jor qudama & ulamak 2019
Bayan hidayat - maulana farouk
01/04/2019 sri petaling
Alhamdulillah, semata-mata kerana limpah kurnia dan taufiq
dari Allah, Allah pilih kita utk keluar di jln Allah. semoga Allah terima dan
qabul. Kita keluar bukan sebab duit, bukan sebab usaha, bukan sebab tertib dan
aturan yg kita buat tetapi Allah yg keluarkan kita. Siapa yg Allah kehendaki,
Allah keluarkan di jlnNya. Semoga Allah mudahkan dan terima pergorbanan yg
dibuat utk keluar. Kita kena menghargai nikmat yg Allah kurnia ini. Apakah
makna mensyukuri/menghargai nikmat ini? Menyempurnakan takazah2 yg ada dlm
usaha inilah makna menghargai penerimaan Allah ini. Kita jgn lupa niat utk diri
sendiri supaya kita juga dpt bahagian hidayah disamping kita usaha atas org
lain. Dlm usaha ini ada beberapa amal yg akan jadi sumber hidayat. Kita nak
belajar amalan2 tersebut supaya dtg hidayat kpd kita. Kita niat utk diri
sendiri dan org2 yg kita jumpa. Ini adalah amalan nabuwwah. Ini adalah amalan
para sahabat. Ini adalah amalan tarbiyah. Dlm amalan2 ini kita akan dpt
pemeliharaan. Ini bukan amalan dari tempat yg tertentu. Ini bukan amalan yg
dicipta oleh seseorang. Ini adalah amalan yg mengikut quran dan hadith. Para ambiya a.s telah letihkan diri utk amalan ini. Para sahabat telah dpt menarik khazanah Allah dari
amalan2 ini. Kita kena keluar 4B setiap thn utk merasai kemanisan iman. Jadikan
4B setiap thn sebahagian drp juzuk kehidupan kita. Semua kita buat keputusan
utk keluar setiap thn 4B jln kaki.
Kita keluar utk belajar usaha hidayat. Kita keluar utk
usahakan org lain utk usaha dptkan hidayat. Oleh itu, perkara pertama dlm usaha
ini adalah dakwah iman. Setiap org kena buat dakwah iman setiap hari. Org yg
nak keluar jln Allah kena dakwah iman dan org nak balik pun kena dakwah iman
setiap hari. Dgn dakwah iman, iman akan terbentuk. Bila iman terbentuk, sekadar
itu amal agama akan bertambah. Sahabat kata, mula2 kami belajar iman.
Kemalangan yg paling dahsyat ialah kita tinggalkan usaha atas iman. Oleh itu,
perlu buat pengorbanan. Lapar dan dahaga ditanggung. Kena sabar. Banyak ujian2
yg dtg, dipukul, dihalau, dicemeti, diseret atas pasir yg panas, dibaringkan
atas bara api, anak2 mengelupur, wanita2 menangis melihat kelaparan anak2
mereka. sahabat keluar dgn penuh mujahadah dan susah payah.
Iman terbentuk berkadar dgn mujahadah dan pengorbanan. Fardu
ain atas setiap org utk belajar iman. Kita kena buat dgn penuh perasaan usaha
ini. Kita nak fahamkan kebesaran Allah. usaha ini telah terlucut drp umat. Dlm
suasana yg tak membantu kita, kita usaha atas iman, ini dipanggil ihya un
sunnah, menghidupkan sunnah. Mengambil berat utk amalkan sunnah adalah alamat
iman. Nafikan apa yg kita nampak. Allah yg buat segala-galanya. Asal usaha
adalah dakwah atas iman. Utk usaha iman ini kita kena letihkan diri kita. Kita
pujuk setiap org. kita sediakan setiap org. kita cerira kelebihan masjid dan
bawa setiap org ke masjid. Ini adalah usaha yg mustaqil/berterusan. Kita jgn
putus asa. Kita cerita kudrat dan kebesaran Allah.
Allah buat dgn kehendakNya. Tanpa apa2, Allah buat
segala-galanya. Tanpa izin Allah, apa pun tak boleh jadi. Dari bumi tak dtg
bijirin, tapi bijirin dtg drp khazanah Allah. dgn pertemuan suami isteri tak
dtg anak, tapi anak dtg dari khazah Allah. sihat dtg dari Allah, bukan dari
ubat. Harta tak dtg dari perniagaan, kedai tak boleh bagi keuntungan, hujan tak
dtg dari langit. Semua berlaku dgn kehendak Allah. inilah mahfum kalimah lailahaillallah
muhammadurasulullah. Kita ingkar semua benda, kita isbat/ikrar Allah
Semasa bagi dakwah, 3 perkara asas kena ada:
- makhluk
bukan asal. asal ialah khalik/pencipta
- dunia
bukan asal. asal ialah akhirat
- mal/harta bukan asal. Asal ialah amal
maulana Yusuf rah. kata, satu org yg lemas. 1. kita
keluarkan dia drp air 2. keluarkan air
yg dia telah tertelan. Faham tuan2? Kita kena faham betul2 dan kita kena
fahamkan org lain pulak. Kita fahamkan org lain bukan utk dia, tapi kita
fahamkan org lain utk masukkan dlm hati kita. Kita sediakan org lain bukan utk
dia, tapi utk sediakan diri kita. Dakwah utk da’i, bukan utk mad’u. Dgn
mujahadah da’i. mad’u/org yg didakwahkan akan dpt hidayat. Dgn pengorbanan da’i
akan dtg rahmat Allah. Maulana Ilyas rah. kata, bila pengorbanan kita sampai
kpd tahap yg Allah kehendaki, maka Allah akan amkan hidayat. Janji Allah, bila
bantu agama Allah, barulah Allah bantu kita. Bantu agama Allah ialah pujuk rayu
setiap org, hubungkan dia dgn Allah. usaha ini bukan utk hubungkan dgn
individu/sahsiah kerana individu akan mati. Dakwah kita ialah utk hubungkan
manusia dgn Allah. Allah akan bersama dgn org yg bagi dakwah. Tentera2 Allah
akan bersama dgn da’i. Allah dan kudratNya bersama kita. Bila akan dpt bantuan
Allah? bila kita bantu agama Allah.
Bantuan Allah dan berkat adfalah 2 perkara yg berlainan.
Makanan utk 4 org tapi makan 8 org, ini dipanggil berkat. Wang sedikit, masa
sikit, kerja selesai, ini berkat. Bantuan Allah ialah bila kita jumpa setiap
org, kita pujuk rayu dia, kita hubungkan dia dgn Allah dan Allah terima setiap
perkataan kita. Bantuan Allah ialah hati2 manusia akan tertumpu kpd kita. Kita
usahakan utk dpt bantuan Allah. sehingga semua hati2 manusia akan tertumpu utk
buat usaha agama. Sehingga org jadi terpaksa buat usah agama. Hati yg keras
pun, Allah boleh pecahkan/lembutkan dan ikut buat usaha agama. Hati manusia dlm
gengaman Allah. bila Allah redho dan suka dgn usaha kita, Allah akan buat
keputusan hidayat. Dgn niat inilah kita dakwah setiap org.
Kisah nabi dakwah satu org badwi. Org badwi tu minta saksi.
Nabi panggil pokok. Pokok dtg membelah bumi dan jadi saksi. Kemudian pokok tu
kembali ke tempat asal. Org badwi tadi ucap kalimah. Dia kata, saya akan balik
dan dakwah semua kaum saya. Bila beriman sahaja, terus jazbah dakwah dtg dlm
diri dia. Siapa yg ikut, saya akan bawa jumpa dgn tuan. Kalau tak ada org ikut,
saya akan habiskan umur saya bersama dgn tuan. Kita semua niat utk buat dakwah
sampai mati. Kita kena ada semangat mcm sahabat. Dlm apa keadaan pun kita akan
buat dakwah.
Kita tak akan minta apa2 drp sesiapa. Dlm hati pun kita jgn
terlintas nak minta apa2 drp sesiapa. Kita taka akan buat pembaziran dlm
perbelanjaan. Tanpa izin kita tak akan guna barang sesiapa pun. Seseorang yg
menjadi adat guna barang tanpa izin, di akhirat nanti dia akan dibangunkan
sebagai seorang pencuri. Kita guna harta kita utk belanja kawan2 kita. Kita
juga belanja org2 tempatan. Kita buat semua kerja sendiri. Kita bergerak dgn
rasa berhajat. Kita bantu kawan2 kita dlm jemaah. Setiap masa kita tengok diri
kita sendiri. Jgn sis2kan waktu walau 1 minit. Semasa makan, minum, tandas,
keperluan2 yg lain, 1 minit pun jgn sia2. kita nak jadikan masa berharga bukan
sekadar habiskan masa.
Maulana Yusuf rah, kata, 3 musuh akan bersama kamu semasa
keluar di jln Allah:
- nafsu
- syaitan
- tabiat/adat buruk dlm diri
org yg dpt jaga semua ini akan maju dlm usaha agama tapi
sebaliknya, kalau tak jaga, dia akan maju dlm kerosakan dan dia sendiri pun tak
sedar yg dia dah rosak. Kita berada di jln yg sangat penting. Kita sedang buat
usaha yg sangat besar. Tuan2 keluar dgn penuh pengorbanan. Tuan2 tinggal anak/isteri.
Tinggalkan kerehatan, tinggalkan asbab keperluan. Banyak kesusahan yg tuan kena
bersabar. Jangan takut. Jangan takut dgn sejuk dan panas. Jgn takut dgn kurang
makan dan tidur. Kita keluar bukan utk
makan dan tidur. Kita keluar utk buat usaha yg sangat besar. Kesusahan yg kita
lalui di jln Allah akan menarik tarbiyah dan hidayat drp Allah. jgn takut dgn
ujian. Bila dtg ujian kita yakin pasti akan dtg bantuan Allah. ujian adalah utk
tarbiyah. Ujian dari kawan2. ujian dari org tempatan, sakit. Jgn takut.
Yakinlah kita akan dpt ganjaran. Sedikit sahaja kesusahan dtg kpd org mukmin,
Allah pasti bagi ganjaran. 1 mint sakit kepala, Allah ampunkan semua dosa2 yg
lalu. 1 hari demam dan bersabar, Allah ampunkan dosa seumpama baru lahir dari
perut ibunya. Ujian2 di jln Allah, kita kena terima dgn senang hati.
Sahabat keluar di jln Allah di bln Ramadan. Panas terik,
tiada makanan. Berjalan kaki. Debu2 yg melekat di anggota badan, akan
diharamkan dari asap api neraka. Luka di jln Allah, di akhirat nanti darah tersebut
akan jadi wangi seumpama kasturi. Debu2 akan ditimbang dan ditukarkan dgn
kasturi. Semoga Allah bagi kita keghairahan utk keluar di jln Allah. kalau kita
semua ada keyakinan dgn janji2 Allah, maka kita semua nak mati di jln Allah.
Beruntunglah tuan2 yg nak keluar di jln Allah. Allah berkati
tuan2 yg nak keluar di jln Allah. kita nak hargai keluar ini. Dimana kita
pergi, kita akan buat kerja dgn penuh tumpuan. Kita nak sediakan setiap
individu. Maksud drp usaha ini kita nak hidupkan setiap sunnah. Semua sunnah2
yg dah mati nak dihidupkan kembali. Kita keluar masjid dgn cara sunnah. Pakai
kasut dgn cara sunnah. Naik kenderaan dgn cara sunnah. Semua amalan yg dibuat
oleh sahabat, kita nak buat. Kita tidak bergerak dgn pengalaman. Kita nak ikut
cara perjalanan sahabat. Kita kena yakin semua yg kita buat ini adalah apa yg
dibuat oleh sahabat.
Dlm safar kita buat amal. Solat berjemaah, taklim dan
taklum, ikram dan khidmat, zikir dan ibadat. Siang pujuk rayu manusia dan
letihkan diri. Waktu malam merayu pd Allah. Siang atas kuda, mlm atas sejadah.
Org yg buat dakwah dgn betul, maka doa dia pun akan jadi betul. Dlm usaha ini,
letihkan diri dituntut dan disukai. Siang letihkan diri dgn dakwah, mlm letihkan
diri dgn ibadat.
Dlm safar sentiasa berwuduk. Jadikan kebiasaan/adapt,
sentiasa berwuduk. Org yg berwuduk dlm ibadat. Wuduk adalah perisai. Nabi
dengar tauk langkah bilal dlm syurga. Apa amalan kamu? setiap kali wuduk saya
batal, saya ambil wuduk dan solat beberapa rakaat. Bergerak sambil beramal.
Masuk kpg baca doa. Masuk masjid cara sunnah. Letak barang2 satu tempat dan
tutup dgn kain. Solat sunat 2 atau 4 rakaat. Kemudian duduk dlm mesyuarat.
Mesyuarat yg sempurna bila ada org tempatan bersama. Mesyuarat adalah nama bagi
fikir. Mesyuarat bukan hanya pembahagian kerja. Dgn keilhklasan kita, Allah
akan campak fikir dlm hati kita. Kita tawajjuh. Kita dengar ehwal tempatan.
Ambil pandangan dari kawan2 kita. Kalau tak ambil pandangan, bagaimana nak
ambil kerja drp mereka. kemampuan kawan2 dpt dizahirkan. Mesyuarat adalah
amalan yg sangat penting. Sehingga amal dlm rumah pun kena meyuarat. Mesyuarat
masjid, mesyuarat halaqah, mesyuarat markaz, mesyuarat negara, mesyuarat dunia.
Mesyuarat jadi asbab menarik tumpuan Allah dan menarik bantuan Allah. mesyuarat
dgn penuh fikir. Kemudian bahagikan amal2 dgn kawan2. setiap org dgn bergilir2
buat semua amal. Org lama bawa org baru sama2 buat kerja. kita kena hargai org
baru. Mereka keluar dgn pengorbanan. Org lama kena bersyukur kerana org baru
ada bersama kita. Sibukkan semua kawan2 kita dgn amal. Dlm muzakarah ajar
kerja. secara amali pun ajar kerja. Contoh, hari ni saya jadi mutakallim, kamu
ikut dan dengar. Esok kamu jadi mutakalim. Tengok cara buat mesyuarat, satu
hari nanti kamu bawa jemaah, beginilah cara mesyuaratnya. Berurusan dgn kawan2
dgn kasih sayang. Kita ambil pandangan dan kita hargai pandangan mereka. Jangan
tekan syor, bila tekan syor tanda ada kibir dlm hati. Menekan syor akan memecahkan kesatuan. Kena
berjaga2. Jgn pecahkan ijtimaiyat kita. Hati yg pecah tak boleh bawak apa2 spt
bekas yg bocor.
Setiap ahli jemaah kena kuasai 3 perkara:
- taklim
- khidmat
- khususi mulakat
khidmat, kita buat sndiri. Jgn bagi peluang pd org tempatan
mereka khidmat lebih dulu drp kita. Nabi s.a.w sendiri buat khidmat, cari kayu api.
Taat pd amir, ini adalah khidmat pd amir. Khidmat pd kawan2. jgn lupa pd diri
kita sndiri. Jgn lupa pd org tempatan. Jgn biarkan kawan kita menangis. Jgn
sibuk dgn amal2 org lain tapi amal sendiri tak buat. Jgn sampai kita dpt usaha
org tempatan keluar jln Allah tapi kawan kita dlm jemaah cabut lari. Bila kita
buat semua amal dgn sungguh2 dan letihkan diri, maka sayang pd usaha agama akan
masuk dlm hati. Sayang pd amal akan masuk dlm diri kita. Nur amal akan masuk
dlm diri kita. Basirah/keyakinan amal akan masuk dlm hati. Bila dtg basirah,
maka istiqamah akan dtg dlm amal.
Kita duduk dlm taklim dgn mujahadah. Kita dengar seolah2
nabi sendiri yg baca hadith tersebut. kita duduk dgn adab. Duduk tahiyat. Agama
adalah adab. Kita nak amal semua sunnah. Kemudian buat halaqah tajwid. Kalau
ada 1 org sahaja yg boleh baca quran dgn baik, buat satu halaqah sahaja. Ini
bukan halaqah baca dan dengar tapi halaqah belajar dan betulkan. Fatihah kena
betul supaya solat kita sah. Bila solat betul maka seluruh kehidupan kita akan
jadi betul. Semua org kena cakap 6 sifat setiap hari.
Comments
Post a Comment