Hayatus sahabah - maulana saad

02/02/2018 - nizamuddin

Org yg buat kerja dakwah perlu jaga solat tahajjud di malam hari kerana kerja utk menghubungkan hamba dgn Allah s.w.t tidak akan terhasil tanpa kita menghubungkan diri kita sendiri dgn Allah. Solat di malam hari merupakan asbab yg paling besar utk merapatkan hubungan kita dgn Allah. Akan masuk sifat kepentingan diri bila kita kurang membiasakan mujahadah nafsu. Tarbiyah nafsu yg paling besar ialah solat tahajjud di mlm hari. Hari ni, kita habiskan masa dgn percakapan yg sia2 sehingga menyebabkan kita tidur lewat di mlm hari dan meninggalkan solat tahajjud.

Hari ni org merasakan perkara yg tiada kaitan dgn agama itulah kerja. Syaitan akan sibukkan dgn mengumpat dan percakapan yg sia2 sehingga berlalu separuh dari malam. Utk menyelesaikan masalah dan ikhtilaf dlm kerja ini, hanya melalui adanya hubungan dgn Allah s.w.t. Kalau kita tak sibukkan diri dgn solat2 sunat maka nafsu akan mengatasi diri kita.

Bukan hanya perkara dunia akan menyebabkan nafsu mengatasi diri kita, bahkan perkara agama yg sia2 juga akan menyebabkan nafsu mengatasi diri kita. Oleh itu, ulamak telah berkata, 2 perkara yg akan menyebabkan bantuan Allah bersama dgn kamu iaitu  1. berdiri di mlm hari  2. membaca quran
Bila banyakkan 2 perkara ini maka Allah akan bersama dgn kamu.

Selama 1 thn solat tahajjud difardukan ke atas para sahabat rhum. Bila para sahabat dah biasa dgn tahajjud, maka Allah telah mansuhkan fardu tahajjud. Hadrat aishah r.ha telah berkata kp hadrat abdullah b qais, jgn sekali-kali kamu tinggalkan solat tahajjud di mlm hari kerana nabi s.a.w tidak pernah meninggalkan tahajjud. Ketika nabi s.a.w sedang gering/sakit yg teruk, pun tidak tinggalkan tahajjud. Dlm keadaan kepenatan pun nabi tak tinggal tahajjud. Walaupun nabi s.a.w terpaksa tunaikan solat dlm keadaan duduk.

Hadrat jabir r.hu telah mengatakan bahawa kami telah difardukan utk tunaikan solat tahajjud. (surah muzammil) wahai org yg berselimut, kamu hendaklah bangun di mlm hari walaupun sekejap. Sahabat kata, kami berdiri di malam hari begitu panjang sekali sehingga kaki kami mula bengkak maka Allah telah bagi rukhsah/keringanan kpd kami. Selepas 1 thn, Allah jadikan solat tahajjud sebagai solat sunat.

Sahabat r.hum sanggup korbankan segala-galanya utk dakwah dan ibadat. Said b hisham telah ceraikan isterinya kerana isteri dia jadi penghalang utk dia keluar di jln Allah. Dia nak jual semua tanah di madinah utk beli kuda dan senjata dan pergi berjihad dgn rom. Dia ingin syahid di jln Allah. Ada sahabat nasihat jgn buat begitu kerana ada 6 org sahabat yg lain yg berkeinginan yg sama begitu, Nabi telah kumpulkan semua org dan bersabda, bukankah cara aku ini panduan yg baik utk kamu? Nabi telah menahan mereka dari berbuat demikian. Said b hisham telah rujuk semula dgn isterinya dan batalkan niat utk jual tanah. Dia telah pergi berjumpa ibnu abbas r,hu dan tanya cara solat nabi di malam hari. Bagaimana cara nabi solat witir? Nabi s.a.w sangat ihtimam/ambil berat tentang solat witir. Ibnu abbas suruh dia pergi tanya aishah r.ha kerana aishah org yg paling tahu berkenaan solat witir nabi s.a.w dan kemudian dtg bagitahu aku. Sahabat mengambil ilmu dgn cara begini iaitu menyuruh sahabat lain bertanya dan kemudian sampaikan.

Said b hisham bertanya pd Aishah r.ha mengenai akhlak nabi s.a.w. Aishah r.ha kata, Adakah kamu tidak membaca quran? Quran itulah akhlak nabi. Tanya lagi, bagaimana tahajjud nabi? Aishah r.ha kata, adakah kamu tidak membaca quran? surah muzammil. Kita kena baca quran dgn kefahaman. Kita sangat lemah dlm bab ini. Kita merasakan baca quran dgn memahaminya adalah perkara yg tidak berfaedah. Kita kena belajar dari ulamak dan tanya tentang tafsir quran sehingga kita dpt baca quran dgn kefahaman.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir