Hayatus sahabah - maulana saad

08/02/2018 - nizamuddin

2 kefarduan yg sangat penting yg mana kebanyakan umat telah lalai drp 2 kefarduan ini: 
1. iman    2. ilmu
Hari ni manusia belajar semua perkara2 yg lain tapi tak belajar iman dan ilmu. Tanpa iman dan ilmu, tak ada apa2 amalan pun akan diterima oleh Allah, tiada nilai disisi allah. 2 kefarduan yg asas ialah iman dan ilmu.

Apa itu ilmu? Ilmu ialah sibuk mencari kepastian apakah keinginan Allah s.w.t drp saya yg patut saya lakukan dgn cara Muhammad s.a.w. Sekiranya seseorang itu menghasilkan ilmu utk mendapatkan keperluan dunia, sesungguhnya ia telah terjauh dari kelebihan ilmu. Ilmu ialah manfak bukan mansak. Ilmu adalah jln utk kita belanjakan bukan utk kita hasilkan wang. Keinginan dari ilmu hanyalah akhirat.

Sahabat mencari keperluan dan belanja utk ilmu. Nabi s.a.w adalah nabi dan juga muallim. Nabi s.a.w ada 9 isteri. Pelajar2 baginda akan mencari kayu api, jual, beli kambing dan belanja isteri2 nabi s.a.w. Mereka menghasilkan ilmu dgn cara yg macam ini.

Melalui sesuatu amal, seseorang itu tak belanjakan harta utk amal tersebut maka amal tersebut dan mujahadahnya akan jadi kosong/berkurang. Org terdahulu belajar ilmu dgn membelanjakan harta drp diri mereka. Ada setengah muhadithsin, apa sahaja yg ada pd mereka, semua telah dihabiskan utk safar belajar ilmu. Semua duit dihabiskan utk dptkan ilmu.

Ilmu adalah tempat utk belanjakan harta bukan tempat utk hasilkan harta. Nabi s.a.w telah bentuk mizaj/sifat sahabat, cari ilmu utk diamalkan dan sampaikan kpd manusia lain tanpa mengharapkan apa2 ganjaran. Gaji yg didapati kerana mengajar ilmu, tak akan dpt digantikan dgn hasil mengajar ilmu. Bayaran hanya utk waktu mengajar sahaja. Bukan utk dibayar ilmu yg dia mengajar.

Setiap nabi dtg dgn taklim dan dakwah. Nabi dtg utk mengajar ilmu tanpa apa2 bayaran.Org yg belajar ilmu, dia hendaklah memikirkan apakah keperluan gurunya, supaya gurunya dpt melapangkan masa megajar ilmu pd dia. Itu t/jawab org yg belajar.

Hari ni, org nak dptkan ilmu tak belanjakan hartanya. Belanja harta utk keperluan duniawi tapi ilmu nak free/percuma. Ini keadaan org yg beragama. Keadaan org ahli dunia lagilah teruk. Belanja harta utk hasilkan kemahiran dunia dan mengatakan inilah ilmu. Dia sanggup membelakangkan keperluan hidup utk hasilkan kemahiran dunia sehingga dia sanggup berhutang utk belajar ilmu kemahiran dunia. Utk belajar ilmu dunia, belanja harta sehingga jadi org yg berhutang.

Ilmu ialah kita menyibukkan diri kita utk memastikan apakah keinginan Allah atas saya. Harus ingat, cara utk hasilkan ilmu hendaklah ikut cara org2 terdahulu. Nabi s.a.w dan para sahabat begitu cinta sekali utk hasilkan ilmu. Hari ni, kemahiran dunia dikatakan ilmu yg sebenar. Padahal, inilah kebodohan yg sebenar. Mencari keinginan Allah dipanggil sebagi ilmu. Mencari keinginan makhluk dipanggil sebagai kejahilan.

Sahabat mecintai ilmu dan targhib org lain utk belajar ilmu dan lapangkan masa mereka utk mengajar ilmu. Sahabat mencantumkan iman dan amal. Sahabat belajar iman dan amal. Sahabat menyibukkan diri utk ilmu samada dlm safar atau bermukim, dlm keadaan senang atau susah. Walaupun sibuk, tetap belajar ilmu. Melalui pergerakan sahabat telah sebarkan ilmu kpd umat.

Nabi s.a.w telah tunjuk pd sahabat bagaimana ilmu itu didatangkan. dlm safar. atas kuda. dlm peperangan. Ketika nabi s.a.w letak kepala atas paha sahabat, sahabat kata, seolah2 paha aku akan patah kerana begitu berat wahyu yg sedang diturunkan kpd Nabi s.a.w. Al-quran diturunkan dlm keadaan bergerak. Utk faham quran, maka kita kena bergerak. Belajar sambil bergerak barulah akan dpt kefahaman al-quran dan kena disebarkan dgn pergerakan.

Sahabat menghasilkan ilmu samada dlm keadaan safar atau dlm keadaan bermukim. Dlm keadaan kesusahan yg begitu ketara pun mereka menghasilkan ilmu. Mereka ambil berat terhadap ilmu. Mengajar ilmu kpd org2 dtg ke madinah. Sifat sahabat yg jelas dlm dakwah, taklim & tijarah.

Umar r.hu dan sahabatnya bergilir-gilir belajar ilmu dan berniaga. Sahabat belajar ilmu dan menghasilkan rezeki yg halal. Mereka tak berhajat pd mana-mana makhluk utk bertabligh & mencari ilmu. Jemaah2 dihantar ke luar negara utk hasilkan ilmu dan sebarkan ilmu.

Hari ni kita safar utk cari rezeki tapi kita jahil dlm bab ilmu. Sahabat telah tinggalkan Madinah utk sampaikan ilmu. Muaz b jabal r.hu ialah ulamak yg besar. Kuburnya ada di Jordan. Sahabat tak keluar utk qital/perang. Fikir utk perang menyebabkan ilmu terhad dan kejahilan tersebar. Maksud utama ialah utk sebarkan ilmu dan keluarkan umat dari kejahilan. Dlm diri sahabat, mereka usaha supaya wujud sifat agar ilmu mereka diterima oleh Allah s.w.t.

Malaikat akan menutupi penuntut ilmu dgn sayap2nya, sehingga mereka duduk berlapis2 sampai ke langit. Malaikat sangat mencintai org yg belajar ilmu. Di zaman ini, kita nampak maktab/madrasah utk anak2 kecil, padahal org2 tua juga dtg kpd rasulullah s.a.w utk belajar ilmu. Nabi s.a.w bersabda, bila keluar dari rumah utk belajar ilmu, semua makhluk mendoakan keampunan utk kamu. Semua pohon2, kayu2, batu2,  mendoakan utk kamu.

Hari ni, ilmu hanya dlm handphone. Begitu rugi umat hari ni. Mereka tidak lagi sohbat dgn ulamak. Mereka tak dpt suasana madrasah. Mereka telah terjauh dari kelebihan keluar dari rumah utk menuntut ilmu. Org dulu, belajar ilmu duduk dgn ulamak. Ilmu berpindah dari hati ke hati. Hari ni belajar ilmu tanpa jumpa ulamak, maklumat tersebar tetapi amal tak ada. Malaikat menghampar sayap2 utk setiap org yg menuntut ilmu, tak membiarkan dia berjalan diatas tanah.

Nabi s.a.w bersabda, selepas solat subuh, ucap 3X subhanallah hil azim wabihamdihi. Kamu akan terselamat drp buta, penyakit kulit, penyakit tulang. Seorang hamba yg bergerak utk mempelajari ilmu, maka semua dosa2nya yg lampau telah diampunkan oleh Allah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir