mesyuarat malaysia 1992 - maulana mustaqim
Semoga Allah s.w.t terima kedatangan dan tujuan kedatangan kita ke sini. Kita datang ke sini untuk mempelajari kerja agama (usaha kenabian atau usaha dakwah agama Allah s.w.t)
Rasulullah s.a.w menerangkan kepada kita, “Apabila Allah hendak memberi kebaikan kepada seseorang, Dia beri orang itu kefahaman di dalam perkara agama”.
Apabila Allah s.w.t hendak pilih dan mengguna seseorang hambaNya untuk menjalankan tugas-tugas dakwah, Dia beri ilmu (Quran dan Sunnah), diberiNya faham kerja-kerja nabuwwah dan akhlak (sifat-sifat mahmudah).
Walau di dunia ini terdapat banyak kuasa dan cara yang batil untuk menyekat usaha hidayah (dakwah), namun ia tidak dapat berbuat apa-apa terhadap apa yang di putuskan Allah s.w.t. Apabila Allah hendak sebarkan hidayah. Dia bangkitkan seorang rasul. Apabila rasul tidak ada, usaha dakwah terhenti dan hidayah juga terhenti, menyebabkan manusia rosak. Kemudian Allah bangkitkan seorang rasul yag baru. Setelah kenabian tamat, rasul-rasul dan nabi-nabi tidak di bangkitkan lagi. Allah s.w.t bangkitkan ummat akhir zaman (untuk menyambung kerja nabuwwah).
Untuk tujuan yang besar ini, Allah s.w.t memilih beberapa orang untuk datang ke sini (Nizamuddin) supaya mereka meneruskan usaha yang diamanahkan oleh Allah s.w.t. Kita hendaklah mempelajari usaha (dakwah) ini dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan betul.
Hanya orang yang menganggap diri mereka masih belajar usaha ini sahajalah yang dapat meneruskan usaha ini dengan kefahaman dan cara yang betul. Orang yang berasa dirinya serba tahu, sudah tahu atau lebih tahu daripada orang lain, Allah s.w.t akan pisahkan dia daripada usaha ini. Orang yang berasa dirinya lebih tahu dari orang lain dan banyak mengkritik (mencemuh), itu tak kena, ini tak kena, akan terjauh daripada rahmat Allah s.w.t.
Oleh itu, hendaklah kita gabungkan diri dengan jemaah. Kalau kita pisahkan diri daripada jemaah dan menjalankan usaha seorang diri, walau betapa besar pengorbanan kita, ia tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Hidayah tidak akan tersebar melalui usaha orang-orang yang sedemikian.
Allah s.w.t menerangkan dalam surah Yasin: Kisah ini berlaku pada zaman Nabi Isa a.s. Baginda Isa a.s telah menguruskan 2 orang Hawariyyun (kaum pembantu Nabi Isa a.s) tetapi mereka telah didustakan. Lalu ditambah seorang lagi menjadi 3 orang, maka wujudlah satu jemaah. Kerja ijtima’i pun bermula. Mereka diuji. Mereka telah didustakan dan keadaan teruk menimpa mereka. Kepayahan, halangan dan tentangan yang menimpa mereka ini adalah untuk mentarbiyah dan merapatkan hubungan mereka dengan Allah s.w.t serta mengangkat darjat mereka di sisi Allah s.w.t.
Bayi lahir pada saat kesakitan yang paling teruk. Demikian juga dengan orang-orang yang memperjuangkan agama Allah s.w.t. Nusrah Allah akan turun pada saat hati betul-betul genting (pada saat hati si hamba tidak mengharap dan bergantung kepada sesiapa kecuali Allah s.w.t)
Jemaah Hawariyyun telah di tentang dengan berbagai cara dan diberi amaran dengan ancaman-ancaman yang berat, tetapi mereka tidak gentar dan tetap meneruskan usaha mereka. Apabila tiba hari jemaah Hawariyyun yang 3 orang itu hendak dilontar dengan batu, maka datang seorang tukang kayu dari pinggir kota sambil memperkenalkan dirinya, beriman dan membantu jemaah tersebut hingga syahid di lontar dengan batu dan sempat berkata, “Kalaulah orang-orang kampung ini tahu betapa besarnya nikmat mati di dalam iman, tentulah mereka juga mahu jadi seperti ini”.
Berjemaah adalah penting di dalam usaha agama ini, bahkan dituntut. Kita hendaklah memperjuangkan agama dengan niat untuk meng-islah diri (membawa agama yang menyeluruh di dalam diri dan kehidupan kita) Satu hal penting di dalam kerja agama ialah melihat diri sendiri. Sebanyak manakah usul yang sudah di bawa ke dalam usaha saya dan sejauh mana pengorbanan saya serta mutu amalan saya? Bila ada roh, maka hidup dan bersatulah seluruh anggota serta-merta. Jika tidak ada roh, seluruh anggota lumpuh dan akan terpisah daripada satu sama lain.
Kita perlu tanya diri sendiri, “Adakah saya gabungkan diri saya dengan jemaah atau tidak? Adakah saya bawa jemaah kecil (penyokong-penyokong saya) kepada jemaah yang besar (di bawah Hadzratji) atau saya memecahkannya ?” Inilah yang kita kena menangis. Kita perlu tahu apakah fikir dan kemahuan Amirul Waqt serta apakah kerisauannya. Kita hendaklah terus patuh dan amalkannya. Sesiapa yang tidak ikut Amirul Waqt, dialah yang jahil sebab Amirul Waqt mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t. Beliau adalah orang yang mendapat petunjuk.
Apa yang Amirul Waqt mahu ialah supaya kita membentuk Jemaah Wali Masjid (Jemaah Masjid). Tugas Jemaah Wali Masjid ialah menjalankan usaha ke atas orang-orang kampung. Walau hanya hidup gasht pertama sahaja, bererti sudah bermula Jemaah Wali Masjid di tempat itu.
Seseorang yang sudah kembali daripada 4 bulan di jalan Allah bererti agama sudah wujud di dalam kehidupannya. Tetapi ingat, walaupun dia seorang yang alim, tetapi jika tidak mengikut arahan dan tidak menghiaskan dirinya dengan tertib-tertib yang dikehendaki, tidak ada jaminan dia boleh kekal di dalam agama atau sebagai orang beragama.
Kalau seseorang itu membiasakan diri dengan tertib-tertib yang ditetapkan, Allah akan pelihara dirinya, hartanya, ilmunya, anak isterinya dan kehormatannya, malah bumi tempat dia tinggal dan tempat dia jalankan tugas-tugas agama juga akan dipelihara oleh Allah s.w.t. Kalau Allah menurunkan bala bencana di dalam negeri dengan sebab masyarakat degil tidak mahu menerima dakwah atau kejahatan mengatasi kebaikan, Allah akan keluarkan dia daripada tempat (negeri) itu, dan anak isterinya dilindungi oleh Allah s.w.t.
Tiap-tiap nabi yang dibangkitkan semuanya memulakan kerja mereka dengan gasht (jaulah) dan semua nabi-nabi manjalankan jaulah sampai ke akhir hayat mereka. Cubalah fikir bagaimana kalau nabi-nabi membuat jaulah macam kita (membuatnya dengan main-main)? Kita patut fikir apa akan terjadi kalau kita tidak buat jaulah dan tidak duduk di dalam ta’alim ?
Allah s.w.t tidak menurunkan bala bencana ke dalam satu-satu masyarakat (negeri) selagi Nabi ada di dalamnya atau selagi usaha dakwah berjalan dengan baik dan selagi penduduknya sentiasa taat dan memohon keampunan Allah.
“Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan Allah tidak akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”
(Surah Al Anfaal : ayat 33)
Sebenarnya keselamatan diri, harta, anak-isteri dan keturunan terletak di dalam amalan gasht.
Kisah di zaman Bani Israel. Ada seorang soleh (abid lagi wali) yang lama beribadat dan bertaqwa, tidak pernah membuat kemungkaran (dosa) walau sekelip mata pun. Tetapi apabila Allah perintahkan Jibrail a.s untuk membinasakan kampungnya. Jibrail tidak sanggup lalu berjumpa Allah dan bertanya, “Bagaimana hendak diturunkan azab sedangkan di dalam masyarakat itu ada seorang soleh sedang tekun beribadat”. Allah s.w.t perintahkan supaya diturunkan bala ke atas abid itu terlebih dahulu kerana dia tidak menghiraukan masyarakat. Wali pun tidak selamat tetapi di akhirat dia akan di asingkan daripada orang-orang zalim (fasiq).
Sekarang kita hidupkan jaulah ditempat kita dan kita buat ta’alim. Kita juga dikehendaki membentuk jemaah-jemaah untuk menjalankan usaha ke atas kampung-kampung di sekeliling kampung kita supaya kemungkaran di kampung-kampung itu tidak masuk ke kampung kita.
Bila gasht 1 dan 2 hidup dan ta’alim hidup, jangan pula kita rasakan sudah selamat. Ramai lagi orang yang melanggar perintah Allah s.w.t di dalam negeri kita yang suatu masa kelak akan masuk ke kampung kita. Seorang karkun lama patut sediakan (bentuk) jemaah baru 3 hari untuk kawasan-kawasan di sekitar daerahnya. Bahkan di dalam negara juga ada banyak hal yang timbul dan banyak perkara yang perlu kita buat, khasnya kita perlu bentuk jemaah 40 hari. Ulamak yang ikhlas tidak marah dengan kerja ini.
Enam malam kita habiskan masa kita bersama keluarga, satu malam kita perlu berada di markaz untuk sabguzari (perhimpunan mingguan). Sabguzari adalah untuk orang lama di dalam kerja ini, bukannya kita menjemput orang baru yang tidak pernah keluar untuk datang beriktikaf di markaz.
Bila jemaah pelajar di bentuk, hendaklah orang-orang lama yang berpengalaman turut serta supaya mereka (pelajar-pejajar) dapat belajar.
Kita juga perlu fikir tentang masturat kita supaya mereka menjadi seperti isteri-isteri para sahabat r.a. Jangan kita meninggal dunia tatkala iman mereka kabur. Jangan juga kita bersyarah di luar tetapi di dalam rumah kita lain yang terjadi.
Usaha ke atas kaum wanita (kaum ibu) yang utama bukanlah membentuk jemaah 40 hari dan 4 bulan, tetapi hendaklah menghidupkan ta’alim di rumah dan didik mereka supaya lama kelamaan mereka dapat memahami segala masalah di dalam agama sekurang-kurangnya mengenai perkara asas, pihak suami (bapa) mesti tahu apakah masalah asas itu dan bagaimana cara penyelesaianya sebagaimana yang berlaku kepada isteri-isteri para sahabat
Malah wanita perlu dididik supaya segera menyediakan lelaki di dalam rumah-rumah mereka untuk keluar di jalan Allah s.w.t dan bersedia menerima sebarang kemungkinan dengan sabar.
Walau anak kita berumur 3 bulan atau 2 bulan, bawalah ke dalam ta’alim, supaya Allah s.w.t turunkan sifat malaikat ke dalam diri mereka, mudah-mudahan mereka menjadi seorang yang taat dan memelihara diri.
Hendaklah bawa fikir masjid ke dalam rumah. Tanya anak-isteri :
· Sudahkah sembahyang ?
· Sudahkah membaca Al-Quran ?
· Sudahkah habiskan zikir ?
· Sudahkah membuat ta’alim ?
Jangan bawa fikir dari rumah ke dalam masjid. Misalnya masa kita hendak keluar rumah, isteri kita kata, “Pergi ke masjid, balik cepat-cepat. Gula tidak ada, ikan tidak ada, beras tidak ada.” Semasa di masjid, tafakkur kita kepada dapur. Di dalam sembahyang kita fikir gula, fikir ikan, fikir beras dan sebagainya. Di dalam sembahyang kita marah kepada imam kerana membaca ayat panjang-panjang . Ini bukan sembahyang yang betul
Comments
Post a Comment