Posts

Hayatus sahabah - maulana saad

08/02/2018 - nizamuddin 2 kefarduan yg sangat penting yg mana kebanyakan umat telah lalai drp 2 kefarduan ini:  1. iman     2. ilmu Hari ni manusia belajar semua perkara2 yg lain tapi tak belajar iman dan ilmu. Tanpa iman dan ilmu, tak ada apa2 amalan pun akan diterima oleh Allah, tiada nilai disisi allah. 2 kefarduan yg asas ialah iman dan ilmu. Apa itu ilmu? Ilmu ialah sibuk mencari kepastian apakah keinginan Allah s.w.t drp saya yg patut saya lakukan dgn cara Muhammad s.a.w. Sekiranya seseorang itu menghasilkan ilmu utk mendapatkan keperluan dunia, sesungguhnya ia telah terjauh dari kelebihan ilmu. Ilmu ialah manfak bukan mansak . Ilmu adalah jln utk kita belanjakan bukan utk kita hasilkan wang. Keinginan dari ilmu hanyalah akhirat. Sahabat mencari keperluan dan belanja utk ilmu. Nabi s.a.w adalah nabi dan juga muallim. Nabi s.a.w ada 9 isteri. Pelajar2 baginda akan mencari kayu api, jual, beli kambing dan belanja isteri2 nabi s.a.w. Mereka menghasilka...

Hayatus sahabah - maulana saad

07/02/2018 - nizamuddin Kenapa hajat kita tak dipenuhi? Kerana dosa hajat kita menjadi banyak. Hari ni, org kata kita sentiasa ada hajat tetapi sebenarnya tidak. Cuba kita bandingkan hajat para sahabat dan hajat kita hari ni. Hajat atau keperluan para sahabat sangat sedikit. Zaman sekarang, kita ada bermacam2 hajat/keperluan. Melalui keperluan yg banyak, dosa akan meningkat. Perbelanjaan yg banyak akan menambahkan dosa. Melalui keinginan nafsu, hajat makin bertambah. Org yg terbiasa dgn keinginan nafsu maka keinginan nafsu itu akan jadi satu keperluan kpd dia. Sehingga dia akan memenuhi keinginan nafsu dia dan anggap ia satu keperluan. Melalui dosa yg banyak akan bertambah keperluan kita. Apabila satu org buat dosa dan tak bertaubat, maka hati dia akan gelap. Satu org yg mencari rezeki dgn buat perkara2 yg haram, menyebabkan anggota badan dia akan dicemari dgn kekotoran. Bahkan, melalui dosa yg dia buat, pekerjaan yg halal pun akan dicemari dgn kegelapan. Kenapa? Kerana melal...

Hayatus sahabah - maulana saad

06/02/2018 - nizamuddin Di zaman sahabat, mereka tidak pernah terfikir bahawa akan ada org yg akan meninggalkan solat fardu kerana meninggalkan solat fardu itu difahami sebagai mengkufuri Allah s.w.t. Meninggalkan solat sunat pula merupakan satu keaiban yg sangat besar. Satu org sahabat telah dtg berjumpa nabi s.a.w, telah mengadu tentang seorang sahabat yg tidak menunaikan solat, tidak berpuasa, tidak membayar zakat. Macam mana dia boleh jadi org islam sedangkan dia tak solat, tak puasa, tak bayar zakat. Tak mungkin dia jadi org islam. Nabi s.a.w panggil sahabat tersebut dan panggil juga sahabat yg buat aduan. Sahabat yg dituduh kata tidak mungkin dia tak solat, tak puasa, tak bayar zakat. Sahabat yg buat aduan kata, dia tak tunaikan solat sunat, tak puasa sunat, tak bagi sedekah sunat. Di zaman sahabat, org yg tinggalkan solat sunat pun diadukan kpd nabi s.a.w. Oleh itu, kena jaga solat2 sunat. Dgn kita jaga solat2 sunat, akan memberi kesempurnaan pd solat2 fardu. Dgn ja...

Hayatus sahabah - maulana saad

05/02/2018 - nizamuddin Mengambil berat tentang solat2 sunat dan memperbanyakkannya adalah menjadi sebab yg paling utama utk kita hampir dgn Allah s.w.t sehingga Allah akan menggerakkan seluruh anggota badan dia mengikut keinginan Allah. Allah akan bagi tumpuan paling banyak kpd hambaNya dlm 2 keadaan. 1. ketika sedang beribadat   2. ketika sedang sibuk memberi dakwah Dakwah dan ibadat adalah 2 sebab utk menarik rahmat Allah kpd seseorang hamba. Allah akan bagi tumpuan pd hambaNya ketika sedang berdiri utk dakwah. Allah tengok dgn pandangan khusus pd hambaNya yg sedang sujud. Dlm setiap peperangan nabi menumpukan fikiran sahabat kpd ibadat kerana baginda risau sahabat tersalah anggap bahawa maksud drp peperangan ialah utk mendapatkan harta rampasan. Kena faham  1. mau’ud   2. maksud Sekiranya maksud tidak dijadikan tumpuan utama maka mau’ud (apa yg dijanjikan) tidak akan tercapai. Mau’ud/janji akan bersama dgn maksud. Sebanyak mana bantuan ghaib...

Hayatus sahabah - maulana saad

04/02/2018 - nizamuddin Apakah beza antara muslim dan musyrik? Seluruh kehidupan org islam dari rambut hingga kaki, seluruh badanya, seluruh kehidupannya, sejak dari lahir hingga mati, dlm setiap masa dan keadaan, dia dilingkungi oleh ibadat. Kehidupan org kafir, dari mula hidup sampai mati, dikelilingi oleh nafsu mereka. Org beriman akan berpindah dari satu ibadat kpd ibadat yg lain. org musyrik berpindah dari satu nafsu kpd satu nafsu yg lain. Pindah dari satu amal kpd amal yg lain, inilah yg dipanggil sebagai zikir. Seluruh kehidupan org beriman adalah zikir. Seluruh kehidupan org kafir adalah kelalaian. Hati org2 kafir mati. Bila lahir, di telinga org beriman akan dilaungkan azan, supaya syaitan tak berpeluang utk membisikkan sesuatu perkara yg rosak kpd bayi tersebut. Bila dah sampai masa kematian, ditalkinkan kalimah lailahaillallah, kamu dtg dgn kamlimah ini, kamu balik pun dgn kalimah ini. Diantara dtg dan pergi itu, adalah ibadat yg silih berganti. Hari ni, org2 i...

Hayatus sahabah - maulana saad

03/02/2018 - nizamuddin Selagi mana keinginan org islam tidak berubah kpd ibadat, maka selagi itulah kita kena faham bahawa org islam belum ada hubungan dgn ibadat. Sesuatu yg ada hubungan dgn org islam maka org islam akan memenuhi perkara tersebut dgn penuh rasa keinginan. Keinginan ambiya a.s adalah kpd ibadat. Keinginan/kesukaan/syahwat kita hari ni digunakan utk tubuh badan. Ambiya a.s menggunakan syahwat/nafsu mereka utk ibadat. Keinginan ambiya yg paling banyak ialah juga kpd infradi dakwah. 2 perkara iaitu   1. infradi dakwah   2. infradi ibadat Sahabat berkahwin pun utk ibadat. Usman b abil as r.hu, telah berkahwin dgn janda umar r.hu dan dia sentiasa tanya drp janda umar r.hu, macam mana tahajjud umar r.hu. Dia kata, aku kahwin dgn janda umar ini bukan utk ambil harta tapi supaya aku dpt tahu macam mana tahajjud saidina umar r.hu. Kahwin kerana hanya utk perkara tersebut. Amalan di luar rumah kami nampak tapi amalan malam hari di rumah kami tak na...

Hayatus sahabah - maulana saad

02/02/2018 - nizamuddin Org yg buat kerja dakwah perlu jaga solat tahajjud di malam hari kerana kerja utk menghubungkan hamba dgn Allah s.w.t tidak akan terhasil tanpa kita menghubungkan diri kita sendiri dgn Allah. Solat di malam hari merupakan asbab yg paling besar utk merapatkan hubungan kita dgn Allah. Akan masuk sifat kepentingan diri bila kita kurang membiasakan mujahadah nafsu. Tarbiyah nafsu yg paling besar ialah solat tahajjud di mlm hari. Hari ni, kita habiskan masa dgn percakapan yg sia2 sehingga menyebabkan kita tidur lewat di mlm hari dan meninggalkan solat tahajjud. Hari ni org merasakan perkara yg tiada kaitan dgn agama itulah kerja. Syaitan akan sibukkan dgn mengumpat dan percakapan yg sia2 sehingga berlalu separuh dari malam. Utk menyelesaikan masalah dan ikhtilaf dlm kerja ini, hanya melalui adanya hubungan dgn Allah s.w.t. Kalau kita tak sibukkan diri dgn solat2 sunat maka nafsu akan mengatasi diri kita. Bukan hanya perkara dunia akan menyebabkan nafsu m...