Posts

mesyuarat malaysia 1992 - maulana ahmad lat

19/08/1992 Allah s.w.t jadikan dunia ini tempat mencari sesuatu dengan asbab. Dunia ini  Darul Asbab . Allah perintahkan supaya kita mendapat dan menggunakan asbab. Begitu juga dengan amalan-amalan yang berkaitan dengan agama, kita perlu mengambil asbab kerana ia adalah  sunnatullah.  Allah zahirkan kudratNya pada asbab. Untuk menghasilkan asbab, kita perlu mengikut peraturan yang betul. Sebagai contoh, untuk menyuburkan sawah kita menggunakan air, iaitu air biasa yang tidak bercampur dengan benda-benda lain. Allah zahirkan kudratNya di mana benih yang di semai bercambah dan tumbuh. Allah s.w.t sentiasa beri sesuatu dengan cara ini, iaitu dengan asbab. Allah jadikan untuk manusia dapat keperluannya sama ada hendak makan, minum, harta kekayaan, anak-pinak dan lain-lain. Di mana-mana pun di muka dunia ini, apabila manusia perlukan sesuatu perkara, ia mesti mengambil asbab. Keperluan manusia yang terpenting ialah hidayah. Asbab untuk hidayah ialah dakwah dan...

mesyuarat malaysia 1992 - maulana mustaqim

18/08/1992 Semoga Allah s.w.t terima kedatangan dan tujuan kedatangan kita ke sini. Kita datang ke sini untuk mempelajari kerja agama (usaha kenabian atau usaha dakwah agama Allah s.w.t) Rasulullah s.a.w menerangkan kepada kita,  “Apabila Allah hendak memberi kebaikan kepada seseorang, Dia beri orang itu kefahaman di dalam perkara agama”. Apabila Allah s.w.t hendak pilih dan mengguna seseorang hambaNya untuk menjalankan tugas-tugas dakwah, Dia beri ilmu (Quran dan Sunnah), diberiNya faham kerja-kerja nabuwwah dan akhlak (sifat-sifat mahmudah). Walau di dunia ini terdapat banyak kuasa dan cara yang batil untuk menyekat usaha hidayah (dakwah), namun ia tidak dapat berbuat apa-apa terhadap apa yang di putuskan Allah s.w.t. Apabila Allah hendak sebarkan hidayah. Dia bangkitkan seorang rasul. Apabila rasul tidak ada, usaha dakwah terhenti dan hidayah juga terhenti, menyebabkan manusia rosak. Kemudian Allah bangkitkan seorang rasul yag baru. Setelah kenabian tamat, rasul...

mesyuarat malaysia 1992 - maulana ibrahim

17/08/1992 Apabila matahari terbit dan memancarkan cahayanya dengan terang, dapatlah kita lihat kerja-kerja yang baik dengan jelas. Bila matahari tenggelam di barat, malam pun tiba, alam menjadi gelap dan sunyi, segala kerja-kerja baik pun berhenti. Kerja-kerja yang jahat mula bermaharajalela. Demikianlah apabila hati-hati manusia di masuki  nurullah  (nur hidayah), maka manusia dapat melihat dan mengenal kebaikan serta kebenaran seterusnya dapat melakukan kerja-kerja yang baik. Sebaliknya bila hati-hati manusia gelap (di sebabkan kejahilan, kelalaian, nifaq dan syirik) maka manusia tidak nampak kebenaran dan tidak mengenali kebaikan, lalu manusia membuat kerja-kerja yang salah dan mungkar. Rasulullah s.a.w datang ke dunia di kala dunia di dalam kegelapan semenjak beratus-ratus tahun. Perkara pertama yang Baginda s.a.w usahakan ialah supaya manusia mengenal dan mentauhidkan Allah s.w.t serta hak ke atas diri sendiri diceritakan supaya manusia yakin kepada balasan-...

mesyuarat malaysia 1992 - dr farooq

16/08/1992 Hendaklah kita semua bersyukur kerana Allah s.w.t telah kurniakan kerja yang mulia ini kepada kita dan melalui usaha ini Dia telah menghubungkan hati-hati kita semua. Tuan-tuan telah dipilih oleh Allah untuk menjalankan usaha ini. Semoga tuan-tuan menyebarkan kebaikan dan hidayah di tempat tuan-tuan, dan diharap ada juga di kalangan tuan-tuan yang di beri taufiq untuk di hantar ke negara-negara jauh. Kita perolehi nikmat ini (nikmat usaha dakwah) bukanlah daripada hasil usaha kita sendiri tetapi semata-mata kerana kurniaan Allah s.w.t kepada kita. Walaupun manusia berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan nikmat ini, namun tidak ada sesiapa pun yang akan memperolehinya melainkan semata-mata kerana kemurahan Allah s.w.t sahaja. Kurniaan ini adalah perkara yang ajaib. Apabila Allah s.w.t hendak kurniakan sesuatu kepada hambaNya, tidak ada siapa yang dapat menghalangnya. Tetapi jika Allah tidak mahu kurniakannya, tiada sesiapa pun yang dapat memb...

Jor karkun 4B & ulamak 2016 - bayan hidayat

Bayan hidayat – maulana shamsus zaman sri petaling : 02/10/2016 Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yg telah bagi kita iman, benda yg paling berharga sekali. Kalau satu org ada iman walaupun dia tidak ada apa2 benda dunia, sebenarnya dia telah mendapat segala-galanya. Sebaliknya satu org yg ada segala-galanya dlm dunia tapi tiada iman, sebenarnya dia tidak ada apa2 pun. Keberkatan nabi s.a.w sebagai rasul yg terakhir, Allah telah bagi kita 2 kedaulatan yg sangat besar. Pertama, kedaulatan iman. Kedua, kedaulatan usaha atas iman. Kata sahabat, mula2 kami belajar iman kemudian kami belajar quran. Hari ni, kita belajar utk beramal tapi kita tak belajar iman sedangkan tertib yg betul ialah mula2 belajar iman, bila iman dah terbina, maka secara sendirinya dari dalaman kita akan terdorong utk melakukan amalan2 yg baik. Iman di dlm dan islam di luar. Lailahaillah di dlm tak nampak dan muhammadurrasulullah di luar nampak dari amalan. Sekuat mana iman kita maka secantik itula...

Jor karkun 4B & ulamak 2016 - bayan nasihat

Bayan nasihat maulana  mubin sri petaling : 02/10/2016 Alhamdulillah, sebahagian besar drp tuan2 yg dtg jor telah lapangkan masa utk keluar di jln Allah. Ini adalah semata-mata limpah kurnia dari Allah. Drp jutaan manusia di Malaysia , Allah telah pilih tuan2 utk keluar di jln Allah. Ini satu nikmat yg sangat besar. Semoga Allah bagi pd kita kekuatan utk mensyukuri dan menghargai nikmat ini. Bila Allah menyintai hambaNya, Allah akan sibukkan dia dgn agama. Allah akan guna harta dan diri dia utk agama. Dan sebahagian dari kita akan pulang ke mahalah masing2. Kita kena merasai t/jawab sebagi umat nabi s.a.w. Nabi s.a.w adalah nabi yg terakhir. Tidak ada lagi nabi akan dihantar selepas nabi s.a.w tetapi kerja dakwah perlu diteruskan. Allah s.w.t telah memindahkan tugas/kerja t/jawab utk menyampaikan agama kpd umat ini. Kita kena bawa fikir ini dlm hati kita. Setiap drp kita akan berhadapan dgn Allah di akhirat kelak. Kita bertanggungjawab atas usaha agama. Allah akan tanya berk...

Jor karkun 4B & ulamak 2016 - pengeluaran jemaah

Image
jemaah2 telah dibentuk dan bertebaran ke seluruh alam  bayan & tashkil dahwah & doa semoga Allah terima