Hayatus sahabah - maulana saad
04/02/2018 - nizamuddin
Apakah beza antara muslim dan musyrik? Seluruh kehidupan org
islam dari rambut hingga kaki, seluruh badanya, seluruh kehidupannya, sejak
dari lahir hingga mati, dlm setiap masa dan keadaan, dia dilingkungi oleh
ibadat. Kehidupan org kafir, dari mula hidup sampai mati, dikelilingi oleh
nafsu mereka. Org beriman akan berpindah dari satu ibadat kpd ibadat yg lain.
org musyrik berpindah dari satu nafsu kpd satu nafsu yg lain.
Pindah dari satu amal kpd amal yg lain, inilah yg dipanggil
sebagai zikir. Seluruh kehidupan org beriman adalah zikir. Seluruh kehidupan
org kafir adalah kelalaian. Hati org2 kafir mati. Bila lahir, di telinga org
beriman akan dilaungkan azan, supaya syaitan tak berpeluang utk membisikkan
sesuatu perkara yg rosak kpd bayi tersebut. Bila dah sampai masa kematian,
ditalkinkan kalimah lailahaillallah, kamu dtg dgn kamlimah ini, kamu balik pun
dgn kalimah ini. Diantara dtg dan pergi itu, adalah ibadat yg silih berganti.
Hari ni, org2 islam hanya buat yg fardu dan tak ambil berat
perkara2 sunat. Solat fardu adalah syarat utk masuk islam. Nabi dan sahabat
sangat ambil berat dgn solat2 sunat. Nabi s.a.w ambil berat tentang solat sunat
dari tertib matahari hingga tergelincir matahari. Dari tergelincir matahari
hingga terbenam matahari. Dari terbenam matahari hingga terbit semula matahari.
Tidak ada satu masa pun yg kosong dari zikir. Setiap pergerakan org beriman
berserta dgn zikir. Ketika bersama dgn isteri, nak penuhi nafsu pun akan
berzikir. Diajar supaya kamu menyempurnakan keinginan hawa nafsu kamu dimulai dgn zikir.
Dlm nak menyempurnakan keinginan hawa nafsu pun tak boleh
tanpa zikir. Tak boleh buat dlm keadaan lalai. Apatah lagi dlm ibadat. Sangat
buruk kalau kita lupa Allah. Apa sahaja hajat kita tak boleh kosong dari zikir
dan doa.
Ummi hani bt abi talib r.ha kata, aku telah dtg jumpa nabi
s.a.w ketika hari pembukaan mekah. Aku lihat nabi tunaikan 8 rakaat solat
dhuha. Selepas itu, aku tak pernah tinggalkan solat dhuha.
Comments
Post a Comment