jor qudama & ulamak 2019
Muzakarah
bersama Mufti Riasat, Maulana Farouq dan Bhai Wasiful Islam dgn syura/otj
markaz, jemaah tashkil & otj halqah
01/04/2019
- sri petaling
Penekanan
diberi kpd :-
1. Amalan
memakmurkan masjid 24 jam
2. Jemaah
berpindah dari satu masjid ke satu masjid dgn berjalan kaki
~ Setiap
jemaah 4 bln dan 40h yg bergerak dinasihatkan supaya berada di satu mohalla dan
tidak berpindah sehingga berlaku 3 amal ini :-
1.
Keluarkan jemaah tunai
2. Hidupkan
5 amal masjid di tempat itu
3. Hidup
amalan masjid 24 jam
~ Amalan
masjid 24 jam hendaklah dilatih ketika keluar 3h, 40h dan 4 bulan supaya
apabila dah tangguh (balik), amalan ini dapat diteruskan di mohalla sendiri.
~ Di
mohalla sendiri, amalan 24 jam ini hendaklah dibuat melalui syif (shift) secara
bergilir-gilir.
~ Jika di
mohalla, sempurnakan amalan dakwah dan infradi di masjid tetapi makan dan tidur
di rumah. Kerana itu jadual perlu dibuat supaya sentiasa ada orang yg buat amal
di waktu siang dan malam. Setiap org perlu dijadualkan supaya dalam 24 jam, 1/3
masa diberi utk mencari nafkah, 1/3 masa diberi utk keluarga dan 1/3 masa
diberi utk amal masjid. Sptmana amalan di Masjid Nabawi, para Sahabat bergilir2
dtg ke masjid sehingga terwujud azan sebelum subuh yg menandakan waktu
pertukaran syif.
~ Buang dlm
fikiran kita yg mengatakan bhw amalan memakmurkan masjid 24 jam ini hanya
melibatkan karkun shj tetapi libatkan semua org kariah yg dtg ke masjid.
~ Utk
menjayakannya, ia tak akan berjalan dgn sempurna jika jazbah hanya dibentuk dlm kalangan lelaki shj tetapi
targhib hendaklah dibuat kpd kaum wanita di rumah juga semasa taklim rumah
diadakan. Para wanita hendaklah menggalakkan
suami, anak lelaki, menantu lelaki, cucu lelaki (yg dewasa) utk sama2
menghidupkan amalan 24 jam di masjid dan wanita pula wujudkan amalan di rumah.
~ Semasa
amalan 24 jam berjalan, pastikan setiap masa ada org yg buat amal di dalam
masjid dan juga di luar masjid. Jika munasib utk buat dakwah di luar masjid
ketika larut malam pun, ia juga dibenarkan.
~ Amalan
malam hendaklah dipenuhi dgn solat sunat, zikir, doa dan tilawah.
~ Utk itu
semua org disarankan utk keluar jalan
kaki. Jemaah 40h dan 4 bulan (Dalam Negeri) digalakkan berjalan kaki apabila
pindah dari masjid ke masjid walaupun ada yg berpengalaman 3 hari. Sebelum
berpindah, targhib utk berjalan kaki hendaklah dibuat. Org tua atau yg uzur
boleh menaiki kenderaan. Dan setiap jemaah yg bergerak dinasihatkan utk buat
semua amalan2 di atas. Usahakan supaya duduk di masjid itu lebih dari 3 hari
dan jangan pindah selagi tidak wujud amalan2 tersebut.
Inilah
nasihat yg diberi ttg bagaimana cara utk meningkatkan tahap amalan di setiap
masjid di seluruh negara.
Moga kita
semua dapat amalkan.
Comments
Post a Comment