Jor karkun 4B & ulamak 2016 - bayan hidayat

Bayan hidayat – maulana shamsus zaman
sri petaling : 02/10/2016

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yg telah bagi kita iman, benda yg paling berharga sekali. Kalau satu org ada iman walaupun dia tidak ada apa2 benda dunia, sebenarnya dia telah mendapat segala-galanya. Sebaliknya satu org yg ada segala-galanya dlm dunia tapi tiada iman, sebenarnya dia tidak ada apa2 pun.

Keberkatan nabi s.a.w sebagai rasul yg terakhir, Allah telah bagi kita 2 kedaulatan yg sangat besar. Pertama, kedaulatan iman. Kedua, kedaulatan usaha atas iman. Kata sahabat, mula2 kami belajar iman kemudian kami belajar quran. Hari ni, kita belajar utk beramal tapi kita tak belajar iman sedangkan tertib yg betul ialah mula2 belajar iman, bila iman dah terbina, maka secara sendirinya dari dalaman kita akan terdorong utk melakukan amalan2 yg baik.

Iman di dlm dan islam di luar. Lailahaillah di dlm tak nampak dan muhammadurrasulullah di luar nampak dari amalan. Sekuat mana iman kita maka secantik itulah zahir islam kita. Selemah mana iman kita maka selemah itulah zahir islam kita. Iman adalah umpama akar pd sepohon pokok. Akar tak nampak. Sekuat mana akar maka pokok akan hijau, bunga cantik dan keluarkan buah yg elok. Tapi bila akar rosak, daun akan kering, bunga gugur dan buah tak jadi.

Keluar di jln Allah adalah utk mempelajari iman. Bila ada kekuatan iman maka akan ada jasbah utk beramal. Keluar di jln Allah adalah utk ubah kehidupan kita. Kata maulan Yusuf rah., ada 3 jenis org yg keluar di jln Allah. Pertama, sebab dia ada masa lapang. Kedua, sebab dia ada kepentingan tertentu. Ketiga, sebab dia nak ubah kehidupannya. 2 sebab yg pertama tak akan sampai pd hakikat iman. Org yg akan dpt hakikat iman ialah hanya org yg keluar dgn niat utk ubah kehidupannya.

Bila keluar di jln Allah kena pasang 3 niat. Pertama, utk ubah kehidupan saya. Kedua, utk ubah yakin saya. Ketiga, utk berlatih beramal keseluruhan agama dlm kehidupan saya. 

Semasa keluar di jln Allah, nilai ganjaran amalan bertambah. Allah akan lipat gandakan ganjaran dlm setiap amal. Debu2 yg melekat di tubuh badan org yg keluar di jln Allah, sekali-kali tidak akan berkumpul dgn asap api neraka. Seorang sahabat, setiap kali pulang dari jln Allah, dia akan mengibas bajunya dan kumpul semua debu2 yg melekat di pakaiannya. Setelah dikumpul selama beberapa tahun, maka dptlah dibuat seketul bata. Sehingga pd waktu dia nak meninggal dunia, dia telah berpesan pd keluarganya, letakkan bata ini bersama did dlm kafan. Di akhirat nanti, bila Allah tanya pd saya, apa amal yg kamu bawa, maka saya akan jawab saya bawa debu2 yg saya dpt semasa keluar di jln Engkau, ya Allah.

Seorang sahabat telah meninggal dunia dan umar r.hu kata pd nabi s.a.w., baginda tak perlu solatkan jenazahnya kerana dia seorang pendosa. Nabi s.a.w tanya, ada sesiapa yg pernah lihat dia lakukan apa2 amalan yg baik? Ada seorang sahabat kata, semasa kami pulang dari keluar di jln Allah, jemaah dlm keadaan letih dan tertidur tapi dia telah berjaga pd malam tersebut. Maka nabi telah solatkan jenazahnya dan bawa dia ke kubur dan baginda berkata, aku bersaksi bahawa kamu adalah ahli syurga.

Khalid ibnu walid r.hu kata, saya lebih suka berada di jln Allah, mendaki bukit2 batu yg hitam dlm kegelapan malam dlm hujan yg lebat dan di tangan saya terhunus sebilah pedang drp bersama isteri yg cantik pd mlm pertama yg malaikat juga telah memberi khabar gembira mengenai wanita tersebut akan dikurniakan zuriat.

Segala amalan2, solat, zikir, khidmat dan perbelanjaan kita di jln Allah, sangat besar ganjaran yg dijanjikan oleh Allah s.w.t. Nabi s.a.w. bersabda, solat yg ditunaikan di jln Allah sangat besar ganjaranya berbanding solat yg dibuat di rumah yakni 200,000 kali ganda. 

2 perkara yg akan menyejukkan kemurkaan Allah s.w.t. Pertama, keluar jemaah jln kaki. Kedua, menghidupkan 5 amal masjid.

Kita buat usaha dakwah dgn yakin. Sebagaimana bantuan nusrah Allah telah dtg pd sahabat, maka bantuan dan nusrah tersebut juga akan dtg pd kita sehingga hari kiamat. Maulana ilyas rah. kata, bantuan Allah tak dikaitkan dgn zaman. Ianya tidak hanya dikhususkan pd zaman nabi dan sahabat sahaja atau tabiin, atau tabib tabiin sahaja tetapi bantuan Allah akan dtg bila kaedah yg sama di gunapakai pd setiap zaman.

4 amalan yg perlu dibuat dgn penuh keyakinan utk dpt bantuan Allah. Pertama, hidupkan amalan dakwah. Kedua, amalan zikir/ibadat. Ketiga, amalan taklim/taklum. Keempat, amalan khidmat. Inilah yg dipanggil amalan masjid nabawi. Kena sempurnakan hak keempat2 amalan tersebut. Buat dgn penuh yakin maka akan menarik nusrah ghaibiah dari Allah.

2 bahagian dakwah. Dakwah ijtimai dan infradi. Kebanyakan dakwah yg nabi buat adalah dakwah infradi. Dlm dakwah infradi tersembunyi bantuan ghaib dari Allah.

Semasa keluar di jln Allah, kena buat 5 jenis gasht setiap hari. Khususi gasht. Taklimi gasht. Ummumi gasht. Tashkili gasht. Usuli gasht.

Nabi buat dakwah infradi dari khemah ke khemah, lorong ke lorong. Pada hari pertama Abu bakar masuk islam, dia juga telah buat dakwah infradi dan telah bawa 5 org masuk islam. Pd hari kedua, dia telah bawa 4 org masuk islam.

Bila sampai di tempat tashkil, masuk masjid dgn adab, susun barang dan terus lantik 2 org khidmat utk sediakan makanan. Hantar 2 org utk khususi jumpa org2 lama. Bila dah ada org lama, barulah mesyuarat bagaimana usaha harus dijlnkan di masjid tersebut. Tinggal di satu2 masjid mengikut keperluan kerja yg perlu dilakukan di sana. Setelah selesai kerja barulah pindah ke masjid yg berikutnya.

3 perkara yg perlu dilakukan di setiap masjid yg kita pergi. Pertama, keluarkan jemaah tunai. Kedua, memperkuatkan jemaah masjid yg sedia ada. Ketiga, jumpa setiap lelaki akil baligh dlm setiap rumah dan sampaikan usaha dakwah pd mereka.

40H/4B dikira dari segi bilangan amal, bukan dikira dari segi bilangan hari. Dgn hanya menyempurnakan bilangan hari kehidupan kita tak akan berubah. Kehidupan kita akan berubah bila kita sempurnakan amalan2 di jln Allah. Bila amalan dibuat dgn tertib/cara yg betul pasti hidayat akan tersebar. Utk jemaah 40H, ada 200 waktu solat dgn takbiratul ula sempurna. Taklim pagi dan ptg 80 kali sempurna. Zikir pagi dan ptg 80 kali sempurna. 40 kali gasht, 40 kali tahajud, 40 kali isyrak, 40 kali dhuha, 40 kali awwabin, 40 juzuk quran dibaca. Amalan yg sempurna inilah yg akan mengubah kehidupan kita. insyaAllah


Amirsab bertanggungjawab utk usaha atas setiap ahli jemaahnya. Pertama, dia kena mengajar mereka semua amal2 dakwah sehingga apabila mereka balik nanti, setiap drp mereka layak jadi amir utk bawa jemaah sendiri dari mahalah masing2. Kedua, dia kena usaha utk betulkan bacaan quran mereka, tajwid yg betul, sehingga kalau keadaan mendesak maka mereka boleh kedepan jadi imam. Amirsab kena sayang pd semua ahli jemaah sehingga setiap ahli jemaah rasa amirsab paling sayang dgn saya. Amirsab kena mesyuarat dgn makmurnya dlm semua perkara. Amirsab kena maafkan salah silap ahli jemah. Bila amirsab bangun malam dan dlm doa kena sebut nama2 ahli jemaahnya.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir