nabi ada pada sahabat. Para sahabat seperti bintang, jika kita mengikutinya nescaya kita akan mendapat kejayaan.  Sebagai contohnya dalam sembahyang ada mizaj sembahyang dan cara sembahyang.  Mizaj sembahyang ialah yakin yang betul, tarikat sembahyang ialah buat  dengan sempurna, bayangkan kita  nampak Allah s.w.t atau Allah s.w.t nampak kita dan kita sembahyang dengan ikhlas, manakala caranya jika orang sakit cara sembahyang berbeza dengan orang yang sihat.

Rasulullah s.a.w sebelum wafat telah memberi tiga kerja :
1.        Usaha agama
2.        Hak Allah
3.        Hak manusia

Sebelum wafat Rasulullah s.a.w telah membuat 3 kerja.  Menghantar jemaah Usamah bin Zaid untuk menunaikan hak usaha agama, meminta umatnya menitik beratkan menunaikan sembahyang untuk tunaikan hak Allah s.w.t dan memerintah supaya berbaik dengan hamba sahaya untuk tunaikan hak manusia. 

Rasullullah sediakan sahabat dan mengambil kerja agama kepada sahabat.  Nabi telah sediakan kumpulan manusia yang sedia menunaikan 100% takazah agama.  Dalam membuat usaha agama Rasulullah s.a.w telah membuat usaha dikalangan 3 peringkat manusia serentak iaitu orang lelaki, wanita dan kanak-kanak seperti Abu Bakar, Siti Khadijah dan Ali r.a.

Dalam membuat khutbah yang panjang dalam Haji Wida’, Baginda menyatakan bahawa setiap orang dalam haji ini perlu menyampaikan agama kepada orang yang tidak hadir, bukan sahaja pada ketika itu tetapi kepada seluruh manusia sehingga hari qiamat.  Dalam Haji Wida’ setiap yang datang telah membuat keputusan yang kerja dakwah adalah kerja mereka.  Hari ini apabila manusia tidak menjadikan dakwah sebagai maksud hidup mereka, maka kerja keperluan telah menjadi maksud hidup mereka, pertanian sebagai maksud hidup, perniagaan sebagai maksud hidup mereka. Oleh itu manusia telah yakin pada asbab.

Usaha Nabi ialah untuk menjelaskan kepada manusia maksud hidup manusia.  Dakwah Nabi adalah untuk meningkatkan iman.  Apabila manusia tidak menjadikan dakwah sebagai maksud hidup maka natijah agama tidak wujud dan ia tidak mendapat hidayat.  Tetapi sebaliknya jika manusia menjadikan dakwah sebagai maksud hidup pasti ia mendapat hidayat. Ini adalah janji Allah s.w.t.  Oleh kerana sahabat sibuk membuat kerja dakwah tiada seorang pun yang dikenali sebagai ahli perniagaan atau ahli pertanian walaupun ketika itu mereka berniaga dan bertani.  Berbeza dengan manusia hari ini dikenali sebagai pekedai buku, pekedai runcit dan sebagainya.  Maksud hidup sahabat ialah hijrah untuk agama atau nusrah jemaah yang membuat usaha agama.  Mereka menjadi Ansar dan Muhajirin, sahabat-sahabat dikenali sebagai usaha agama seperti ahli Badar, ahli Uhud, ahli Khandak dan sebagainya. Rasulullah memberitahu bahawa jangan mengutamakan lebih dari dakwah sebagai maksud hidup.  Oleh itu sahabat-sahabat biasanya keluar tunai apabila dibentangkan takazah agama kepada mereka. Sebagai contoh seorang sahabat memberitahu ia sedia menuanaikan takazah Rasulullah s.a.w tetapi perlu meminta izin untuk mengambil unta di luar Madinah, Rasulullah s.a.w memberitahu mereka tidak ada masa untuk mengambil unta beliau dan perlu terus keluar.

Hari ini kita belum menjadikan dakwah sebagai maksud hidup, keadaan kita sama dengan seorang petani, peniaga dan sebagainya. Berbeza dari sahabat seperti Hanzalah oleh kerana ia telah menjadikan usaha agama sebagai maksud ia dihantar maka ketika belum mandi hadas, apabila ia diusuli untuk sempurnakan takazah agama, ia terus terjun ke medan perang dan mati syahid, mayatnya diangkatkan ke langit dan dimandikan oleh para malaikat.

Orang yang mendahulukan keperluan kerja agama, Allah s.w.t akan membuka jalan-jalan mudah baginya, seperti berkat rezeki, mudah menjalani kehidupan. Sebanyak mana kita korbankan diri, harta dan masa untuk membuat usaha agama, sejauh itu keberkatan hidup mereka akan perolehi.  Setiap umat perlu dibawa kepada kerja Nabi s.a.w.  Melalui kerja ini umat perlu dibawa ke tahap menghayati agama yang ditinggalkan oleh Bgainda Rasulullah s.a.w iaitu dari segi imaniat, ibadat, mua’malat, mua’syarat dan akhlak.

Sesuatu benda dibuat untuk mencapai suatu maksud tetapi jika digunakan untuk maksud lain, ia dinamakan zalim.  Sesungguhnya Allah s.w.t yang mencipta manusia dan ia tahu apa maksud manusia dijadikan.  Allah s.w.t tetapkan bahawa “Kamu adalah sebaik-baik umat dikeluarkan kepada manusia untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran”.  Jika manusia tidak menjalani tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t maka ia telah terkeluar dari maksud ia dijadikan.

Manusia yang sibuk menjalankan kerja keperluannya perlu diberi peringatan supaya kembali kepada maksud ia dilahirkan.  Hari ini umat tidak faham mereka menyatakan perlukah saya melibatkan diri dalam kerja dakwah tabligh.  Sesungguhnya ia tidak boleh mengatakan sedemikian, sepatutnya pekedai itu satu kerja, nelayan, petani dan sebagainya adalah satu kerja dan kerja dakwah sebagai maksud hidup umat.

Kita mesti yakin bahawa melalui kerja dakwah ini dapat menyelesaikan semua masalah.  Selagi keyakinan sedemikian tidak dapat dibentuk pada diri seseorang maka setakat itu ia tidak dapat beristiqamah atau kekal dalam kerja ini.  Allah bersumpah demi masa semua manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang membuat 4 amalan, beriman, beramal soleh, berpesan yang hak dan sabar.  Oleh itu supaya kita tidak jadi orang yang  rugi kita perlu bangun untuk menyediakan orang lain mengamalkan agama.  Pada zaman Rasulullah s.a.w oleh kerana adanya umat yang telah disediakan dan berkeinginan untuk sembahyang di masjid, maka Rasulullah s.a.w telah beli tanah dari anak yatim dan dibenarkan masjid di atasnya. Berbeza dengan umat hari ini, masjid-masjid besar, tetapi tiada orang yang berkeinginan untuk sembahyang di masjid.  Masjid-masjid kosong dan sehingga ada masjid-masjid dikuasai oleh orang bukan Islam.

Hari ini kita tidak buat gasht dengan penuh fikir untuk membawa orang datang kepada amalan agama, bagaimana kisah isteri Ikramah yang telah memeluk Islam, beliau berfikir bagaimana hendak membawa suami kepada Islam. Ikramah telah lari ke Yaman.  Dalam perjalanan itu kapalnya dipukul ribut, jurumudi meminta Ikramah mengucap kalimah ikhlas. Ikramah menyatakan saya lari dari Mekah kerana tidak hendak mengucap kalimah itu.  Seterusnya Ikramah dibawa kepada isterinya dan isterinya menyatakan kamu tidak boleh bersatu dengan saya sebelum kamu memeluk Islam. Ikramah telah terkesan fikir isterinya dan dia telah dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w dan memeluk Islam.

Seorang sahabat dipenjara, tetapi ia azam untuk bersama berjihad, maka Allah s.w.t telah membuka jalan sehingga ia boleh keluar untuk sama-sama berjihad.  Sahabat lain nampak seperti kuda dan sahabat tadi pergi berjihad. Selepas ia berperang ia kembali ke penjara dan ikat dirinya sendiri. Pengawal melihat keadaan sahabat tadi telah memeluk Islam dan sahabat itu dibebaskan. Apabila adanya keazaman, maka Allah s.w.t mudahkan jalan untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. 

Maulana Saad memberitahu orang yang telah membuat usaha ini dan tinggalkan kerja ini untuk membuat amal ibadat, maka ia tidak akan maju dalam amalannya dan seterusnya lama kelamaan ia akan tinggalkan amalan ibadat yang dibuatnya itu.

Maulana Yusuf memberitahu bahawa usaha ini adalah untuk mendapat cahaya kalimah dan sembahyang.  Sebelum mendapat hakikat kalimah dan sembahyang kita perlu buat bentuk kalimah dan bentuk sembahyang. Untuk betulkan cahaya kalimah, khalifah Umar juga membuat dakwah infradi.

Maulana Saad memberitahu jika kita telah tahu kerja dakwah tetapi tidak membuatnya ia satu musibah.  Hari ini  jika kita bangun membuat usaha agama, bantuan Allah s.w.t akan bersama kita yang membuat usaha agama dan bantuan itu akan berjalan sehingga hari qiamat.  

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir