Tongi 2001 - bayan zohor maulana tariq jamil

05/01/2001

Tuan-tuan yang mulia,

Allah swt berfirman, “kamu adalah sebaik-baik umat”, iaitu umat yang paling afzal. Nabi Musa bertanya kepada Allah, “adakah umat yang terlebih afzal dari umat aku, yang Engkau telah naungi dengan awan dan telah memberi makanan Manna & Salwa dari syurga”. Allah berfirman kepada Musa a.s bermaksud, “ketahuilah umat akhir zaman adalah umat yang lebih afzal dari umatmu, ketinggiannya dikalangan umat-umat yang lain seperti ketinggianKu dikalangan ciptaan-ciptaanKu”. Allah berfirman, “kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan untuk menyeru  manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Sebelum umat ini lahir, Allah s.w.t gunakan kalimah ‘past tense’(iaitu sudah pasti) umat ini umat terbaik. Seperti mana Allah swt berfirman, “Inna ak’toina kalkauthar” maksudnya Allah akan memberi telaga Kauthar kepada Nabi s.a.w di mana ia sudah pasti Allah akan menzahirkan telaga kauthar kepada Nabi s.a.w dalam kehidupan akhirat kelak. Allah swt mengunakan perkataan ukhrijat (dikeluarkan). Lafaz yang Allah swt gunakan iaitu Aku sendiri Robb, Aku menjemput kamu keluar dari rumah untuk keluar ke jalanKu. Dengan itu bagaimana tingginya kita di sisi Allah swt. Seterusnya  Allah swt telah berfirman dalam berbagai-bagai ayat lagi  untuk menunjukkan kemulian umat ini. Allah swt sebenarnya yang menjemput kita dan mengeluarkan kita ke jalanNya. Umat terdahulu taubatnya diterima dengan dihukum bunuh, tetapi umat ini sebanyak dosa yang dia buat, dengan beristighfar Allah swt ampunkan semua dosa-dosanya.

Tuan-tuan yang mulia,

Allah swt berfirman, “Al-Quran untuk petunjuk kepada manusia” dan kita dikeluarkan kepada seluruh manusia”. Kita sebenarnya bertanggungjawab bukan hanya untuk kampung kita sahaja atau negara kita sahaja bahkan untuk segala manusia di seluruh alam. ‘Linnas’, safar umat ini adalah di seluruh alam di utara, di selatan, di barat, di tanah Arab dan bukan tanah Arab dan bahkan bergerak di seluruh alam. Dalam masa 80 tahun, sahabat-sahabat membuat usaha dakwah ¾ dunia datang kepada Islam.

Tuan-tuan yang mulia,

Kita perlu bergerak ke seluruh alam menyeru manusia kepada kebaikan, ‘takmuru nabil makruf’, Ibnu Abbas r.a mengatakan ‘takmuru nabil makruf’ ialah menyeru manusia kepada ‘Lailahaillallah’. Kita perlu membawa manusia kepada mentauhidkan Allah swt. Sesungguhnya Allah swt maha rahman atau maha pemurah dan kemurahan Allah swt tidak terbalas. Allah s.w.t maha memberi nikmat kepada manusia atau makhlukNya seperti memberi udara, cahaya, air, buah-buahan, sayuran tanpa meminta upah atau bayaran. Allah swt maha rahim atau maha penyayang, dan kasih sayang Allah tiada had. Allah adalah Al Malik atau Raja segala Raja. Allah swt adalah Al Qudus atau maha suci. Allah swt adalah As Salam atau maha memberi sejahtera dimana kesejahteraan umat ini dan makhluk ini hanya di tangan Allah swt. Askar, polis, pengawal peribadi, tidak boleh memberi kesejahteraan orang lain dan kesejahteraan mereka hanya dalam genggaman Allah. Allah adalah Al Mukminun yang mengurniakan keamanan. Allah adalah Al Muhaiminu atau yang maha mulia. Allah adalah Al Aziz atau yang maha perkasa. Kemuliaan hanya milik Allah. Dan yang gagah perkasa juga adalah Allah, tiada kuasa  didunia dan seisinya yang boleh setanding keperkasaan Allah. Allah swt adalah Al Jabar atau maha kuasa. Allah adalah Al  Mutakabbiru dan yang memiliki segala keagungan. Allah adalah Al Khalik atau yang maha pencipta dan Allah swt cipta maklukNya tanpa missal. Allah adalah Al Baariu atau yang mengadakan. Allah adalah Al Mushawiru dan yang membentuk rupa dan Allah adalah Al Ghaffaar atau maha pengampun dan pengampunan Allah tiada had, dan Allah adalah Al Qahhaar atau maha mengalahkan. Allah maha pemberi atau Al Wahhaab, dan Allah maha pemberi rezeki atau Al Razzaaq. Pemberian  rezeki Allah swt Allah tiada had. Dalam khazanah Allah ada padi, gandum, buah-buahan, berbagai jenis makanan. Dalam simpanan khazanah rezeki Allah swt tidak kehabisan hingga hari kiamat. Allah swt maha mengetahui atau Al Alim dan pengetahuan Allah maha sempurna, ilmu dunia dan ilmu akhirat yang diberikan kepada semua manusia dari manusia pertama iaitu nabi Adam a.s hingga bayi yang terakhir dilahirkan pada hari kiamat adalah seperti setitis air manakala ilmu Allah swt seperti lautan. Allahlah yang menyempitkan, Al Qaabidhu, yang melapangkan, Al Baasithu, yang merendahkan, Al Khaafidu, yang meninggikan, Arrafiu, yang memuliakan, Al Mui’zzu. Allah adalah maha mendengar, Assamiiu dan pendengaran Allah swt maha luas. Allah swt maha melihat atau, Al Bashiru dan penglihatan Allah maha sempurna. Allah swt adalah Al Hakamu yang meluluskan hukum dan hukuman Allah swt maha adil, seadil-adilnya atau Al Adlu. Allah yang maha lemah lembut atau Al Latiff. Allah swt adalah Al Khabir atau yang maha mengetahui. Allah swt adalah Al Halim atau yang maha penyantun. Allah swt adalah Al Azim atau maha besar. Allah swt adalah maha pengampun, Al Ghafuur. Allah swt adalah Al Syakuur atau maha pemberi. Allah swt adalah Al A’liiu atau maha tinggi. Allah swt adalah  Al Kabiir atau maha besar.  Allah swt adalah Al Hafiidz atau maha pemelihara.  Allah swt adalah Al Muqiitu atau maha pembahagi. Allah swt adalah Al  Hasiib  atau maha pengira. Allah swt adalah Al Jaliil atau maha agung. Allah swt adalah Al Karim atau maha pengurnia. Allah swt adalah  Al Raqiib atau maha pengawas. Allah swt adalah Al Mujiib atau maha menjawab. Allah swt adalah Al Waasiu atau maha luas.  Allah swt adalah Al Hakiim atau maha bijaksana. Allah swt adalah  Al Waduud atau maha pengasih. Allah swt adalah Al Majiid atau maha mulia. Allah swt adalah Al Baai’isu atau yang membangkitkan. Allah swt adalah Al Haq atau yang benar. Allahlah yang maha pencipta, Al Mubdii. Yang menghidupkan, Al  Muhyii. Allah swt adalah Al Mumiit atau yang mematikan. Al Haiyu  atau yang hidup selama lamanya. Al Qaiyuum atau yang berdiri sendiri. Al Waajid atau yang mempunyai kesempurnaan. Allahlah yang maha mulia, Al Maajid. Allah swt lah Al Waahid atau yang maha esa.

Allah yang menjadikan semua yang berada di bawah dan di atas bumi. Semua pemilik alam ini hanyalah Allah swt. Siang dan malam  adalah milik Allah swt. Apa yang ada di alam ini milik Allah swt. Tiada sesuatu yang seumpama Allah swt. Tiada penyelamat melainkan Allah swt. Tiada pemelihara, yang mencipta, yang memuliakan, yang menggagalkan, yang menjayakan melainkan Allah swt. Kita perlu beritahu seluruh manusia di seluruh alam  bahawa semua keperluan manusia dan seluruh makhluk hanya dipenuhi oleh Allah swt. Kita perlu beritahu seluruh manusia, kamu perlu tunduk kepada Allah swt. Orang yang menyeru manusia kepada Allah swt di belakangnya ada kekuatan Allah swt.  Sesungguhnya tiada umat umat lain sebelum kita yang dikurniakan oleh Allah swt untuk menyeru manusia kepada Laillahaillallah yang begitu berat sekali. Jika tujuh lapis bumi seisinya yang mengandungi gunung ganang, matahari, bulan, bintang, seluruh bangunan di seluruh alam ini dan bumi serta kandungan yang ada didalamnya di letakkan dalam satu dacing yang sangat besar dan sebelah dacing lagi di letakkan kalimah Laillahaillallah, nescaya kalimah itu lebih berat lagi.
     
Tuan-tuan yang mulia,

Kita adalah  adalah penyeru kepada usaha Rasullullah saw. Kita perlu iklankan kepada seluruh manusia, hanya satu jalan sahaja iaitu jalan kehidupan Nabi saw. Kita yang menyeru manusia kepada kehidupan Nabi saw akan sampai ke tempat yang ditujui. Allah bersumpah dalam Surah Yasin dengan nyawa dan akhlak Nabi saw bahawa sesiapa yang mengikut cara nabi akan dapat kejayaan. Nabi saw adalah nabi kepada rasul-rasul yang lain.  Semua makhluk mengakui kerasulan Nabi saw. Rasullullah saw berdoa, “Ya Allah untuk Musa, Engkau panggil sebagai Kalammullah, untuk Ibrahim Engkau panggil Khalillullah, untuk Nabi Isa Engkau panggil Ruhullah, untuk Sulaiman Engkau beri Kerajaan, untuk Daud Engkau beri suara yang merdu dan untuk aku Engkau beri apa Ya Allah?”. Allah berfirman, “tidak disebut nama Aku kecuali nama engkau Ya Muhammad disebut disamping nama Aku”. Allah berfirman, “orang yang awal dan yang akhir yang tidak mengikut cara Nabi saw semuanya ditolak. Untuk keselamatan mereka semua manusia perlu mengikuti cara Nabi saw. Kebaikan kesemuanya dikunci oleh Allah  kecuali cara Nabi saw.  Untuk kemuliaan di dunia, manusia perlu melakukan amal cara Nabi saw. Untuk membuka khazanah Allah perlu cara Nabi saw. Orang yang mengikut cara Nabi saw akan mendapat kejayaan yang sebenar. Seorang Badwi bertanya, “adakah kami perlu tinggalkan agama datuk nenek moyang kami dan ikut agama yang kamu bawa Ya Muhamad? Adakah Rom dan Parsi akan jatuh kepada Islam? Bilakah orang mati akan hidup semula?”. Nabi saw esok dalam kehidupan akhirat akan pegang tangan Badwi itu dan ingatkan perkara yang dicakapkan semasa di dunia dahulu. Orang yang dipegang tangannya oleh Nabi saw, dia tidak akan lepaskan orang itu selagi dia tidak dimasukkan ke dalam syurga. Oleh itu kita hari ini perlu pegang sungguh-sungguh kerja Nabi saw sebagai kerja kita dan bergerak ke seluruh alam.

Tuan-tuan yang mulia,

Rasulullah saw telah membawa kehidupan yang sempurna. Dalam kehidupan Nabi saw Allah swt beri kejayaan dunia dan akhirat. Dalam kehidupan Nabi ada ibadat iaitu sembahyang. Umat dahulu ada 2 kali sembahyang dalam satu hari. Umat ini diberi 5 kali sembahyang dalam sehari semalam. Orang yang sujud dalam sembahyang sebenarnya sujud ke kaki Allah swt. Orang yang bersembahyang di masjid, bukan sembahyang, sebenarnya dia menziarahi Allah di rumah-rumahNya. Solat sebenarnya menziarahi dan bertemu Allah swt. Akhlak kita hari ini adalah akhlak Intiqam (tindak balas). Orang maki kita, kita maki balik. Allah swt hendakkan kita berakhlak cara Nabi saw, iaitu memaafkan kesalahan orang  yang menyusahkan dan menzalimi kita. Kita hendaklah berdoa pada Allah, “Ya Allah berilah akhlak Nabi saw kepada saya”.

Tuan-tuan yang mulia,

Kita perlu usaha di setiap rumah perlu ada halaqah ta’alim, halqah zikir kepada Allah swt. Seseorang yang takut kepada Allah swt hanya sebesar kepala lalat, Allah swt akan redha ke atas orang itu. Kita perlu wujudkan jazbah untuk mewujudkan amal-amal masjid di rumah kita dan rumah setiap orang Islam. Pada masa sekarang kita telah gunakan diri, harta kita mengikut kesukaan kita. Oleh itu kita perlu bertaubat dan gunakan harta dan diri kita mengikut keinginan Allah swt. Kita telah menyimpang dari jalan yang telah Allah swt perintahkan. Orang yang bertaubat, Allah swt tukarkan amalan buruknya kepada amalan kebaikan. Kita perlu bertaubat bersungguh-sungguh kerana kita tidak bersungguh-sungguh dalam membuat usaha dakwah Nabi saw. Esok dalam kehidupan akhirat orang yang keluar ke jalan Allah swt, orang itu akan dimasukan ke dalam syurga Firdaus, dan Allah swt memberi kemulian, mukanya sahaja akan bercahaya dengan gilang gemilang. Dalam syurga ada bidadari yg bernama Ainul Mardiah. Jika dia berjalan, 70,000 khadam mengikutnya. Bila dia menjeling orang yang hidup akan mati. Dia memakai 70 lapis pakaian, rambutnya sampai ke kaki. Dia berkata “aku adalah untuk orang yang menyeru manusia kepada ma’ruf dan mencegah kepada mungkar, aku akan dinikahkan kepada orang yang membuat usaha dakwah”.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir