mesyuarat malaysia 1994 - maulana umar (5)
Dalam dunia keputusan Allah s.w.t beransur-ansur. Seperti diciptaNya dunia ini selama 6 hari. Segala proses pembesaran atau pembinaan makhluk beransur-ansur. Alam akhirat segalanya adalah serta-merta, tiada lagi proses ansuran. Seperti kubur, mahsyar, mizan dan sirat laju seperti kilat. Bila hisab dilewatkan ummat gelisah sengsara yang amat sangat sehingga ada yang sanggup mengatakan, “Cepatlah penghisaban tidak tertahan lagi kepedihannya walaupun keputusan masuk neraka pun kami terima”. Semua nabi tidak berani mengadap Allah. Inilah kesengsaraan akhirat. Nabi dan sahabat menangis bila mengenangkan hari penghisaban yang bakal tiba. Kita melalui beberapa peringkat iaitu perut ibu, perut dunia, perut kubur dan alam akhirat. Keadaan di dunia melambangkan cara hidup di akhirat kelak. Keperluan terpenting pada manusia adalah hidayat. Hidayat iaitu nur yang masuk dalam hati manusia. Memberi kefahaman tentang 1000 tahun dahulu dan 1000 tahun kemudian. Apa yang berlaku di langi...