Hayatus sahabah - maulana saad
07/02/2018 - nizamuddin
Kenapa hajat kita tak dipenuhi? Kerana dosa hajat kita
menjadi banyak. Hari ni, org kata kita sentiasa ada hajat tetapi sebenarnya
tidak. Cuba
kita bandingkan hajat para sahabat dan hajat kita hari ni. Hajat atau keperluan
para sahabat sangat sedikit. Zaman sekarang, kita ada bermacam2 hajat/keperluan.
Melalui keperluan yg banyak, dosa akan meningkat. Perbelanjaan yg banyak akan
menambahkan dosa. Melalui keinginan nafsu, hajat makin bertambah. Org yg terbiasa
dgn keinginan nafsu maka keinginan nafsu itu akan jadi satu keperluan kpd dia.
Sehingga dia akan memenuhi keinginan nafsu dia dan anggap ia satu keperluan.
Melalui dosa yg banyak akan bertambah keperluan kita.
Apabila satu org buat dosa dan tak bertaubat, maka hati dia akan gelap. Satu
org yg mencari rezeki dgn buat perkara2 yg haram, menyebabkan anggota badan dia
akan dicemari dgn kekotoran. Bahkan, melalui dosa yg dia buat, pekerjaan yg
halal pun akan dicemari dgn kegelapan. Kenapa? Kerana melalui dosa itu akan
menyebabkan perkerjaan yg halal tidak akan kekal sebagai halal. Kerana dosa,
pekerjaan yg halal tidak akan jadi halal lagi, bagaimana pula ibadat boleh
kekal sebagai ibadat. Faham?
Maulana Yusuf rah. telah tulis dlm hayatus sahabah ini, beliau
telah dtgkan dahulu bab solat taubat selepas itu baru solat hajat. Kenapa?
Kerana bila seseorang buat solat hajat tanpa solat taubat maka hajat dia tak
akan dipenuhi oleh Allah s.w.t. Seseorang yg ditunaikan hajatnya maka dia tak
akan bertaubat. Seseorang yg lakukan dosa, tak mencukupi hanya dgn
beristighfar. Pendosa kena, sucikan dosa yg dia telah buat dan kekalkan diri
dia drp melakukan dosa.
Utk kekalkan diri drp melakukan dosa akan dtg, maka dia
hendaklah jaga solat taubat. Setiap kali terbuat dosa kena melazimi solat
taubat. Allah letak keistimewaan dlm solat mutlak, iaitu akan menyelamatkan
kita drp dosa. Begitulah juga solat yg dilakukan kerana menyesali perbuatan
dosa, maka lebih2 lagi solat ini akan mencegah dirinya drp kemungkaran. Solat
mutlak ialah solat sunat yg biasa.
Bila terbuat dosa, segera tunaikan solat utk menyesali
perbuatan dosa kamu. Bila terbuat dosa, kamu kena tinggalkan kawasan itu,
kemudian solat taubat. Sebagaimana penyakit jasmani akan terkesan dgn suasana,
begitulah juga dgn penyakit rohani akan terkesan dgn suasana. Dgn berada di
suasana dosa, maka dia akan terkesan. Dgn menjauhkan diri drp suasana dosa akan
mendatangkan kekuatan utk bertaubat.
Hari ni, kita buat dosa dan taubat di tempat yg sama tanpa
tinggalkan tempat tersebut. Maka dia akan buat dosa dan taubat. Buat dosa dan
taubat lagi. Sehingga dia rasa taubat pun dah tak ada nilai lagi dah sebab dia
tak tinggalkan suasana dosa tersebut. Sebagaimana satu org yg telah membunuh
100 org. Org alim kata kamu kena tinggalkan tempat ini dan pergi ke tempat yg
suasana baik. Ia akan mendatangkan kekuatan dlm taubatnya.
Suatu pagi, Nabi s.a.w kata pd bilal r.hu, malam tadi aku
nampak kamu berjalan dlm syurga di depanku. Aku dengar tapak kaki kamu dlm
syurga. Apa yg telah kamu buat? Bilal kata, bila aku terbuat apa sahaja dosa, maka
aku akan tunaikan 2 rakaat solat sunat. Bila wuduk aku batal, aku berwuduk dan
tunaikan solat sunat.
Mengekalkan diri dlm keadaan berwuduk ialah supaya kita
sentiasa dlm keadaan bersenjata/musollah. Syaitan tidak dpt melawan kerana
sentiasa bersenjata. Org yg tidak berwuduk akan menyebabkan mudahnya dtg
was-was dlm hatinya.
Apa maksud solat hajat? Adakah sebab kita ada hajat kita
solat hajat? Tidak! Solat hajat ialah utk kita hampirkan diri dgn Allah. Bila
kita hampir dgn Allah, maka kita bagitahulah hajat/keperluan kita kpd Allah. Sebenarnya
tidak ada solat utk hajat. Hajat adalah makhluk. Solat adalah utk khaliq. Solat
bukan utk makhluk. Hari kita solat hajat, dari takbir sampai salam penuh dgn
hajat. Padahal, solat kena ingat Allah. Solat yg tawajjuh dgn Allah akan hampirkan
diri kita dgn Allah. Setelah hubungan kamu rapat dgn Allah maka mintalah hajat
kamu dgn Allah.
Nabi s.a.w tak suruh para sahabat tinggalkan asbab. Nabi
s.a.w melatih para sahabat utk membelakangkan asbab zahiriah sehingga sebelum
mereka pergi tunaikan asbab, hajat mereka telah pun tertunai melalui amal.
Kebelakangkan asbab kebendaan kamu dan kedepankan asbab amal sehingga kamu
dapati tanpa kamu pergi kpd asbab zahariah, hajat kamu telah dipenuhi.
Hari ni, walaupun kita tunaikan solat, kita masih menuju kpd
asbab. Kita fikir dgn solat ini hajat kita akan dipenuhi. Cara ini ialah cara
otak yg rosak. Kita fikir setelah tunaikan solat, hajat kita akan dipenuhi
melalui asbab kebendaan. Sepatutnya kita kena rasa hajat kita akan dipenuhi
melalui solat. Sebaliknya, kita tunaikan solat hanya utk dptkan pahala dan utk
dptkan hajat kena melalui asbab. Kita memahami melalui asbab kebendaan inilah
hajat saya dipenuhi. Padahal, melalui solatlah yg sebenarnya secara langsung Allah
akan penuhi keperluan hajat kita.
Kita kata, saya dah tunaikan solat hajat, melalui ubat
inilah saya akan dpt kesembuhan. Saya dah tunaikan solat hajat, melalui kebun
inilah saya akan dpt hasil. Saya dah tunaikan solat hajat, melalui kedai inilah
saya akan dpt keuntungan. Kita yakin kejayaan melalui asbab selepas tunaikan
solat. Ini salah. Maksud yakin pd solat bukan bermaksud kita tak ikhtiar pd
asbab. Maksudnya ialah kita kedepankan amal sehingga kita buat amal itu dgn
harapan pd amal, bukan harapan pd asbab. Harapan pd asbab ialah org yg
menjadikan solat hanya sebagai satu perhiasan sahaja. Maulana Yusuf rah. kata,
yakin pd solat dan yakin pd kedai tak boleh dihimpunkan di satu tempat. Dari
segi amal boleh himpun tetapi dari segi yakin tak boleh dihimpunkan. Seseorang
yg yakin pd kedainya, bila terlintas sahaja yakin pd kedai maka keyakinan pd
solat akan keluar dari hatinya.
Maulana Yusuf rah. kata, meninggalkan asbab itu bukan
mujahadah. Bahkan, mengurangkan kesibukan terhadap asbab itulah mujahadah.
Membelakangkan kesibukan terhadap asbab adalah mujahadah. Hilangkan harapan pd
asbab. Apa sahaja keadaan, langsung minta dgn Allah.
Satu ketika, org yg jaga kebun Anas bin malik, bagitahu,
panas sangat terik, dah lama tak hujan, air tak ada. Anas b malik suruh ambil
lotar utk beliau berwuduk. Beliau tunaikan solat dan doa. Dia suruh penjaga
kebun pergi tengok ada nampak awan? Tak ada lagi. Beliau tunaikan solat lagi.
4X tunaikan solat. Kita kena sibukkan diri dgn solat sehingga hajat kita
diselesaikan oleh Allah. Solat berterusan. Doa pun berterusan. Allah sengaja
lewatkan keperluan hambaNya supaya hambaNya terus minta dgnNya. Allah suka
hambaNya meminta. Tapi hari ni, kita doa sekali, hajat tak ditunaikan, kita kata
doa tak diterima. Selepas 4X solat, bila tengok ada awan kecil telah dtg spt
seekor burung sedang terbang. Beliau terus solat dan doa sehingga pekerjanya
dtg bagitahu bahawa dilangit dipenuhi dgn awan. Hujan turun dgn lebat. Kamu
pergi tengok hujan yg turun itu sampai mana? Hujan hanya turun di perbatasan
tanah beliau sahaja.
Di arafah, nabi s.a.w telah berdoa tapi ada satu doa tak
diterima. Nabi terus berdoa, sehingga di muzdalifah doa tersebut telah
diterima.
Comments
Post a Comment