Tongi 2001 - bayan hidayat maulana saad
09/01/2001
Tuan-tuan yang mulia,
Allah swt utuskan nabi-nabi ke muka bumi untuk membawa yakin manusia yang betul kepada kalimah Laillahaillallah dan medan usahanya manusia. Setiap nabi di zaman mereka diutus dakwahkan kalimah Laillahaillallah. Apabila nabi wafat, umat kufur dan Allah swt datangkan nabi lain dan umat kembali yakin yang betul kepada Allah swt dan apabila nabi wafat akidah umat rosak kembali dan Allah swt datangkan nabi lagi. Begitulah masa berjalan Allah swt utuskan nabi demi nabi sehingga 124,000 nabi dan setengahnya mengatakan Allah swt utuskan 200,000 orang nabi. Sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw. Selapas Nabi s.a.w, Allah swt tutup pintu kenabian dan kerja untuk menyeru manusia kepada Allah, Allah swt beri kepada sahabat-sahabat dan umat ini.
Tuan-tuan yang mulia,
Pada mana-mana zaman, apa-apa yang ada ketika itu, dakwah-dakwah nabi bertentangan dengan keadaan yang ada. Nabi Ibrahim dakwah, berhala berhala yang banyak tidak boleh membuat apa-apa. Nabi Shuib dakwahkan, pertanian yang canggih tidak boleh buat apa-apa. Nabi Musa dakwahkan, kekuasaan sihir tidak boleh buat apa-apa dan Nabi Muhammad s.a.w dakwah akan asbab-asbab yang telah disempurnakan semuanya telah dinafikan tidak boleh membuat apa-apa, yang berkuasa, yang memberi mudarat dan menafaat hanyalah Allah yang esa.
Dakwah adalah keperluan setiap manusia. Dakwah ialah untuk da’i. Kerja Nabi s.a.w yang khas ialah dakwah iman. Dakwah ini diteruskan oleh sahabat-sahabat. Dakwah nabi tidak menyebut tentang asbab tetapi menyebut tentang kudrat Allah swt. Allah yang membuat dahulu dan membuat sekarang dan membuat semua perkara yang akan datang. Dakwah ialah untuk orang Islam bagi membetulkan yakin yang menjadikan semua diantara langit dan bumi adalah Allah swt. Untuk menjadikan sesuatu Allah swt tidak memerlukan asbab tetapi dengan kudratNya. Jalan kefasadan yang terbesar dikalangan umat ialah yakin yang salah ke atas asbab. Keyakinan yang salah itu menyebabkan manusia merasa satu kerugian apabila mengamalkan agama kerana ia terpaksa meninggalkan asbab-asbab yang mereka sangka memberi menafaat, apabila berniaga tidak boleh mengambil riba’, tidak boleh memberati timbangan untuk mendapatkan untung yang lebih dan sebagainya.
Dakwah bukan untuk menyampai seruan sekali sekala sahaja tetapi seruan yang disampaikan secara berterusan dimana sehingga kita dapat menyediakan orang yang mendengar dapat mengamalkannya atau kita sediakan dia menjadi da’i yang dapat menjadi penyampai kepada orang lain. Maulana Saad berkata ‘maksud usaha tabligh ialah menyampaikan seruan dakwah lagi dan lagi sehingga Allah swt memberi hidayah orang yang kita beri dakwah itu. Ianya bukan menyampaikan sekali dan sudah cukup kerja kita’
Apabila umat bangun menjadikan dakwah maksud hidup mereka. Allah swt akan mengambil kerja dakwah daripada mereka sepertimana Allah swt ambil kerja dari sahabat. Apabila umat ini membuat sedikit amal maka batil akan musnah. Sahabat r.a apabila membuat dakwah terus mendapat hakikat iman sehingga orang bukan Islam gerun kehebatan mereka. Oleh kerana lemah yakin, umat hari ini redha dengan beberapa amal agama yang sesuai dengan diri mereka. Ia akan mengamal agama mengikut keadaan, sedangkan tuntutan agama bagaimana ia perlu amalkan agama yang sempurna. Oleh itu manusia perlu bergerak untuk menyebarkan dakwah ke seluruh alam. Dengan dakwah, iman dapat ditingkatkan dan seterusnya amal dapat diperbaiki. Hari ini kita perlu keluar ke jalan Allah swt untuk betulkan yakin yang salah dikalangan umat. Sebelum kita keluar kita perlu letakkan a’zim, kebesaran kerja ini. Nabi membawa petunjuk jalan yang lurus. Asas yang perlu kita patuhi semasa kita keluar ke jalan Allah swt ialah taat kepada Amir. Jika tidak ada taat, tidak ada tarbiyah. Kita keluar ke jalan Allah swt perlu ada ameer. Sepagi sepetang orang yang keluar ke jalan Allah swt, Allah ampun dosa-dosanya dan selangkah ia keluar dari rumahnya ke jalan Allah swt, kemudian dia mati, esok dalam kehidupan akhirat dia dibangkitkan bersama golongan syuhada. Seorang yang keluar ke jalan Allah swt sembahyangnya 700,000 kali ganda dari sembahyang semasa orang tidak keluar. Abdullah bin Rowahah setengah hari lewat keluar ke jalan Allah dari ahli jemaahnya kerana dia hendak sembahyang Jumaat yang terakhir bersama nabi. Nabi bersabda, setengah hari kamu lewat dari jemaah kamu sebenarnya lewat masuk syurga 500 tahun.
Dalam hadis, maksud nya sepagi sepetang berada di jalan Allah swt lebih dari dunia seisinya. Perbandingan ini bukan dunia kerana dunia seisinya tiada nilai disisi Allah swt, ia tidak lebih dari sekeping kepak nyamuk. Sepagi sepetang disini perbandingannya ialah semua amal soleh seluruh dunia seisinya. Ini adalah untuk menunjukan kemuliaan orang keluar ke jalan Allah. Keluar ke jalan Allah adalah maksudnya bukan betulkan kalimah dan solat sahaja tetapi bagaimana dapat nur kalimah dan solat atau azimah Allah masuk pada diri kita dan solat kita semakin bermutu dan mempunyai kualiti dan ada hakikat. Kita bukan menafi solat kita selama ini tidak betul tetapi dengan keluar ke jalan Allah swt, Allah swt akan beri hakikat kalimah dan solat, supaya solat kita dapat mendapatkan keperluan terus dari khazanah Allah. Seterusnya maksud kita keluar kejalan Allah swt untuk mendapatkan hakikat 6 sifat dalam diri kita. Disamping itu kita keluar ialah untuk mengislahkan diri kita. Kita keluar bukan untuk islah orang lain, jika kita niat orang terima dakwah kita, kita akan ujub dan jika orang tidak terima, kita putus asa. Usaha kita semasa kita keluar ke jalan Allah swt ialah supaya kita dapat hakikat 6 sifat. Untuk itu kita perlu dakwah 6 sifat
LAILLA HAILLALLAH MUHAMMADURRASULLULLAH
maksudnya ialah untuk mengubah yakin yang salah di hati kita dan umat akan kekuasaan Allah swt. Untuk perkara itu kita perlu buat 3 kerja :
i) Banyak bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah swt. Jika dalam mulut kita tidak yakin dengan asbab tetapi dalam hati masih terkesan dengan asbab dan apabila kita menyeru manusia dengan Laillahaillallah, yakin kita tidak bertambah. Yakin akan bertambah apabila kebesaran asbab zahir kosong dihati kita. Inilah yakin yang hendak kita keluarkan dari hati kita. Seterusnya kita perlu terangkan kepada manusia mengenai kudrat Allah swt. Kudrat Allah tidak ada pada asbab. Kudrat Allah swt ada pada perintah Allah swt. Hari ini kita tertipu, kudrat Allah swt ada pada asbab. Sebenarnya untuk mendapatkan kudrat Allah swt perlu mematuhi perintah Allah bukan mendapatkan asbab.
ii) Kerja kedua ialah kita perlu dengar percakapan kebesaran Allah swt dan membenarkan dalam hati.
iii) Kerja ketiga ialah kita perlu berdoa waktu malam memohon hakikat kalimah Laillahaillallah. Allah swt masuk dalam hati kita. Kita perlu berdoa, “Ya Allah, beri taufiq kepada saya untuk bercakap tentang kebesaran Mu setiap hari lagi dan lagi kepada seluruh manusia dan percakapan saya itu beri kesan dalam hati saya dan azimahmu masukkan dalam hati saya dan beri kesan kepada orang yang mendengarnya dan azimahmu engkau masukkan dalam hatinya dan dia dapat menjadi penyampai kepada orang lain sehingga hari kiamat”.
SOLAT YANG KHUSUK DAN KHUDHUK
i) Kerja pertama - Dakwah hakikat sembahyang, matlamat kita bukan mengajak orang yang tidak sembahyang kepada sembahyang tetapi ialah untuk dakwahkan hakikat solat kerana kita tidak dapat bersembahyang dengan khusu’ dan kudhuk dan sembahyang kita lalai.
ii) Kerja kedua, kita buat latihan sembahyang. Sembahyang awal waktu dan sembahyang dimana azan di azankan, perbanyakkan sembahyang sunat, betulkan zahir sembahyang dan batin sembahyang. Sembahyang bukan sujud dan rukuk sahaja. Supaya sembahyang tidak mendoakan untuk keburukan untuk kita, oleh itu sembahyang kita perlu sembahyang seperti nabi sembahyang. Nabi lihat seorang sahabat sembahyang dan Nabi suruh dia sembahyang semula. Ulamak berkata jika rukuk dan sujud tidak betul sembahyang kita tidak diterima. Oleh itu kita perlu perbaiki sembahyang dengan bertanya kepada ulamak tentang sujud, rukuk, tomaknina yang betul dan seterusnya betulkan bacaan-bacaan dalam sembahyang khususnya surah Fatihah. Latihan yang perlu dibuat, kita perlu latih membuat tumpuan kepada Allah swt ketika berdiri, sujud, rukuk. Latihan dibuat bukan dengan solat hajat lagi dan lagi supaya masalah kita selesai. Kita perlu sembahyang dan sembahyang supaya kudrat Allah swt terbit bertentangan dengan asbab zahir. Inilah sembahyang yang perlu kita capai.
iii) Kerja ketiga , kita perlu doa kepada Allah swt supaya Allah swt beri hakikat sembahyang yang khusu’ dan kudhuk supaya sembahyang kita mempunyai roh dan dapat membuka pintu khazanah Allah. Seterusnya kita perlu berdoa supaya Allah swt cucuri hidayat kepada umat Islam seluruh alam dapat menunaikan solat dan mendapat hakikat sembahyang.
ILMU DAN ZIKIR
llmu sebenarnya bagaimana kita dapat menjawab soalan dalam kubur iaitu marrobbuka [siapa Rob kamu], iaitu persoalan tentang ketauhidan kita, madennuka [apa agama kamu], iaitu persoalan tentang agama kita dan maza takhulu phi ghaza rozulillazi buesaphik [apa pandangan kamu pada lelaki ini yang diutuskan kepada engkau, Nabi (hidupkan sunnah)]. Tiga soalan itu maksud yang perlu dicapai dalam mendapatkan ilmu manakala ilmu yang lain itu yang difahamkan sekarang ialah ilmu yang membawa kejahilan. Maksud ilmu ialah bukan harap untuk mendapatkan maklumat tetapi apa kehendak Allah swt atau hukum Allah swt pada waktu ini pada saya. Untuk mendapat keghairahan amal kita perlu hadirkan diri dalam majlis pembacaan ta’alim fadhail amal seterusnya kita perlu dakwahkan orang kepada ilmu dan menangi-nangis pada Allah swt pada waktu malam supaya kita diberi hakikat ilmu.
Zikir ialah mengingati Allah swt dengan tumpuan kepada Allah. Zikir yang lalai ia tidak jadi zikir. Oleh itu kita perlu berzikir dengan penuh tumpuan. Kita perlu berlatih zikir 300 pagi dan 300 petang dan doa supaya hakikat zikir datang dalam hati kita.
IKRAM MUSLLIMIN
Maksudnya kita muliakan seseorang bukan kerana seseorang itu saudara kita, kawan kita atau kerabat kita tetapi kita muliakan dia kerana dia seorang muslim. Kita perlu muliakan seseorang Islam berdasarkan kedudukannya. Takaza ikram muslimin ialah sembunyikan keburukan, tidak mencungkil dan tidak mendedahkan keburukan saudara Islam. Jika kita dedahkan keburukan mereka kita telah tidak tunaikan haqnya. Kita perlu dakwah orang kepada ikram dan kerja kedua maafkan kesalahan orang lain dan kerja kertiga doa supaya Allah swt memberi hakikat ikram kepada kita.
IKHLAS NIAT
Ikhlas ibu segala amal. Jika tidak ada ikhlas semua ibadat, mujahadah kita akan ditolak oleh Allah swt dan akan wujud sifat ujub dan syirik. Orang Islam faham syirik pada berhala, tetapi tidak faham syirik pada amal. Syirik pada berhala boleh membawa masuk neraka dan syirik dalam amal juga boleh membawa seseorang dalam neraka. Kisah dalam hadis tiga orang yang membuat amal besar seperti dermawan, mujahid dan ulamak. Semua dimasukkan dalam neraka kerana dalam amal mereka ada syirik.
DAKWAH TABLIGH
Maksud dakwah bagaimana kita perlu jadikan kerja nabi kerja saya dengan mengetepikan tuntutan-tuntutan yang lain dan keluar ke jalan Allah swt. Maksud keluar ialah bagaimana 6 sifat ini boleh kita hayati dalam kehidupan kita. Apabila kita keluar dengan membuat amalan-amalan dengan penuh yakin, maka Allah swt akan beri taufik untuk kita mendapatkan hakikat amal dan dengan amal kita akan dapat keperluan kita dari kudrat Allah swt. Semasa kita keluar semua asbab zahir kita tinggalkan. Dimana kita dihantar semasa ditaskeel kita perlu buat semua amalan cara Nabi s.a.w. Naik kenderaan cara sunnah dan doa naik kenderaan, yang mengendalikan kenderaaan yang kita naiki bukan pemandu tetapi Allah swt. Semasa naik kenderaan duduk sebelah orang awam cerita kebesaran Allah swt, cerita perkara-perkara yang boleh mendapat kejayaan di akhirat. Dimana-mana kampung kita ditaskeel kita baca manzeel atau doa masuk kampung, dan naik masjid dengan adab-adab masuk masjid. Letakkan barang-barang kita di hujung penjuru masjid dan tutup dan seterusnya sembahyang tahyatul masjid. Semasa di stesen bas atau kereta boleh baca takleem, jangan sempitkan jalan orang lalu lalang.
Amal pertama, mesyuarat program. Mesyuarat sangat penting. Jika mesyuarat tidak dilakukan amal akan lemah dan tidak di terima oleh Allah swt. Mesyuarat adalah rukun dakwah. Mesyuarat akan dapat menyatukan hati rakan-rakan kita. Dalam sembahyang Allah swt hubungkan antara mesyuarat dengan solat. Semua kerja marhala, halaqah, negeri dan dunia semua perlu dibuat dengan mesyuarat. Mesyuarat pengganti wahyu. Setelah Nabi wafat wahyu tidak turun lagi. Azan adalah dakwah yang sempurna dan azan dkurniakan oleh Allah swt semasa zaman nabi dengan mesyuarat. Dalam mesyuarat amal 24 jam di surau/masjid dapat dibuat.
Seterusnya kita perlu buat amal ghast. Kita perlu bayangkan azimah ghast. Seorang yang membuat ghast seluruh tawajjuh Allah swt akan datang pada orang itu. Ghast adalah tulang belakang dakwah. Nabi telah buat ghast di pasar-pasar dan di khemah-khemah kabilah di Mekah. Semasa ghast jangan lihat kanan kiri tetapi sentiasa tundukkan mata ke bawah. Apabila mutakalim bercakap kita perlu dengar, mutakalim bercakap kita perlu dengar dengan penuh perhatian kerana kita berhajat apa yang dicakapkan oleh mutakalim. Apabila ghast di kedai/pasar dan masuk pasar menyebut nama Allah swt adalah zikir dan mendengar percakapan kebesaran Allah swt adalah zikir. Semasa ghast perlu usaha dapatkan jemaah tunai ke masjid. Kita perlu fahamkan 6 perkara semasa khususi ghast dibuat dan bentangkan kepada ketua keluarga yang kita ziarahi bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk mengimarahkan masjid dan tinggalkan ia sebagai da’i untuk membawa kawan-kawannya datang ke masjid. Semasa kita jumpa orang kampung dalam ghast kita perlu mengganggap ia seperti kawan lama kita yang telah lama tidak jumpa. Semasa kita keluar ke jalan Allah swt jika kita tidak duduk dalam amal ijtimai maka amal infradi kita tidak ada nur.
Amal pertama semasa keluar ke jalan Allah swt ialah ta’alim. Maulana Yusuf lebih pentingkan ta’alim dari bayan. Semasa ta’alim perlu muzakarah adab ta’alim dan dibuat 2½ jam. Ia bukan dibuat bergantung mengikut masa sesuka hati sahaja tetapi perlu dibuat dengan tumpuan. Sifat-sifat tawadhuk, tawajjuh, tasdek, taazim dan tabligh perlu dibawa semasa takleem. Orang yang membaca ta’alim jangan membuat huraian atau penerangan. Dalam ta’alim baca hadis-hadis fadhail amal sahaja dan jangan baca kitab-kitab hadis yang lain. Ta’alim bukan maksudnya hendak habiskan pembacaan kitab itu tetapi hadis dibaca berulang-ulang kali supaya dihati umat wujud keghairahan untuk mengamal hadis yang didengar. Apabila duduk dalam halaqah Quran, baca Al-Quran sahaja bukan untuk muzakarah doa seperti doa qunut. Dalam muzakarah 6 sifat, semua perlu bercakap supaya hakikat 6 sifat masuk dalam hati
Seterusnya kita perlu jaga amal infradi, tambah sembahyang-sembahyang sunat, membaca Al-Quran dan berzikir. Semasa ta’alim, buat ta’alimi ghast, hantar dua-dua orang keluar masjid untuk beritahu orang diluar masjid masuk ke masjid bagi mengikuti bacaan ta’alim. Dalam khususi ghast jumpa orang khawas, jangan terkesan apa yang ada di rumah mereka. Kita juga boleh jumpa orang alim beri karguzari ehwal kerja dakwah diseluruh alam yang kita tahu. Ulamak adalah bertanggungjawab menyampaikan ilmu yang dia tahu. Maulana Yusuf berkata menziarahi ulamak adalah ibadat.
Semasa kita balik kita perlu membuat usaha tempatan. Jika kita balik ke kampung kita tidak membuat kerja tempatan ia merugikan diri kita dan kita membuat kerja sia-sia. Semua amal-amal yang dibuat semasa dia keluar tidak dapat diteruskan dengan ini imannya lama kelamaan akan lemah. Oleh itu perlu kita usahakan untuk menghidupkan 5 amal jemaah masjid di masjid kita. Matlamat kita bagaimana masjid kita dapat dihidupkan 24 jam amal sepertimana masjid Nabawi zaman Nabi. Oleh itu kita perlu dengan senang hati bukan dipaksa memberi masa di masjid kita. Semua orang kampung perlu kita jumpa, dan targhib mereka supaya dapat memberi masa untuk mengimarahkan masjid. Usaha tabligh hendak memikirkan masjid kita hidup amal seperti amal masjid Nabawi zaman Rasullullah saw. Jika amal masjid Nabawi hidup ia memberi kesan keadaan di luar masjid. Dalam membuat amal masjid perlu tetapkan waktu mesyuarat harian dan waktu ta’alim masjid. Orang kampong perlu kita ajak duduk dalam program mesyuarat harian atau ta’alim masjid mengikut kemampuan mereka tetapi pembacaan ta’alim masjid itu perlu diteruskan, dimana ta’alim perlu dibaca dengan sempurna ½ jam lamanya.
Seterusnya kita perlu jaga ghast pertama di masjid sendiri dengan mujahadah dan ghast kedua dibuat di masjid jiran supaya mereka dapat bangun menghidupkan 5 amal dimasjid itu sendiri.
Ta’alim di rumah perlu dibuat ½ jam dan setiap waktu ditambah supaya ia membentuk suasana iman dirumah kita. Sekali sekala dalam satu minggu perlu muzakarah 6 sifat selepas pembacaan kitab ta’alim fadhail amal.
Jemaah 3 hari sempurna perlu dibentuk dari masjid sendiri selepas hari ghast. Dimana dua tiga orang lama membawa keluar ke jalan Allah swt 7 atau 8 orang baru. Insya’Allah, jika kita buat sedemikian Allah swt akan bentuk suasana agama di kampung kita. Kita perlu buat keputusan. Pertama, mulai hari ini saya hendak menjadikan kerja Nabi kerja saya. Kedua, kita perlu usaha supaya semua orang lelaki di kampung kita bersembahyang di masjid dan menjadikan kerja nabi kerja mereka.
Comments
Post a Comment