mesyuarat malaysia 1995
RINGKASAN BAYAN-BAYAN DI
MESYUARAT MALAYSIA 1995 - NIZAMUDDIN
Dunia ini darul amal, akhirat darul jazak.
Yakin
betul :
Ikut perintah Allah berjaya,
Ikut sunnah Rasulullah s.a.w berjaya
Tak ikut perintah Allah & sunnah
Rasulullah s.a.w gagal
Kata Maulana Ilyas rah, “Syaitan akan
ingatkan keperluan kita yang kecil. Itu perlu buat, ini perlu
buat sehingga kita hilang tawajjuh.”
buat sehingga kita hilang tawajjuh.”
Kita kena fikir – bagaimana untuk maju
dalam usaha ini. Asbab untuk kita maju dalam usaha :
1. menjaga masa kita
2. tetap dalam amalan
3. sempurnakan amalan kita
Contoh
: Keluar 40 hari
200 waktu solat berjemaah dengan takbir
pertama
40 kali ta’alim
40 kali gasht
40 kali mesyuarat
40 kali tahajjud & nafil yang lain,
tilawah quran, zikir dll
40 hari jangan buat apa-apa tanpa izin
dari Ameer
Hadrat
Ali r.a - sejak dia belajar tasbih fatimah tak pernah dia tinggal walaupun
dalam peperangan.
Sayed
Musayib – dia tidak ada bilik dalam masjid. 20 tahun tidak pernah tinggal
takbir pertama walaupun dia seorang peniaga, alim dan muhadisin
Jaga ijtima’i amal – ia akan jadi mizaj
agama/fikir agama
Jaga
infradi amal – nur dalam amalan, nur hidayah yang akan memandu kita ke jalan
yang betul ibarat lampu. Jika infradi amal ditinggalkan, nur dalam ijtima’i
akan hilang.
Asbab kedua hidayah ialah taat. Bila kita
100% taat, kita akan dapat 100% hidayah. Jika tidak kita akan tersangkut dengan
keinginan sendiri dan akan memecah-belahkan dalam usaha agama. Para
sahabat r.a taat dalam semua keadaan.
Sekarang ini zaman istiqbal (penerimaan).
Masa ini merupakan satu rahmat atau akan datang pengharapan & bahaya.
Melalui usul-usul yang diamalkan akan berlaku penerimaan dan Allah akan
turunkan hidayah. Jika tidak ikut usul dan jauh dari usul kita dalam bahaya !
Seberapa banyak kita usaha atas orang miskin, kita akan terselamat.
Usaha ini tidak bergantung pada
:
Negara/kerajaan
Harta
Kebijaksanaan/kepandaian – melalui
kepandaian akan datangkan kerosakan.
Supaya kebaikan datang kepada umat
hendaklah kita mewujud dan menambah 3 sifat :
rasa simpati untuk umat
sanggup susah payah untuk umat
sanggup belanja/korban untuk umat
Walaupun kita telah buat usaha ini dengan
usul-usul – kita hendaklah yakin bahawa Allah yang
buat semuanya. Kita
hendaklah menafikan diri kita. Kita hendaklah menangis depan Allah &
minta
bantuan dari Allah. Jika kita buat dengan sifat-sifat ini , Allah akan ambil
usaha dari kita.
Sifat
orang buat usaha agama :
Kuat tapi lembut
Lembut tapi bukan lemah
Pemurah tapi jangan membazir
Allah s.w.t telah utus Nabi s.a.w bersama
amalnya yang suci dan murni. Untuk diamal dan
usaha atas orang lain juga.
Dengan itu :
Allah akan bina/ perelokkan kehidupan
dunia & akhirat
Allah akan buang rasa
kegelisahan/ketakutan dalam hati dan menukarkan kepada kebaikan dan ketenangan.
Untuk
itu kita kena buat :
2 gasht, 2 ta’alim, 3 hari tiap-tiap bulan
2½ jam – jumpa orang untuk memakmurkan
masjid
Fikir harian – bagaimana 100% orang
tempatan solat 5 waktu
Hidup amalan di setiap rumah – ta’alim,
zikir, tilawah, solat awal waktu.
Jika
kita dapat usaha atas amalan diatas bukan mustahil bagi Allah amkan amalan ini
di Malaysia
dan di seluruh alam.
Orang lama harus buat usaha ini dgn jadikan
diri sifat seperti bunga , bukan sifat seperti duri :
Sifat bunga -
semua orang suka -
tidak pecahkan hati ahli qariah kita -
kita sebagai pembantu ahli qariah kita
Sifat
duri - setiap orang cuba
elak dari duri -
atas perkara kecil kita bertengkar -
kita mahu lawan orang
Orang yang buat usaha tanpa kepentingan
diri, bila dpt ganjaran di akhirat nanti akan ada
orang berkata – “kenapa kita tidak buat usaha ini
seluruh dari masa kita di dunia dulu”.
Orang yang buat usaha ini kerana Allah dan
meletakkan akhirat dihadapan :
Insya’allah dia akan terus maju dalam
usaha ini
Allah akan kurniakan keikhlasan dalam
hatinya (mukhlis)
Ia menjadi asbab hidayat di seluruh alam
Ia menjadi asbab hapuskan segala fitnah
Dalam al-Quran, Allah berfirman : “Menjadi
tanggungjawab Kami untuk bantu kamu”.
tujuan 2½ jam : Untuk memakmurkan masjid kita
Berkumpul pada satu masa.
Bentuk jemaah 2-3 orang
Pergi tiap-tiap rumah – jumpa ketua
keluarga – beri fikir akhirat dan persiapan akhirat
Bentang takazah – 3 hari, 40 hari, 4 bulan
Jika mereka tidak sedia – dekatkan mereka
dengan usaha ini seperti ta’alim masjid, gasht, 2½ jam
Untuk ketua keluarga – beri fikir akhirat
dan sediakan fikir persiapan hari akhirat
Masalah akhirat – masalah yang besar –
selepas mati apa pun tidak boleh buat amal
Beri fikir – tanggungjawab kepada ahli
keluarga – seperti tunaikan solat 5 waktu dengan betul, awal waktu dan tertib,
tilawah Quran – nur al-Quran – petunjuk
Zikir pagi & petang – Allah bersihkan
hati kita – hubungan dengan Allah bertambah – ini adalah perkara besar !
Ta’alim di masjid – supaya mereka dapat
duduk, oleh itu hati mereka ada keinginan amal agama
Ta’alim di rumah – bersama anak isteri
Bila ketua keluarga ada fikir pentingnya
agama maka ia akan tarbiyah ahli keluarga
Bentangkan
ini kepada ketua-ketua keluarga
Niat
setiap lelaki solat 5 waktu berjemaah, setiap wanita solat awal waktu, zikir,
tilawat Quran. Sehingga
setiap orang dapat amal keseluruhan agama
Kesan
amal seperti musim :
Musim
panas semua orang rasa panas
Musim
sejuk semua orang rasa sejuk
Musim
tidak pilih kasih – semua orang akan merasainya
Bila
amalan agama bertambah orang fasiq pun boleh jadi wali-wali Allah
Bila
amalan agama menurun anak orang alim/ulamak pun boleh jadi fasiq
Usaha ini hendaklah dibuat dengan : satu hati, satu fikir, cara yang betul
Dengan
cara ini Allah akan ubah suasana dan Allah akan datangkan rasa cinta/kasih pada
semua umat
3 perkara akan wujud kesatuan :
jangan cari keaiban orang lain
jangan hebohkan keburukan
jangan lihat keburukan orang
Orang yang memberi bayan – jangan rasakan
orang yang dengar bayan kita itu tidak betul – ini
akan datang sifat takkabur –
ini orang rosak
Rosak
buat usaha agama – bila ada cinta dunia, pangkat, nama, harta, kemasyhuran,
kepentingan diri atau rasa diri besar.
Jangan kita menzalimi orang lain, sekat
orang lain – takut orang lain ambil tempat dan
kedudukan kita. Kita takut nanti
dapat tamparan Allah ! Tangkapan Allah sangat hebat
sehingga manusia akan
terkejut !
Janganlah kita menzalimi rakan-rakan
seusaha dengan tangan kita, perkataan kita sehingga mereka mengeluh – ini
sangat merbahaya pada kita
Hadrat Umar r.a tulis surat
pada semua Gabenornya, “Kalau kamu nak tahu apa makam kamu dilangit, lihatlah
kawan-kawan sekeliling kamu samada suka atau tidak”
Setelah
Umar r.a. ditikam – Umar r.a risau – takut ada orang tak suka padanya. Abbas
r.a suruh tengok sahabat-sahabat lain di masjid. Sahabat semua dalam keadaan
sedih. Umar
r.a berdoa, “ Ya Allah, kalau Engkau tak beri apa-apa terhadap amalan aku,
tidak mengapa – tapi janganlah Engkau tangkap atas dosa-dosa.
Di Mekah –
13 tahun usaha atas pembentukan iman
Di
Madinah – sahabat perang tanpa
persediaan – Allah menangkan mereka
Di Hunain –
sahabat ramai, tawajjuh mereka mula beralih kepada kelengkapan - Allah kalahkan mereka
Jika
kita buat usaha agama tetapi pandangan kita beralih dari Allah – kita gagal
Apa
saja ujian datang – contoh: orang mula mengenali kita, datang sifat kehebatan
diri – Maka pandangan dan tawajjuh kita hendaklah tetap pada Allah – kita akan
berjaya.
Minta-minta : membuka pintu kefakiran
Orang
miskin jangan meminta-minta.
Orang kaya hendaklah membayar zakat.
Orang dunia –
prinsipnya nak ambil hak orang lain
Nabi
s.a.w bersabda, “Sebaik-baik orang kaya, berada di pintu orang miskin,
Seburuk-buruk orang miskin berada di pintu orang kaya”
kejayaan dlm Yakin betul, Berhati-hati dalam amalan dan Taat
Hadrat
Abu Khuthaimah r.a balik dari satu safar, sampai di
Madinah , ia
dapati Rasulullah s.a.w tiada di Madinah. Baginda pergi ke Tabuk. Sahabat ini
ada 2 orang isteri. Kedua isterinya telah buat persiapan – makan/minum untuk
menyambut kepulangan suaminya. Kata sahabat, ini tidak adil – Rasulullah s.a.w
di Tabuk – panas, menghadapi peperangan, aku pula bergembira bersama isteri.
Beri saya kelengkapan perang -–lantas ia menuju ke Tabuk. Sahabat beritahu pada
Rasulullah s.a.w ada orang datang dari jauh. Mungkin Abu Khuthaimah tadi.
Sahabat ini telah ceritakan hal keadaan dia pada Rasulullah s.a.w. Rasulullah
s.a.w telah doa.
Contoh
sahabat yang miskin: Abu Zar r.a Dalam safar, untanya telah sakit, lantas Abu Zar r.a telah pikul barang-barang
dibelakangnya. Ia berjalan sehingga sampai di hadapan Rasulullah s.a.w.
Demikianlah
sahabat mempunyai yakin yang tetap/teguh walaupun berbagai dugaan telah datang.
Melalui
kerja dakwah, yakin akan datang - yakin akan dibentuk
Kata
Maulana Ilyas rah. , “Selesaikan segala masalah kamu melalui usaha agama”.
Mansha maulana Ilyas rah. – agar usaha
agama ini sampai ke tahap agama di zaman
Rasulullah s.a.w. Oleh
itu buatlah usaha agama seluruh hidup kita. Korban
masa, diri, harta
Allah selamatkan dari azab dunia dan akhirat.
Seluruh dunia sekarang, manusia saling
tuduh-menuduh, mengkritik, menyalah dan laknat-melaknati orang lain.
Masing-masing anggap diri mereka macam malaikat.
Inilah
tanda-tanda Allah akan turunkan azab pada sesuatu tempat itu.
Jika
kita pandang hina pada orang – Allah akan hinakan kita.
Satu
cerita.......
Dalam
satu perjalanan menunaikan haji, seorang sheikh/ahlullah telah jatuh hati pada
seorang gadis beragama kristian yang cantik dan ingin berkahwin dengannya. Ia
beritahu murid-muridnya, “Aku tidak dapat bersama pergi menunaikan haji kerana
satu penyakit telah hinggap pada diri ku”. Gadis itu bersetuju tapi telah
kenakan beberapa syarat :
i. Masuk kristian ii. Menjaga babi di kandangnya.
Ahlullah
itu telah bersetuju. Selepas haji murid-muridnya telah singgah di kampung tadi.
Alangkah sedihnya mereka bila mereka melihat ahlullah tersebut sedang menjaga
babi dengan tongkat yang pernah digunakan baca khutbah dan mengajar agama pada
orang lain. Semua anak muridnya telah menangis dan berdoa. Berkat doa mereka
Allah telah beri hidayat padanya semula lalu ia bertaubat. Murid-muridnya
bertanya macam mana perkara ini boleh terjadi. Ahlullah itu berkata, “Sewaktu
kita lalui kampung ini dahulu aku telah pandang hina pada mereka kerana mereka
beragama kristian. Allah telah cabut iman aku”.
Zaman ini ialah zaman istiqbal – jadi
banyak fitnah akan berlaku. Oleh
itu kita kena pelihara diri dengan sifat-sifat :
1. Sifat taqwa
2. Sifat sabar dan tidak berdendam
3. Pesanan Hadratji Maulana Inamul Hassan
rah. – libatkan diri dengan usaha jemaah masjid, 2 gasht, 2 ta’alim, 2½ jam,
fikir harian, 3 hari jemaah sempurna dari masjid setiap bulan.
Sifat
taqwa :
Sifat
taqwa seperti nabi Yusuf a.s.
Yusuf
a.s digoda oleh wanita – Yusuf a.s lari dari tangkapan wanita itu
Yusuf
takut pada Allah s.w.t
Sifat
sabar :
Yusuf
a.s sabar - atas kedengkian
adik-beradiknya -
atas pakatan nak menjatuhkan dan membunuhnya
Sifat
tidak berdendam : Yusuf a.s telah memaafkan kesalahan adik-beradiknya semasa ia
dilantik menjadi menteri.
Sewaktu nabi Yusuf a.s di masukkan ke
dalam telaga, ia diselamatkan oleh malaikat. Malaikat berkata pada nabi Yusuf
a.s , “Diam sini”.
Sewaktu
nabi Yusuf a.s melarikan diri dari tangkapan wanita :
Yusuf a.s tidak menjerit
Sudah sampai ke pintu pun Yusuf a.s diam
juga
Wanita itu telah koyak baju Yusuf a.s dari
belakang.
Pengajarannya:
Dalam rangka kita buat usaha ini, bila fitnah datang hendaklah kita diam.
Teruskan buat usaha dakwah. Allah akan bersihkan kita dari fitnah.
Orang
yang buat kerja ini betul-betul dan ada sifat taqwa – Allah akan tunjukkan
jalan keluar dari segala masalah.
Sifat orang munafik di zaman Rasulullah
s.a.w :
Solat tapi malas
Zikir malas
Korban harta sangat berat
Amalan di atas dibuat hanya untuk menunjuk-nunjuk.
3 perkara – ujian orang ikhlas yang buat
usaha dakwah
Wanita
Harta
Kedudukan/pangkat
Satu cerita sahabat :
Hadrat
Zaid bin Harithah, tidak mahu kembali pada ayah dan pakciknya (bukan Islam)
walaupun diberi tebusan. Bapanya kata, “Kamu ini janggal, kamu lebih suka jadi
hamba”. Zaid berkata, “Aku tidak akan tinggalkan Nabi s.a.w”. Nabi s.a.w begitu
gembira – Nabi s.a.w peluk Zaid r.a dan letak atas ribanya. Kita
harus mendidik dan menyayangi anak-anak kita sebagai mana Rasulullah s.a.w
menyayangi hadrat Zaid r.a.
Kita hendaklah menjaga hubungan dengan
makhluk iaitu:
menunaikan haknya
menghormatinya
mengasihinya
Dengan akhlak – manusia akan hampir dengan
kita dan kita pula hendaklah hubungkan
mereka kepada Allah – ini adalah cara
Nabi s.a.w
Tetapi
jangan hubungkan mereka dengan kita pula. Ini adalah cara yang salah – Ini
kerja Dajjal
laknatullah – kerja Dajjal nak alihkan makhluk dari Allah s.w.t.
Syaitan pula sifatnya :
Dia sendiri tidak betul
Dia sesat
Kerjanya bawa orang pada kesesatan
Dunia sekarang – sifat seperti kehaiwanan
ambil dari orang lain
masuk perut sendiri
beri kerosakan pada orang lain - macam ular/kala : patuk orang lain, dia
tidak dapat
apa-apa
Ahli batil terbahagi kepada 3 : Bila
datang nusrah Allah
mereka datang kepada hidayat
mereka merendahkan pandangan mereka
mereka akan melampau dan bongkak
Umat
Nabi Musa a.s – jadi kera kerana mereka menangkap ikan pada hari Sabtu. Bongkak
dan melampau terhadap larangan Allah.
Islam akan berpecah 73 golongan – 1 sahaja
masuk syurga iaitu “Aku dan sahabatku dan
orang yang berada di atas jalan....”
Sifat Da’i – risau, doa dan menangis lihat
umat
Maulana Umar rah. baca ayat :
“Katakan jika ayah, anak-anak, saudara-saudara,
isteri-isteri, kaum keluarga, harta yang kamu miliki, perniagaan yang kamu
takuti kerugiannya dan rumah yang kamu sayangi itu lebih kamu cintai dari Allah
dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah, Allah akan
mendatangkan siksaanNya. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk pada orang yang
fasik”
(surah taubah ayat
24)
Bila
cinta 8 perkara lebih dari 3 perkara – maka penyakit rohani akan datang.
Cinta
8 perkara bukanlah hendak dihapuskan, tetapi hendaklah dikurangkan.
Nabi
s.a.w sayang pada anaknya Fatimah r.ha, sayang pada Aisyah r.ha tapi ada hadnya
– tidak melebihi cinta terhadap Allah.
Tanda
cinta 8 perkara :
kurang beri korban
meninggalkan perintah Allah
Oleh
itu hendaklah kita tambah korban sedikit demi sedikit – hingga kita rasa diri
dan harta tidak ada nilai lagi.
Penutup bayan hidayat : Maulana Zubir
al-Hassan
Semoga
saudara yang keluar jalan Allah diterima oleh Allah s.w.t. Perhimpunan ini
untuk agama Allah dan kita buat semata-mata kerana Allah. Dengan ini Allah akan
kurnia nur dan menafaat yang banyak dari majlis ini. Oleh itu hendaklah kita
biasakan diri dengan majlis dan amalan agama seperti ini.
Kejayaan
dan kebahagiaan manusia dalam agama. Sebanyak mana kita amal agama, cinta agama
sebanyak itulah Allah menambah fadalNya atau kurniaanNya. Usaha yang kita buat
ini adalah untuk membawa ketaatan kepada Allah. Kita keluar dengan niat amal
agama, usaha agama dan belajar agama. Allah s.w.t beri kita cara dan tertib
yang mudah untuk belajar dan amal agama.
Kita
buat kerja ini dan belajar usaha ini – Allah akan beri hakikat usaha ini. Usaha
sampai maut. Selepas maut itulah hasil usaha kita dan kita tidak akan kembali
lagi. Kita hendaklah jaga solat jemaah awal waktu, ta’alim, zikir, tilawah
Quran. Waktu siang kita usaha, waktu malam kita minta dengan Allah. Yang hanya
beri ialah Allah. Allah tidak sia-siakan usaha mausia. Oh Allah, hanya engkau
sahaja yang maha pemberi. Allah sangat cinta pada manusia, waktu siang usaha –
malam mohon doa.
Jika
kurniaanNya bersama kita sejauh itulah kita dapat amal agamaNya. Apa yang kita
tahu kita amal, untuk orang lain kita targhib. Oh Allah, berilah kesempurnaan
iman, istiqamah dan kesempurnaan agama. Siapa yang buat dia yang untung, tak
buat rugi, Allah s.w.t tak rugi apa-apa.
Semoga
Allah s.w.t jadikan kita orang yang sentiasa belajar agama, amal agama dan buat
usaha atas agama.
Comments
Post a Comment