Tongi 2001 - bayan maghrib maulana ibrahim

06/01/2001


Tuan tuan yang mulia.

Kita perlu mendengar perkara agama (bayan) dengan penuh tumpuan dan niat untuk dapat mengamalkan dan menyebarkan kepada umat seluruh alam. Kita sebenarnya telah diberi tanggungjawab yang sangat besar oleh Allah swt. Disamping mengamalkan agama, perlu menyebarkan ke seluruh alam. Hari ini kita telah melupakan tanggungjawab ini, dan tidak mengambil usaha agama sebagai kerja utama kita. Oleh itu kita perlu mendengar bayan-bayan eldest kita dengan penuh tumpuan, supaya kita dapat memahami kehendak eldest kita dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah sebagai maksud hidup kita. Maulana menyatakan semua asbab asbab yang Allah swt beri kepada kita sebenarnya hanya sebagai amanah. Semua asbab asbab yang kita perolehi seperti wang ringgit, pangkat dan sebagainya bukan milik kita, tetapi sebagai amanah dari Allah swt. Tetapi orang orang batil menyatakan asbab yang Allah swt beri kepada mereka sebagai milik mereka 100%, oleh itu mereka telah menggunakan mengikut sesuka hati mereka. Contohnya Firaun, Qarun, Hamman, Saddat, mereka ini adalah contoh orang batil dimana mereka tidak menunaikan amanah asbab yang Allah swt beri kepada mereka. Kesudahannya mereka mendapat laknat dari Allah swt.

Allah swt telah memberi asbab dan memberi tanggungjawab agama kepada kita. Pelajaran ini telah diberi kepada manusia pertama lagi iaitu Nabi Adam a.s, dimana Nabi Adam a.s telah di beri perintah-perintah agama oleh Allah swt. Umatnya yang membawa perintah Allah swt tidak sesat dan mendapat ketenteraman dan akan sampai ketempat yang dituju. Allah swt cipta manusia semata-mata untuk khidmat mencapai maksud ia dicipta. Sebenarnya apabila manusia menunaikan maksud ia dicipta, maka ia akan mendapat hidayat. Dalam menguji manusia, Allah swt jadikan syaitan laknatullah iaitu gulungan kufur yang senantiasa menggoda bagi menyesat manusia.

Apabila Allah swt hendak menurunkan wahyu kepada Nabi Mohammad saw, pintu langit telah ditutup oleh Allah swt kepada syaitan, menyebabkan ia tidak mengatahui  perancangan Allah swt. Syaitan tidak putus asa walaupun pintu langit ditutup kepadanya, dan syaitan bersumpah untuk menyesatkan manusia hingga hari kiamat dengan mendorongnya melakukan perkara yang membazir atau sia sia. Syaitan akan membawa manusia supaya menggunakan usaha dan keupayaan manusia bukan pada tempatnya dan mengajak mereka bekawan dengan syaitan dan melanggar perentah Allah swt. Bagi memimpin manusia supaya tidak tertipu dengan tipu daya syaitan maka Allah swt telah melantik  Adam  menjadi nabi untuk memberi contoh kepada manusia bagaimana mereka perlu menjalani kehidupan mengikut jalan hidayat atau jalan yang diredai oleh Allah swt.

Tuan tuan yang mulia,

Untruk memberi faham kepada umat akhir zaman, bahawa mereka bertanggung jawab membawa kerja nabi ke seluruh dunia sebagai kerja mereka, maka Allah swt telah mengutuskan Baginda Rasullullah saw. Usaha Baginda adalah usaha membawa  tanggungjawab seluruh nabi-nabi, iaitu semenjak Nabi Adam as hingga Baginda Rasullullah saw. Usaha yang dibawa oleh nabi-nabi ialah usaha membuat penafian yang menyeluruh bahawa semua asbab yang bertentangan perkara yang di dakwahkan oleh nabi-nabi tidak boleh beri menafaat dan mudharat tanpa apa yang dikehendaki oleh Allah swt. Asbab yang ada tidak boleh memberi kesan kepada alam tetapi usaha yang dibuat oleh nabi-nabi sebenarnya yang memberi kesan kepada alam atau yang dapat menyelesaikan masalah manusia. Rasullullah saw pernah bersabda bermaksud, “Usaha agama yang diberi kepada saya adalah laksana hujan yang turun dari langit”. Jalan kebatilan adalah jalan yang membawa kehancuran. Walaupun pada peringkat awal mereka nampak berjaya tetapi  akhirnya menerima kegagalan. Maulana memberi contoh perihal burung Hering yang terbang begitu tinggi, tetapi akhirnya terjun ke bawah mendapatkan bangkai. Begitulah kehidupaan orang batil, mereka mempunyai kerajaan yang besar, wang ringgit yang banyak, walaupun mereka nampak berjaya dan senang-lenang tetapi akhirnya mereka mendapat kehinaan seperti burung hering yang di nyatakan di atas.

Sebaliknya orang yang beriman dan beramal soleh samada lelaki atau perempuan kehidupan di dunia akan diberi hayatan taiyibah. Allah swt utuskan nabi-nabi untuk menunjukkan kehidupan yang hak. Orang yang membawa perintah Allah akan mendapat kebahagiaan. Asas kerosakan kita hari ini ialah yakin kita telah rosak dimana kita menyangka apabila ada asbab masalah kita akan selesai. Tertib Allah swt dengan asbab tidak akan menyelesaikan masalah. Keyakinan kita yang telah rosak perlu diperbaiki . Allah swt berikan asbab sebagai rahmat sahaja. Asbab pekilang, kerajaan, wang ringgit, kedai, pejabat tidak boleh dijadikan asas kejayaan. Yakin yang salah itu ialah yakin orang batil. Firaun telah menolak dakwah Musa as  yang menafikan asbab. Firaun berkata aku ada kerajaan, Nabi Musa tidak ada apa-apa, bercakap juga gagap. Begitu juga Kaum Sabak, Allah swt menghantar 13 orang Nabi untuk dakwah kaum Sabak untuk tunduk sujud kepada Allah. Kenal Allah semua asbab yang ada kepada kaum Sabak semuanya diberikan oleh Allah swt. Tanah yang subur, air yang mengalir, Allah swt yang berikan, tetapi apabila nabi-nabi didatangkan kepada kaum itu, dakwahkan kaum itu dengan lemah lembut tetapi mereka enggan, maka Allah swt  dengan kudratNya  menjadikan asbab,  telah menjadikan banjir yang besar dan semua tanaman kaum Sabak telah dihancurkan oleh Allah swt.

Maulana Ilyas rah. berkata, Allah telah memberi satu formula untuk menundukkan alam. Semua asbab dunia akan bertetapan dengan kehendak kita, bumi akan bertindak bertepatan dengan kita. Sahabat telah membuat usaha nabi dan kerja nabi sebagai tanggungjawab mereka, permusuhan orang Ansar, kehidupan mereka yang sempit, riba dan rasuah yang berleluasa,  Allah swt telah selesaikan dan telah tundukkan alam kepada mereka. Allah swt  beritahu orang Ansar, kamu dahulu sentiasa bermusuhan dan apabila mereka mentaati perintah Allah, Allah swt wujudkan kasih sayang sesama mereka, Allah swt telah betulkan keadaan mereka. Mereka berkasih sayang. Dahulu mereka bermusuhan, Allah swt telah selamatkan mereka dimana kehidupan mereka hampir kejurang jahanam. Apabila Nabi Muhammad dakwah orang Ansar, mereka telah terima dakwah nabi dan Allah swt  telah perbaiki kehidupan mereka. Sebaliknya orang Quraish di Mekah, mereka tidak mensyukuri nikmat Allah. Allah swt turunkan nabi kepada mereka, mereka tidak mensyukuri nikmat Allah. Mereka telah dilaknat oleh Allah walaupun Abu Jahal ada wang ringgit, pengikut yang ramai tetapi mengingkari perintah Allah swt, kehidupan mereka seperti burung hering yang dinyatakan tadi.

Mahfum hadis Nabi saw, bantuan Allah akan datang kepada umat ini sebanyak mana ia menyempurnakan tanggungjawab agama. Diri, harta kita adalah sebagai amanah dan tanggungjawab, oleh itu bagaimana dalam masa 24 jam kehidupan kita perlu membawa kehidupan agama. Dalam kubur Allah akan tanya agama kamu. Kita perlu berusaha betulkankan keyakinan, dimana  kita dapat mentaati segala perintah Allah swt. Orang yang  berusaha membawa  agama yang menyeluruh dalam kehidupannya, Allah swt akan tunjukkan jalan-jalan yang lurus. Dalam menjalankan tanggungjawab kita perlu bergerak menyampaikan agama ke seluruh alam. Rasulullah bersabda kepada Abu Sufian, aku menyampaikan kebaikan kepada kamu di dunia dan di akhirat. Bantuan Allah swt lebih diberikan kepada Nabi saw melebihi bantuan yang Allah swt berikan dibandingkan kepada nabi-nabi terdahulu. Apabila kita membuat usaha agama Allah swt akan membantu orang itu dengan kudrat Allah swt. Nabi saw tidak ada harta tetapi Allah swt telah membantu baginda. Nabi bersabda, “Jadilah kamu kunci kepada kebaikan dan mangga kepada keburukan”.

Semoga Allah swt memberi petunjuk kepada kita untuk menggunakan diri dan harta untuk agama. Tetapi syaitan telah berbisik-bisik dihati kita supaya menangguh-nangguhkan untuk keluar ke jalan Allah swt. Perkara ini sama seperti orang dahulu, kaum Quraish semasa diminta memeluk Islam telah menangguhkan untuk masuk Islam, semuanya mati kafir. Oleh itu kita perlu buat keputusan untuk keluar ke jalan Allah swt, kita perlu bangun untuk menyempurnakan tanggungjawab agama ini. Kita perlu letakkan diri dan harta kita mengikut keinginan Allah swt. Kita perlu tinggikan hemah dan hidup kita dan diri kita untuk membuat usaha agama dan bergerak ke seluruh alam.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir