Tongi 2001 - bayan maghrib maulana ahmad lat
09/01/2001
Tuan-tuan yang mulia,
Allah swt telah jadikan alam darul asbab. Setiap sesuatu terjadi dengan asbab. Allah memberi ikhtiar manusia untuk mendapatkan asbab tetapi asbab adalah makhluk dijadikan oleh Allah. Allah swt mengeluarkan hasil dari asbab melalui ikhtiar manusia. Melalui petani bercucuk tanam maka terhasillah buah-buahan, begitu juga yang berniaga, melalui perniagaan barang-barang diedarkan. Begitu juga agama, untuk menghasilkan agama manusia perlu berusaha. Untuk menghasilkan agama, asbab dakwah dan doa perlu di usahakan. Melalui usaha dakwah dan doa, agama akan tersebar dan hidup pada diri manusia tetapi semata-mata usaha tidak akan mendatangkan hasil. Petani yang berusaha tanpa melihat musim, pertanian tidak berhasil. Begitu juga untuk menghasilkan agama memerlukan usaha yang betul iaitu usaha yang sempurna, usaha yang ada istiqdat, usaha yang tawadhuk, usaha yang tawajjuh kepada Allah, usaha yang ada doa, usaha yang ada harap pada Allah, maka agama akan hidup pada diri manusia dan seluruh alam.
Apabila sesuatu usaha/ikhtiar dibuat seperti peladang yang memulakan dengan membajak tanah, menabur benih, membajak dan sebagainya pada waktu atau musim yang betul, maka benih berputik dan berbuah dan manusia mendapat hasil natijah darinya. Begitu juga usaha atas iman, apabila seseorang itu telah melangkah ke jalan Allah (jalan usaha atas iman) maka Allah swt akan uji dengan sedikit susah payah. Allah swt berfirman, “Adakah dia mengaku telah beriman sebelum kami (Allah) uji mereka”.
Semua nabi-nabi dan rasul mendakwahkan manusia mentauhidkan Allah yang Esa iaitu kalimah Laillahaillallah. Kalimah ini adalah kalimah tauhid yang tulin. Iman ialah dakwah tunduk kepada Allah yang Esa. Semua masalah yang berlaku perlu kita isbatkan dari Allah swt. Dari setitik air hingga selautan air, dari satu sen wang hingga sejuta ringgit, dari sejamah tanah hingga sebesar gunung Himalaya. Semua itu tidak akan berlaku tanpa izin Allah swt. Iman jika disebut ia berada di lidah, tetapi jika ini tertancap pada hati, iman itu iman yang sebenar. Kita perlu usaha kosongkan hati kita, tidak ada yang memberi mudharat dan menafaat, semua yang berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku kecuali dengan kehendak Allah swt.
Untuk memasukkan hakikat laillahaillallah ini, usaha yang perlu dibuat ialah usaha dakwah. Apabila usaha dakwah dimulakan, ujian mula berlaku. Allah swt berfirman, “Apabila kamu menjadi nabi, dalam kerja nabi akan memberi khabar gembira dan amaran”. Nabi telah memberi peransang kepada umat. Sesiapa yang berdiri di jalan Allah swt adalah lebih baik sembahyang dihadapan Hajar Aswad pada malam Lailatul Qadar. Seorang yang membela kuda untuk digunakan sebagai kenderaan keluar ke jalan Allah swt maka tahi-tahi kuda itu diberi ganjaran oleh Allah swt.
Maulana Ilyas rah. pernah berkata kepada sekumpulan orang Mewat yang sedang duduk dalam majlis ta’alim di Nizamuddin, “Semua amalan wali-wali di dunia diletakkan di sebelah dacing dan sebelahnya diletakkan amalan seorang Sahabat, maka amalan Sahabat lebih berat. Jika semua amalan Sahaba-Sahabat diletakan disebelah dacing dan amalan Saidina Abu Bakar r.a disebelah lagi, maka amalan Saidina Abu Bakar lebih berat. Semua amalan orang seperti Saidian Abu Bakar Sidek diletakkan di sebelah dacing dan amalan seorang Nabi diletakkan disebelah lagi nescaya amalan Nabi itu lebih berat lagi. Jika semua amalam nabi-nabi di seluruh alam diletakkan di sebelah dacing dan amalan Baginda Rasullullah saw diletakkan di sebelah satu dacing, nescaya amalan Nabi saw lebih berat lagi. Jika begitu beratnya amalan Nabi saw, bagaimana percakapannya?, sudah tentu perkataan nabi lebih berat lagi. Oleh itu kata Maulana Ilyas rah., mengapa kamu berdiri ketika aku datang pada mu dan tidak bertawajjuh ketika duduk dalam majlis ta’alim, kerana dalam majlis ta’alim itu kamu diperdengarkan sabdaan Rasulllullah saw
Rasulullah pernah bersabda kepada sahabat, “Adakah kamu percaya esok ada orang meninggalkan kerja mengajak makruf’. Sahabat terkejut, “Adakah keadaan ini boleh berlaku ya Rasulullah”. Nabi bersabda, “Benar, malah lebih dahsyat lagi iaitu ada orang yang mengajak kepada mungkar dan mencegah kepada makruf”. Sahabat terkejut, “Adakah keadaan demikian boleh berlaku ya Rasulullah?”. “Ya, malah lebih dahsyat lagi iaitu ada yang mengatakan yang mungkar itu makruf dan yang makruf itu mungkar”.
Iman yang sempurna akan membawa kesempurnaan kehidupan akhirat. Usaha dakwah Nabi saw bermula dengan perintah Allah dalam Al-Quran, “Wahai orang yang berselimut, bangun dan besarkan Tuhan mu”. Selain Allah swt, semuanya kecil, laut, langit, bulan, bintang sangat kecil, Jibril, Mikail juga sangat kecil. Oleh itu apabila Jibril nampak azimah Allah swt ia takut dan mengecilkan dirinya seperti burung. Untuk kenal Allah swt kita perlu melihat ciptaan Allah swt. Allah swt sangat besar dan besarnya tiada had. Berapa banyak titik hujan, burung, jin dan malaikat semua muazin dan semua manusia seluruh dunia bercakap kebesaran Allah swt, maka Allah swt lebih besar lagi dan lebih agong lagi.
Untuk beriman kepada Allah swt kita perlu kenal Allah swt yang maha agong, sifat mulianya juga maha agong. Apabila kita bercerita kebesaran Allah swt dan keagonganNya maka kebesaran Allah swt akan masuk dalam hati. Apabila manusia kenal Allah swt barulah ia akan mentaati perintah Allah swt. Allah swt berfirman, “ Wahai Nabi, sampaikan apa yang telah diwahyukan kepada kamu”. Setelah turun perintah Allah swt, nabi kumpulkan kabilah-kabilah di Mekah dan Nabi tanya mereka, “Apa pendapat kamu tentang saya, kalau saya kata di belakang bukit ada musuh adakah kamu percaya”. Orang Mekah kata, “Kata-kata kamu memang benar”. Nabi saw seterusnya bersabda, “Katakan oleh mu Laillahaillallah”. Dengar sahaja dakwah Nabi, orang kafir Quraish terus memberi tentangan. Ujian yang paling hebat diterima oleh nabi, pengikut nabi dan orang yang seterusnya. Apabila seorang mengambil kerja nabi, ujian pasti datang. Jika lapar, dahaga, sakit dan sejuk kerana dakwah, semua itu adalah tarbiyah kepada orang yang membuat dakwah.
Sahabat-sahabat selama 13 tahun mengalami susah payah dan mujahadah apabila memeluk Islam. Sehingga datanglah perintah hijrah oleh Allah swt. Apabila datang perintah hijrah, Saidina Abu Bakar tanya Nabi saw adakah tuan perlu teman untuk berhijrah dan saya sedia menemani tuan. Sebelum hijrah Nabi lihat Baitullah (rumah Allah), Baginda begitu sedih untuk meninggalkan Ka’abah. Apabila Nabi telah keluar dari Mekah, Baginda bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi dalam gua. Orang Kafir Quraish telah bertebaran mencari untuk membunuh Nabi sehingga sampai di dalam gua dan kaki orang kafir nampak oleh Nabi. Maka Nabi telah tenteramkan Saidina Abu Bakar, “Jangan kamu takut, Allah bersama kita”. Apabila seseorang mengambil dakwah sebagai maksud hidup, maka kesusahan datang, lapar, di rumah tidak cukup makan. Semua itu adalah tarbiyah dari Allah swt.
Apabila datang perintah hijrah, sahabat Muhajirin tinggalkan harta dan rumah mereka di Mekah dan iman mereka mantap. Walaupun harta mereka diganti dengan langit dan bumi, mereka terima hukum hijrah. Jibril a.s datang kepada orang Muhajirin, tidak sanggup melihat kerana begitu sayu dengan pengorbanan sahabat Muhajirin. Iman Muhajirin begitu kuat kerana telah mendapat tarbiyah dari Nabi Muhammad. Ada sahabat yang berhijrah sehelai sepinggang sehingga mereka sembahyang silih berganti kain cadar dengan isteri mereka. Sahabat telah dimusuhi dan sentiasa bersedia untuk menentang musuh-musuh Islam. Ada sahabat yang suka dirinya luka. Apabila panggilan jihad datang sahabat tidak pernah undur dari tuntutan agama. Sahabat yang pergi ke medan perang dengan iman yang betul bersedia untuk disyahidkan. Sahabat ketika membuat usaha dakwah telah dimahkotakan dengan mahkota nabi di kepala mereka. Sahabat tidak pernah berpaling dari pergi ke medan jihad. Keinginan sahabat ialah bagaimana agama tersebar di seluruh alam. Oleh itu kita perlu mengambil sahabat nabi sebagai contoh iman, contoh solat, contoh zikir dan contoh akhlak mereka.
Sahabat telah ditarbiyah dan mereka tidak terkesan sedikit pun dengan ghairullah dan semua mereka condong kepada kehidupan akhirat. Sahabat takut apabila harta Kisra jatuh ke kaki-kaki mereka. Sahabat tidak terkesan apabila pergi ke istana Raja Kisra, sahabat tidak terkesan dengan kemewahan dunia, emas, perak, perempuan cantik yang diletakan di kiri kanan jalan sahabat menuju ke istana Kisra. Dalam hati sahabat ada kebesaran Allah. Apabila diceritakan kisah jahanam, sahabat benar-benar takut dan menangis. Iman sahabat seperti gunung. Sahabat takut mereka tergolong dalam orang munafik. Suasana iman di Madinah begitu kuat sehingga Khalifah Umar melawat pasar dan jumpa seorang Islam berkata tidak layak orang berniaga di bandar Rasulullah jika jahil tentang hukum hakam agama. Perempuan di zaman Rasulullah yang telah berzina berjumpa Nabi, ‘Bersihkanlah saya ya Rasulullah’. Kata Nabi, “Engkau lahirkan anak dahulu, selepas 9 bulan 10 hari, dia lahirkan anak, dia datang jumpa nabi untuk diadili. Nabi berkata kepada perempuan itu, “Besarkan anak kamu sehingga ia berumur 2 tahun dan boleh makan sendiri. Semua ini terjadi kerana adanya iman yang sejati di hati sahabiah.
Apabila kita membuat usaha yang betul, orang itu akan dapat anugerah, sifat kehaiwanannya tertekan keluar dari dirinya dan Allah swt akan pakaikan dengan pakaian khalifah. Seluruh dunia akan menjadi medan kerjanya. Sahabat telah dapat anugerah ini. Seorang sahabat jumpa Raja Kisra, “Aku dihantar kepada kamu untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan dunia dan keterangan kehidupan akhirat dan membawa yakin yang betul iaitu dari yakin kepada tuhan yang ramai kepada Allah yang esa”. Sahabat tidak pernah terkesan apa-apa. Hatinya untuk Allah swt. 23 tahun usaha nabi tarbiyah sahabat. Sahabat telah dilantik menjadi naib/pembantu Nabi. Di padang Arafah dalam Haji Wida’ (Haji terakhir) Rasullullah, ketika disini telah meletakkan mahkota naib/pembantu Nabi kepada Sahabat. Sabda Rasullullah, “wahai sahabat, janganlah kamu balik dan terus keluar ke jalan Allah swt”. Sahabat telah mengambil mahkota kerja ini dan menjadikan fikir risau nabi sebagai fikir risau mereka. Setiap umat adalah naib nabi dan perlu bertebaran ke seluruh alam untuk meninggikan kalimah Allah. Setiap umat bertanggungjawab kepada seluruh umat seluruh alam. Untuk ashabul kahfi, anjing bersama 7 orang sahabat yang menyorok dalam gua untuk selamatkan iman dari raja yang zalim dimasukkan syurga oleh Allah swt. Bagaimana dengan umat ini apabila umat ini mengambil kerja naib Nabi, sudah tentu Allah begitu gembira dan memasukkan mereka ke dalam syurga.
Seluruh perhimpunan (ijtimak ini) perlu niat bahawa Nabi adalah contoh kehidupan kita. Bandar Nabi iaitu Madinah contoh bandar kita dan masjid Nabawi menjadi contoh masjid kita. Kita perlu mengambil cara kehidupan nabi, makan-minum nabi, akhlak nabi, muasyarah nabi, 24 jam amal masjid perlu kita usahakan di masjid kita dan kita tambahkan pengorbanan dan berdoa kepada Allah swt, “Ya Allah, terima saya dalam kerja ini” dan berdoa, “Ya Allah Engkau telah terima Sahabat dalam kerja nabi, terimalah saya, anak-isteri saya, zuriat-zuriat saya, saudara-saudara saya dalam kerja Nabi dan hantarlah saya ke seluruh alam dalam membuat kerja Nabi”.
Comments
Post a Comment