mesyuarat malaysia 1993 - maulana inamul hasan
24/08/93 - nizamuddin
Markaz untuk seluruh
Kedatangan dan pemergian jemaah dalam negara dan luar negara akan dilaksanakan di sini dengan mesyuarat syura Malaysia
Di masjid-masjid lain di seluruh negara, jemaah masjid hendaklah dibentuk dan gasht hendaklah dijalankan. Di tempat-tempat di mana sabguzari diadakan, ianya hendaklah diteruskan, jangan mulakan sabguzari di mana-mana tempat baru tanpa merujuk pada Nizamuddin. Orang-orang yang hendak memulakan sabguzari di tempat mereka hendaklah merujuk kepada Nizamuddin melalui syura Malaysia .
Mereka yang beri masa 2½ jam atau lebih hendaklah menggunakan masa mereka mengikut tertib yang diberi secara bertulis
Setiap orang lama hendaklah buat gasht di masjid marhallahnya bersama-sama dengan jemaah masjidnya. Jika ada apa-apa takazah lain, hendaklah diutamakan gasht di masjidnya. Untuk takazah tersebut hendaklah disediakan orang lain.
Pada setiap gasht, majma (perhimpunan) hendaklah disediakan untuk 4 bulan, 40 hari, 3 hari setiap bulan, 8 jam atau sekurang-kurangnya 2½ jam setiap hari. Masa yang diberi setiap hari adalah sebahagian daripada usaha tempatan dan bukan sesuatu yang berasingan.
Maksud yang sebenar adalah untuk menghidupkan dakwah. Dakwah akan hidup dengan pengorbanan seperti yang dibuat pada kurun pertama. Barulah masjid-masjid akan makmur dengan amalan-amalan dakwah. Maksud memakmurkan masjid (masjid ki abadi) ialah menghidupkan amalan mengikut cara masjid Nabawi, di mana terdapat dakwah iman, halaqah fadhail, menghantar dan menerima kedatangan jemaah dalam dan luar negeri, halaqah ilmu dan zikir, ta’alim dan tarbiyah dan melayan mereka yang datang (tetamu).
Mereka yang sedia memberi masa tiap-tiap hari hendaklah bermesyuarat dikalangan mereka dan libatkan diri dalam amalan dakwah. Sambil melakukan dakwah, mereka hendaklah menyempurnakan amalan infradi harian mereka. Jika seorang sahaja, hendaklah berusaha mengajak rakan-rakan yang lain. Jika berdua atau bertiga, hendaklah pergi ziarah rumah ke rumah, memberi dakwah, bercakap mengenai 3 cillah, targhib mengenai kerja-kerja tempatan dan sediakan mereka untuk kerja-kerja tempatan.
Untuk mewujudkan 100% suasana amal agama dalam rumah dan suasana suci murni, hendaklah diberi targhib untuk ta’alim fadhail, sembahyang, zikir dan tilawah. Kita hendaklah sediakan setiap ahli rumah untuk menjadi da’i. Bersama-sama dakwah, hendaklah dia sebarkan amalan agama. Apabila kita buat dakwah dan juga buat amalan, maka ilmu dan zikir akan hidup sebagaimana yang wujud di kalangan para sahabat r.a. Apabila ilmu dan zikir hidup dengan cara para sahabat r.a, maka ilmu dan zikir akan hidup 100% di kalangan orang-orang Islam.
Jika ada orang yang tidak sembahyang, hendaklah dakwah dia kepada sembahyang. Dengan kasih sayang, dakwah dia untuk menunaikan sembahyang. Beritahu sedikit amaran (wa’id), jangan beritahu banyak sehingga dia putus asa. Usahakan supaya dia dapat sembahyang. Termasuklah nusrah jemaah yang datang, duduk di dalam majlis ta’alim mereka, bawa mereka buat gasht, ziarah orang sakit dan mengambil tahu ehwal keadaan orang yang keluar ke jalan Allah s.w.t.
Di sisi kita, dakwah adalah utama dan amalan-amalan seperti zikir dan lain-lain mengikutinya. Para ulamak di zaman Maulana Ilyas rah. berkata, “Mula-mula islah diri dahulu kemudian islahkan orang lain” tetapi Hadzratji berkata di Makkatul Mukarramah bahawa amalan yang mula-mula ialah dakwah, kemudian barulah amalan-amalan yang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam Quran:
Mula-mula dakwah, kemudian amalan-amalan soleh. Oleh itu hendaklah kita lakukan seperti mana yang dilakukan di tempat-tempat lain.
Hadrat Ibnu Mas’ud r.a telah bertanya kepada Hadrat Usman r.a, “Kenapa tuan sembahyang 4 rakaat di Mina”.
Hadrat Usman r.a telah memberi dalilnya.
Bila sampai waktu sembahyang yang berikutnya, Hadrat Ibnu Mas’ud r.a sembahyang 4 rakaat mengikut Hadrat Usman r.a.
Hadrat Ibnu Mas’ud r.a ditanya , “Kenapa tuan sembahyamg 4 rakaat padahal tuan memberi dalil untuk 2 rakaat?”
Beliau menjawab, “Menentang amer adalah perbuatan yang bahaya”
Semoga Allah s.w.t memberi taufiq supaya kita semua dapat amal.
Pesanan Hadzratji
Tuan-tuan yang mulia,
Allah s.w.t suka dan cinta kepada agamanya dan usaha agamanya dan tidak ada sesuatu yang Allah s.w.t cintai lebih daripada dua perkara ini.
Barang siapa yang membantu usaha untuk agamaNya. Allah s.w.t membantunya seperi mana firmanNya: “Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya”
Tuan-tuan berusahalah sungguh-sungguh untuk agama Allah s.w.t. Bergeralah bersungguh-sungguh dan pergilah ke tempat-tempat yang banyak dan sebarkan, usahakan dan wujudkan suasana kesedaran di kalangan manusia-manusia lain yang akan memberatkan agama, yang akan membesarkan agama dan akan fikirkan untuk amal agama.
Amalan-amalan yang kita buat semasa berada di jalan Allah s.w.t jika hendak dibandingkan dengan amalan-amalan di tempat sendiri dari segi nilainya adalah beribu-ribu kali ganda.
Zikir yang kita buat di rumah kita sendiri, tilawah Quran yang kita buat di rumah kita sendiri dan ibadat-ibadat itu jika di buat di jalan Allah adalah berjuta-juta kali ganda nilainya.
Hari ini, dari segi amalan, kita sudah banyak membelakangkan diri kita. Oleh itu, kita keluar di jalan Allah dan buatlah amalan-amalan yang baik dan banyak supaya amalan-amalan kita ini akan lebih bernilai di sisi Allah s.w.t.
Syaitan sentiasa menipu kita iaitu, “Kamu islahlah diri kamu dan betulkan diri kamu dahulu, barulah kamu cuba islahkan diri orang lain”. Tetapi tuan-tuan yang mulia, kita keluar di jalan Allah s.w.t ini adalah dengan niat untuk islah diri kita, bukannya untuk islah diri orang lain.
Semoga Allah s.w.t jadikan kita sebagai orang-orang yang akan amal dan orang-orang yang akan cinta agama dan orang-orang yang akan keluar ke jalan Allah s.w.t untuk amalan-amalan yang banyak. Semoga Allah s.w.t jadikan tuan-tuan istiqamah di dalam agamaNya, dapat kembangkan agamaNya dan dapat memajukan tuan-tuan ddalam agamaNya.
Comments
Post a Comment