maulana syamim - bayan maghrib 08/12/2016

sri petaling

Tuan–tuan yg mulia,

Allah s.w.t telah beri satu anugerah dan kurniaan yg sangat besar pd umat ini dgn memberi umat ini usaha atas agama Allah. Hanya sanya dgn usaha agama, agama akan tersebar. Bila tinggalkan usaha agama, maka agama akan hilang dan mati. Sejarah kehidupan para nabi a.s terdahulu memberitahu pd kita bahawa apabila nabi2 ini dtg, mereka jlnkan usaha agama, maka kaum mereka amalkan agama dan ketaatan pd perintah Allah dtg dlm kehidupan mereka. Bila nabi2 ini wafat, tiada usaha agama dijlnkan, sedikit demi sedikit kaum mereka tinggalkan agama. Kenapa? Kerana kaum terdahulu diperintahkan utk amal agama tapi tak diperintah utk buat usaha agama spt nabi mereka jlnkan menyebabkan keimanan yg telah diusahakan oleh nabi mereka atas mereka telah bertukar menjadi syirik kpd Allah. Ibadat bertukar jadi adat resam sahaja. Akhlak telah rosak. Mereka menjadi kaum yg rosak.  

Begitulah silsilah nabi2 berterusan. nabi demi nabi dihantar. Nabi dtg dan buat usaha, agama hidup, umat jadi baik. Bila nabi tersebut wafat, tiada usaha agama, umat jadi rosak. Selepas kewafatan nabi isa a.s, selama 671 thn dunia telah kekosongan dari kenabian. Dlm tempoh yg begitu panjang, begitu banyak kerosakan dtg dlm kehidupan manusia, mereka jadi sesat, kehidupan yg dipenuhi oleh hawa nafsu. Kejahilan dan kesesatan telah menular dlm kehidupan seluruh manusia. Ada beberapa org dikalangan mereka yg amalkan agama, mereka di panggil rahib. Sedikit sebanyak agama masih ada. Begitu teruk sekali keadaan manusia, sehingga mekah mukarramah telah menjadi tempat himpunan berhala2. Di baitullah sahaja ada 360 berhala. Begitu sekali kejahilan dlm kehidupan manusia, mereka akan tawaf baitullah dlm keadaan telanjang. Sehingga dlm kaabah org berzina dan Allah tukar mereka jadi batu. Begitu sekali kejahilan mereka, kedua2 org yg dah jadi batu tadi, telah di letak di sebelah kaabah dan ia telah jadi berhala yg paling besar yg mereka sembah.

Cuba kita bayangkan, dlm kejahilan spt ini, setelah ratusan tahun zalim, ratusan tahun rosak, ratusan tahun zina, Allah hantar baginda nabi s.a.w. Allah tarbiyah dan pelihara nabi s.a.w. Melihat keadaan umat yg rosak, yg jijik, yg kotor, nabi s.a.w telah asingkan diri dan tinggal di gua hiraq. Kadang2 hingga berminggu-minggu nabi tak balik. Tak ada siapa nak ajar nabi s.a.w. Bila pergi ke gua hiraq, nabi dpt ketenangan. Apa nabi buat disana? Allah telah buka amalan agama pd baginda. Nabi beribadat dlm gua hiraq.

Akhlak nabi s.a.w begitu baik. Sifat yg baik. Ada hubungan baik dgn org. Sebelum dpt kenabian dah ada sifat kebaikan dlm diri nabi. Mereka menghormati baginda. Sehingga dpt gelaran al amin, siddiq. Org yg tak akan cakap tipu sama sekali. Tak buat khianat pd sesiapa yg bagi amanah. Suka membantu org. Hati semua org berpaling kpd baginda. Dlm keadaan begitulah, semasa berada di gua hiraq, jibrail a.s telah dtg kpd baginda. Dtg dlm bentuk manusia. Manusia yg tampan/kacak. Jibrail dtg dlm bentuk dilyah al kahbi r.a, satu org sahabi yg mempunyai rupa paras yg cantik, tampan. Bukan dtg dlm bentuk yg menakutkan. Bukan dtg dlm bentuk malaikat. Supaya nabi tak takut. Baginda belum jadi nabi lagi. Baru nak dijadikan nabi. Jibrail a.s dtg utk pakaikan mahkota kenabian pd baginda. Jibrail a.s telah dtg  dgn penuh kasih sayang dan berkata, bacalah (3X). Nabi jawab, saya tak pandai membaca. Jibrail a.s telah peluk baginda dgn kuat. Pelukan jibrail macam mana? Yg mana mempunyai kekuatan yg lebih dari langit dan bumi. Baginda rasa berat dan susah. Jibrail kata, iqra’ bismirob bikal lazi qolak…kemudian baginda mula membaca. Apa yg jibrail ajar, baginda baca. Selepas jibrail pergi, baginda rasa takut. Siapa yg dtg tadi? Kenapa begitu kuat peluk? Hampir nak tercabut nyawa. Semasa jibrail ada bersama baginda, baginda tak rasa takut pun. Allah telah bagi kekuatan pd baginda masa tu. Tapi selepas jibrail pergi, baginda rasa takut dan berlari tinggalkan gua hiraq.

Bila masuk ke rumah, nabi suruh khatijah r.ha selimut. Sifat wanita. Bila lihat suami dlm keadaan letih, dia akan tenangkan suaminya. Dia akan mengembirakan hati suaminya. Dia akan dtgkan senyuman pd suami yg keletihan. Inilah yg layak dipanggil wanita. Melihat keadaan nabi dlm ketakutan, khatijah kata tuan adalah org yg baik, tuan buat baik pd setiap org, org yg baik spt tuan Allah tidak akan sia2kan sama sekali. Ingat, org pertama selepas nabi dpt kenabian, yg membantu baginda, yg menyenangkan hati baginda, yg menghilangkan keresahan baginda, ialah wanita bukan lelaki. Org pertama yg menerima kenabian baginda ialah wanita bukan lelaki. Org pertama yg mengorbankan, membelanjakan seluruh harta utk baginda ialah wanita bukan lelaki. Org pertama yg bagi nyawa utk baginda ialah wanita bukan lelaki. Org pertama yg menarik bantuan ghaib dari khazanah Allah ialah wanita bukan lelaki. Salam pertama dari Allah kpd wanita bukan kpd lelaki.

Oleh itu, dlm usaha agama ini kita kena libatkan wanita kita bersama. Seseorang itu tidak akan jadi da’i yg sebenar selagi dia tak mampu utk bawa wanita dia dlm usaha ini. Bila kita bawa isteri kita dlm usaha ini, tidak ada sebarang kekuatan di atas muka bumi ini yg boleh menghalang kita, mengeluarkan kita dari usaha agama.

Kita lihat mana2 nabi yg bawa isteri bersama dlm usaha mereka, maka agama tersebar lebih banyak berbanding dgn nabi2 yg isteri tak bersama dgn mereka, agama tersebar sedikit. Masa kenabian nabi s.a.w singkat sahaja iaitu 23 thn, tetapi Allah bagi bantuan pd baginda dan agama tersebar begitu banyak dibandingkan dgn nabi2 yg lain. Kenapa? Kerana isteri baginda bersama dgn nabi s.a.w dlm buat usaha agama dan jadi asbab hidayat seluruh alam sampai hari kiamat.

Begitu juga dgn maulana ilyas rah, isteri beliau paling banyak membantu. Walaupun maulana ilyas ialah satu org yg kurus, lemah, selalu keletihan, seorang yg gagap tetapi usaha agama tersebar ke seluruh alam. Kita pula di Malaysia, dah berpuluh thn buat usaha, tapi kita masih belum lagi bawa isteri kita keluar 3 hari ke jln Allah. Kita belum buat taklim dlm rumah. Kita kena bawa seluruh umat pd usaha agama. Yg pertama sekali kita kena bawa wanita2 dlm rumah kita bersama buat usaha agama. insyaAllah, dgn cara ini Allah akan istiqamahkan kita dlm usaha ini.

Setelah khatijah r.ha menenangkan baginda s.a.w, beliau nak bawa baginda jumpa sepupunya, waraqah bin naufal, dia seorang alim berkaitan kitab taurat, zabur dan injil. Tahu tentang kisah nabi2 terdahulu. Tuan boleh cerita pada dia apa sahaja yg berlaku dln gua hiraq, dan apa pandangan dia kita dengar. Satu sifat kemanusiaan, org akan dengar apa isteri dia suruh. Betul tak? Kita dengar cakap isteri atau tidak? Datuk kita sendiri, nabi adam a.s, dengar cakap isterinya sehingga beliau telah dikeluarkan dari syurga. Baginda s.a.w pun sedia berjumpa waraqah b naufal. Baginda ceritakan segalanya pd dia. Waraqah terus berdiri dan berkata, Allah telah pilih tuan sebagai nabi terakhir. Tuan jgn takut, jgn risau, sebenarnya tuan telah didatangi oleh malaikat, bukan org. malaikat yg hampir dgn Allah. Dia ialah jibrail a.s yg dtg bawa kenabian pd tuan. Allah telah jadikan tuan nabi terakhir utk seluruh alam sampai kiamat. Allah yg jadikan tuan sebagai nabi, maka Allah akan pelihara tuan dan ambil kerja dari tuan.

Bila maulana ilyas tak nampak cara utk baiki keadaan umat di India, beliau bawa keluarganya berhijrah ke madinah. Melihat keadaan umat yg rosak di india, dtg fikir risau dlm diri dia macam mana nak bawa manusia kpd kebaikan maka maulana ilyas telah mulakan taklim. Bukan dakwah. Maulana wujudkan pengajian agama dan buka madrasah. Dgn cara ini org akan dtg pd agama. Bukan satu madrasah, tapi 55 madrasah telah dibuka. Org yg dtg belajar telah diberi upah dgn duit dia sendiri. Tiada sumbangan dari sesiapa. Beliau sendiri mengajar di banglawali masjid nizamuddin. Org2 mewat yg dtg nak bekerja telah dibawa ke masjid utk belajar dan diberi upah.

Di mewat juga telah dibuka sebuah madrasah. Disana telah diajar quran. Lebih kurang 8 org pelajar telah jadi hafiz quran. Inilah golongan pertama yg jadi hafiz quran setelah 55 madrasah maulana buka. Dlm kalangan 8 pelajar ni, maulana lihat ada satu org yg potong janggut. Maulana rasa sangat kecewa dan sedih. Ya Allah, madrasah yg aku buka utk dtgkan islah pd umat, tapi dari madrasah ini sendiri islah tak berlaku, org yg ada dlm madrasah ini pun potong janggut. Beliau menangis begitu banyak sekali. Sehingga beliau kata tak nak duduk di India, nak hijrah ke madinah.

Di Madinah, maulana ilyas banyak beribadat dan menangis di depan Allah. Satu hari, nabi s.a.w dtg dlm mimpi beliau. Nabi kata, wahai ilyas kamu pergi balik ke India. Allah akan ambil kerja dari kamu. Selepas melihat mimpi tu, maulana begitu banyak menangis. Ya Allah, apa kerja yg Engkau nak ambil dari aku yg tak pandai dan lemah ini? Beliau begitu rungsing dan bimbang. 3 hari 3 malam berturut2 mimpi ni dtg pd beliau. Beliau pergi jumpa guru beliau, hadrat maulana khalilurahman yg memang tinggal di  madinah dan menceritakan mimpi jumpa nabi s.a.w. Guru dia kata, sekarang juga kamu pergi balik ke India. Allah lebih tahu apa kerja yg Dia nak ambil dari kamu.

Maulana balik ke India. Pergi ke nizamuddin. Tinggal di sana. Beliau terus berfikir apa kerja nak buat. Apa kerja yg nak diambil darinya. Allah bagi mimpi lagi pd beliau iaitu cara utk buat gasht dan jumpa manusia. Selepas asar beliau kumpulkan pelajar2nya dan bagi adab gasht pd mereka, ada amir, ada mutakallim dan makmur. Kamu pergi pusing keliling kpg ini, jumpa org, cakap tentang iman dan bawa mereka ke masjid. Inilah gasht pertama dlm usaha agama ini. Beliau lihat satu faedah/kebaikan drp gasht ptg tadi, banyak pemuda2 telah dtg tunai ke masjid. Faedah tersebut Allah telah buka melalui maulana ilyas rah. beliau telah mulakan usaha ini dgn pelajar2 tersebut. Kemudian beliau hantar pelajar2 tu keluar 1 hari buat usaha di bandar delhi. Beliau sendiri bagi bayan hidayat dan adab usul pd mereka. Maulana begitu gembira bila ada org nak ikut buat usaha. Maulana duduk dgn mereka dan fahamkan mereka. Disinilah permulaan usaha  agama. 

Maulana ilyas telah mulakan usaha ini dgn org mewat. Jemaah2 telah dibentuk keluar di jln Allah. Jemaah2 juga dihantar utk bersohbat dgn ulamak supaya ulamak sendiri melihat apa jemaah sedang buat. Alhamdulillah, mana2 ulamak yg tengok amal jemaah ini, fikir jemaah, tangisan malam jemaah, dgn usaha gasht ramai org dtg ke masjid dan ulamak tersebut suka dgn hasil kerja jemaah, maka Allah buka usaha agama ini pd hati mereka. Sehingga hari ni usaha agama telah tersebar ke seluruh alam. Satu usaha yg bermula di masjid banglawali nizamuddin, masjid yg mana org delhi sendiri tak nak dtg, tapi bila usaha agama bermula di masjid tersebut, Allah telah bagi kedudukan yg tinggi pd nizamuddin, seluruh dunia termasuk org mekah dan madinah juga pergi ke sana. Ianya bukan masjid yg besar, bukan masjid yg cantik, bukan masjid yg mahsyur, tetapi dibelakang masjid tersebut ada pengorbanan. Tangisan yg dibuat di masjid tersebut. Kelaparan, kedahagaan yg ditanggung di masjid tersebut, kehinaan yg ditanggung di masjid tersebut. Demi Allah, dgn pengorbanan tersebutlah manusia seluruh dunia telah dtg ke sana.

Markaz adalah nama kpd pengorbanan. Hidayat ialah nama kpd pengorbanan. Pengorbanan ialah nama kpd agama. Nabi2 telah dihantar utk pengorbanan. Dgn pengorbanan merekalah Allah amkan hidayat. Tidak ada seorang nabi pun tak buat pengorbanan. Semua nabi2 dihantar utk maksud hidayat. Usaha ini dibuat utk maksud hidayat. Usaha agama ini bukan utk hasilkan dunia, bukan nak jadi amir. Demi Allah, usaha agama ini adalah utk menegakkan kalimah Allah dan sebarkam risalah, cara hidup nabi s.a.w. Oleh kerana itu, maulana ilyas tak letak sebarang nama pd usaha ini. Kenapa? Kalau letak nama khusus dlm usaha ini maka akan jadi puak2. Org akan kata ini salah satu cara dlm agama. Umat akan kata itu bukan kerja kami, ini kerja ilyas. Tiada nama pd usaha ini. Org yg bagi nama sebagai tabligh. Kalaulah nak letak nama pd usaha ini, maulana akan letak ‘tahrikul iman – pergerakan usaha atas iman’. Jemaah yg bergerak utk usaha atas iman. Utk kuatkan iman dlm diri manusia.

Kita kena faham betul2 bahawa usaha ini bukan usaha India, bukan usaha Pakistan, bukan usaha Bangladesh, bukan usaha Malaysia, Indonesia, bukan usaha amerika, russia tapi ini adalah usaha setiap org yg ada kalimah. Setiap org islam bertanggungjawab dlm usaha ini.

Allah firman dlm quran,


Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"

Amal siapa yg lebih baik drp amalan org yg menyeru kpd Allah. Siapa sahaja yg melakukan sebarang amal dlm keadaan dia menyeru manusia kpd agama Allah, menyeru manusia kpd amal tersebut, itulah amal yg paling baik, tidak ada amal yg boleh mengatasi amal tersebut. dakwah adalah amal yg besar.

Ingat, dakwah adalah kerja Allah. Da’i pertama adalah Allah. Allah sendiri menyeru :


Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).

Oleh itu, kekuatan yg besar paling adalah dakwah/usaha agama. Bersama dakwah ada bantuan yg khusus. Bersama dgn da’i ada Allah. Muazzin adalah da’i. bila azan, syaitan akan lari. Lari ketakutan. Begitu sekali syaitan takut mendengar suara muazzin, sehingga terkentut. Syaitan takut pd da’i tapi syaitan tak takut pd abid.

Takbir Allahuakbar dlm azan, ialah suara da’i. syaitan takut dan lari. Takbir Allahuakbar yg satu org ucap dlm solat, ialah suara abid, syaitan tak takut. Syaitan dtg dan bisik di telinganya, ingatlah anak isteri kamu, ingat pekerjaan kamu, ingat kedai kamu, sehingga dia terlupa pd Allah dlm solat.

Satu perkara yg kita kena betul2 faham, dari hari pertama baginda dpt kenabian, baginda telah sediakan lelaki, wanita, kanak2 dan hamba sebagai da’i, bukan sebagai abid. Tapi hari ini, satu perkara yg sangat menyedihkan, org islam anggap usaha menyeru manusia pd Allah satu usaha yg tidak ada nilai. Satu usaha yg sangat agung di sisi Allah, tapi org islam anggap tak ada nilai. Bagaimana pandangan mereka yg beranggapan spt itu disisi Allah? Org islam rasa solat adalah kewajipan yg kena buat tapi merasai usaha dakwah bukan kerja mereka. Sedangkan bila buat dakwah, maka solatnya akan jadi solat yg bernyawa/ada roh. Solat yg akan diterima oleh Allah.

Para sahabat, dlm apa keadaan buat usaha dakwah. Di ladang buat dakwah, di kedai buat dakwah, di pasar buat dakwah, di rumah buat dakwah, semasa safar buat dakwah. Kalaulah semua org2 islam buat dakwah macam sahabat, maka akan dtg agama dlm setiap cabang kehidupan mereka. Kena faham, dgn safar sahabat agama tersebar, dgn perniagaan sahabat agama tersebar, dgn solat sahabat agama tersebar, dgn haji sahabat agama tersebar, setiap perkara yg sahabat buat agama tersebar.

Bersama dgn da’i ada Allah. Bersama dgn da’i ada nizam/bantuan ghaib Allah. Makhluk di langit dan bumi berdoa utk mereka. Dgn usaha tabligh ini utk jadikan setiap org islam da’i. Maulana ilyas selalu berkata bila usaha agama di jlnkan maka agama akan dtg dlm setiap cabang kehidupan manusia. Usaha agama adalah spt anai2. bila masuk dlm pokok, akan makan pokok drp dalam, pokok akan rosak dan jadi lemah, bila dtg sedikit angin akan meruntuhkan pokok tersebut. Begitu juga, segala bentuk kebatilan yg dtg di depan usaha agama, maka Allah akan hancurkan semua kebatilan mcm anai2.

Perkara yg paling penting dlm usaha agama ialah kesatuan. Pada awal2 dulu, nabi s.a.w telah bentuk jemaah2 yg tiada amir. Mereka pergi dan bergaduh. Selepas itu nabi bentuk jemaah yg ada amir dan makmur. Kalau 2 org pun, lantik salah seorang jadi amir. Kalau tak ada amir dlm jemaah, maka syaitan jadi amir. Utk kesatuan, kita kena sanggup korbankan jasbah kita. Kita sanggup korbankan kedudukan kita. Kita sanggup korbankan segala kehinaan. Semua perkara yg kita tak suka kita kena telan. Kita tak nak pecah belahkan kesatuan umat.

Di mahsyar nanti, bila keputusan dibuat utk satu org bahawa kamu dimasukkan ke dlm syurga. Dlm keadaan berjalan dia akan toleh ke belakang. Allah tanya, kenapa pandang belakang. Dia jawab, ya Allah aku tak tahu dgn perantaraan amal apa Engkau masukkan aku ke dlm syurga. Aku org yg berdosa, tak solat, tak ada satu hukum Engkau pun yg aku buat. Allah jawab, wahai hambaKu, dulu kat dunia semasa kamu berada dlm satu kumpulan manusia yg mana mereka hampir bergaduh, kamu telah ucapkan beberapa perkataan yg menyebabkan mereka telah bersatu. Dgn sebab perkataan kamu itu Kami masukkan kamu ke dlm syurga.

Satu org lagi Allah buat keputusan dimasukkan ke dlm jahannam. Dlm keadaan berjalan dia akan toleh ke belakang. Allah tanya, kenapa pandang belakang. Dia jawab, ya Allah aku nak tahu dgn amalan apa Engkau telah putus masukkan aku ke dlm jahannam. Aku tak pernah tinggal solat, solat sunat pun aku buat, aku baca quran, aku zikir, aku bayar zakat, tidak ada satu pun hukum Engkau yg aku tinggal. Allah jawab, wahai hambaKu, dulu kat dunia kamu pernah ucap beberapa perkataan yg menyebabkan manusia pecah hati dan tiada kesatuan. Dgn sebab perkataan kamu itu Kami masukkan kamu ke dlm neraka. Kita kena usaha utk jaga lidah kita. Faham betul2 perkara ini.

Allah tak berhajat pd sesiapa pun. Semua kita berhajat pd Allah. Benda yg paling bahaya ialah lidah. Dgn ucap satu perkara menyebabkan satu org boleh jadi beriman, dan dgn ucap satu perkara boleh jadi kufur. Kita pelihara lidah kita. Jgn cakap sesuatu apa pun berkaitan dgn sesiapa pun. Kita kena selalu berdoa, ya Allah, bagilah hidayat pd aku dan pd kawan2 aku juga. Bila wujud kesatuan antara kita, ia adalah nikmat yg besar dari Allah. Dgn sebab ikhtilaf/perpecahan, maka bantuan Allah akan hilang.

Pada mlm lailatulqadar, nabi telah masuk ke dlm masjid dgn gembira nak bagitahu tentang tarikh tepat malam lailatulqadar. Baginda nak buat iklan. Seluruh umat akan mudah buat amal ibadat pd malam tersebut. Malam yg lebih baik dari seribu bulan. Tapi dlm masjid ada 2 org sahabat sedang bertengkar. Bertikam lidah sesama mereka. Allah s.w.t telah lenyapkan dari hati baginda yg suci tarikh tetap lailatulqadar. Kemudian nabi kata carilah diakhir Ramadan. Sehingga sekarang hanya Allah sahaja yg tahu siapa yg dpt dan siapa tak dpt.

Kita kena usaha supaya dtg ketaatan pd Allah, taat pd nabi dan taat pd org2 lama dlm usaha ini, maka kesatuan akan wujud sesama kita. Bila kita bebaskan diri kita dari 3 perkara maka akan wujud kesatuan antara kita. Kalau kita tak usaha utk bebaskan 3 perkara ini maka kesatuan dlm umat tak akan dtg.
1. sangka buruk pd org
2. cari keburukan org
3. cerita keburukan org

bersangka buruk adalah dosa. Seseorang itu akan jauh dari rahmat Allah. Kita jadi kawan pd syaitan. Kalau tak bebaskan diri dari sangka buruk, kita akan mula cari keburukan org. Allah kata, jgn kamu sibuk cari keburukan org. Bila nampak keburukan org, kita lihat keburukan dlm diri kita sendiri. Jgn kita sibuk cerita keburukan org pd org lain. Ini dosa yg lebih besar. Kalau kita cari keburukan org dan cerita keburukan org, maka kematian tidak akan dtg kpdnya selagi dia tak lakukan keburukan tersebut. Kita lihat kebaikan org dan lihat keburukan diri.

Dlm usaha agama, sebarang keburukan/kesilapan yg kita buat, kita anggap itu kesilapan saya. Bila lihat keburukan/kesilapan org lain, kita anggap itu juga kesilapan saya. Bila lihat kekurangan dlm seseorang, kita anggap itu kekurangan saya. Keaiban org juga adalah keaiban saya. Kesilapan org juga adalah kesilapan saya. Dgn cara ini kesatuan akan kekal. Hati akan sentiasa bersatu. Kasih sayang akan terus bertambah. Kalau sebaliknya berlaku, kita lihat keburukan org dan tak anggap sebagi keburukan kita, kita sebarkan, maka kesatuan umat akan hilang. Umat akan berpecah dan parti2 akan wujud.  

Bila kita asingkan diri, kebatilan akan tersebar. Bila kita bersendirian dan mesyuarat sendiri2, nescaya kebaikan tak akan tersebar tapi kebatilan yg akan tersebar. Bila bersendirian, walaupun kita buat perkara yg baik tapi yg akan tersebar ialah kebatilan. Faham betul2 perkara ini. Dgn saling bantu-membantu, kebaikan akan tersebar. Jgn kita jadi org yg memecahbelahkan org, bahkan kita jadi org yg membantu. Hak akan tersebar. Sesiapa yg membantu saudaranya, Allah akan membantunya. Sesiapa yg menutup keaiban seseorang, Allah akan menutup keaiban dia. Sesiapa yg menutup keburukan org, Allah akan tutup keburukan dia. Oleh itu, kita kena bersama semua org dlm menjalankan usaha ini.

Satu ketika, satu org sahabat telah lalu, nabi kata, kalau nak lihat ahli syurga, inilah orgnya. Hari kedua, nabi kata perkara yg sama. Kalau nak lihat ahli syurga, ini lah orgnya. Hari ketiga pun sama juga. 3 hari berturut-turut baginda telah bagi khabar gembira ahli syurga pd sahabat tadi. Abdullah bin umar r.a rasa tak senang. Sahabat sentiasa tamak akan kebaikan. Mereka tamak kpd akhlak yg baik. Tapi hari ni kita org islam tamak kpd dunia. Sahabat percaya akhirat tapi kita hari ni percaya dunia. Kita buat kerosakan pd diri kita sendiri. Kita mula berpecah bila harta menjadi banyak. Fitnah paling besar dlm umat ini ialah harta benda.

Dulu, org buat usaha agama dgn mujahadah, jln kaki. Tak ada pun pertelingkahan. Tidak ada fitnah. Tiada siapa nak jadi amir. Semua buat usaha dgn kasih sayang. Tapi hari ni macam2 org kaya dtg dlm usaha agama ini, harta telah dtg pd org tabligh. Harta tersebut telah pecah2kan hati kita. Harta menyebabkan org ingin jadikan diri dia besar. Berkeinginan jadi zumindar. Ingin jadi ahli mesyuarat. Semoga Allah pelihara kita dari perkara ini. Hari dimana satu org berkata dia layak jadi satu org syura/zumindar, pd hari itulah dia telah jatuh dari pandangan Allah.

Usaha ini adalah usaha pengorbanan. Allah akan jadikan dia perantaran kebaikan. Kerja agama tidak ada sebarang upah, dlm usaha ini tidak ada baitulmal. Dlm usaha ini tidak ada presiden. Tidak ada bendahari. Usaha ini telah dibebaskan/suci dari semua perkara ini supaya umat tidak berpecah sesama mereka. Org tabligh buat usaha dgn diri dan harta sendiri. Org akan rasa takjub. Seseorang yg rasa usaha ini usaha dia maka dia akan korbankan diri dan harta dia sendiri. Ini adalah usaha setiap org islam. Usaha ini tak berjalan dgn harta dan diri org lain.

Dgn pengorbanan, Allah akan majukan kita. Allah akan jadikan kita org yg disayangi. Umat akan dpt kasih sayang. Bila tinggalkan pengorbanan harta sendiri maka kita akan mula berhajat pd harta org lain. Kita buat usaha dgn mujahadah dan pengorbanan. Kita lawan keinginan nafsu kita. Dgn cara inilah akan dtgkan nur dlm agama. Pengorbanan adalah roh pd agama.

Kebatilan dan musuh telah dtgkan harta pd kita utk menghilangkan mujahadah pd usaha ini. Mereka dtg dlm bentuk kemudahan dan kesenangan dlm usaha kita maka roh telah keluar dari usaha. Dlm masjid kita sendiri telah banyak kemudahan yg ada. Ini semua adalah skim kebatilan. Supaya org dtg solat tanpa mujahadah. Belajar di madrasah tanpa mujahadah. Pergi haji tanpa pengorbanan. Kerana tiada pengorbanan dlm agama maka roh telah keluar dari agama. Rupabentuk masih ada tapi tak ada roh.

Pada zaman maulana ilyas, di nizamuddin tak ada kipas. Tandas yg sempurna pun tak ada. Hanya ada 2 batu bata dan lubang sahaja. Pd malam hari, semua org tidur, maulana ilyas akan bangun dan bersihkan semua tandas2 tersebut dgn tangan beliau sendiri. Dgn pengorbanan inilah Allah telah majukan beliau. Allah telah campakkan kasih sayang dlm hati org pd beliau. Org sedia utk taat pd beliau. Hari ni keinginan kita ialah hantarlah jemaah kami ke tempat yg ada tandas, ada air, tiada nyamuk. Kita jgn terkesan dgn kemewahan yg dtg pd kita. Kita kena lihat pengorbanan 1400 thn yg lepas, pengorbanan para sahabat.

Pada zaman maulana Yusuf pun tak ada tandas yg sempurna dibina di nizamuddin. Maulana Yusuf dan maulana inamul hasan, bangun pd waktu malam dan buat sptmana maulana ilyas buat. Pd satu hari, seorang sheikhul hadith telah terbangun dan lihat kedua-dua maulana tadi sedang membersihkan tandas. Beliau telah buat keputusan utk bersihkan tandas itu sebelum hadratji dtg bersihkan. Kata beliau, baru 4 hari aku bersihkan tandas, aku lihat baginda s.a.w dlm mimpi ku. Sehebat mana pun kita, lebih kecil kerja yg kita buat, lebih banyak Allah akan majukan kita.

Dlm usaha agama tidak ada kebesaran. Allah tak suka benda2 kebesaran. Jgn kita berusaha utk jadikan kita org yg besar. Allah akan tinggalkan dia. Org yg buat usaha dgn rendahkan diri, Allah akan majukan dia. Walaupun kita buat usaha yg besar kita kena anggap kita adalah org islam yg biasa. Kalau berlaku sebarang kekurangan kita minta ampun dari Allah. Kita kena cari kelemahan dlm amalan2 yg kita buat, maka barulah kita akan jadi org yg ikhlas.

Maulana Yusuf kata, kita lihat kebaikan dlm keburukan seseorang. Inilah yg dipanggil akhlak. Kita cari keburukan dlm kebaikan kita, inilah dipanggil ikhlas.

Bila seseorang merasai amalan yg dilakukannya tidak layak utk dipersembah di hadapan Allah, dan minta pengampunan dari Allah, maka Allah akan bagi sifat qabul (terima amalannya) dan bagi sifat ikhlas dlm dirinya.

Saya dan tuan duduk disini supaya Allah terima kita/qabul. Pd permulaan buat usaha kita nak islah diri. Tapi bila dah jadi org lama, dah pandai bagi bayan, dah pandai tashkil org lain maka akan dtg dlm diri perasaan ingin islah org lain. Bila kita mula nak islah org lain, maka gugurlah kita dari pandangan Allah dan bermulalah perpecahan umat. Kebesaran diri adalah hak Allah. Sesiapa yg cuba nak rampas sifat kebesaran ini dari Allah maka Allah akan hinakan dia.

Jgn ada jasbah org kena khidmat kita. Kita kena ada jasbah utk ikram org lain. Ini sifat yg akan sebabkan kesatuan dlm umat. Wujud kasih sayang dlm umat. Utk wujudkan kesatuan lidah kena lembut. Bila cakap dgn kekerasan org susah nak terima pendapat kita. Bila cakap dgn kelembutan, org akan terima kita. Bila cakap kasar, org akan lari dari kita. Isteri kita pun akan jauhkan diri dari kita. Kita tak boleh berkasar dgn isteri dan anak kita. Kita juga tak boleh berkasar dgn rakan2 seusaha.

Markaz bukan nama pada bangunan. Majmak inilah yg dipanggil markaz. Maulana ilyas akan rasa bimbang kalau tak ada org dtg ke markaz. Org yg dtg adalah tetamu Allah. Mereka telah banyak buat pengorbanan utk sampai ke markaz. Begitu banyak tangisan. Dgn keberkatan tersebutlah Allah telah bina markaz. Harta dan diri org yg dtg adalah amanah. Kita khidmat mereka supaya kita dpt sedikit pahala dari pengorbanan mereka. Tak ada sesiapa yg berhak utk marah sesiapa. Bila khidmat mereka, Allah akan sayang pd kita dan Allah akan jadikan kita asbab hidayat seluruh alam. Jgn kita ingin sesuatu drp majmak yg dtg markaz. Kita hanya nak Allah. Nabi telah ikram tetamu yg dtg dlm keadaan batu di ikat pd perut baginda. Sahabat telah bagi tetamu makan walaupun anak mereka dlm kelaparan. Dgn sifat macam ni maka org yg dtg ke markaz akan jadi asbab hidayat seluruh dunia. Akan wujud kasih sayang dan kesatuan dan doa akan sampai terus ke langit, akan mengegarkan arash dan malaikat akan turun.

Sesiapa dlm diri dia ada benci, ada hasad, doa dia tak akan diterima dan akan dicampakkan semula ke muka dia. Oleh itu, kita kena jadi asbab org bersatu. Sebanyak mana wujud kesatuan maka sebanyak itulah wujud kekuatan sesama kita. Semoga Allah pelihara kita semua. Kita bersatu di bawah satu markaz. Markaz kita adalah nizamuddin dan maulana saad adalah amir kita.

Harta dan nyawa kita adalah utk Allah. Harta yg paling Allah suka ialah harta yg dibelanjakan utk keluar di jln Allah. Amalan yg paling besar ialah amalan keluar di jln Allah. Lebih besar drp beribadat di haramain dan syarafain (mekah dan madinah). Meninggal di jln Allah adalah lebih baik drp mati di mekah dan madinah. Sahabat telah tinggalkan kota mekah dan madinah, mati di seluruh alam utk agama dan mereka bersedia utk perkara ini. Pengorbanan yg besar yg mereka buat ialah meninggalkan bersohbat dgn kekasih mereka iaitu baginda nabi s.a.w. Hari ni pun, jika kita buat pengorbanan yg sama, Allah akan hindarkan perpecahan yg berlaku di kalangan umat. Oleh itu, bangun dan bagi nama utk keluar 4 bulan di jln Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir