mesyuarat malaysia 1994 - maulana umar (4)

Pengalaman manusia itu khilaf. Kesan amal itulah hakikat. Khasiat wujud pada setiap benda. Dalam diri manusia wujudnya roh. Kerjanya untuk tarbiyah pada badan, zahir badan akan sentiasa sihat dan kestabilan wujud dalam kehidupan harian. Setiap anggota akan berfungsi mengikut ketentuan masing-masing. Kesihatan pada perasaan dan hati maka sifat senyum, senang, tenang dan gembira akan dizahirkan. Bila kita tidur sifat zahir tadi akan luput, mata, telinga, mulut dan anggota lain tidak akan berfungsi lagi. Sifat itu hapus sama sekali bila datangnya maut.

Roh takluk pada 3 keadaan :

1. Tidur di alam dunia umpama mati. (Doa bangun tidur). Bila bangun dari tidur samalah      seperti bangun dari tidur di Padang Mahsyar kelak.

2. Tidur bangun di alam dunia dan tidur balik. Tidur sebenarnya di alam kubur. Inilah kehidupan hidup mati dan hidup kembali segalanya dengan izin Allah.

3. Bangkit kembali bangkit di alam akhirat. Segala amalan di dunia dibalas di alam akhirat.

Orang beriman jika masuk neraka, api neraka akan menjerit “Keluarlah kamu dari sini, aku mulai sejuk sekarang”. Ia akan buat gasht di neraka untuk menyelamatkan mereka yang beriman walaupun sebesar zarah.

Mereka yang ada sifat rahim pada manusia di bumi akan dikasihi di langit. Dalam ta’alim kita dengar perkara ini supaya manusia sentiasa mengasihani orang lain. Satu hari akan wujud. Maka pandangan Allah akan jatuh pada kita. Orang kafir tertarik dan wujudlah dakwah.

Kewujudan dakwah :
1. Lidah - percakapan
2. Anggota - amal
3. Hati - perasaan.

Fikir dakwah untuk keluarga amat penting. Lihatlah seperti Nabi Yusuf a.s dan Nabi Ismail a.s. Bagaimana keluarga mereka ? Tarbiyah itu datang dari keluarga. Fikir alam akan datang dari fikir keluarga dan fikir kampung.. (Maulana baca ayat Quran)

Satu hari Maulana berjumpa dengan sekumpulan doktor pakar yang tidak mempercayai alam kubur. Kita terkadang yakin tentang apa yang kita tidak lihat apabila seorang yang pakar dalam hal itu memberitahu kita. Pakar tadi ditanya Maulana, “Benarkah dalam tubuh manusia ada berbagai zat dan galian ?” Jawab mereka, “Benar kerana kami telah buat kajian dan pakar dalam bidang ini”. “Walaupun saya tidak nampak bahan itu tapi kepakaran kamu menyakinkan saya”, jawab Maulana.

Jadi begitulah juga alam akhirat. Yakinlah kepada kepakaran Baginda Nabi s.a.w.

Pada zaman Nabi seorang penghulu kampung bernama Suraqah b. Malik tertarik dengan tawaran 100 ekor unta jika dapat menangkap Nabi s.a.w. Ia mengintip Nabi dan menyerbu dengan kudanya untuk menangkap Nabi s.a.w, tiba-tiba kaki kudanya terbenam dalam tanah. Makin dicuba makin dalam terbenam, akhirnya ia yakin dengan kerasulan Nabi s.a.w. Bila berjumpa Nabi ia diberitahu suatu hari nanti dua tangannya akan dipakaikan dengan gelang Qisra, Raja Farsi. Setelah 20 tahun Umar r.a memerintah, ia menghantar jemaah ke negara Qisra. Kerajaan itu ditakluk Islam, ghanimah dihantar kepada Umar. Umar semak senarai ghanimah, didapatinya ada kekurangan. Dimana gelang Qisra? Pembantunya kehairanan kerana semua barang telah diambil. Memang benar gelang Qisra ketinggalan. Umar yakin dengan perkataan Nabi s.a.w.

Pada diri manusia ada dua keadaan, diluar kita nampak seperti seguni gula, sebatang besi dan sebagainya. Dalam badan kita seperti karbohidrat, mineral, protein dan air tidak dapat kita lihat. Begitu jugalah akhirat, di dunia kita nampak ular, kaldai, kala dan macam-macam lagi tapi dalam kubur ular, kala, api tidak nampak dengan mata zahir ini.

Buat usaha agama dengan takut dan bimbang. Kesan amal tidak mungkin silap, ia tetap wujud di dunia dan akhirat. Mengapa terkadang amal itu tidak makbul ? Kerana amal tidak kuat.

Untuk mendatangkan roh dalam amal : 
1. Yakin sahih dari iman berpunca dari dakwah serta korban. (sahih yakin)

2. Jazbah sahih dari ihsan berpunca dari ta’alim-ta’alum fadhail.(ihtisab)

3. Cara sahih dari tarekat berpunca dari ta’alim ma’asil.(sahih tarekat)

4. Penumpuan yang tepat dari amalan tilawah, zikir dan doa. Dipanggil dian. (ihsan)

5. Niat betul dari kesempurnaan iman.(ikhlas)

Untuk menyempurnakan amal tunaikan hak saudara-saudara kita. Supaya tidak ada seorang pun yang kita sakiti. Hindarkan muflis akhirat. Segalanya akan wujud dalam suasana dakwah. Iman akan terbina.

Bagaimana kisah Abu Darda yang yakin dengan amalan yang diajarkan Nabi. Bila diberitahu yang rumahnya terbakar. Ia yakin rumahnya selamat walaupun beberapa kali mereka datang memberitahu rumahnya pasti terbakar. Akhirnya jelas walaupun rumah jiran sekelilingnya terbakar tapi rumahnya selamat.

Nasihat maulana, “Berdoa itu tidaklah sesusah mana tapi untuk wujudkan keyakinan itu amatlah rumit”.       

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir