jor qudama & ulamak 2019
Bayan maghrib - maulana farouk
30/03/2019 sri petaling
Satu perkara yg pasti, Allah bagi hidayat pd siapa yg Dia
kehendaki. Allah s.w.t berkuasa atas setiap sesuatu. Allah yg lakukan
segala-galanya. Allah buat apa sahaja yg Allah nak buat. Allah buat dgn
kudratNya sendiri. Allah buat segala-galanya tanpa sesuatu. Tanpa benda, Allah
boleh wujudkan benda2. Semua makhluk berkumpul tak boleh buat apa2 tanpa Allah.
Allah khaliq/pencipta. Allah dgn kudratNya telah cipta langit. Langit tak tercipta
dgn sendirinya. Allah cipta bumi dgn kudratNya. Keyakinan ini kena diwujudkan
dlm hati kita. Yakin manusia rosak sebab penglihatannya. Allah zahirkan sistem
dunia utk uji manusia. Maulana Yusuf rah. kata, apa sahaja yg kamu nampak kena
terus nafikan, kalau tidak ia akan masuk dlm fikiran kamu dan akan rosakkan
keyakinan dlm hati kamu. Apa sahaja yg kita nampak kena nafikan, cahaya tak dtg
drp matahari, langit tak boleh turunkan hujan, tanah tak boleh tumbuhkan
tanaman, pokok tak boleh keluarkan buah-buahan, ubat tak boleh sembuhkan
penyakit, kerajaan tak boleh buat apa2, tentera tak boleh buat apa2, bilangan
tak boleh buat apa2, kekuatan tak boleh buat apa2, akal tak boleh buat apa2,
pengalaman tak boleh buat apa2, semua benda2 tak boleh buat apa2, Allah yg buat
segala-galanya. Lailahaillallah, hanya Allah yg layak disembah. Bila
nafikan asbab barulah akan dtg keyakinan pd Allah. Kita boleh guna asbab tapi
asbab tak boleh masuk dlm hati kita. Bila asbab masuk dlm hati, maka ia akan
jadi kebinasaan dan kemusnahan kita. Bila tiada yakin dlm hati, maka akal akan
rosak.
Dgn perantaraan dakwah, satu org akan hampir dgn Allah. Hari
ni kita semua telah tinggalkan dakwah infradi, maka kita semua telah jatuh dlm
fitnah. Walaupun kita buat amal tapi amal kita tiada yakin. Kerosakan yg
berlaku hari ni kerana kita telah tinggalkan kerja dakwah. Bila kita mendatangi
org yg jauh dari agama, maka akan dtg dlm diri kita fikir risau tentang agama.
Dlm usaha ini, kena pergi jumpa manusia. Bila satu org islam ziarah satu org
islam yg lain, 70,000 malaikat akan doakan utknya. Mizaj sahabat, mereka pujuk
rayu setiap org. dlm hati mereka tidak ada perasaan takut pd ghairullah. Dgn
perantaraan dakwah, mereka jadi org yg sempurna. Dakwah infradi adalah usaha yg
asas. Dgn dakwah, iman, amal dan akhlak akan jadi sempurna.
Sahabat2 telah pujuk rayu manusia supaya duduk dlm halaqah
iman. Abdullah bin rawahah, abu hurairah dan muaz bin jabal telah ajak org
diluar masjid bawa ke masjid dan duduk dlm halaqah iman. Kita letihkan diri utk
bagi dakwah. Kita dakwah setiap org. Dimana sahaja kita berada, kita buat
dakwah. Kita jadikan kpg kita macam madinah munawarah. Masjid dan rumah
dihidupkan dgn amal. Bila kita hidupkan amal di masjid siang dan malam, maka
Allah akan hidupkan amal di rumah dan agama akan tersebar ke seluruh kampong
sehingga wujud suasana agama, dan org yg benci dgn islam pun akan dpt hidayat.
Inilah yg berlaku di madinah di zaman nabi s.a.w. Apa kita patut buat? Kita
kena buat macam sahabat2 telah buat. Kita kena bagi masa lapang kita utk
masjid. Bukan 1 jam atau 2 jam tapi bagi semua masa lapang kita di masjid. Ini
akan menghapuskan segala kerosakan di luar sana . Jemaah masjid adalah setiap org islam
yg ada dlm mohallah tersebut. Kita kena wujudkan dlm hati setiap org islam
kerisauan kemunduran agama di seluruh dunia dan wujudkan kerisauan utk hidupkan
agama di seluruh dunia.
Macam mana nak tahu jemaah masjid kuat? Jemaah masjid kuat
bila jadi macam hari kewafatan nabi s.a.w, Abu bakar r.hu telah hantar semua
org lelaki akil baligh keluar di jln Allah, tidak ada satu org pun tinggal di
madinah. semua keluar di jln Allah. Usaha utk memakmurkan masjid adalah usaha
yg mudah. Bawa org di luar masjid ke dlm masjid dan jgn biarkan masjid kosong
drp amal. Org yg kita bawa ke masjid, dakwah dan sediakan dia, ambil nama,
minta azam dan niat, tanya dia bila dia sedia bagi masa hari2 di masjid. Bawa
perkara ni dlm mesyuarat. Kita tunggu dia atau usuli dia pd masa tersebut dan
gunakan dia. Inilah t/jawab kita. Jumpa setiap org dan bawa setiap org ke
masjid. Semua org islam dihubungkan dgn masjid. Siang-malam kita hidupkan
masjid. Bila jemaah dtg ke masjid kita, kita gunakan jemaah itu utk buat usaha.
Inilah penyelesaian bagi segala fitnah. Hidupkan amal sepanjang malam,
tertibkan. 10-2 mlm, 12-2am, 2-4am, 4-6am, bahagi2kan masa dan org.
Buat tertib macam sahabat, 8jam, 10jam, 12jam bagi masa di
masjid. Separuh siang cari rezeki dan separuh siang lagi hidupkan amal masjid.
Separuh malam utk keluarga, separuh malam lagi utk hidupkan amal masjid. Masjid
yg dah ada amal memakmurkan masjid (AMM), bagi t/jawab utk buat AMM di masjid
yg belum ada AMM. Pergi ke sana
dan buat usaha secara amali.
Bawa semua jemaah masjid ke mlm sabguzari (mlm markaz). Hari
ni kita ingat dah buat usaha. Tapi kita cuma sampaikan pesanan. Yg dikehendaki
ialah buat usaha, pergi jumpa, pujuk rayu, sediakan dia dan pd mlm sabguzari
pergi ambil dia dan bawa dia bersama2 dgn kita. Jgn bawa yg belum keluar, org2
baru hubungkan dgn amal masjid. Mlm sabguzari bukan utk bayan, makan dan tidur.
Mlm sabguzari ialah mlm utk berjaga malam. Mlm sabguzari pun kita kena
bahagi2kan masa. Setiap halaqah diberi masa supaya sepanjang malam hidup amal.
Contoh utk hidupkan masjid 24jam dibuat pd mlm sabguzari. Ambil kehadiran.
Masjid mana yg tak dtg. Usuli mereka supaya dpt dtg minggu berikutnya. Minta
laporan seminggu, apa hasil usaha dah buat. Org yg bagi bayan pd mlm sabguzari
ialah org yg buat pengorbanan dan dia sediakan org lain utk buat pengorbanan.
Bagi takazah pd setiap masjid dan individu. Mlm sabguzari ialah mlm utk ambil
takazah. Sahabat risau mcm mana nak sempurnakan takazah sehingga tak makan, tak
tidur. Org2 baru yg lihat kerisauan org2 lama, maka mereka akan terkesan dan
akan balik dgn niat balik utk buat usaha. Setiap wajah karkun2 lama kena
dizahirkan fikir risau tentang kemunduran agama di seluruh dunia dan terserlah
kerisauan utk hidupkan agama di seluruh dunia. Semua kena bangun mlm dan
menangis di depan Allah. Bayan subuh pula ialah utk fahamkan rakan2 seusaha
tentang kerja.
Maulana ilyas kata dtgnya org baru berterusan dlm usaha ini
dan org lama tinggalkan usaha, ini bukan kemajuan dlm usaha tapi kemunduran dlm
usaha. Bila satu org di barat tinggalkan solat dan kita yg duduk di timur, tak
ada kerisauan, ini bermaksud ijtimaiyat umat ini telah hilang. Kerana tiada
ijtimaiyat, maka bantuan Allah telah tertarik dari umat ini.
Jor bulanan halaqah ada banyak kebaikan tersembunyi. Jor
bulanan halqah adalah perantaraan utk sampaikan agama ke setiap kpg, setiap
masjid, setiap rumah dan setiap individu. Dgn jor halqah akan dpt dengar
karguzari dari setiap masjid. Ambil kehadiran. Bila ada kekurangan dlm
kehadiran, semua kena fikir dan risau. Kena usahakan semua 100% rakan seusaha
dpt hadir. Masjid yg tak dtg kena pergi ziarah dan bagi karguzari pd mereka dan
bagitahu tarikh jor bulanan yg akan dtg dan usaha atas mereka supaya dpt hadir
jor bulanan halqah akan dtg. Otj halqah kena dengar karguzari setiap masjid.
Ucap syabas pd mereka atas apa yg mereka dah buat dan apa yg kita nak mereka
buat kita bagi targhib. Setiap amal kita kena tanya dlm karguzari. 1. Berapa
org buat? 2. Macam mana buat? Berapa org duduk mesyuarat harian dan mcm mana
buat mesyuarat, berapa org duduk taklim dan mcm mana buat taklim, begitulah
juga dgn gasht, usaha masturat, jemaah 3H, AMM, usaha pelajar. Kita kena buat
usaha spt mana sahabat telah buat.
Selepas ambil karguzari, satu org lama kena bagi targhib antara
45 minit – 1 jam. Bagitahu kelebihan usaha. Bagitahu tentang pengorbanan para
sahabat. Bagitahu keadaan2 di seluruh dunia. Sediakan mereka tunai utk pergi ke
seluruh dunia. Sediakan mereka utk keluar dgn masa yg tidak terhad dan belanja
yg tidak terhad. Bagi takazah pd setiap masjid, 4B negara jauh, 4B jln kaki,
etc. Kemudian duduk ikut masjid dan buat azam dlm masa sebulan apa usaha nak
buat dan nak capai. Kumpul semua azam. Masjid yg kuat diberi t/jawab utk usaha
atas masjid yg lemah. Hantar jemaah 3H, buat 2½ jam dan 2nd gasht.
Halaqah yg kuat bantu halaqah yg lemah. Bantu utk buat jor halaqah mereka.
Berterusan selama 6 bln utk bantu tempat yg lemah. Bila otj ambil fikir ini,
maka Allah akan ambil kerja drp mereka. Jgn tunggu org buat, kita mulakan dulu,
maka Allah akan bantu. Setiap bulan ambil karguzari. Berapa banyak usaha kamu
telah bangunkan di tempat lemah tersebut. Kita bagi takazah dan tanya apa usaha
dah buat utk sempurnakan takazah tersebut.
Dlm jor halaqah kena ada taklim hayatus sahabah dan perlu dibuat
dgn penuh ihtimam. Kalau dlm halaqah kita tak ada ulamak 1 thn yg boleh baca
hayatus sahabah, kita pergi ambil mereka dari halaqah lain walaupun jauh
40-50km. ambil dan hantar mereka. Dgn perantaraan taklim hayatus sahabah, maka
rakan2 seusaha akan dpt jasbah sebagaimana jasbah para sahabat. 2 faedah akan
dpt:
1. buat pengorbanan
dan tambah pengorbanan berterusan mcm sahabat
2. akan timbul perasaan menyesal/bersalah kerana tak dpt
buat usaha sebagaimana sahabat buat usaha. Perasaan bersalah ini akan
menyebabkan kita makin hampir dgn Allah.
Tahap pengorbanan kita hendaklah bertambah. 40H kpd 4B. 4B
kpd 6B (4B keluar, 2B tertib nizamuddin), 3H kpd 10H, 2½ jam kpd 8 jam. Kita
juga kena keluar jln kaki di jln Allah. jln kaki bukan sebab tak ada duit. Jln
kaki sebab kita nak sifat2 sahabat dtg dlm diri kita. Dgn kesenangan, kekufuran
akan tersebar. Dgn kesusahan/pengorbanan, hak akan tersebar. Setiap rakan
seusaha kena jaga nisab tahunan. Org lama 10X ganda kena buat usaha.
Tashkil pertama: niat sungguh2 dlm hati, nak bagi masa 8 jam
setiap hari, nak hidupkan amal di masjid
Tashkil kedua : niat sungguh2 dlm hati, nak bagi masa 10H
setiap bulan. 3H bersama mahalah. 7H lagi dgn tkazah yg diberi oleh halaqah.
Tashkil ketiga : yg dtg nak keluar 40H/4B, sedia keluar jln
kaki
Comments
Post a Comment