mesyuarat malaysia 2015 - bayan subuh maulana saad

11/10/2015 - nizamuddin

Tuan-tuan yg mulia,

Kita hendaklah dengar dgn penuh tawajjuh/tumpuan. Dengar dgn hati.

Syarat utk umat ini menjadi yg paling baik ialah dakwah illallah. Dgn melakukan apa sahaja amal kebaikan yg lain umat ini tidak akan jadi sebaik umat. Hanya dgn menjalankan kerja dakwah umat ini akan menjadi umat yg terbaik. Amalan berbentuk ibadat, infaq, belanjakan harta, apa sahaja amal kebaikan tidak menyebabkan umat ini umat yg terbaik. Hari ni kita anggap setiap amal baik adalah dakwah. Hari kita anggap ada banyak amal2 kebaikan dan salah satunya ialah amalan dakwah. Sedangkan dakwah illallah adalah satu amalan yg sangat penting. Yg mana tanpa amalan dakwah ini umat ini tidak akan dikira sebagai sebaik umat. Walaupun begitu banyak amal kebaikan yg dibuat tetap umat ini tak akan jadi sebaik umat tanpa melakukan kerja dakwah. Sayyidina umar r.hu kata  kalau kita tak diberi perintah utk ajak manusia kpd kebaikan dan cegah kemungkaran maka Allah akan kata antum kharoum matin ukhrijat linnas…tetapi Allah kata kuntum kharoum matin ukhrijat linnas… kita kena faham betul2 perkara ini. Allah sebut kuntum bukan antum. Bahawa syarat utk jadi sebaik-baik umat ialah kamu kena pergi pd manusia dgn diri kamu sendiri ajak mereka kpd kebaikan. Dan cuba cegah mereka dari kemungkaran.

Bagi tumpuan penuh pd setiap lafaz yg saya cakapkan supaya kita faham cara nabi dan sahabat dlm menjalankan kerja dakwah mengajak manusia kpd Allah dan apakah dakwah yg dijlnkan mengikut cara semasa. Hari ni umat anggap semua cara ajak manusia pd Allah adalah kerja dakwah. Cara masnun/sunnah utk mengajak manusia pd Allah hanyalah cara nabi dan sahabat. Dlm menjalankan kerja ikut cara nabi dan sahabat ada janji hidayat dari Allah. bila umat ini meninggalkan kerja dakwah cara nabi dan sahabat dan menjalankan kerja dakwah cara semasa maka tidak akan ada kesan pd dakwah mereka. Kesan dakwah akan hilang. Maulana ilyas rah. kata Allah letak kesan dlm percakapan dakwah hanya apabila usaha tersebut di jlnkan ikut cara nabi s.a.w. Bukan setiap cara menyampaikan agama itu adalah dakwah. Dakwah ialah sebagaimana cara sahabat bergerak bawa agama jumpa setiap tabaqat/lapisan umat. Lapisan yg tinggi, yg sama, yg rendah. Sahabat tidak tinggalkan mana2 lapisan umat utk sampaikan agama. Nabi pergi ke semua tempat dan tempat yg  nabi tak pergi nabi hantar sahabat utk buat usaha. Selain cara nabi dan sahabat adalah cara semasa dan tak akan memberi apa2 kesan. Ajak manusia kpd kebaikan dan cegah kemungkaran dgn cara sahabat. Ini perkara yg asas. Hari ini kita kata ada banyak lagi cara lain. kita kena tahu yg mana cara sahabat dan yg mana bukan cara sahabat. Kita kena sediakan umat utk dtg kpd kerja/usaha cara nabi dan sahabat. Kalau kita pergi sampaikan agama tanpa pergerakan, tanpa pergi jumpa umat, ini tidak cukup utk melepaskan t/jawab kita dan menyempurnakan hujah kita di depan Allah.

Bila sampaikan agama cara nabi dan sahabat maka Allah akan bagi kesan pd usaha yg kita buat. inilah keistimewaan usaha ini. nabi telah hantar surat pd kisra dan dakwah dia pd islam. Kisra telah koyak surat nabi s.a.w kerana nabi tulis nama baginda diatas dan nama kisra di bawah. Nabi bersabda dia bukan koyakkan surat tapi dia telah koyakkan kerajaan dia sendiri. Hari ni org bukan islam koyak al quran tapi tak memberi apa2 kesan pd mereka. Tapi bila kisra koyak surat nabi begitu besar sekali kesan. Bantuan Allah bersama dgn usaha yg dibuat cara nabi s.a.w. Surat dihantar sebagai bukti. Asal maksud adalah dakwah. Nabi telah hantar sahabat utk dakwah kisra. Surat tadi dibawa oleh sahabat. Hari ini kita jadikan agama semata-mata tulisan. Hanya dgn tulisan agama tak akan tersebar. Islam tak pernah tersebar dgn hanya tulisan dan tak akan tersebar dgn tulisan. Islam akan tersebar bila kita bergerak dlm umat. Islam akan tersebar ke seluruh alam bila umat islam bergerak di seluruh dunia bawa agama islam secara amali dlm kehidupan mereka. Dgn cara ini sahaja agama secara amali akan dpt disebarkan dlm umat. Satu, agama dlm bentuk tulisan. Satu lagi agama dlm bentuk amalan. Tiada cara lain utk kita bentangkan agama secara amali pd manusia melainkan dgn kita bergerak dlm umat dgn bawa amalan agama dlm kehidupan. Sahabat2 telah sampaikan agama secara amali pd umat. 

Utk umat ini jadi umat yg terbaik syaratnya ialah dakwah illallah dan cara nak buat dakwah ialah umat ini kena bawa agama secara amali/praktikal dlm kehidupan dia dan bergerak pergi jumpa setiap umat di seluruh dunia. Hari ini kemampuan dan kebolehan manusia telah dihabiskan utk dunia. Utk agama manusia tak sanggup susah payah/mujahadah. Bagaimana hidayat akan tersebar. Bagaimana nak dpt hidayat kalau umat tak sedia bermujahadah utk agama. Seluruh pengorbanan umat utk dunia dan agama nak disebarkan dgn cara mudah/senang.

Allah akan tundukkan nizam alam ini utk sesiapa yg himpunkan dlm diri mereka dakwah dan ibadat. Satu takazah dakwah. Satu takazah ibadat. Dua-dua perintah Allah. Allah bagi 2 perintah dlm satu masa. Macammana nak disempunakan bila kedua-dua takazah ini berhimpun. Org macam ni Allah akan ubah nizam alam utk mereka. Hanya dgn ibadat dan amal infradi nizam/sistem/peraturan alam ini tak akan dpt ditundukkan. Bila dihimpunkan 2 perkara ibadat dan dakwah baru Allah akan tundukkan nizam alam ini.

Satu peristiwa berlaku, di depan sahabat2 ada musuh, dan pd masa yg sama waktu solat asar. Mereka tawajjuh pd Allah. 2 takazah. Musuh di depan dan solat asar. Mereka doa pd Allah. matahari adalah hambaMu. Dia turut perintahMu. Ya Allah tahanlah matahari. Dan Allah telah tahan pergerakan matahari. Bila sampaikan agama bukan dgn cara nabi dan sahabat, Allah tak akan tundukkan nizam alam ini tapi sebaliknya kita kena tunduk pd peraturan2 dunia. Mereka akan kata kami tak boleh buat macam ni sebab kerajaan tak benarkan. Undang2 tak benarkan. Kanun tak benarkan. Kami tak boleh buat macam ni. Kami kena buat macam itu. Bila kita dengar berita org islam di satu negara tak dpt amalkan apa2 amaan islam kerana undang2 kerajaan maka terus kita akan faham dinegara tersebut usaha dakwah cara nabi dan sahabat telah ditinggalkan. Ini adalah asas. Ya Allah Engkau tahanlah matahari ni, kami nak selesaikan musuh ini dulu dan lepas tu kami nak solat asar. Maka Allah telah tahan matahari dari terbenam. Setelah kalahkan musuh dan solat asar baru Allah terbenamkan matahari. Matahari 1.3 juta lebih besar dari bumi tapi matahari pun ditundukkan utk org beriman. Setelah mereka sempurnakan takazah dakwah dan ibadat baru Allah terbenamkan matahari. 


Bila buat usaha dakwah dgn cara semasa tidak ada janji bantuan Allah. hari ni semua benda menjadi penghalang kita buat usaha agama, kerajaan, pemerintah, suami, isteri, anak, semua hubungan2 ini menghalang seseorang itu dlm amalkan agama kerana apa? Kerana seseorang itu telah meninggalkan kerja dakwah cara nabi s.a.w dan sahabat. Hanya dgn kita buat usaha dgn cara nabi dan sahabat Allah akan beri kesan pd usaha kita, tak ada satu benda pun dpt menghalang kita dari amalkan agama. Dgn menjalankan kerja dakwah dgn cara semasa kita tak akan dpt istiqamah dlm agama. Hari ni kita buat usaha dakwah tapi bukan dgn cara nabi. Kerana cara tersebut mudah/senang. Dgn kita menghimpunkan dakwah dan ibadat, Allah janjikan kesempurnaan dlm agama, keindahan dlm agama, kemantapan dlm agama dan kebaikan dlm agama.

Hari ni kita keluar tabligh utk betulkan kalimah dan solat dan dpt amal agama sampai mati. Sebenarnya kita kena berterusan dlm dakwah sebagaimana kita berterusan dlm amal ibadat. Org beriman sentiasa berterusan dlm amal. Dia berpindah dari satu amalan ke satu amalan. Dari satu ibadat kpd satu ibadat, dari satu zikir kpd satu zikir. Org kafir kehidupan mereka berpindah dari satu kelalaian kpd satu kelalaian. Dari satu kehendak kpd satu kehendak. Dakwah adalah utk bina istiqdat dlm diri kita utk ibadat. Hari ni kita keluar 40H/4B, kita dah selesai dakwah kita utk sepanjang thn, tak payah buat dakwah. Dakwah kena berterusan sebagaimana amalan berterusan. Dakwah kena berterusan supaya kita istiqamah dlm ibadat. T/jawab sebenar umat ini ialah sambil amal agama dlm kehidupan sambil tu bawa manusia yg lain pd agama. Inilah kerja sebenar umat ini. bila kita himpun dakwah dan ibadat Allah akan bagi kemantapan dlm agama.

Ada 2 kerja nabi2. Pertama, dgn perantaraan ibadat hasilkan penghampiran pd Allah. Kedua, sampaikan utusan Allah kpd manusia. Hubungkan manusia dgn Allah. sampaikan agama. Dgn perantaraan ibadat tarbiyah dan tazkiyah utk mereka. Dan dgn perantaraan dakwah mereka hubungkan manusia dgn Allah. semua nabi2 berterusan bagi masa utk 2 kerja ini. sama banyak. Kalau lebih 1 kerja, dia akan belajar agama dan amal agama sorang-sorang di satu penjuru dan tak pedulikan umat. Apa yg kita buat hari ni kita keluar dakwah dan kemudian belajar agama dan amal agama sorang2. tak peduli pd org. Maulana yusuf kata, kalau satu org nak tingkatkan kerohanian diri dia sorang, maka dia duduk di satu penjuru buat ibadat. Tapi kalau dia nak lihat seluruh umat meningkat dlm agama, maka dia kena korbankan keseorangan dia tadi utk bergerak dlm umat. Kedua-dua perkara kena buat. dgn perantaraan ibadat bina hubungan dgn Allah. dan pd masa yg sama kita kena pergi jumpa umat utk bawa manusia kpd Allah.

Musa a.s telah diperintah oleh Allah pilih 70 org dari kaum dia utk beribadat selama 40 malam. Musa dah pilih 70 org tapi dia pergi awal sorang2 dan tinggalkan yg lain utk beribadat di Thur. Allah tanya pd musa, apa yg menyebabkan kamu tingalkan kaum kamu dan dtg sorang2? Musa jawab utk dpt keredaan Mu, utk menyukakan Mu sebab tu dtg awal. Hari ni kita kata biarkan umat, semua ada kubur masing2, semua akan dpt balasan dari amalan mereka, mereka pandai2lah fikir sendiri, aku kena beribadat utk bina syurga aku. Kalau kita nak jaga agama kita kita kena juga bawak umat bersama kita utk dekatkan diri pd Allah. kita tak boleh tinggalkan umat. Musa a.s terlalu rindu nak jumpa Allah. Musa ada syok, jasbah, keinginan yg kuat nak jumpa Allah. buat semata-mata nak dpt redho Allah. Musa a.s sempurnakan 40 malam dan sibuk dgn ibadat. Satu org fasik, Samiri, telah buat satu patung anak lembu dan kata pd bani israil inilah tuhan kamu. Inilah tuhan musa juga. Beribadatlah pd patung ini. samiri kata musa dah pergi dan dah lupakan kamu. Dlm masa hanya 40 hari 40 malam, dari 600,00 bani israil yg beriman sebelum ini, sebanyak 588,000 telah sesat. Cuma tinggal 12,000 sahaja yg kekal atas hidayat. Samiri kata kita terus beribadat pd patung lembu ini sehingga musa balik. Allah terangkan dlm quran apakah sebab kaum bani israil telah sesat iaitu kerana musa telah tinggalkan umat. Kita tinggalkan umat utk beribadat sorang2 pd Allah, ini akan jadi sebab kesesatan bagi umat. Hanya 2% kekal atas hidayat. 98% lagi telah sesat dlm masa 40 malam. Oleh itu penting utk kita himpun kedua-dua sekali dakwah dan ibadat


Kalau kita hanya sibukkan diri kita dgn ibadat tanpa bawa umat maka umat akan sesat. Kita kena bawa umat bersama-sama kita utk dekatkan diri pd Allah. dgn perantaraan dakwah suasana akan membantu kita. bila tak buat dakwah, suasana tak akan membantu kita. dan suasana akan menghalang kita dari amalkan agama. Kerja asal adalah menghimpunkan dakwah dan ibadat.

Dgn perantaraan dakwah maksud yg pertama adalah utk betulkan yakin kita. Maulana ilyas rah. kata kalau nak letak nama pd usaha ini akan dinamakan tahrikul iman. Usaha utk betulkan yakin. Tempat utk betulkan yakin ialah masjid. Utk keluarkan keyakinan pd selain dari Allah, kamu hendaklah berkumpul di rumah Allah. Selain dari dakwah, usaha2 lain adalah usaha merosakkan yakin manusia. Utk betulkan yakin ini kita kena bawa umat ke masjid. Tempat yg asal utk betulkan yakin ialah masjid. Ini adalah satu perkara yg pasti. Dgn berkumpul dan adakan majlis iman di masjid, iman akan terbina, yakin akan terbentuk. Ini bukan satu anggapan, sangkaan, ini adalah satu kepastian. Utk kuatkan iman, utk tambah iman, sahabat2 telah berkumpul di masjid. Mereka buat gasht dan ajak org lain dtg ke masjid. Ini amalan para sahabat. Mari kita duduk sebentar dan cakap pasal iman. Tempat sebenar utk kuatkan iman dan bina iman ialah di masjid. Masjid di zaman nabi bukan hanya utk solat. Masjid adalah tempat utk semua amalan2 yg mendatangkan kesempurnaan dlm solat. Solat bukan hanya nama bagi sujud, bahkan solat adalah nama bagi himpunan amalan dan rukun2. himpunanbeberapa amal jadi solat. Begitu juga masjid, tempat himpunan bagi beberapa amalan. Bukan hanya solat. Yg mana dgn amalan2 ini akan dtgkan kesempurnaan dlm solat.

Di masjid ada majlis iman utk betulkan iman. Di masjid ada halaqah quran utk betulkan bacaan quran. Di masjid ada halaqah belajar dan mangajar. Apa yg sahabat buat di masjid? Maulana yusuf rah. telah dtgkan bab dlm hayatus sahabah utk apa masjid dibina dan apa amalan sahabat telah buat di masjid nabi s.a.w. nama bagi semua amalan2 yg sahabt telah buat adalah masjid. Hari ni kita anggap masjid hanya utk solat. Habis solat, balik. Org faham tafsir ayat quran, bila dah slesai solat bertebaranlah atas mukabumi cari rezeki. Dgn perantaraan mahul masjid dtgnya iman dan ilmu. masjid ialah tempat utk belajar iman dan ilmu. amalan masjid bukanlah hanya solat. Allah perintah lepas solat bertebaran atas mukabumi bukan utk cari dunia bahkan utk cari ilmu. maksud ialah utk cari ilmu. ini tafsir ibnu abbas. Maksud ayat fan tashiru fil ard… bertebaran atas mukabumi bukan tholabul mal atau tholabul rizq . bahkan tholabul ilm, utk menuntut ilmu. cari ilmu utk dtgkan kesempurnaan dlm amal. Kalau kita ambil makna sebagai tholabul rizq pun, maksudnya bukan suruh tapi memberi rukhsah/kelonggaran. Bila dah selesai solat, kalau ada keperluan kamu boleh pergi bukan suruh pergi. Yg terbaik ialah selepas selesai solat sibukkan diri dgn majlis ilmu. ini afdal/mustahab. Tapi kalau lepas solat nak pergi berniaga cari rezeki ini dibenarkan. Bukan maksud ayat ini lepas selesai solat kamu pergi berniaga. Bukan satu perintah/suruhan. Ia cuma satu kelonggaran. Siapa nak pergi boleh pergi tapi yg terbaik duduk dlm masjid belajar ilmu.

Menuntut ilmu adalah fardu ain. Belajar apa yg Allah hendak dari saya adalah fardu ain. Masjid adalah tempat tarbiyah. Utk dpt hidayat kena ada hubungan dgn masjid. Mana2 bidang kehidupan atau yg tiada hubungan dgn masjid maka hidayat tak akan dtg pd bidang kehidupan tersebut.  mereka yg memakmurkan rumah Allah, Allah akan keluarkan dari hati mereka rasa takut selain dari Allah, wa lam ya sa ih lallah..dan merekalah org yg benar2 dpt hidayat..wa ula ika humul muh tadun..masjid adalah tempat utk dtgkan hidayat dlm hati kita. sahabat2 telah kumpul sahabat2 yg lain dlm masjid suapaya hidayat dtg dlm diri mereka.

Org yg baru masuk islam nabi letak dlm masjid supaya mereka dpt hidayat. Bani taqif kata kami sedia nak masuk islam tapi kami tak nak solat, tak nak bayar zakat, tak nak jihad, tak nak pecahkan berhala. Mereka minta tempoh masa 3 tahun tak nak pecahkan berhala. Mereka letak syarat utk masuk islam. Utk selesaikan semua masalah ini, satu sahaja penyelesaian masalah, nabi suruh letak mereka dlm masjid. Amalan masjid akan dekatkan mereka pd islam, akan lembutkan hati mereka. Nabi letak dlm masjid supaya kehidupan 24 jam mereka berada dlm suasana masjid. Ini hikmah nabi.


Satu org telah mencuri, nabi ikat dia di tiang masjid supaya amalan masjid memberi kesan pd dia. Amalan masjid akan dtgkan dlm diri dia perasaan benci pd mencuri. 


Thufail dausi telah dtg ke mekah. Org2 mekah telah menakut-nakutkan dia tentang nabi. Kamu jgn dengar perkataan muhammad. Siapa dengar dia cakap akan jadi pengikut dia. Ada sihir dlm perkataan dia. Musyrikin kata dakwah nabi sebagai sihir. Sebagaimana sihir mempengaruhi manusia, dakwah nabi juga mempengaruhi manusia. Jgn kamu dengar nanti kamu kena sihir. Tufhail telah sumbat telinga dgn kapas. Begitu takut dgn perkataan muhammad saya telah sumbat telinga dgn kapas. Hasil hasutan org mekah saya langsung tak nak dengar perkataan muhammad. Macam mana umat benci pun pd agama dakwah seorang da’i akan ubah hati mereka sehingga mereka terima agama kerana dibelakang dakwah seoarng da’i ada pengorbanan. Bila di belakang dakwah kamu ada pengorbanan, mujahadah, susah payah, maka pengorbanan kamu tadi Allah akan jadikan kesandlm dakwah kamu. Menyebabkan org tak nak pd agama jadi nak pd agama.

Keluar di jln Allah, inilah satu-satunya perantaraan utk wujudkan kesan dlm dakwah kita. hari ni syaitan telah dtg dlm fikiran kita, org anggap percakapan spt ini seolah-olah kita menafikan usaha-usaha agama yang lain. sebenarnya perantaraan dakwah spt ini akan mendatangkan kekuatan pd setiap bahagian agama. Dakwah bukan utk mematikan bahagian2 agama yg lain. dakwah adalah utk menghidupkan semua bahagian agama. Dakwah adalah utk menghidupkan setiap cabang agama. Hari ni syaitan dtgkan bisikan dlm hati kita utk timbulkan pecah belah. Bukan kita nak tolak bahagian agama yg lain. bahkan dgn perantaraan dakwah kita nak hidupkan semua bahagian agama. Bila kita anggap bahagian2 agama yg lain adalah pengganti kpd dakwah maka umat akan murtad, keluar dari agama.

Bila kita bergerak dlm umat dan sediakan umat utk belajar ilmu baru mereka akan dtg pd ilmu. dakwah adalah utk hidupkan keseluruhan agama. Kesan dakwah seorang da’i akan dtg apabila dia keluar di jln Allah, bermujahadah. Oleh itu umat kena bergilir-gilir keluar di jln Allah utk dptkan 2 perkara. Tafakuh pd agama dan memberi ancaman/peringatan pd manusia. Allah perintah utk keluar. Utk apa keluar? Dgn keluar di jln Allah seseorang itu akan dpt rasa kesusahan sebagaimana nabi2 mendapat kesusahan. kita tak akan rasa kesusahan yg nabi2 tanggung dlm bahagian2 lain agama. Kesusahan hanya akan dpt dirasai bila keluar buat dakwah.  

Mereka yg dtg dgn keinginan sendiri utk belajar agama, mereka tak akan ingkar dgn apa yg kita cakap. Mereka terima apa yg kita cakap. Mereka tak akan menyusahkan kamu. Dia akan istiqbal kamu, muliakan kamu, khidmat kamu. Dia angggap kamu mukhsin, org yg berbuat baik pd dia. Kesusahan akan dtg bila kita pergi jumpa org yg tak nak pd agama. Tak ada talab/keinginan pd agama. Mereka akan buat macam-macam. Dlm quran Allah bagitau hendaklah kamu keluar di jln Allah, dan bila balik pd kaum bagi peringatan pd kaum supaya mereka takut. Bila keluar di jln Allah akan dtgkan kesan pd peringatan yg kita bagi pd kaum kita masa balik nanti. Bila kita balik, percakapan kita ada kesan pd kaum/org2 kpg kita.


Thufail kata aku sumbat telinga dgn kapas tak dengar percakapan nabi. Bila masuk ke masjidil haram, aku nampak nabi s.a.w sedang solat depan kaabah. Aku memang nak jauhkan diri dari muhammad. Tak nak jumpa. Tak nak dengar. Akan tetapi bila masuk masjidil haram bila lihat nabi terus terdetik dlm hati aku ‘wahai thufail kamu kena dengar apa yg dia cakap’. Maka aku buang kapas dan berdiri sebelah nabi dan dengar apa yg dia cakap. Seterusnya dia telah masuk islam. 


Hari ni kita kata org akan terima percakapan saya sebab dia terkesan dgn keperibadian saya. Tanpa keluar di jln Allah org akan dengar percakapan saya. Thufail telah masuk islam dan dia nak bagi dakwah pd kaum dia. Dia kata kaum aku akan dengar cakap aku dan terima dakwah aku sebab mereka semua hormat aku. Mereka dengar kata aku, aku ketua mereka. Agama tak akan tersebar dgn kedudukan kita. bahkan dgn keramat para aulia pun hidayat tak akan tersebar. Apatah lagi dgn keperibadian dan pangkat seseorang. Bila pengorbanan satu org da’i sampai ke satu tahap yg dikehendaki, maka Allah akan buat keputusan hidayat. Bukan dgn sebab kedudukan, pangkat.

2 perkara dlm fikiran thufail. Pertama, supaya org dengar dan terkesan dgn kata2/dakwah aku, aku kena ada keramat. Kedua, aku ada pengaruh. Aku ketua kaum. Org akan dengar cakap aku. Jadi, dia kata pd nabi s.a.w, kaum aku dengar kata aku, aku nak balik dakwah mereka pd islam, dan dia minta nabi doa utk dia dan supaya Allah bagi satu tanda. Nabi doa ”ya Allah bagilah satu tanda pd dia bila kaum dia lihat tanda ini, merekaakan kata dia benar”. Maka Allah dtgkan satu cahaya yg terang benderang di antara 2 mata dia. Dia fikir bila kaum dia tengok keramat yg ada pd dia maka kaum dia akan terima dakwah dia. Tapi dia juga terfikir nanti kaum dia ingat penyakit sopak sebab putih kat dahi. Maka dia doa pd Allah supaya alih cahaya dari dahi ke tongkat dia. Sebelum ni nabi doa utk dia tapi sekarang dia sendiri doa. Supaya kaum dia tak anggap cahaya tersebut adalah musibah sebab dia tukar agama datuk nenek dia, sebab tukar agama wajah berubah. Bila dia dakwah kaum pd islam, kaum dia tak terima dakwah dia. Tak sedia utk masuk islam. Pengaruh dia tak memberi apa2 kesan. Keramat dia pun tak memberi apa2 kesan. Kedua-dua perkara tu tak berfaedah. Kemudian dia kembali jumpa nabi s.a.w dan suruh nabi doa keburukan utk seluruh kaum daus. Binasa dan hancurkan mereka. Mereka tak nak terima dakwah saya.

Dengar betul2. satu perkara yg penting. Apabila satu org da’i  buat dakwah dgn maksud utk org lain, samada dia akan marah atau putus asa. Thufail kata sampai bila nak ajak, mereka ingkar, tak nak terima. Di akhirat nanti akan ada nabi2 yg dtg tanpa seorang pun pengikut. Nabi tadi telah sempurnakan kerja dia. Bukan maksud org terima kita berjaya, org tak terima kita gagal. Semua nabi2 telah berjaya. Mereka telah sempurnakan tugas mereka walaupun sorang pun tak ikut mereka. Kejayaan dan keselamatan seorang da’i adalah dlm dakwah. Kejayaan adalah bila dpt laksanakan kerja. Thufail suruh nabi doakan kebinasaan utk kaum dia. Apa nabi nasihat pd thufail? Kamu teruskan dakwah kaum kamu dgn lemah lembut. Aku akan doakan hidayat utk mereka. Maka dia telah balik ke kaum dia dan teruskan buat usaha dgn lemah lembut. Bertahun-tahun buat usaha. Sehingga nabi telah hijrah dari mekah ke madinah. Badar telah berlalu, uhud telah berlalu, kandaq telah berlalu, banyak peristiwa2 telah berlalu di madinah. Dia masih belum dtg ke madinah. Dia terus buat dakwah atas kaum dia. Akhirnya atas usaha dia 80 keluarga telah masuk islam. Dia telah jadi asbab perantaraan 80 keluarga masuk islam. Kena berterusan buat usaha dakwah dgn penuh keikhlasan, kemungkinan Allah akan ambil kerja dari kamu, kerja yg mana Allah tak ambil dari nabi2 yg terdahulu. Allah boleh ambil kerja dari siapa yg Dia hendak. Nabi Nuh a.s buat usaha 950 thn hanya 80 org lebih masuk islam. Siang malam buat usaha. Tapi thufail dausi dlm masa beberapa thn sahaja, 80 keluarga telah masuk islam. Maksud sebenar kisah thufail ini ialah dia begitu degil tak nak masuk islam tapi bila dia masuk masjid Allah ubah hati dia. Di luar masjid keadaan hati dia lain, tak nak dengar. Bila masuk masjid terus berubah hati nak dengar. Allah ubah hati dgn suasana masjid. Tempat utk dpt hidayat ialah masjid. Sebab tu org2 yg dtg dari luar madinah nabi letak di masjid supaya Allah buka hati mereka kpd islam.

Hari ni kita anggap semata-mata menyampaikan agama adalah tabligh. Sebenarnya tabligh ialah keluarkan mereka dari suasana mereka dan bawa mereka kpd suasana masjid. Bukan hanya menyampaikan. Bahkan pergi dan bawa mereka keluar dari suasana mereka. Semua kita azam. Kita hidupkan usaha di masjid2 kita. ini usaha yg asas. Kita hidupkan masjid kita dgn amal2 masjid. Dlm ini ada banyak janji2 Allah s.w.t. inilah mizaj para sahabat. Ada hutang dtg ke masjid. Hujan tak turun dtg ke masjid. Ada apa sahaja masalah dtg ke masjid


Seorang sahabat ada dlm masjid. Abu umamah. Nabi jumpa dia dlm masjid dan tanya kenapa kamu ada dlm masjid sekarang? Abu umamah kata dia banyak hutang. Nabi kata hendak kah aku ajar kamu satu doa. Walau hutang sebanyak jabal rahmah hutang kamu akan langsai. Maka nabi telah ajar dia doa tersebut.

Hujan tak turun. Kemarau. Sahabat dtg ke masjid. mengadu pd nabi. Ladang kering, binatang mati. Nabi terus angkat tangan doa. Tak sempat nabi turunkan tangan lagi hujan telah turun dgn lebat. Air hujan telah mengalir dari janggut nabi s.a.w.

Hari ni hubungan umat dgn masjid telah terputus. Umat ini telah dijadikan sebagi org2 masjid. Ini amalan yg asas. Kita wujudkan halaqah2 iman. Dan hubungkan setiap org islam dgn halaqah iman di masjid. Inilah usaha yg paling asas. Bawa manusia ke masjid dan pertama sekali perkenalkan mereka pd Allah. usaha kita ialah nak keluarkan yakin yg salah dari hati dan masukkan yakin yg betul dlm hati. Masjid dibina utk memperkenalkan Allah di dlmnya. Supaya umat dpt diberi takrif iman. Dpt ajar iman kpd umat. Apakah iman? Asas adalah iman bil ghaib. Percaya pd benda yg nampak itu bukan iman. Iman ialah percaya pd benda yg tak nampak. Kita mempercayai setiap perkhabaran yg diberitahu oleh nabi s.a.w semata-mata kerana kepercayaan kita pd nabi. Satu, nazar. Satu lagi khabar. Nazar ialah benda yg nampak. Khabar benda yg tak nampak. Kita menafikan apa yg nampak dan menyakini apa yg dikhabarkan pd kita. inilah iman.

Maulana yusuf kata utk dpt menafaat secara langsung dari kudrat Allah dgn perantaraan amal kita kena keluarkan selain dari Alah dari hati kita. akan ada pertembungan antara nazar dan khabar. Kalau yakin pd nazar, benda yg dia lihat maka dia tak akan dpt faedah dari khabar, apa yg nabi bagitahu. Kalau yakin pd khabar, dan menafikan nazar, apa yg dia lihat maka barulah dia akan dpt faedah dari apa yg diberitahu oleh nabi s.a.w dan janji2 Allah. hari ni manusia sangka buruk dgn Allah


3 org dtg berturut-turut jumpa abu darda r.hu. bagitahu pd dia bahawa rumah kamu dah terbakar. Sepatutnya dia percaya sebab yg dtg jumpa dia tu bukan macam org zaman sekarang, suka menipu. Ini zaman sahabat. Tapi dia tak percaya. Kerana apa yg mereka bagitahu adalah nazar, benda yg dilihat. Disisi aku ada khabar, apa yg nabi bagitahu. Siapa yg baca doa ini pd waktu pagi (doa abu darda) maka tiada apa2 musibah akan berlaku pd dia. Dia kata aku dah baca doa ini pd waktu pagi tak mungkin rumah aku terbakar. Dia percaya pd khabar nabi dari apa yg dilihat. Sebagaimana Allah dan rasul tak mungkir janji, begitulah juga tak mungkin rumah aku terbakar. Hari ni org kata secara kebetulan. Maulana kata perkataan secara kebetulan ini dehriyat. Percakapan org yg tak ada agama. Tak percaya pd tuhan. Tidak ada satu benda pun yg berlaku di alam ini secara kebetulan. Semua berlaku dgn kehendak Allah. 3 org dtg bagitahu. Semua dia ingkar. Bila ada pertembungan antara nazar dan khabar kita kena tolak nazar. Kita kena percaya pad apa yg nabi bagitahu. Mereka kata kami nampak dgn mata kami rumah kamu terbakar. Penglihatan kamu boleh tipu tapi khabar nabi tak mungkin tipu. Sangkaan adalah satu kekuatan yg hebat. Allah bersama dgn anggapan hambaNya.

Jibrail a.s adalah makhluk Allah yg paling kuat. Badan besar, kekuatan hebat. Akan tetapi sangkaan hamba Allah lebih hebat dari kekuatan jibrail. Nabi ibrahim a.s bagi jawapan yg jelas pd jibrail a.s. Aku tak perlu/tak berhajat pd kamu. Jibrail pd tawaran nak selamatkan nabi ibrahim. Hari ni kita kata, kalau kerajaan nak bantu terimalah bantuan kerajaan. Kerajaan namrud tak bantu nabi ibrahim. Tapi apa sangkaan nabi ibrahim? Namrud makhluk. Jibrail pun makhluk juga. Nabi ibrahim kata kalau aku minta tlg dgn jibrail takut Allah marah pd aku. Sebab tu nabi2 tak minta bantuan hatta dari malaikat. Malaikat2 menghormati para nabi dan utk mendapatkan kelebihan jihad mereka turun bersama dgn para nabi utk berjihad. Tapi nabi2 tak pernah minta malaikat utk bantu mereka. Tak pernah ada mana2 riwayat nabi minta bantuan malaikat. malaikat sendiri turun utk dpt kelebihan bersama nabi.  Ibrahim a.s telah tolak tawaran dari jibrail. Aku tak berhajat pd kamu. Maka Allah telah sejahterakan api dgn perintahNya sendiri. Bukan dgn perantaraan/dgn asbab. Dpt bantuan secara langsung dari Allah.

Seluruh sistem/nizam alam ini, kalau kita nafikan semua, baru kita akan kenal Allah. kalau kita percaya/terima mana2 nizam alam ini, tak mungkin kita akan sampai pd Allah. seluruh nizam alam ini adalah utk memperkenalkan Allah s.w.t. Allah cipta seluruh alam ini supaya manusia kenal Dia. Ibrahim a.s telah nafikan semua selain dari Allah. aku telah palingkan dari semua perkara. aku hadapkan hati aku hanya pd Allah.oleh itu kita kena kenal Allah dari setiap peristiwa yg berlaku di alam ini. setiap kejadian/perubahan yg berlaku di alam ini kita kena kenal Allah.


Satu perkara yg besar yg menjauhkan umat manusia dari Allah ialah sains. Mengatakan sains itu adalah satu ilmu adalah satu kejahilan. Seluruh manusia telah tertipu bahawa perkara yg berlaku di dunia kerena sains/kerana asbab. Tanya org sains kenapa berlaku gempa bumi? Dia akan bagitahu asbab berlaku gempa bumi. Dia tak akan kata gempa bumi berlaku kerana zina. Setiap kejadian berlaku di alam ini berkaitan dgn amalan org islam. Setiap kejadian yg berlaku di alam ini tidak ada hubungan langsung dgn makhluk. Sistem alam ini tiada langsung hubungkait dgn makhluk. Semua berhubung secara langsung dgn Allah. setiap kejadian yg berlaku utk kita kenal Allah. berlakunya gerhana adalah tanda kemurkaan Allah. supaya kita kenal Allah. sebab tu bila berlaku gerhana matahari atau bulan kita disuruh beribadat pd Allah kerana ia tanda kemurkaan Allah. Allah sedang marah. Tapi ahli sains tak kata macam tu. Ahli sains akan buat kajian, tengok kedudukan matahari, bulan, sebab tulah berlaku gerhana. Ahli sains tak hubungkan kejadian alam dgn Allah. dia akan hubungkan makhluk dgn makhluk. Tanda org kafir dia akan hubungkan setiap kejadian alam dgn makhluk. Tanda org beriman dia akan hubungkan setiap yg berlaku dgn Allah. 


Utk dpt yakin pd Allah, kenal Allah, kita kena nafikan selain dari Allah. org yg dlm hati dia yakin pd makhluk, kpd benda2, dia akan usahakan benda2 dan kedepankan pd Allah. Ya Allah ni kedai saya, Ya Allah bagilah rezeki dgn perantaraan kedai. Seluruh dunia org islam macam tu. Kita usaha atas asbab kemudian kita doa harap pd Allah. org islam anggap inilah betul. Ini masalah besar. t/jawab kita usaha atas asbab dan Alah akan bagi hasil. Kita rasa ini yakin yg betul. bila manusia usaha atas satu benda yakin dia pun akan terikat dgn benda tadi. Org yg usaha atas asbab dia tipu dlm dakwaan dia berharap pd Allah. berpura2 dlm pengharapan pd Allah. org yg betul harapan dia pd Allah ialah org yg usaha atas amal dia. Ini perkara yg susah nak faham. Kita usaha atas asbab dan harap pd Allah. usaha atas benda lain dan harap pd benda lain. ini tak mungkin berlaku. Menipu. Harapan dan usha tak boleh dipisahkan. Apa yg kita usaha itulah harapan kita. usaha atas asbab tak ada hak utk harap pd Allah. kamu kena harap atas Allah bila kamu usaha atas apa yg Allah suruh kamu usaha. 


Satu org janji nak bagi satu benda, maka kita akan pergi pd dia dgn harapan dia akan tunaikan janji dia. Tak mungkin berlaku harap pd Allah dan usha atas benda lain. benda yg Allah tak suruh. Kita kata Ya Allah aku usaha atas kedai dan untung kau yg bagi. Org musyrikin mekah pun kata perkara yg sama. Org musyrikin mekah pun kata kejayaan di tangan Allah. Dimad, satu org musyrik dtg ke mekah. Org musyrikin mekah kata pd dimad, muhammad telah cakap buruk pasal berhala dan memperbodohkan datu nenek kita. dimad percaya apa yg mereka cakap. Dimad kata muhammad dah kena jin dan otak dia tak betul. aku dtg nak ubat muhammad. Dia pergi jumpa nabi. Aku dah ubat ramai org. aku usaha dan syifaq di tangan Allah. Allah yg bagi sembuh. Sembuh di tangan Allah. hari ni org islam pun kata benda yg sama, aku makan ubat Allah yg bagi sembuh. Maulana kata bukan saya suruh jgn makan ubat. Bukan maksud saya supaya kamu jgn makan ubat. Perniagaan bukan asbab. Asbab yg sebenar ialah amal. Amanah dlm perniagaan adalah asbab. Hari ni manusia telah jadikan asbab sebagai penghalang antara dia dgn Allah, usaha atas asbab dan harap pd Allah. kita kena usaha atas amal dan harap pd Allah. Allah boleh bagi dgn asbab dan tanpa asbab sebagaimana sahabat2. Dakwah kita ialah kudrat Allah bersama janji Allah. janji Allah bersama perintah Allah. bersama asbab tiada janji Allah. bila tiada janji Allah maka tiada kudrat Allah, Allah tak bantu. Semua ni selain Allah dibina/dicipta dgn kudrat Allah. kita tak boleh dpt menafaat/faedah dgn benda yg dicipta oleh kudrat Allah. kita kena dakwah kpd amal dgn penuh yakin. Kudrat Allah bersama dgn amal. Apa yg patut kita buat? ya Allah ini amalan saya, mana janji Engkau. Kita buat amalan dan harap pd Allah atas janji Allah. Sahabat nak pergi berniaga. Nabi suruh dia solat dulu 2 rakaat

Maksud dari dakwah adalah utk dtgkan kesempurnaan dlm iman dan amal. Amal akan sempurna bila amal dijlnkan dgn yakin. Bila amal dibuat tanpa yakin maka dia akan rosakkan amal dgn asbab. Solat akan mendoakan keburukan utk org macam ni. Kerana perniagaan dia merosakkan solat dia. Kita kena solat dgn yakin. Bawa solat kita atas keyakinan. Allah akan lihat/periksa amalan kamu. Allah akan uji kamu dlm amalan kamu. Macam mana Allah uji? Allah akan dtgkan asbab2 yg kecil2 dulu bertentang dgn amalan. jaga amal, tinggalkan asbab yg kecil dan rasa dah yakin. Bila azan, tinggalkan kedai dan tinggalkan pelanggan dan pergi solat. Ini org yg mutu solatnya tinggi. dia utamakan amal, dia berjaya dlm ujian tadi. Kemudian Allah akan dtgkan ujian yg lebih besar lagi. Ujian yg dtg pd ibrahin a.s bila jibrail dtg nak tolong adalah ujian yg akhir sekali. Ujian yg paling besar sekali. Sebelum tu ibrahim a.s telah berjaya dlm semua ujian yg kecil2. satu per satu ujian akan dtg. Dari kecil hingga besar. Kita rasa dah berjaya dah bila melepasi ujian yg kecil. Org yg tutup kedai dan pergi ke masjid dah berjaya dgn ujian yg kecil. Sampai di masjid ada org dtg bagitahu dia di rumah kamu sekarang ada perdana menteri india. Nak jumpa kamu di rumah kamu. Kalau dia tinggalkan masjid dan pergi sambut perdana menteri kat rumah maka dia telah ingkar perintah Allah s.w.t. dia gagal dlm ujian yg lebih besar. Dia akan berjaya bila dia kata beritahu pd perdana menteri kalau nak berjaya ucap kalimah dan dtg ke masjid. Aku tak akan tinggalkan rumah Allah utk pergi jumpa dia. Aku nak jumpa Allah dulu.

Hari ni kita anggap satu maslahat agama utk kita bergaul dgn org bukan islam. Kita terima apa yg dia nak supaya dia terima apa yg kita nak. kita dengar kata kita supaya dengar apa yg kita nak. Apa kehendak kita disempurnakan. Supaya mereka tak apa2kan org islam di negara ni. Org batil sentiasa berusaha supaya dpt sempurnakan kehendak mereka melalui org islam. Mereka fikir macam mana nak paksa org islam terima kebatilan. Nabi s.a.w tawaf di baitullah, sambil cium hajarul aswad setiap pusingan. Bila org musyrikin lihat, mereka fikir ini peluang utk kita tundukkan muhammad pd berhala. Kami tak benarkan kamu cium hajarul aswad selagi kamu tak tunduk pd berhala sambil kamu lalu/tawaf. Terdetik dlm hati/fikiran nabi, kalau aku bagi isyarat je sikit, macam tunduk, apa salahnya, mereka akan bagi cium hajarul aswad. Nabi tak niat pun nak buat, dtg fikiran sikit, dtg lintasan aje. Allah berfirman, kalau kami tak tetapkan penderian kamu atas tauhid maka pasti kamu akan tunduk pd permintaan mereka. Kalau kamu buat demikian, kami akan bagi azab 2 kali ganda atas dunia ni pd kamu. Org bukan islam sentiasa usaha supaya kita tunduk atas keinginan dia.

Segala kelemahan ini telah dtg kpd umat kerana umat telah tinggalkan dakwah illallah dan umat telah jlnkan usaha dakwah cara semasa. Bukan cara nabi dan sahabat. Maka tiada kekuatan dlm umat. Bila kita buat usaha dakwah dgn cara nabi dan sahabat Allah akan dtgkan kekuatan dlm umat. Tanpa dakwah illallah, Allah tak akan hapuskan kebatilan. Allah akan hancurkan kebatilan bila dakwah illallah dijlnkan. Bila Allah melihat ada benda2 yg menghalang hamba2Nya yg buat usaha mengajak manusia pd Allah maka bantuan Allah akan dtg dan hancurkan kebatilan tadi. Hari ni kita kata dlm tv kena ada channel islam, dlm radio kena ada channel islam. Bila cuba nak sebarkan hak dgn cara batil macam mana hak akan bersama dgn kamu. Maulana kata sangat2 tak berakal manusia yg anggap dgn cara batil pun islam boleh tersebar. Maulana yusuf kata, bila guna cara batil utk sebarkan agama, hak tak akan tersebar tapi batil yg akan tersebar. Hak adalah benda yg hidup tak perlu pd bantuan yg lain. batil adalah benda yg mati, perlu pd bantuan yg lain. semua cara lain dari nabi adalah cara yg mati. Org yg mati perlu diusung.


Maulana ilyas kata usaha ini utk menyempurnakan iman dan amal. Amal akan sempurna dgn iman dan ilmu. bila ada iman, akan ada ikhlas dan ihtisab. Bila ada ilmu amalan akan diterima oleh Allah. layak utk diterima. Hari ni amalan tertolak sebab tak ada ikhlas, begitu juga setiap amalan akan tertolak sebab kejahilan, tiada ilmu. setiap amal kena ada ilmu. dtgkan kesempurnaan dlm solat kamu. Kesempurnaan agama dlm kesempurnaan solat. kerosakan agama yg berlaku pd umat islam kerana kerosakan solat mereka. Tidak ada bahagian dlm islam bagi org yg tak solat. Sebahagian imam kata org yg tinggal solat murtad. Setengah ulamak kata kena bunuh. Rosak solat menyebabkan kerosakan dlm agama. Cari kerosakan dlm solat. Cari sebab kerosakan agama kamu dlm solat kamu. Bila solat rosak menyebabkan seseorang itu jauh dari Allah. 

Hadrat ibnu masud dan huzaifah berkata,  satu org yg solat tanpa tokmaninah maka solat dia akan jadikan dia bertambah jauh dari Allah. sedangkan maksud solat adalah utk dekatkan diri kpd Allah. dlm hadith nabi siapa yg rukuk dan iktidal cepat terus sujud, tak sempat nak luruskan belakang dia dan tokmaninah, Allah tak pandang pun solat dia. Sebab umat islam hari ni buat dosa kena cari kekurangan dlm solat kita. bukan sebab kemiskinan, ekonomi. Semua dosa2 yg berlaku puncanya ketidaksempurnaan dlm solat. Kena cari kemungkaran dlm ibadat. Satu org tidak cari kemungkaran dlm kebaikan dia, maka dia anggap kejahatan sebagai kebaikan. Quran kata, kebaikan akan tolak keburukan. Keburukan akan dpt dihalang dgn kebaikan. Kalau solat dah mungkar macam mana solat dpt cegah dari mungkar. Dlm solat yg langgar perintah Allah, tak mungkin dpt hindari dari kemaksiatan. Kena cari kesilapan dlm solat. Pencuri paling besar ialah org yg tak betul rukuk dan sujud dlm solat. Hendaklah kita usaha utk wujudkan kesempurnaan dlm solat.

Setiap alaman kena buat dgn ilmu. amalan yg dibuat tanpa ilmu tak akan diterima oleh Allah. amalan yg dibuat bertentangan dgn ilmu tak layak diterima oleh Allah. fardu ain atas setiap org beriman lelaki dan wanita utk belajar ilmu.

Keikhlasan dlm kalimah ialah dpt cegah dari perkara yg haram. Keikhlasan dlm solat ialah dpt cegah dari kemungkaran. Keikhlasan dlm ilmu dtg sifat takut/gerun pd Allah dlm hati kita. org yg takut pd Allah hanyalah ulamak. Org yg tak takut pd Allah bukan alim. Org yg alim ialah org yg takut pd Allah. dia mungkin ada maklumat/pengetahuan agama. Maklumat satu perkara yg berasingan dan ilmu satu perkara yg berasingan. Org yg alim adalah kehidupan dia mengikut ilmu dia. Org alim ialah dlm hati ada takut pd Allah. Dlm hadith, ilmu ada 2. satu di lidah. Satu ilmu di hati. Ilmu dilidah akan jadi musibah. Ilmu dlm hati akan bagi menafaat pd dia. Dgn perantaraan dakwah nak dtgkan keikhlasan dlm ilmu. Maksud ikhlas ialah bahawa ilmu ini dpt cegah kita dari perkara yg haram. Dan kita kena bawa ilmu bergerak dlm umat. Dan kita akan dpt tafakuh fid deen, kefahaman dlm agama. Utk dtgkan kesan dlm percakapan kita kena keluar di jln Allah. Ulamak kena jadi macam awan kena bergerak utk sampai hujan ke seluruh tempat. Basahkan bumi yg kering. Ladang jadi subur, tumbuhan akan hidup. Ulamak kena pergi cari umat. Bawa ilmu yg ada dan bergerak dlm umat.

Keluar di jln Allah adalah perintah Allah. hari ni kita belum menyakini ia sebagai perintah Allah. kita yakin solat satu perintah Allah. begitu juga bergerak/keluar di jln Allah satu perintah Allah. bergerak di jln Allah adalah sebab penyempurnaan taubat dari Allah. satu org yg bunuh 100 org, dia niat nak taubat, dia menyesal atas dosa dia, niat tak nak bunuh org lagi. Satu org alim bagi nasihat, Allah dah maafkan kamu dan kamu kena tinggalkan kpg kamu pergi ke tempat org baik2. penyempurnaan taubat ialah kena keluar di jln Allah. walaupun syarat2 penerimaan taubat dah ada, azam tak nak buat, menyesal, istighfar, tapi masih lagi disuruh tinggalkan kpg, hijrah. Satu org yg sakit kepala di jln Allah, segala dosa2 yg lepas akan diampunkan oleh Allah. satu org yg demam di jln Allah, dia bersih dari dosa seolah-olah dia baru dilahirkan oleh ibu dia. Satu org yg mati di tengah lautan semasa keluar di jln Allah, maka Allah sendiri akan cabut roh dia. Allah bagi kemuliaan pd dia kerana keluar di jln Allah utk tinggikan kalimah Allah membelah lautan. Penyebaran amal dgn keluar di jln Allah. Nabi bagi banyak kelebihan2 keluar di jln Allah pd umat ini. tidak ada mana2 amalan dpt ganti amalan keluar di jln Allah. Maulana yusuf kata usaha ini bukan hanya utk betulkan kalimah dan solat. Bahkan usaha ini adalah utk dtgkan agama yg sempurna dlm seluruh umat di seluruh alam.


Jemaah usamah telah bergerak setelah wafatnya nabi s.a.w. dimana jemaah dia bergerak org yg murtad telah kembali pd islam. Dgn pergerakan di jln Allah, Allah hapuskan kemurtadan dan sebarkan hidayat. Dlm hadith, syarat utk taubat ialah kena keluar di jln Allah. tinggalkan kpg halaman. Masa bergerak dia meninggal. Utk ampunkan dosa dia, Allah ubah nizam dunia. Allah perintah pd bumi, jarak ke arah baik jadi dekat dan jauhkan dari tempat asal dia. Malaikat azab dan rahmat dah dtg. Mereka buat keputusan utk ukur. Mana dekat, malaikat tersebut akan ambil. Allah ubah jarak utk ampunkan dosa dia. Sahabat2 faham keluar di jln Allah ni perintah Allah. mereka anggap diri mereka berdosa bila tak sempurnakan perintah ini. hari ni kita tak anggap ia sebagai perintah Allah sebab tu bila tak keluar kita tak anggap sebagai satu kesilapan. Tak rasa bersalah. Kemurkaan Allah dan rasul pd 3 org sahabat yg tak pergi tabuk. Di pulaukan oleh semua sahabat. Sebab menagguh2 keluar di jln Allah. begitu besar kemurkaan. Semua takazah sebelum ini telah disempurnakan hanya 1 takazah ini sahaja yg mereka lewat. Banyak musibah yg dtg. Kita kena buat usaha dgn letakkan sahabat di depan kita baru kita akan dpt istiqamah dlm usaha ini. kalau kita anggap usaha ini usaha yg rendah, tak keluar pun boleh belajar, maksud keluar di jln Allah ialah utk menghidupkan agama di seluruh alam. Dlm diri kita dan seluruh umat seluruh alam. Utk itu, bangun bagi azam. Nagara jauh 4B. ulamak keluar 1thn

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir