mesyuarat malaysia 1998 - bayan maghrib maulana ibrahim

nizamuddin -  07/09/98


Agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t adalah amanah.  Ia perlu dipelihara dan ditunaikan haknya.  Apabila kita menunaikan hak agama maka Allah s.w.t akan menunaikan janji-janjiNya.  Allah s.w.t akan penuhi keperluan manusia apabila seseorang itu amal agama.  Apabila seseorang amal agama, kepentingan agama akan wujud di hati mereka.  Apabila seseorang tidak mengamal agama, nilai keagongan agama akan Allah tarik dari hati-hati manusia.  Ini adalah satu hukuman Allah s.w.t.  Oleh itu kita perlu buat usaha agama dengan penuh hati-hati dan penuh fikir.  Contohnya Muhammad bin Salam r.a, suatu hari Rasulullah s.a.w telah memberi takazah agama kepada beliau.  Sahabat tadi apabila diberi tanggungjawab agama ia tidak makan minum kerana risau samada ia dapat menunaikan takazah itu atau tidak.  Rasulullah targhib sahabat tadi dan menyatakan bahawa kamu boleh usaha sahaja dan natijahnya serahlah kepada Allah s.w.t.

Agama bukan permainan. Ia adalah amanah besar dari Allah s.w.t. Oleh itu ia hendaklah dijadikan maksud hidup kita.  Kita perlu tunjukkan bahawa kita membuat usaha agama dengan penuh tanggungjawab. Sebagai contoh dalam satu safar Rasululluh s.a.w berkhemah, dalam perjalanan Baginda meminta seorang sahabat berjaga malam menjaga  keselamatan sahabat lain yang tidur. Sepanjang malam sahabat itu tidak turun dari kudanya. Ia hanya turun dari kudanya ketika qada’ hajat dan ketika menunaikan sembahyang. Esok paginya ehwal sahabat itu diberitahu kepada Rasulullah s.a.w, Baginda menyatakan bahawa kamu telah menunaikan tanggungjawab dengan jaya dan mewajibkan syurga bagimu.  Apabila seseorang melaksanakan kerja dengan tanggungjawab, maka orang itu akan mengislahkan dirinya dan kerja dapat ditunaikan dengan jayanya.

Rasulullah s.a.w dihantar ke bumi Mekah dengan menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab, tetapi orang Quraish tidak menghargai ehsan Allah s.w.t kepada mereka.  Sehingga mereka hendak membunuh Nabi dan mereka telah menjadi sesat dan menyesatkan orang lain.  Orang Quraish bukan sahaja dijauhkan dari kebaikan malah ia menerima banyak kerugian, dimana dalam perang Badar ramai pemimpin mereka telah terbunuh.  Ini adalah contoh keadaan orang yang tidak hendak menerima usaha agama.  Berbanding orang Ansar yang menerima usaha agama dan mengendalikan usaha agama dengan sempurna maka Allah s.w.t telah menjadikan orang Ansar asbab hidayat seluruh dunia, seluruh alam.

Orang Ansar apabila menerima dakwah Baginda Rasulullah s.a.w ia sedia membuat usaha agama, maka Allah s.w.t telah memberi faham bagaimana hendak membuat usaha agama.  Ini adalah satu pengajaran kepada umat Islam seluruh dunia seluruh alam bagaimana membuat usaha agama.  Orang Ansar telah memberitahu Rasulullah s.a.w pada mula-mula memeluk Islam bahawa kami bersedia menerima Islam dan membuat usaha agama, tetapi jangan sekarang Rasulullah s.a.w datang ke Madinah kerana orang kami sekarang sedang berpecah-belah.  Kami akan datang kepada orang kami terlebih dahulu untuk menyatukan mereka, kemudian Rasulullah s.a.w bolehlah datang ke Madinah.

Seluruh umat adalah bertanggungjawab menjadi pembantu usaha agama Allah s.w.t.  Untuk mencapai maksud ini, kita perlu mengambil pengajaran bagaimana orang Ansar mengambil usaha agama, iaitu mereka menjadikan usaha agama sebagai maksud hidup mereka dan mereka bersatu hati.  Bagaimana orang Ansar membuat usaha agama?.  Apabila datang takazah yang berat mereka akan datang kehadapan untuk mengambil kerja itu, tetapi apabila kerja yang ringan mereka menyatakan berikan kerja itu kepada orang lain.  Apabila datang harta dari Bahrin mereka menyatakan berilah harta itu kepada orang Muhajirin.

Sifat orang Ansar dalam mengerjakan usaha agama :

1.        Mereka tidak ada maksud lain, tetapi hanya mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
2.        Mereka tetap dalam pendirian melaksanakan kerja yang diberi.

Muzakarah ini dibuat supaya semua orang seluruh dunia dalam membuat usaha agama perlu mencontohi orang Ansar dalam membuat usaha agama.  Orang Ansar juga menyatakan kepada Rasulullah bahawa “harta yang tuan ambil untuk membuat usaha agama lebih berharga dari harta yang ditinggalkan”.  Baginda Rasulullah s.a.w telah banyak mendoakan kepada orang Ansar.  Kelebihan orang Ansar, Rasulullah s.a.w memberitahu jika tidak ada hijrah Baginda suka untuk menjadi orang Ansar.

Dalam membuat kerja agama perlu mengambil contoh bagaimana orang Ansar membuat kerja agama, dimana Allah s.w.t telah menjadikan tempat mereka iaitu Madinah tempat agama tersebar keseluruh dunia.  Ketika orang seluruh dunia datang belajar agama di Madinah, orang Ansar telah melayan mereka dengan baik.  Sehingga Allah redha dengan kehidupan orang Ansar dan Allah s.w.t juga redha dengan orang-orang yang berikutnya yang membuat usaha agama seperti orang Ansar.  Segala usaha dan nusrah yang dibuat oleh orang Ansar telah dibuat dengan gembira dan bukan dengan paksaan atau tekanan.

Apabila orang Muhajirin berhijrah ke Madinah, dimana kehidupan orang Madinah yang miskin telah memberi tanah dan rumah mereka kepada orang Muhajirin.  Beberapa tahun kemudian kehidupan mereka menjadi berkat, tanah dan rumah Ansar yang diberikan kepada orang Muhajirin itu dikembalikan kepada orang Ansar.  Dengan ini orang Ansar bertanya kepada Rasulullah s.a.w bahawa dahulu kami berikan tanah dan rumah kami, maka kami dijanjikan Allah s.w.t akan memberi kepada kami syurga dan sekarang tanah dan rumah yang kami berikan itu dikembalikan semula bagaimanakah syurga mereka.  Rasulullah s.a.w menyatakan syurga yang dijanjikan pasti kamu akan dapatinya.

Nusrah yang besar ialah membantu agama Allah s.w.t.  Asbab untuk kita maju dalam membuat usaha agama ialah dengan membuat kerja dengan istiqamah.  Semua ehwal keadaan dalam membuat usaha agama seperti orang  menyambut kita atau tidak, kadang-kadang orang menyakiti kita, kadang-kadang senang, dalam semua keadaan kita perlu terus maju dalam membuat usaha agama. 

Manusia ada 2 jenis:
               
1.   Manusia yang menjalani kehidupan mengikut keadaan, maka ia tidak akan istiqamah, menjadi ketetapan Allah s.w.t bahawa Allah tidak membantu manusia yang  menjalani kehidupan mengikut keadaan dan tidak membawa hukum Allah.

2.  Manusia yang membawa perintah Allah dalam semua keadaan, mereka ini akan mendapat bantuan Allah s.w.t.  Dalam apa keadaan yang datang perlulah membawa perintah Allah. 


Sebagai contoh orang sakit meninggalkan sembahyang, sepatutnya ia perlu mencari jalan bagaimana hendak menunaikan sembahyang dan bukan meninggalkan langsung sembahyang.

Perkara yang membawa kemajuan dalam membuat usaha agama, kita perlu beristiqamah iaitu menjadikan kerja agama sebagai maksud hidup dalam semua keadaan.  Contoh istiqamah ialah istiqamahnya Ali memberitahu iaitu bermula ia mendapatkan tasbih Fatimah dari Rasulullah s.a.w ia terus mengamalkannya hingga akhir hayatnya.  Tanggungjawab orang yang membuat usaha ialah niat perlu paka (kuat) dan menjadikan kerja agama sebagai maksud hidup kita.  Walaupun kita telah membawa usaha dengan letih,kita perlu membuat usaha dengan istiqamah, yang penting perlu ada kemajuan dalam membuat usaha agama.  Seterusnya kita perlu membawa orang lain bersama-sama membuat usaha agama.  Orang yang membuat usaha agama seperti sikat rambut.  Oleh itu kita perlu bersatu padu, satu hati dan membuat kerja dengan ketaatan.  Apabila ini dibuat maka ia akan menjadi asbab hidayat.  Kesluruhan agama ialah taat, iaitu taat kepada Allah s.w.t, taat kepada Rasulullah s.a.w dan taat kepada orang tanggungjawab.

Seterusnya kita perlu sediakan diri  24 jam untuk menjadi taat dalam semua keadaan iaitu samada orang memberi perhatian kepada kita atau tidak dan sebagainya.  Orang yang taat dapat menghindarkan nafsu  jahat mereka, tetapi mereka yang tidak taat akan menjadi mangsa nafsu jahat mereka.  Apabila ketaatan wujud, kasih sayang dan satu hati akan wujud, seperti orang Ansar, pada peringkat awal sebelum Islam ia menjadi golongan yang berperang tetapi selepas mengambil Islam maka Allah s.w.t telah menjadikan bangsa yang bersatu hati.

Sahabat-sahabat yang bergerak membuat usaha agama, ia telah memberi kesan dan mempengaruhi keadaan.  Allah s.w.t menjadikan sahabat orang yang menyebarkan kebaikan.  Dalam membuat usaha agama, syaitan akan mempengaruhi keadaan supaya mereka berpecah-belah.  Syaitan akan membawa asbab untuk menghalang kemajuan kerja iaitu syaitan menyebabkan sangka buruk.  Ini adalah kanser untuk menghapuskan satu hati, syaitan akan hancurkan satu hati dengan membuat sangka buruk.  Kita perlu sentiasa bersangka baik.  Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan, sebelum Rasulullah wafat ia memberitahu Jabir - kamu hendaklah bersangka baik kepada Allah s.w.t.  Oleh itu kita perlulah selalu bersangka baik.

Maulana Ilyas rah. mengatakan bahawa usaha kita adalah berjual beli kepada kebaikan.  Oleh itu perlu kita bersangka baik dengan rakan seusaha.  Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa manusia seperti lombong emas.  Kita perlu dalam membuat usaha mengikut usul dan dengan mesyuarat.  Seterusnya kita perlu berislah dalam membuat usaha agama. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir