Posts

Showing posts from November, 2016

mesyuarat malaysia 1993 - maulana inamul hasan

Image
24/08/93 - nizamuddin Markaz untuk seluruh  Malaysia  hanya satu sahaja iaitu di  Kuala Lumpur , seperti mana yang telah dimesyuaratkan awal-awal lagi. Amalan 24 jam,  insya’allah  diamalkan di sini ( Kuala Lumpur ). Begitu juga mesyuarat bulanan seluruh negara diadakan di sini seperti mana yang telah diamalkan sehingga sekarang. Kedatangan dan pemergian jemaah dalam negara dan luar negara akan dilaksanakan di sini dengan mesyuarat syura Malaysia Di masjid-masjid lain di seluruh negara, jemaah masjid hendaklah dibentuk dan gasht hendaklah dijalankan. Di tempat-tempat di mana sabguzari diadakan, ianya hendaklah diteruskan, jangan mulakan sabguzari di mana-mana tempat baru tanpa merujuk pada Nizamuddin. Orang-orang yang hendak memulakan sabguzari di tempat mereka hendaklah merujuk kepada Nizamuddin melalui syura  Malaysia .     Mereka yang beri masa 2½ jam atau lebih hendaklah menggunakan masa mereka mengikut tertib yang diberi secara...

mesyuarat malaysia 1992 - maulana umar (2)

19/08/1992 Kata-kata  Johrnawala  : “ Para  ambiya adalah insan yang di bangkitkan oleh Allah s.w.t. Mereka makan, minum dan berkahwin seperti kita juga. Tetapi itu bukan maksud hidup mereka. Maksud hidup mereka ialah mendakwah, menyebar serta menghidup dan menegakkan agama Allah s.w.t. Kita adalah ummat yang dibangkitkan untuk manusia pada akhir zaman ini dan maksud hidup kita ialah menyambung tugas-tugas para ambiya”. Bayan : Segala-gala yang berlaku di seluruh alam adalah perbuatan Allah s.w.t. Semuanya berjalan atau bergerak dan diam dengan kudrat dan iradahNya. Allah tidak berhajat kepada sesiapa dan apa-apa dan cara Allah gunakan kudratNya adalah berbagai-bagai mengikut masa, tempat dan hal. Kita tidak nampak kudrat dan perbuatan Allah, tetapi tanda-tanda dan kesannya dapat dilihat seperti langit dan bumi, kejadian manusia, burung-burung yang terbang di udara, kapal-kapal yang berlayar di lautan, sejuk dan panas, gelap dan terang, angin yang bertiup, ...

mesyuarat malaysia 1992 - maulana umar (1)

17/08/1992 Allah s.w.t kurniakan upaya kepada manusia. Manusia perlu berusaha. Kaki berjalan, tangan bekerja, mata melihat, telinga mendengar, otak berfikir dan sebagainya. Allah beri pada semua orang sama ada kaya, miskin, pemerintah atau rakyat. Maksud semua manusia berusaha ialah untuk kejayaan dan mengelak dari kegagalan. Tidak semua manusia berjaya tetapi usaha perlu betul. Kalau betul akan berjaya, kalau salah akan gagal. Apakah usaha yang betul? Iaitu sebagaimana yang Allah s.w.t telah sampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan apa yang salah ialah manusia mengikut akal dan nafsu sendiri. Ingatlah! Manusia lemah, tidak akan dapat fikir jalan sendiri. Sesungguhnya kalau ikut petunjuk Allah manusia akan berjaya. Manusia hanya nampak dan faham sedikit sahaja. Banyak perkara yang manusia tidak nampak, tidak tahu dan tidak faham. Malahan, natijah pada tiap-tiap perkara dan usaha sangat sedikit diketahui oleh manusia. Bila datang maut segala-galanya habis dan peluang untuk ber...

mesyuarat malaysia 1992 - meiji mehrab

 17/08/1992 Al-Quran dan Hadith sudah cukup. Tiada lagi nasihat yang lain yang lebih baik daripada itu. Telah berkali-kali saya dengar daripada orang-orang tua di Nizamuddin ini bahawa usaha tabligh bukan ada maksud yang lain daripada hendak membawa ke dalam diri kita serta sekalian ummat manusia sebagaimana kehidupan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Kita telah mendengar berbagai masalah di dalam kubur dan akhirat. Kita diberitahu bagaimana kita perlu berusaha mengelak diri kita daripada diazab Allah s.w.t. Dan untuk maksud itu, tidak ada lagi cara lain daripada cara yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi s.a.w. Malah dengan niat dan tujuan inilah kita sedang meneruskan usaha kita sekarang. Apabila kita mendengar orang memperkatakan tentang kebesaran Allah s.w.t dengan penuh perhatian, nescaya kebesaran Allah s.w.t akan masuk ke dalam hati kita. Demikian juga apabila kita mengerjakan sembahyang dengan betul, lebih-lebih lagi apabila kita keluar 4 bulan dengan sentiasa be...