Maulana syamim – bayan maghrib 07/12/2016
pencerahan berkenaan amir, syura, markaz, muntakhab hadith dan tertib kerja.
sri petaling
Tuan-tuan yg mulia,
Semata-mata dgn limpah kurnia drp Allah dan dgn kasih sayang
Allah, Allah telah kurniakan pd kita satu usaha yg besar, satu usaha yg agung,
usaha kurun pertama iaitu usaha dakwah. Bukan kita yg letakkan diri kita di dlm
usaha ini tapi Allah yg pilih kita dan letakkan kita dlm usaha ini. Siapa yg
Allah kehendaki, Allah pilih, Allah istiqamahkannya dan dgn sebabnya tersebar
agama dan manusia dpt hidayat. Bila Allah berkehendak, macam mana Allah
berkehendak utk sisihkan dia, maka Allah akan sisihkan dia bila2 masa sahaja
dan tidak akan memudaratkan Allah s.w.t dan tidak akan mengurangkan sedikit pun
khazanah Allah.
Jgn sekali-kali dtg dlm hati kita bahawa usaha ini berjalan
dgn mujahadah saya, dgn sebab ilmu saya, dgn sebab pengorbanan saya, kerana
bila dtg dlm hati kita maka kita akan jatuh dari pandangan Allah s.w.t. Allah
tak mahu usaha ini dinisbatkan pd mana2 individu, dgn pengorbanan sipolan, dgn
harta sipolan, dgn bayan sipolan, dgn ilmu sipolan, bahkan Allah-lah yg
mengerakkan usaha ini dan selamanya Allah yg terus buat. Usaha ini hanya
dinisbatkan pd Allah s.w.t. Oleh itu, kita semua pd setiap masa dan ketika,
hendaklah kita rasa berhajat pd usaha ini. Allah maha hidup, maha berdiri dgn
sendiri yg mengerakkan usaha ini.
Kita kena yakin, yg memelihara usaha ini ialah Allah, yg
menggerakkan usaha ini ialah Allah. Org yg tidak merasai bahawa dia yg
mengerakkan usaha ini, tidak merasai dgn sebab pengorbanannya maka Allah akan
letakkan kasih sayang dia dlm hati2 manusia dan Allah akan muliakan dia dlm
hati2 manusia. Kalau seseorang merasakan bahawa usaha ini bergerak dgn
pengorbanan dia, dgn bayan dia, dgn ilmu dia maka Allah akan buat 2 perkara
samada Allah akan hilangkan kesan2 percakapan/pengorbanan org tersebut atau
menghilangkan org tersebut dari usaha ini. Sehingga semua org yakin yg
menggerakkan usaha ini ialah Allah. Allah tidak suka utk melihat kerja ini
dihubungkan dgn sesiapa. Allah hanya mahu usaha ini dinisbatkan hanya dgn
Allah.
Dlm usaha ini Allah suka pengorbanan. Apa itu pengorbanan?
Satu org yg korban demi korban tapi tak rasa apa2 dgn dirinya, maka Allah akan
ambil khidmat agama dari dia. Sebaliknya, bila seseorang buat pengorbanan demi
pengorbanan dan dtg dlm hatinya, kerja bergerak dgn pengorbanan dia dan
mengungkit pengorbanan dia dan mula merasa dia telah berbudi pd manusia maka pd
ketika itu dia akan jadi hina pd pandangan Allah dan Allah akan kecilkan dia.
Semasa perang badar, ada satu org yg buat begitu banyak
pengorbanan, memerangi musuh2, meleraikan barisan musuh2 dan bunuh ramai
musuh2. Ramai yg memuji dan menyangka dia telah buat budi/jasa yg besar pd
agama, mereka telah menceritakan keberaniannya, tapi nabi s.a.w kata dia adalah
ahli neraka. Mengapa jadi begini? Manusia tak tahu apa ada dlm hati dia, apa
semangat dia berjuang, apa jasbah yg dia bawa. Hanya Allah yg tahu. Allah
wahyukan pd nabi s.a.w.apa yg ada dlm hati dia. Dlm hati dia ada 2 perkara, dia
mahu dikenali dgn keberaniannya dan dlm hatinya tidak ada sifat sabar dlm
menanggung kesusahan. Dia telah luka parah dan telah membunuh dirinya sendiri.
Jgn sekali2 kita ungkit akan pengorbanan dan ehsan yg telah
dibuat pd manusia. Ini merupakan serangan syaitan yg terakhir. Oleh itu,
sebanyak mana pun kita buat pengorbanan, kita jgn langsung rasa besar diri,
takabbur. Sebaliknya kena sentiasa ada sifat tawadduk. Tersebarnya agama,
majunya agama, dgn sebab pengorbanan nabi s.a.w. Apa yg para sahabat dpt dari
kebaikan agama adalah dgn sebab pengorbanan nabi s.a.w. tapi pd fatah mekah,
nabi dtg dgn 10,000 org tentera, nabi masuk dgn rendah diri sehingga dada nabi
s.a.w telah terkena dgn bonggol unta. Masuk dgn tawadduk. Tawadduknya nabi
s.a.w itu tak pernah wujud sebelumnya dan tak akan wujud hingga hari kiamat. Di
akhirat nanti, semua nabi2 akan dihisab, tapi nabi s.a.w tidak akan dihisab.
Nabi masuk dgn penuh rendah diri. Kalimat2 yg nabi baca semasa fatah mekah
menjadi pengajaran pd umat hingga hari kiamat, sebanyak mana kamu buat pengorbanan
sehingga Allah bagi nur pd hati setiap manusia, pun semua kita kena kembalikan
kpd Allah. Tiada tuhan yg disembah melainkan Allah, Allah maha esa, Dialah yg
membantu, Dialah yg mengalah segala musuh dgn kudratnya. Nabi s.a.w menafikan
apa yg baginda dah buat tapi nisbatkan hanya kpd Allah.
Nabi dah ajar satu perkara yg besar. Org yg menafikan segala
pengorbanan yg dibuat, maka tidak akan dtg sifat khibir dlm hatinya. Kita tak
buat apa2, yg buat segalanya ialah Allah. Natijah dtg dari Allah. Org yg macam
ini akan dpt sifat makbuliyah dari Allah. Allah akan terima pengorbanannya. Org
yg kata dia buat, maka akan jadi hina pd pandangan manusia.
Pd zaman ini, Allah telah pilih satu org yg pd zahirnya dari
segi tubuh badan sangat lemah, sangat kurus dan banyak penyakit. Keturunan dari
nasab yg mulia, nasab bangsawan, keluarga para ulamak yg besar tapi sejak zaman
kanak2 lagi, kehidupannya sederhana, tawadduk, suka khidmat, akhlak dan sifat
yg mulia. Sejak kecil lagi, orgramai dan para ulamak kata dia ahlullah. Sehingga
ibu beliau kata, dari badan ilyas ini, aku dpt mencium bau sahabat r.a. Beliau
belajar dari ulamak2 besar di India .
Semua ulamak2 menyayanginya. Selepas belajar, beliau mengajar di saharanpur .
Bapa beliau, maulana Ismail, ahlullah yg sangat besar.
Sangat mahsyur di India ,
apa yg dia doa akan makbul. Ramai org dtg beratur nak minta doa drp dia. Sebab
dia takut ramai sangat org dtg, maka dia telah melarikan diri dan dtg ke hutan
di nizamuddin. Kemudian dia pergi ke banglawali masjid. Di sana ,
dia nampak org mewat, org miskin dtg ke delhi
utk ambil upah kerja. Dpt upah 2 paisa (2 sen). Dia ajak mereka dtg ke masjid
dan ajar kalimah dan bagi upah 2 paisa. Setiap hari dia ajar, bagi makan dan
bagi upah. Lama kelamaan terbentuklah sebuah madrasah. Pelajar2nya org mewat.
Bermulanya usaha ini dgn pengorbanan.
Selepas maulana Ismail meninggal dunia, org mewat pergi ke saharanpur nak cari
penganti. Mereka jumpa abg kpd maulana ilyas, iaitu maulana muhammad. Maulana
Zakaria ialah anak maulana muhamad. Maulana muhammad setuju pergi ke nizamuddin
utk ajar org mewat. Selepas maulana muhammad meninggal dunia, maulana ilyas
pula dtg ke nizamuddin utk mengajar. Cara dia mengajar sangat menakjubkan.
Tapi fikir risau maulana ilyas ialah bagaimana islah umat
ini. Bagaimana 100% umat dpt amal agama. Bagaimana umat dpt dtg ke masjid.
Bagaimana dlm hati umat ada cinta pd agama. Bagaimana dlm hati umat ada risau
nabi s.a.w. Inilah fikir risau yg sentiasa ada dlm benak hati maulana ilyas.
Dia selalu berdoa pd Allah. Org semua tidur, dia pergi ke hutan nizamuddin dan
menangis sepanjang malam pd Allah. Kemudian Allah telah buka pd beliau usaha
dakwah. Allah ajar pd beliau cara nak buat dakwah. Allah buka hikmah utk buat
dakwah. Begitu banyak Allah bagi cara dakwah ini pd beliau sehingga 1/3 pun
beliau tak mampu nak cerita pd kita sebab maulana ilyas gagap. Satu lafaz pun
sangat susah nak keluar dari mulut, Sangat mujahadah utk mengajar. Tapi dia
sangat bersungguh-sugguh. Sanggup berkorban. Sentiasa sibuk dgn pelajar2nya.
Dia sediakan pelajar utk buat usaha dakwah. Macam mana nak satukan umat ini.
Beliau mulakan usaha gasht. Dgn gasht, org2 baru mula dtg
masjid. Bertambah ramai org dtg solat di masjid. Beliau begitu gembira. Syukur
pd Allah. Beliau berdoa bersungguh2 pd Allah sehingga usaha terus maju. Beliau
bawa pelajar2 ke mewat. Mulakan usaha dakwah di sana . Orgramai mula suka dgn usaha ini.
Selepas itu, maulana ilyas pergi jumpa dgn ulamak2 besar di India .
Beliau telah bentangkan pd mereka usaha yg beliau telah buat. Pd masa tu,
ulamak yg besar ialah mufti kifayatullah rah. Ulamak2 yg lain ialah maulana
hussin madani rah., maulana Rashid gangohi rah., maulana shah raipuri rah., dan
ramai lagi ulamak hak yg ada. Beliau ceritakan cara kerja pd mereka. Kalau ia menepati
sunnah, tlglah bantu dan doa. Kalau tidak, disini sahaja saya akan berhenti.
Semua mereka kata, usaha ini sangat baik. Menepati sunnah nabi. Tapi macam mana
org nak buat? Maulana ilyas kata, nak buat itu kerja saya dan yg akan gerakkan
org kerja Allah. Kerja kita, bagaimana diberitahu, itulah yg kita buat. Jgn
kita ikut akal kita. Jgn terkesan dgn suasana tempat kita. Jgn tengok faedah
akal kita. Kita buat macam mana elders kita suruh buat. Macam mana mereka kata,
macam itu kita buat. Banyak mana suruh buat, banyak itulah kita buat. Utk
gerakkan, majukan, istiqamahkan, itu kerja Allah.
Alhamdulillah, usaha ini telah mula tersebar. Maulana ilyas
telah pergi dan menunaikan haji di mekah mukarramah. Beliau telah kumpulkan
semua ulamak2 besar di mekah. Beliau tanya, mengapa umat hari ini makin hina
dan kurang agama. Apa sebabnya? Ada
ulamak kata, sebab kekurangan ilmu, sebab kekurangan harta, dll. Tapi maulana
ilyas menyangkal semua alasan tersebut dgn menceritakan keadaan para sahabat.
Semua ulamak diam. Maulana ilyas kata, hanya satu sebab iaitu keyakinan yg ada
dlm hati sahabat tidak ada dlm hati umat hari ini. Bukan sebab amal kurang,
bukan sebab ilmu kurang, bukan sebab harta kurang, bukan sebab bilangan kurang.
Bahkan, yg kurang ialah yakin yg sahabat telah belajar dari nabi dan mereka
usaha bersama nabi. Semua ulamak dari seluruh dunia ada pd masa itu, mereka
setuju dgn maulana ilyas. Beliau bentangkan usaha dakwah yg telah beliau
jalankan. Mereka kata usaha ini usaha yg hak dan pasti kami akan bantu.
Keluarkan dari diri kita bahawa usaha ini dari nizamuddin.
Usaha ini adalah menepati sunnah nabi s.a.w. Maulana ilyas telah mulakan usaha
ini di nizamuddin sebab itu kita nisbatkan usaha ini dgn nizamuddin. Usaha ini
bukan nizamuddin punya, bukan raiwind punya, bukan kakril punya, bukan Malaysia
punya tapi usaha ini adalah usaha baginda s.a.w. Setiap juzuk/amal dlm usaha
dakwah ini menepati sunnah nabi s.a.w. Oleh itu, sampai mati kita kena buat
usaha ini. Ini bukan kerja utk 4 bln sahaja, bukan utk 40 hari sahaja, bahkan
4bln, 40 hari, 10 hari, 3 hari hanya utk belajar. Tapi kena buat seluruh hidup
kita. Dlm usaha ini kita tak mahu kedudukan, tak mahu kemuliaan, tak mahu
harta, tak mahu majoriti, tak mahu kerajaan, tak mahu kuasa, apa pun kita tak
mahu drp dunia ni, Kita hanya nak Allah sahaja.
Ingat, Allah tak bagi kemuliaan pd org yg buat usaha, Allah
tak bagi harta, Allah tak bagi kedudukan, tapi Allah akan bagi zatNya pd org yg
buat usaha. Org yg letak Allah, rasul dan akhirat di depannya, org2 inilah yg
akan buat usaha dgn betul. Org yg tak istikhlas, maka dia dlm bahaya. Kerana
kedudukan dlm usaha ini dtg melalui pengorbanan dan mujahadah. Allah telah
letakkan nabi2 dan rasul2 dari awal hingga akhir dlm mujahadah. Yg paling
banyak mujahadah, paling banyak korban dan paling banyak menanggung kesusahan
ialah nabi muhammad s.a.w.
Telah dtg kesusahan yg besar pd baginda s.a.w. 3 hari
berturut2 tak dpt makanan. Perut telah bersentuhan dgn tulang belakang.
Sentiasa dlm keadaan lapar. Satu keadaan yg sangat susah. Dtg jibrail a.s. Nabi
kata, wahai jibrail kamu dtg dlm keadaan sudah 3 hari aku tak makan. Tiba2
terdengar satu benda yg besar/berat telah jatuh dgn bunyi dentuman yg kuat.
Nabi terperanjat. Nabi tanya jibrail, dah kiamat ke? jibrail kata belum kiamat
lagi. Jibrail kata, kamu zahirkan kelaparan dan kesusahan kamu pd saya
menyebabkan Allah tidak menyukainya. Allah hantar satu malaikat kpd tuan.
Malaiakt yg belum pernah turun ke bumi. Inilah kali pertama dia turun. Bunyi yg
kuat tadi adalah bunyi kedatangan malaikat tersebut. Malaikat tadi dtg depan
nabi dan bagi salam dan sampaikan salam dari Allah kpd kekasihNya. Allah tanya,
kamu nak kenabian yg macam mana? Kenabian dgn harta, kenabian dgn kuasa,
kenabian dgn kerajaan, buat keputusan sekarang. Nabi buat kerja dgn mesyuarat.
Ingat, dlm usaha dakwah kita kena ikatkan diri kita dgn
mesyuarat. Apa sahaja yg kita nak buat, kena mesyuarat. Jgn kita bebas. Kalau
buat kerja agama tanpa mesyuarat, walaupun kerja itu besar, ia tidak akan jadi
sumber kemuliaan tapi akan jadi sumber kehinaan. Dlm usaha ini, bukan ikut
cerdik seseorang. Jgn buat tipu helah. Usaha ini dari awal sampai akhir adalah
pengorbanan.
Nabi s.a.w. ada 4 org wazir yg selalau baginda bermesyuarat.
2 di langit dan 2 di bumi. Jibrail dan mikail a.s di langit. Abu bakar dan umar
r.a di bumi. Ini adalah 4 ahli mesyuarat khas baginda. Kalau dtg keadaan
darurat, kita mesyuarat dgn siapa yg ada dan kemudian sampaikan pd yg lain.
Perlu bagitau pd yg lain. Kalau tak bagitahu yg lain, syaitan akan masukkan
was2 dlm hati.
Hari ini tanpa kita hadir mesyuarat dan buat keputusan dan
sebarkan semua tipudaya dan propaganda dlm internet/whatsapp/facebook. Hati
akan bersatu atau berpecah? Dpt ijtimaiyat atau tak dpt ijtimaiyat? Di
nizamuddin, satu benda pun tak dihantar melalui internet/whatsapp/facebook. Mereka
yg buat macam tu sebab mereka nak pecahkan ijtimaiyat yg ada di nizamuddin.
Saya minta dgn tuan2 jgn percaya apa pun perkhabaran yg berlaku di nizamuddin
yg ada di internet/whatsapp/facebook sehingga tuan2 sendiri meneliti perkara
tersebut dgn nizamuddin. Yg paling baik ialah kita pergi sendiri ke sana dan tengok dgn mata kepala kita sendiri apa yg
berlaku di sana .
Bila dah tengok sendiri, maka akan lupa semua sangkaan yg ada dlm kepala otak
kita. Tiada pergaduhan di sana .
Kerja berjalan macam biasa spt dulu. Ada
org yg nak jadi mahsyur dan letak khabar2 yg tak betul, fitnah dlm media.
Usaha ini adalah usaha Allah. Allah akan pelihara. Allah tak
berhajat pd sesiapa, tak berhajat pd ilmu sesiapa, tak berhajat pd pengorbanan
sesiapa, tak berhajat pd kemahsyuran sesiapa. Allah dgn kudratNya akan jalankan
kerja ini. Dlm masa beberapa minit Allah boleh pilih siapa yg boleh buat kerja
dan dlm masa beberapa minit Allah boleh hapuskan siapa yg Allah tak mahu. Allah
buat segala-galanya. Setiap zaman berlaku perkara tersebut. Hak tetap hak.
Setiap masa Allah akan menangkan org yg hak. Allah akan hapuskan yg batil.
Allah akan hapuskan angin2 batil. Sampai bila pun batil tidak akan menang bila
lawan dgn hak.
Hari ni kita sangka dgn alat media agama boleh tersebar.
Benda2 batil bukan utk sebarkan agama tapi menghapuskan agama. Semoga Allah
pelihara kita. Allah telah tetapkan bahawa agama tersebar dgn cara nabi dan
sahabat. Allah sebarkan agama dgn mujahadah dan pengorbanan.
Nabi s.a.w bermesyuarat dgn jibrail a.s. Jibrail a.s
isyaratkan supaya nabi s.a.w. tunduk. Nabi telah faham. Nabi kata baginda tak
mahu kenabian bersama kuasa dan harta tapi baginda mahu kenabian dan kefakiran,
kenabian dan penghambaan, sekali dpt makan dan syukur pd Allah, sekali tak dpt
makan dan bersabar.
Hari ini usaha dtg dlm keadaan bahaya. Sebab sekarang zaman
istiqbal, org sambut. Bila buat usaha dlm keadaan susah, mujahadah,
pengorbanan, org tak terima, tak ada duit maka akan terbentuk sifat2. Pd zaman
istiqbal org suka usaha ini dan org akan longgokkan harta mereka tetapi org yg
buat usaha dia salah faham, dia ingat org istiqba/sambut dia, bukan, org bukan
sambut dia, org sambut usaha agama, dia tertipu.
Kalau kita asingkan diri dari usaha, maka kita tak ada apa2
pun. Usaha inilah yg telah meletakkan kita pd satu kedudukan. Dgn sebab usaha
ini Allah bagi kasih sayang manusia pd kita, org ikram kita, org sanggup bagi
nyawa utk kita. Ini semua sebab usaha agama. Bila kita tinggalkan usaha ini,
tak ada siapa nak sapa pun kita. Oleh sebab itu, kita kena sentiasa bersama dgn
usaha ini. Jgn kita ikatkan diri kita dgn seseorang. Kita ikatkan diri kita dgn
usaha.
Pada hari kewafatan nabi s.a.w, Abu bakar r.a berkata: siapa
yg beramal/berusaha kerana muhammad s.a.w, ingatlah bahawa muhammad telah
wafat. Mereka yg beramal kerana Allah, Allah maha hidup, Allah berdiri dgn
sendiri, Allah tidak mati, Allah yg memberi kematian dan kehidupan.
Usaha ini adalah hak. Usaha yg telah dikurniakan oleh Allah
pd umat ini. Setiap individu umat kena buat. Bukan utk kaum tertentu. Bukan utk
org Malaysia , Indonesia , India ,
Pakistan , Bangladesh , US, UK , afrika, eropah, mekah, madinah.
Bahkan usaha ini adalah utk setiap individu umat sehingga hari kiamat. Org yg
buat usaha ini dgn betul, Allah akan kekalkan dan majukan dia dlm usaha. Kita
kena jadikan kerja ini sebagai kerja kita.
Di mana bermulanya usaha, maka disitulah markaznya. Markaz
seluruh alam ialah nizamuddin. Markaz-markaz lain di seluruh dunia ialah
anak2nya. Sebagaimana baitullah, semua masjid2 adalah anak kpd baitullah. Di
mana sahaja berada, masjid akan mengadap ke kiblat/baitullah. Dari segi kerja
agama, segala urusan rujuk nizamuddin, apa2 perkara tanya nizamuddin dan taat
nizamuddin. Bila taat, semua markaz2 di seluruh dunia akan dpt kesatuan. Kita
adalah satu cabang/furuq dari nizamuddin. Jgn kita anggap kita ni asing dari nizamuddin.
Kita kena anggap kita ni petugas2 dari banglawali masjid. Kita
amla/pembantu/petugas. Kalau kita faham perkara ni, maka kita akan kekal dlm
usaha ini. Allah akan ambil khidmat agama dari kita. Allah akan kekalkan kita
dlm usaha. Allah akan bagi hakikat usaha kpd kita. Allah akan selesaikan
masalah kecil/besar kita.
Selepas maulana ilyas, maulana Yusuf ambil t/jawab. Beliau
jadi amir masa umur 29 thn. Ulamak2 besar pd masa itu telah akur dan setuju
lantik maulana Yusuf jadi amir. Walaupun pd masa tu ada ulamak yg lebih hebat
dan tinggi kedudukan. Satu nama besar sebagai cth, maulana ehtishamul hasan,
bapa saudara sebelah ibu keluarga maulana ilyas. Dia yg susun nisab pengajian
kita. Dia tak tinggal di nizamuddin. Dia buat usaha lain. Tapi usaha tetap
terus berjalan di nizamuddin walaupun pekerja2 agama bertukar2. Jgn kita
sangka, bila pekerja agama bertukar, kerja pun habis, tidak. Allah yg pilih org
yg buat usaha. Oleh itu, kita kena hubungkan diri kita dgn usaha.
Alhamdulillah, satu dunia telah dtg ke nizamuddin. Paling
ramai org Malaysia dan Indonesia di
nizamuddin setiap masa. Allah berkati umur mereka, semoga Allah kekalkan mereka
dlm usaha. Dari segi negara luar, yg mula2 sekali bagi masa dlm usaha ini, yg
mula2 peluk usaha ini, yg menjadi dalil dlm usaha ini, yg bagi masa bersama
maulana ilyas, maulana ubaidullah, mereka ialah pelajar madrasah salafiah,
mereka ialah org Malaysia dan Indonesia. Tuan2 adalah org yg sangat beruntung. Allah
telah libatkan keturunan tuan2 dlm usaha ini. Oleh kerana pengorbanan datuk
nenek tuan2 dulu, usaha telah maju.
Satu ketika dulu, tiada madrasah di Malaysia . Tiada
hafiz quran. Thn 1982, hadratji maulana inamul hasan telah buka madrasah yg
pertama di kubung bujuk, terengganu. Selpas 20-30 thn, beratus2 hafiz quran.
Budak perempuan pun dah beratus org jadi hafizah. Cuba kita fikir. Ini berkat apa?
Ini berkat usaha agama. Kalau kita jauh dari usaha agama, apa akan jadi? Kalau
kita tinggalkan markaz apa akan jadi pd kita? Bagaimana kita dpt hidayat? Apa
yg umat dpt? Demi Allah, semua ni sebab berkat usaha agama. Kita buat azam,
kita akan terus buat usaha ini sampai mati. Kita tidak ada perselisihan. Apa
elders kita kata, kita taat.
Selepas maulana Yusuf meninggal, timbul masalah siapa nak
jadi amir. Ulamak2 dan mubaligh2 besar ada. Maulana ubaidullah, maulana syed
ahmad khan, mufti zainal abidin dll. Mereka bermesyuarat dan bagi macam2 syor. Kebanyakan
berpendapat lantik maulana harun jadi amir iaitu anak kpd maulana Yusuf, bapa
kpd maulana saad. Maulana Zakaria sebagai penaung kpd usaha ini, semua yg buat
usaha agama taat pd beliau. Dgn perintah dari maulana ilyas, beliau telah tulis
kitab fadhilat amal, fadhilat sedekah, fadhilat haji, fadhilat tijarah dan
ribuan kitab telah ditulis oleh beliau dlm bahasa urdu dan arab. Beliau telah
putus maulana inamul hasan sebagai amir. Tapi bila org yg dlm hati dia ada
pencuri, tak setuju dgn keputusan telah tinggalkan markaz. Saya tengok dgn mata
kepala saya sendiri keadaan mereka selepas tinggalkan usaha. Apa kedudukan
mereka selepas tinggalkan usaha ini? Tiada apa2. Oleh itu, kita kena jadikan
diri kita utk kerja ini. Ini dipanggil istikhlas. Walaupun kita ditawarkan
benda yg hebat2, jawatan yg hebat2, tapi itu semua kita tak nak, sampai mati
kita akan buat usaha ini. Semoga Allah bagi kita istiqamah dlm usaha ini.
Bayan maulana Yusuf sangat hebat. Ramai org pengsan bila
dengar bayan beliau. Ada
yg sedia bagi seluruh hidup bila dengar bayan beliau. Sehingga ada yg koyak
baju dan lari ke hutan bila dengar bayan beliau. Dikatakan selepas sheikh abdul
kadir jailani, org yg bayan dahsyat tentang tauhid ialah maulana Yusuf. Bila
tashkil, semua org bangun sedia utk keluar. Allah jadikan amir selepas dia,
iaitu maulana inamul hasan, langsung tak reti bayan. Sampai meninggal dunia,
bayan tak lebih dari 5 minit. Allah nak bagitahu, wahai org buat usaha agama,
kerja ini berjalan bukan dgn sebab bayan maulana Yusuf. Bahkan, di zaman
maulana inamul hasan, usaha telah tersebar luas 10-20 kali ganda. Usaha telah
sampai ke seluruh dunia.
Semasa hadratji maulana inamul hasan sakit, dia telah
hidupkan sunnah umar r.a. Pd zaman saidina umar, semasa dia nak meninggal
dunia, dia tidak lantik khalifah secara khusus. Selepas rasulullah, org paling
layak ialah abu bakar. Pd zaman abu bakar pula, dia sebut nama secara khusus
iaitu umar sebagai pengganti. Saidina umar telah pilih 6 org. mereka
bermesyuarat dlm bilik tertutup dan pilih satu org jadi amir. Utk gerakkan
usaha tak perlu syura, kena lantik amir. Usaha berjalan dgn mesyuarat. Mesyuarat
adalah perkara yg asal. Syura bukan asal. Syura hanya utk bantu amir, bukan utk
gerakkan usaha.
Oleh itu, hadratji maulana inamul hasan telah lantik 10 org syura
utk lantik amir. Setelah hadratji meninggal dunia, semua org2 t/jawab India , Pakistan ,
Bangladesh
ada di nizamuddin. Mereka bermesyuarat dlm bilik yg tertutup selama 3 hari.
Kebanyakan berpendapat lantik maulana saad jadi amir. Ada beberapa org syor maulana zubair patut
jadi amir. Sebahagian dari org delhi
berpendapat maulana izhar patut jadi amir. Hanya 3 nama ini sahaja yg di syor
jadi amir drp 10 org yg ada dlm bilik tersebut. Tapi tak dpt buat keputusan siapa
patut jadi amir. Mereka tengok kemaslahatan. Supaya jgn sampai bergaduh, timbul
fitnah dan kecoh. Jgn sampai kerja ini jadi spt pergerakan2 yg lain. Faisala
mesyuarat ialah meiji mehrab. Selepas 3 hari, dia pergi iklan pd majmak.
Dikalangan 10 org itu, hanya 3 org sahaja dilantik jadi faisala iaitu maulana
zubair, maulana izhar dan maulana saad. Dlm masa yg singkat, satu demi satu
meninggal dunia. tinggal maulana saad dan maulana zubair. Mereka berdua buat
keputusan dlm apa2 hal pun. Kami org2 nizamuddin setiap hari duduk mesyuarat,
tapi kami tak tahu siapa yg buat keputusan antara mereka berdua. Selepas minta
pandangan/syor, jurutulis sahaja yg tahu siapa buat keputusan. Kerja berjalan
dgn baik. Tiada apa2 perselisihan. Syura yg masih hidup ialah bhai wahab di Pakistan .
Pada masa tersebut, maulana saad telah mula susun muntakhab
hadith. Bhai wahab dan maulana zubair tak larang. Dgn mesyuarat, kitab tersebut
akan dicetak di Pakistan
dan dibaca secara ijtimai. Tapi, bila hampir2 nak cetak, bhai wahab minta mukashafaf
beliau dikumpulkan dan cetak bersama dlm kitab tersebut. Tapi mufti zainal
abidin tak setuju dan tak benarkan sebab ia hanya kitab hadith sahaja, tak
boleh dicampur dgn cerita lain. Bhai wahab rasa tak senang hati. Dia tak baca
kitab tersebut secara ijtimai. Kitab ini telah diberi kpd org2 dari usaha yg
lain yg menentang usaha ini. Setelah mereka baca, mereka kata kitab ini patut
dibaca secara ijtimai. Kitab ini bukan ditulis oleh maulana saad tapi ditulis
oleh maulana Yusuf. Ia mengandungi ayat quran dan hadith yg boleh diguna pakai.
Org arab pun guna kitab tersebut.
Maulana Yusuf meninggal dunia dan tak sempat cetak kitab
tersebut. Khutub kanah maulana yusuf telah dijaga oleh maulana inamul hasan.
Selepas itu, khutub kanah tu telah diberi kpd maulana saad utk dijaga sebelum
beliau meninggal. Maulana saad jadi pemilik. Dia duduk disitu dan mentelaah
kitab2 yg ada di dlmnya. Dlm banyak2 kitab, dia jumpa kitab muntakhab hadith.
Kitab yg dah lusuh. Dia bawa kitab tersebut ke raiwind. Dia mesyuarat di sana . 3-4 org alim
diputuskan utk tengok kitab tersebut. Kemudian dicetak dan dijual di ijtimak
raiwind. Semua habis. Satu pun tak tinggal. Kemudian selepas beberapa tahun,
maulana saad bagi targhib supaya ia dibaca bersama kitab fadhail amal dan
fadhilat sedekah. Sebelum muzakarah 6 perkara, baca muntakhab hadith supaya
bila menyampaikan 6 perkara guna ayat quran dan hadith dlm muntakhab hadith. Ianya
dibenarkan utk dibaca secara ijtimai.
Semasa maulana zubair hidup, telah pun ada usaha memakmurkan
masjid dan 5 amal di rumah. Maulana zubair tak menyangkal. Selepas maulana
zubair meninggal, ada sesetengah org sibuk suruh buat jemaah syura. Sebagaimana
bhai wahab tak setuju dgn kitab muntakhab hadith, begitulah juga maulana saad
tak menandatangani kertas lantikan syura. Tidak ada jemaah syura alami yg baru
dibentuk. Di raiwind ada jemaah syura sendiri, di Bangladesh ada jemaah syura
sendiri dan di nizamuddin pun ada jemaah syura sendiri. Setelah dilantik, telah
dihantar percanya ke raiwind dan Bangladesh . 9 syura di nizamuddin
antaranya ialah maulana ahmad laat, maulana Yaakob, meiji azmat, maulana Yusuf
anak maulana saad, maulana zuhair anak maulana zubair, termasuk maulana saad.
Syura dah ada. Buat apa nak bentuk syura alami lagi. Bila ada masalah, mereka
duduk dan bermesyuarat. Bila ada masalah, Maulana saad dan bhai wahab akan
duduk berbincang. Bila sorang meninggal, sorang akan jadi amir alami. Ini
dipanggil mesyuarat. Dari segi syariat, inilah caranya.
Semoga Allah pelihara kita. Kita jgn sibukkan diri kita dgn
perkara fitnah. Kita jadilah org yg ikhlas. Apa yg kita dah buat utk kerja ini.
Kita sibukkan diri dgn usaha. Allah akan selesaikan masalah. Hari ni kita tak
buat kerja, asyik tengok org, tengok internet/whatsapp, kita rosakkan diri kita
sendiri dan rosakkan keluarga kita. Jgn kita rosakkan usaha ini. Kita istiqamah
dlm usaha ini. Semua perkara kita rujuk pd nizamuddin. Setiap kali mesyuarat di
nizamuddin, satu salinan hantar ke raiwind, satu salinan hantar ke Bangladesh .
Maulana Yusuf kata, kamu kena dtg ke nizamuddin berulang2
kali. Maka kamu akan cakap apa yg kami cakap. Tapi kalau kamu tak dtg, kamu
akan cakap apa yg kamu nak cakap. Sebab itu kena pergi tertib 2 bln nizamuddin.
Alhamdulillah, org t/jawab seluruh dunia telah dtg ke nizamuddin. Pada setiap
masa, 70-80 negara ada di nizamuddin. Pergi tengok sendiri apa yg ada di
nizamuddin. Jgn dengar cakap org. semua syak wasangka akan hilang. Markaz alami
ialah nizamuddin. Kita akan ikut tunjuk ajar mereka. Allah akan bagi
ijtimaiyat. Allah akan buka hakikat kerja pd kita.
Bhai wahab pun setiap hari suruh org pergi nizamuddin, pergi
delhi , pergi
mewat, pergi guava. Keluar di sana .
Dimana2 pun kita boleh buat kerja tapi basirah/hikmah kerja ada di 4 tempat.
Guava ialah tempat pertemuan 2 sungai (shaharanpur, muzafarnagar, merab,
syaik). Mewat ialah tempat maulana ilyas buat usaha. Pergi ke tempat2 tersebut
dan tengok org disana buat kerja. Allah akan buka hakikat kerja. Semua sedia.
Jemaah 4B Negara jauh dan 2B masturat Negara jauh perlu dapatkan
kelulusan & route dari nizamuddin. Setiap 2 thn kita bermesyuarat di
nizamuddin dan tahun yg berikutnya org nizamuddin akan dtg buat jor di tempat
kita. Tiada apa2 perubahan pd tertib tersebut. Org yg menyangka ada perubahan,
itu salah faham mereka. Bila balik ke mahallah, semua tertib yg diberitahu kita
buat macam biasa. Hidupkan 5 amal masjid dan amalan memakmurkan masjid.
Hidupkan 5 amal dirumah supaya ada hubungan masjid dan rumah kita. Banyak
fadhilat. Semoga Allah terima.
Bayan 2017 ada?
ReplyDeletebayan jor karkun lama ada le...
DeleteMinta maaf tuan saya dah copy and fwd kpd.anak sy.. Mohon di halalkan..
ReplyDeleteok
ReplyDeleteJazakallah pencerahannya...
ReplyDeletesaya izin copy juga tuan
ReplyDelete