mesyuarat malaysia 1994 - pesanan hadzratji
Maulana
Inamul Hassan
Allah s.w.t
menganugerahkan usaha agama ini adalah merupakan satu rahmat. Sejauh mana kita
bersyukur sejauh itulah Allah s.w.t akan tambahkan nikmat tersebut.
Bersyukur atas nikmat
Allah s.w.t bermaksud kita buat usaha dengan bersungguh-sungguh, fikir atas
segala takazah agama dan pelihara
dari perkara-perkara yang merosakkan kerja kita.
Buatlah usaha dengan
penuh tumpuan padaNya sahaja. Buatlah dengan mesyuarat dan sentiasa bersama,
juga taatlah keputusan mereka.
Buatlah dengan penuh
tumpuan sehingga maut datang.
Jangan kita bertelagah
tentang usul. Hormatilah syor saudara kita. Apabila buat kerja dengan kasih
sayang usaha akan maju dan tersebar. Tetapi apabila kita bertelagah bermulalah
kejatuhan.
Ikut sunnah adalah
kejayaan dan meninggalkannya adalah kegagalan. Usahakan agar setiap orang
amalkan sunnah Nabi s.a.w.
Janganlah cakap sia-sia
dan berbisik-bisik. Nabi s.a.w teruskan usaha sampai letih untuk jauhkan cakap
sia-sia. Pernah dalam satu safar Nabi s.a.w meneruskan perjalanan sehingga
kesemua sahabat keletihan dan terus lena selepas mendirikan khemah.
Sibukkanlah diri dengan
amalan dakwah. Dakwah adalah penyembuh bagi segala kemusykilan.
Berdoalah kepada Allah
s.w.t agar diberi taufiq untuk kita buat kerja ini.
Syaitan dan nafsu
sentiasa berusaha supaya kita bertelagah lalu lalai dari kerja ini. Semoga
Allah s.w.t selamatkan kita dari syaitan dan nafsu.
Comments
Post a Comment