Jor karkun 4B & ulamak 2016 - bayan nasihat
Bayan nasihat
maulana mubin
sri petaling : 02/10/2016
Alhamdulillah, sebahagian besar drp tuan2 yg dtg jor telah
lapangkan masa utk keluar di jln Allah. Ini adalah semata-mata limpah kurnia
dari Allah. Drp jutaan manusia di Malaysia , Allah telah pilih tuan2
utk keluar di jln Allah. Ini satu nikmat yg sangat besar. Semoga Allah bagi pd
kita kekuatan utk mensyukuri dan menghargai nikmat ini. Bila Allah menyintai
hambaNya, Allah akan sibukkan dia dgn agama. Allah akan guna harta dan diri dia
utk agama. Dan sebahagian dari kita akan pulang ke mahalah masing2. Kita kena
merasai t/jawab sebagi umat nabi s.a.w. Nabi s.a.w adalah nabi yg terakhir.
Tidak ada lagi nabi akan dihantar selepas nabi s.a.w tetapi kerja dakwah perlu
diteruskan. Allah s.w.t telah memindahkan tugas/kerja t/jawab utk menyampaikan
agama kpd umat ini. Kita kena bawa fikir ini dlm hati kita. Setiap drp kita
akan berhadapan dgn Allah di akhirat kelak. Kita bertanggungjawab atas usaha
agama. Allah akan tanya berkenaan t/jawab ini pd setiap org, pd mufassir, pd
muhaddith, pd penjual sayur, pd doctor, pd engineer. Allah akan tanya soalan yg
sama. Tidaka ada beza. Semua bertanggungjawab dan akan ditanya mengenai
t/jawabnya.
Agama telah sampai kpd kita setelah melalui pengorbanan demi
pengorbanan drp org yg terdahulu drp kita. Jangan kita beranggapan bahawa kita
boleh buat usaha agama tanpa mencalarkan sedikit pun usaha dunia kita,
keluarga, anak, isteri tak terganggu, perniagaan, kedai tak terganggu, ini
tidak mungkin. Org terdahulu dah bersusah payah utk agama. Kalau kita buat
usaha agama tanpa susah payah, tanpa menjejaskan keluarga, anak, isteri,
perniagaan maka kufur & syirik yg akan tersebar tapi agama tak akan
tersebar. Nabi s.a.w kata, aku telah disusahkan dlm agama ini tidak spt org yg
pernah disusahkan sebelum aku dan aku telah di takut-takutkan dlm agama ini
tidak spt org yg ditakut-takutkan sebelum aku. Semua kesusahan 124,000 nabi2 dikumpulkan tak sama
dgn kesusahan nabi s.a.w. Kesusahan dan tangisan nabi s.a.w lebih besar lagi.
Dgn pengorbanan tersebutlah agama telah sampai kpd kita.
Semasa musim haji, nabi s.a.w buat dakwah dikalangan
kabilah2 yg dtg buat haji. Harapan nabi ialah mereka dpt terima dakwah dan
beriman dgn Allah. Tapi mereka tak sedia utk mendengar. Ada org mekah nampak nabi sedang bercakap dgn
kabilah, dia kata nabi gila. Mereka pun terus menghalau nabi s.a.w. Ada satu kabilah yg lain
pula, ketua mereka sangat, dia kata nak penggal kepala nabi. Dia kata nabi
adalah org paling hina. Hancur harapan nabi nak dakwah mereka. Bila nabi naik
unta baginda, ada satu org telah cucuk unta tersebut dgn tombak menyebabkan
unta terlompat dan nabi s.a.w jatuh ke bawah. Dtg satu org yg lain mencekik
leher nabi s.a.w. Ada yg meludah nabi s.a.w. Ada yg tabur pasir atas kepala
nabi s.a.w. Ada yg koyak baju nabi s.a.w. Inilah keadaan nabi s.a.w dlm membuat
usaha dakwah. Zainab r.ha telah dtg dgn membawa air dan kain. Zainab r.ha
menangis melihat keadaan ayahandanya yg diludah, pasir atas kepala, baju koyak.
Nabi pun menangis melihat keadaan umat. Sambil mengelap air mata anaknya, nabi
kata, wahai puteriku jgn kau bersedih, bahawa agama yg dibawa oleh bapa kamu
ini, satu hari nanti akan masuk ke setiap rumah, kayu, batu, di bandar, di kpg
dan akan tersebar ke seluruh alam. Nabi buat dakwah dgn penuh keyakinan.
Dgn pengorbanan nabi dan sahabat, maka agama telah sampai
kpd kita. Tetapi malangnya setelah agama dtg kpd kita, kita lalai, kita mabuk,
kita tenggelam dlm dunia di sekeliling kita. Manusia di seluruh pelusuk dunia
teringin nak dengar kalimah tauhid, ribuan pulau di Indonesia, di Filipina, di
Thailand, di tengah hutan di afrika sana, kita kena jumpa mereka, ada yg dah
murtad sebab tak ada org dtg jumpa mereka. Inilah keadaan umat. Kita
bertanggungjawab atas usaha agama. Telah sampai masa dan giliran kita utk susah
payah utk agama supaya agar tersebar.
Nabi s.a.w menanggung kelaparan kerana agama. Berbulan-bulan
berlalu tiada api dinyalakan di rumah nabi s.a.w. Tiada makanan utk dimakan.
Bila nabi masuk rumah dan tanya aisyah, ada apa2 utk dimakan? Jawab aisyah,
wahai rasulullah, saya sendiri pun sudah 3 hari tak makan. Hanya makan buah
tamar dan air. Nabi pergi ke masjid, solat dan doa. Lepas itu balik dan tanya
aisyah, ada apa2 utk dimakan? Tak ada apa2. Nabi kembali ke masjid, solat dan
doa lagi. Balik dan tanya aisyah, ada apa2 utk dimakan? Tak ada apa2. Begitulah
nabi buat 3-4 kali, berulang alik antara rumah dan masjid, solat dan berdoa,
kemudian ada jiran hantar susu. Keadaan nabi s.a.w ni adalah utk mengajar umat ini.
Bermujahadah utk agama. Allah s.w.t maha mengetahui segala yg ghaib. Adakah
Allah s.w.t tidak mengetahui nabi s.a.w sedang berlapar dan berdoa. Allah boleh
tunaikan hajat nabi pd doa kali pertama tapi Allah tak lakukan kerana Allah nak
mengajar kita. Kalaulah sahabat hidup kembali dan tengok keadaan kita yg sibuk
dgn dunia, sahabat akan kata ni munafik, bukan org islam. Kalaulah kita hidup
dizaman mereka dan lihat pengorbanan mereka dlm usaha dakwah, sudah tentu kita
akan kata mereka gila.
Allah telah beli diri dan harta kita utk dikorbankan di jln
Allah s.w.t. Umur dan masa yg telah berlalu, kita tak boleh buat apa2. tapi
baki masa, diri dan harta kita korbankanlah utk agama Allah. Kita yg berhajat
pd usaha agama. Utk hajat keperluan dunia kita berusaha sungguh2 tapi utk agama
kita suruh org doa sahaja. Kita tak rasa usaha agama sebagai keperlua kita. Agama
tak dtg pd org yg tak ada talab. Mereka yg keluar di jln Allah, keluar dgn
fikir dan risau/mutaffakir dan mereka yg nak balik, balik dgn fikir dan risau
bagaimana nak hidupkan amal di tempat mereka. Sediakan setiap org islam utk
keluar di jln Allah. Bukan bermaksud kita tinggalkan kedai, ladang, pejabat
kita. Perkara dunia kita buat dgn fikir, usaha agama juga perlu dibuat dgn
fikir. Wujudkan suasana.
Dgn fikir risau maulana ilyas rah., bagaimana umat dpt amal kan agama. Asas/roh
kerja agama ialah fikir dan risau. Waktu malam beliau tak dpt tidur. Berdoa dan
menangis. Isteri dia tanya, mengapa tak boleh tidur, beliau jawab, kalau aku
cakap pasal keadaan umat, akan ada 2 org yg tak boleh tidur. Beliau tidur hanya
sekejap. Habiskan amal sehingga lewat malam, kemudian bangun tahajjud menangis depan Allah, tak balik ke rumah,
padahal rumah beliau hanya sebelah masjid sahaja, singkap langsir masuk rumah. Ada org bagi pandangan,
diwaktu siang tuan sibuk dgn kerja dakwah, layan tetamu, bagi bayan, ada
sedikit masa di waktu pagi tuan pergilah berehat di rumah tuan. Beliau kata,
ilyas suruh org keluar di jln Allah tapi ilyas sendiri tidur di rumah bersama anak
isteri, apakah nilai kesan percakapan ilyas. Inilah kerisauan yg ada pd maulana
ilyas dan agama telah tersebar ke seluruh alam. Umat ini telah lalai dan jauh
dari agama, kita kena kembali korkankan saki baki harta dan masa kita utk
keluar di jln Allah.
Yg nak balik, sempurnakan t/jawab kita di mahalah. Pergi
setiap rumah, jumpa setiap org. sediakan mereka. hidupkan amalan memakmurkan
masjid. Ajak org ke suasana masjid. Wujudkan halaqah taklim dan halaqah iman di
masjid. Masjid adalah tempat utk selesaikan masalah. Pd zaman sahabat, setiap
masalah mereka selesaikan di masjid. Malangnya hari ni masjid kita tak hidup
dan keyakinan kita dgn amal masjid dpt selesaikan masalah pun tidak ada. Kita
kena kembalikan semula keyakinan kita dan umat ini. Hidupkan masjid dgn amalan
masjid nabawi. Setiap lelaki islam akil baligh dihubungkan dgn masjid. Usahakan
supaya jemaah dpt dikeluarkan secara masjid. Semoga Allah bagi taufik utk kita
dpt amalkan. In sha Allah.
Comments
Post a Comment