mesyuarat malaysia 1994 - hj mukib
Fadhilat salam iaitu
dari pagi hingga petang jika beri salam paling kurang 20 orang pada individu
atau jemaah jika mati, wajib syurga, begitu juga dari petang hingga pagi
esoknya.
Amalkan amalan ini maka
seseorang itu akan masuk syurga sambil tertawa iaitu :
1.
Sebarkan salam
2.
Sentiasa menjamu makan
3.
Bercakap dengan lemah lembut
4.
Qiam (solat) ketika orang lain tidur
Kata Maulana Ubaidullah
ketika di Mekah, ketika Jibrail a.s turunkan wahyu, Nabi s.a.w
menggerak-gerakkan lidahnya yang mulia. Kata Jibrail a.s, “Adalah menjadi tanggungjawab Allah untuk masukkan dalam hatimu dan
gerakkannya pada lidah mu”.
Penumpuan itu penting
ketika bayan dijalankan. Walaupun kita tidak faham bahasa itu. Apabila hak mendengar
ditunaikan maka kefahaman yang sempurna dianugerahi Allah s.w.t. Caranya adalah
dengar dan taat. Bukannya faham baru taat. Barulah kefahaman yang sebenarnya
datang.
Syukurlah kita
dilibatkan dengan kerja yang tinggi ini. Walaupun ramai yang berkualiti di Malaysia .
Sebenarnya kefahaman agama hanya diberi pada yang dikasihi Allah s.w.t sahaja.
Manusia kini mabuk dunia dan jatuh cinta pada dunia.
Nabi s.a.w dihantar
untuk buat kerja ini. Untuk buang kebesaran dunia dari hati ummat agar
kebesaran Allah s.w.t wujud dalam sanubari mereka.
Kita dihantar atas
maksud yang sama. Tambahkan korban bagi karkun lama. Kita bertanggungjawab pada
keselamatan ummat ketika di alam lain nanti. Kita adalah wakil Nabi s.a.w untuk
selamatkan ummat ini. Iman adalah keyakinan sepatutnya yang dikehendaki Allah
s.w.t.
Satu contoh: Nabi
Ibrahim a.s dibakar oleh Namrud, seurat rambut pun tidak hangus walaupun tali
pengikatnya habis hangus terbakar. Malaikat datang tawarkan bantuan, ditolak
Nabi Ibrahim a.s, menolaknya kerana beliau yakin akan menerima bantuan dari
Allah s.w.t sendiri.
Menolak segala
keyakinan selain dari Allah s.w.t itu keluar dari hati kita, itulah iman. Yakin
yang penuh dalam hati ini memberi kesan yang kuat pada orang yang mendengar penerangan
kita. Kita juga mesti bawa ummat pada tahap ini. Nilai Iman mesti di fahami.
Satu kisah: Abdullah
Huzaifah r.a ditawan oleh Raja Rom. Ia ditawarkan untuk dikahwinkan dengan
Puteri Raja Rom dan diberikan separuh dari kerajaan Rom jika ia memeluk Kristian.
Kata Abdullah r.a, “Walau sekelip mata pun aku tidak akan
tinggalkan iman jika kau serahkan anakmu dan seluruh kerajaan Rom”.
Raja Rom ingin takutkan
mereka lalu semua jemaah diikat pada pokok dan dipanah oleh pemanah-pemanah
yang handal untuk melukai mereka sahaja.
Abdullah r.a dan
jemaahnya tetap tidak berganjak dari keyakinan mereka.
Lalu raja Rom
memerintah mendidihkan air dan kemudian dicampak salah seorang daripada jemaah
itu dalam air yang mendidih itu.
Salah seorang dari
pegawai Rom nampak Abdullah r.a menitiskan air mata.
Raja pun memanggil
Abdullah r.a dan menanyakan sama ada beliau mahu menerima tawaran yang dibuat
tadi.
Abdullah r.a berkata
bahawa, “Ia tidak akan berganjak dengan
keputusan tadi”.
Raja Rom bertanya
dengan hairan mengapa Abdullah r.a menangis.
Jawab Abdullah r.a
bahawa, “Aku menangis bukan kerana takut
tetapi kerana sedih kerana aku hanya dikurnia oleh Allah s.w.t satu nyawa
sahaja. Jika nyawaku sebanyak bulu roma di tubuh ku nescaya akan aku korbankan
semuanya”.
Raja terpegun dengan
keyakinan yang luar biasa itu begitu mengesan hatinya. Terus raja itu memeluk
Islam.
Buatlah usaha sehingga
nilai Iman yang sebenarnya dianugerahkan pada kita. Ketaatan kepada Allah s.w.t
yang tiada tolok bandingnya perlu diwujudkan. Kecintaan pada sunnah Nabi s.a.w
sebagaimana cintanya Sahabat r.a pada sunnah mesti di contohi.
Satu kisah: Abdullah
bin Omar r.a adalah seorang yang amat mencintai setiap yang Nabi s.a.w lakukan.
Nabi s.a.w mempunyai satu kebiasaan iaitu berbaring dibawah sepohon pokok.
Apabila Nabi s.a.w wafat, Abdullah bin Omar r.a telah menjaga pokok itu dengan
baik supaya beliau dapat berbaring di situ seperti kebiasaan Nabi s.a.w.
Keduanya, tentang
solat. Bawalah ke seluruh alam. Sentiasa beritahu orang tentangnya, amalkan dan
doakan supaya semua orang dapat amalkannya. Solat adalah zahir yakin atas iman.
Setiap solat hendaklah ada roh kerana itulah asbab kepada kejayaan.
Dalam solat
berkali-kali kita sebutkan bahawa Allah s.w.t adalah pemelihara kita. Usahakan
agar roh solat sentiasa di tingkatkan kerana tanpa solat kita seperti tidak
berkepala. Terangkan nilai solat yang begitu tinggi dan bawa kefahaman ini pada
ummat.
Jangan ketinggalan
seorang pun. Sentiasa berdoa agar Allah s.w.t memberi kita hidayat dan menjadi
perantaraan hidayat untuk ummat.
Amalan yang ikhlas akan
diberi kekuatan untuk memberi kesan pada sesuatu yang lain. Seperti kisah tiga
orang yang terperangkap di dalam gua. Melalui amalan ikhlas mereka Allah s.w.t
selamatkan mereka dari terperangkap.
Saya telah buat gasht di Amerika suatu ketika
dulu, seorang perempuan telah terkesan dan bertanya kamu dari agama apa atau
pun gereja mana? Inilah sedikit sebanyak Allah s.w.t telah memberi kesan pada
hati mereka dan suasana disana. Mereka tidak lagi bertanya tentang negara tapi
tentang pegangan.
Comments
Post a Comment