mesyuarat malaysia 1992 - maulana ahmad lat

19/08/1992

Allah s.w.t jadikan dunia ini tempat mencari sesuatu dengan asbab. Dunia ini Darul Asbab. Allah perintahkan supaya kita mendapat dan menggunakan asbab. Begitu juga dengan amalan-amalan yang berkaitan dengan agama, kita perlu mengambil asbab kerana ia adalah sunnatullah. Allah zahirkan kudratNya pada asbab. Untuk menghasilkan asbab, kita perlu mengikut peraturan yang betul.

Sebagai contoh, untuk menyuburkan sawah kita menggunakan air, iaitu air biasa yang tidak bercampur dengan benda-benda lain. Allah zahirkan kudratNya di mana benih yang di semai bercambah dan tumbuh. Allah s.w.t sentiasa beri sesuatu dengan cara ini, iaitu dengan asbab.

Allah jadikan untuk manusia dapat keperluannya sama ada hendak makan, minum, harta kekayaan, anak-pinak dan lain-lain. Di mana-mana pun di muka dunia ini, apabila manusia perlukan sesuatu perkara, ia mesti mengambil asbab.

Keperluan manusia yang terpenting ialah hidayah. Asbab untuk hidayah ialah dakwah dan doa. Apabila doa dimakbulkan Allah, Dia zahirkan kudratNya, iaitu dengan memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan membinasakan sesiapa yang dikehendakiNya.

Hidayah meningkat dan berkembang dengan jalan mujahadah. Apabila dakwah dijalankan pada tahap pengorbanan yang dikehendaki barulah dakwah itu betul dan Allah s.w.t akan tetap zahirkan kudrat dan keputusanNya.

Apabila kita buat usaha dakwah dengan betul dan sungguh-sungguh, barulah Allah zahirkan dua faedah:
1. Hidayah pada diri sendiri. (Ini adalah jaminan Allah s.w.t) 
“Dan orang-orang yang bermujahadah di jalan Kami, maka benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami”

“Dan barang siapa yang bermujahadah, maka sesungguhnya mujahadahnya itu adalah untuk dirinya sendiri”

2. Jadi asbab hidayah untuk Allah sebarkan hidayah kepada orang lain.

Seorang kaya yang buka kedai, walaupun pelanggan yang datang adalah seorang miskin dia mesti tetap merendah diri. Kalau dia bersikap angkuh dan bengis, siapakah yang akan datang ke kedainya?

Seorang alim telah datang ke markaz Nizamuddin selepas kematian Maulana Yusuf rah. dan berjumpa dengan Hadratji Maulana Inamul Hasan dan menyuruh beliau menyediakan seorang yang bijak untuk menggantikan tempat Maulana Yusuf rah.

Ingatlah! Usaha Tabligh adalah usaha Baginda Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t tidak pandang kepada seseorang yang hendak tunjukkan kelancaran bercakap dan kepintaran. Sebenarnya Allah s.w.t sedang sembunyikan segala keajaiban dan kebolehan luar biasa itu pada diri hamba-hamba pilihanNya yang sebenar.

Orang yang menonjol diri bukan pada masa atau keadaan yang memerlukan dirinya adalah pilihan syaitan. Mengenepi atau membelakangi orang-orang lama dan golongan berilmu (ulamak) adalah juga kerja syaitan. Ujub dengan pengorbanan, ilmu dan amal adalah sifat syaitan.

Tawadduk sampai menolak keperluan dan kepentingan umum di kalangan orang-orang yang berkemampuan juga adalah satu keaiban dan mainan halus daripada syaitan. Pohonlah petunjuk dan pimpinan Ilahi untuk mengenal dan mengawal Khatar sendiri sekurang-kurangnya.
(Khatar =  kebolehan, nilai, kepentingan, kelajuan)

Perkara utama dalam usaha ini adalah ketaatan. Kita perlu taat kepada Allah dan Rasul serta Amer. Untuk sampai kepada Allah kita perlu talaqqi melalui daripada bawah dengan betul.    

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir