jor qudama & ulamak 2019
Bayan maghrib – mufti riasat
31/03/2019 sri petaling
Allah maha sempurna dari segi sifat dan zatNya. Allah tidak
terikat dgn asbab spt kedai, pejabat atau apa2 usaha dan asbab. Dgn qudratNya, Dia
cipta dan tadbir makhluk dan alam ini. Rob bukan hanya lafaz tapi hakikatnya. Allah
Maha pemelihara. Allah lakukan dgn QudratNya. Allah tak perlu asbab nak
pelihara seseorang. Allah tak perlu doktor untuk sembuhkan sakit. Allah
tak perlu pejabat untuk sempurnakan sesuatu. Allah tak perlu kedai untuk
sempurnakan hajat. Setiap makhluk berhajat pd Allah. Allah tak perlu pd mana2
makhluk. Allah tak perlu pd Malaikat. Allah jlnkan nizamNya dgn
perantaraan Malaikat. Dgn perintah Allah, Malaikat lakukan sesuatu. Nizam Allah
sgt sempurna tak pernah pincang atau cacat. Nizam Allah tak pernah kelewatan.
Kita beriman dgn Malaikat dgn Nizam Allah. Begitu juga beriman dgn kitab, yakin
dgn qanun atau peraturan Allah. Tidak berubah qanun atau undang-undang Allah
sampai bila2. Qanun atau undang2 manusia boleh berubah2, bila tukar pemimpin ia
akan tukar undang2 lain pulak. Allah Maha Razik, selain Allah perlu rezeki dari
Allah. Allah Maha Pemelihara, selain Allah perlu dipelihara oleh Allah. Makhluk
sentiasa berhajat pd Allah. Dlm setiap ehwal dan keadaan ia berhajat pd Allah.
Hatta Jibril yg besar itu pun berhajat
kpd Allah.
1. Insan. ada baik dan buruk. Jika tidak diusahakan jd baik,
ia akan lebih teruk dari binatang. Jika diusahakan jd baik ia akan jadi lebih
baik dari malaikat.
2. Malaikat. semua baik. tak pernah lawan perintah Allah.
Menjalankan perintah Allah tanpa soal.
3. Jin. ada baik dan buruk. tapi buruk lebih banyak dari
baik.
Allah tak berhajat pd ketiga-tiga diatas. Allah boleh guna
makluk lain. Namrud raja yg hebat dibinasakan hanya guna nyamuk yg tempang.
Abrahah dihancurkan hanya guna burung kecil abaabil. bawa batu kecil saja
tentera Abrahah binasa. Burung, batu, nyamuk tiada kuasa tapi dgn perintah
Allah. Satu org makan ubat, ia sembuh, bukan ubat bg sembuh. Syifak dari Allah
bukan pd ubat. Disebalik kuasa yg kita nampak, dibelakangnya ada Qudrat atau
kuasa Allah. Nabi Musa sakit, Allah perintah makan satu jenis akar kayu. Dia
makan dan sembuh. Di masa yg lain, Nabi Musa sakit lagi, beliau terus
ambil akar kayu tersebut tapi tak sembuh. Beliau mengadu pd Allah, Allah kata
sembuh atau syifak dari Aku bukan pd asbab akar kayu.
Namrud kerah rakyat kumpul kayu api, nak bakar Nabi Ibrahim.
Api terlalu panas, burung pun tak berani lalu atasnya. Nak campak
Nabi Ibrahim pun kena guna alat manjenik. Api tak boleh membakar, ia
bergantung pd perintah Allah. Dtg perintah Allah, Wahai api, Sejuk dan
sejahtera kpd Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim duduk dlm api spt duduk dlm syurga
kerana perintah Allah sejuk dan sejahtera kpd Ibrahim.
Begitu juga kisah Nabi Musa ketika dikejar Firaun, dtg
perintah Allah suruh pukul dgn tongkat ke laut. Allah dtgkan perintah
bertentangan dgn akal. Ayat quran tentang ruh. mereka bertanya tentang apa itu
Ruh. katakanlah Ruh adalah perintah Allah. Kita lihat bila ruh tercabut, kaki
tak boleh jln, mata tak boleh lihat, Bila roh tiada semua tak boleh berfungsi. Bila
Nabi Musa di suruh pukul laut, ikut akal apalah ada dgn pukul laut, hanya air
akan berkocak. tapi ini perintah Allah suruh pukul laut, walaupun bertentangan
dgn akal maka terbelah laut jadi 12 lorong. Allah selamatkan Musa dan pengikutnya,
Firaun dan tentera dihancurkan dgn air laut yg sama.
Bila kita kata Allah yg buat dgn perintahnya
bukannya asbab, maka org akan kata kita gila. Bila Nabi dakwahkan org
quraish, bagitahu bukan asbab yg selesaikan masalah, maka mereka kata Nabi
gila, Mereka kata 360 berhala tak boleh selesai masalah mana mungkin Allah yg
satu boleh selesai masalah. Inilah hakikatnya bila kita dakwahkan kekuasan
Allah, org akan kata kita gila.
Keyakinan yg di bawa oleh nabi2 ialah selesaikan masalah dgn
amal iaitu perintah Allah, bukan asbab. Selesai masalah dgn asbab adalah yakin
yg salah, itu adalah yakin org kafir. Bila asas ini tak betul apa2 takaza
agama kita tak boleh buat. Bangunan perlu asas yg kuat. Kalau faundation tak
kuat, bangunan tak boleh tegak lama akhirnya ia akan tumbang. Iman dgn yakin yg
betul. sifat perlu yakin yg betul. Ini perkara asas. Setiap hari kita
perlu dengar taklim untuk dtgkan yakin yg betul. Ini perkara asas. Bila yakin
betul, takaza agama akan dpt dilaksanakan. Jika asas yakin ini tak betul,
apa2 takaza kita akan lihat pd asbab dan takaza tak dpt dipenuhi.
Org lama dari segi sifat bukan dari segi masa lama dlm
dakwah. Akhlak nabi, boleh bersatu dan menyatukan. Akhlak Nabi org
suka nak duduk dgnya, org kafir pun suka nak duduk dgn Nabi. Sifat kebaikan dan
akhlak yg betul, kita kena usahakan. Setiap org kena usahakan sifat dan akhlak
spt akhlak nabi saw. Rakan seusaha, org lama, perlu sentiasa baik didepan dan
di belakang orang. lebih2 lagi bila ia berseorangan, kena ada rasa takut
pd Allah walaupon org tak nampak apa dia buat. .
1. hasanah
2. karimah
3. azimah
Akhlak azimah, org buat jahat, balas dgn kebaikan. Kisah Zaid
bin Saanah, seorang pendita Yahudi, nak uji tanda2 kenabian, Dia bagi
hutang pd Nabi, sebelum tiba masa utk bayar, dia dtg tuntut hutang dgn
kasar. Umar marah dan minta izin nak bunuh. Nabi tak bagi. Malah Nabi suruh
Umar bayar hutang tersebut lebhkan 20 gantang. Akhirnya dia masuk Islam
dgn akhlak ini.
Satu kedai, buat iklan kebaikan brg2 dlm kedai. org akan
pergi beli brg2 yg baik itu. Begitu juga bila org Islam amalkan dgn sifat2
mulia, org akan dtg pd Islam, berbondong2 org dtg pd Islam. Bila usaha dakwah tak
dibuat, org bukan islam tak jadi nak masuk Islam. Org bukan Islam baca buku
islam, mereka kata islam bagus, tapi bila lihat akhlak, muamalat,
muasyarat org islam teruk, mereka tak jadi masuk Islam..
Org Islam bila tiada dakwah, ibadat rosak, muamalah rosak,
muasyarah rosak, Ibadat tiada roh. Ini kesan bila dakwah ditinggalkan. Bila
Nabi wafat, dakwah tiada, umat atau kaum akan rosak. Selepas Nabi Isa, tiada
dakwah selama 570 tahun, dakwah terhenti, maka yakin manusia jadi salah, berhala
360 wujud depan kaabah. Zaman Nabi Musa, kaumnya ditinggalkan 40 hari saja,
Nabi Musa pergi jumpa Allah, dakwah terhenti, ramai pengikut Musa murtad,
sembah lembu. Kesan bila dakwah di tinggalkan, maka iman, ibadat, muamalat,
muasyarat, akhlak semua akan rosak.
Menjalankan kerja dakwah adalah satu kefarduan, perintah
Allah. Sebagai mana solat, puasa, haji adalah fardu. Bina iman dlm diri adalah
fardu. Allah akan tanya di akhirat. Kalau sempurna amalan fardu dakwah ini,
insyaAllah kita akan selamat. Kalau tidak sempurna, kita akan susah. dakwah
sama kefarduannya dgn solat, puasa dan lain2 amalan. Semuanya adalah perintah
Allah yg perlu disempurnakan dan akan ditanya di akhirat. Kita kena sempurnakan
solat, kalau tidak kita akan ditanya. Begitu juga dgn dakwah, kita akan ditanya
tentang kesempurnaannya.
Jika kita lihat, beberapa zaman yg lalu, usaha dakwah
hanya berjalan ikut masa dan bangsa dan tempat tertentu. Mmg sejarah ada
tertulis. Tetapi Maulana Ilyas telah letak usaha ini dgn bergerak ke seluruh
dunia tiada sempadan bangsa dan tempat. Asobiah adalah racun bakteria yang sgt
bahaya. Usaha ini adalah untuk satukan umat di bawah satu amir. Ada 30 negara hadir di jor
ini. Mcm2 negara ada. Thn lps dari Ijtimak Malaysia saja 299 jemaah di hantar
ke 90 negara. Perkara ini tak pernah berlaku sebelum ini. Satu kerja yg besar
telah berlaku sekarang. Satu cara, satu fikir, dibawah satu amir bergerak
keseluruh dunia. Bukan senang nak wujudkan usaha sebegini melainkan dgn
pengorbanan yg tinggi. Jemaah 4bulan, 40hari, dihantar keseluruh dunia, begitu
indahnya usaha ini. Bergerak dgn satu cara, satu fikir menyatukan umat di
seluruh dunia.
Maksud kerja ini bukan memenagi mana2 negara, tapi maksud
adalah nak hidupkan agama dan usaha agama. Mauud adalah janji Allah. Seperti
Rom, Parsi jatuh pd sahabat - ini mauud atau janji Allah tapi bukan maksud. Sahabat
buat pengorbanan tanpa fikir nak dpt mana2 negara. Buat usaha ini sebagai sebahagian
dari juzuk diri kita. Kita akan dpt kemanisan iman. Kita org lama, saf pertama.
Saf pertama kena betul, baru saf belakang akan betul. Kita kena korbankan harta
dan diri untuk usaha ini. Keadaan susah dan senang akan berubah, perintah Allah
tak berubah. Keadaan di datangkan untuk uji dan majukan kita. Org
akan makin hampir dgn Allah bila dia istiqomah. Ada masalah bawa ke halqah, tak selesai
bawa ke markaz, tak selesai bawa ke Nizamudin. Disana akan diputuskan. Usaha
ini kena dibuat dgn rasa sayang pd usaha yg mulia ini, hatta nyawa kita
akan di bagi untuk usaha ini sama spt Nabi dan sahabat bagi nyawa dan harta untuk
usaha ini.
Jemaah ijtimak yg sebenar ialah jemaah yg dtg dgn niat hadir
ijtimak saja tapi dia sedia keluar tunai tanpa persiapan, maka iman ia akan
naik. Siapa sedia 4 bulan, 40 hari, bangun bagi nama…
Comments
Post a Comment