mesyuarat malaysia 1994 - maulana umar (5)
Dalam dunia keputusan
Allah s.w.t beransur-ansur. Seperti diciptaNya dunia ini selama 6 hari. Segala
proses pembesaran atau pembinaan makhluk beransur-ansur. Alam akhirat segalanya
adalah serta-merta, tiada lagi proses ansuran. Seperti kubur, mahsyar, mizan
dan sirat laju seperti kilat.
Bila hisab dilewatkan
ummat gelisah sengsara yang amat sangat sehingga ada yang sanggup mengatakan, “Cepatlah penghisaban tidak tertahan lagi kepedihannya
walaupun keputusan masuk neraka pun kami terima”. Semua nabi tidak berani
mengadap Allah. Inilah kesengsaraan akhirat. Nabi dan sahabat menangis bila
mengenangkan hari penghisaban yang bakal tiba.
Kita melalui beberapa
peringkat iaitu perut ibu, perut dunia, perut kubur dan alam akhirat. Keadaan
di dunia melambangkan cara hidup di akhirat kelak. Keperluan terpenting pada
manusia adalah hidayat. Hidayat iaitu nur yang masuk dalam hati manusia. Memberi
kefahaman tentang 1000 tahun dahulu dan 1000 tahun kemudian. Apa yang berlaku
di langit pun mereka faham. Segala kejadian Allah di fahami. Tiada kejayaan
dalam benda. Ia wujud dalam amalan tapi tidak nampak.
Ummat terdiri dari 2
golongan:
1. Kejayaan mereka nampak ada dalam
kebendaan. Jalan hidup mereka tidak betul.
2. Yakin kejayaan dalam amal. Pilih cara
hidup Nabi s.a.w. Kehidupan mereka susah.
Ummat yang yakin dengan
kebendaan ada kejayaan bila lihat perniagaan besar, pengaruh yang banyak, segala
asbab yang dapat dilihat. Kejayaan dalam amal asbab segalanya ghaib seperti
berkat, pahala, malaikat dan nusrah Allah. Tidak dapat dilihat dengan mata
zahir.
Pemimpin kafir menuduh
sahabat berjuang ada kepentingan. Bila Abu Bakar baca Quran semua penduduk
Mekah tertarik. Mereka mula bimbang. Tuhan mereka yang banyak itu (360) untuk
cipta seekor lalat pun tak mampu.
Makhluk diciptakan
lemah. Hanya Allah s.w.t berkuasa. Dengan hanya satu perintah jadi, semuanya
jadi. Manusia begitu lemah, jika kita berkumpul seluruh keturunan sejak beribu
tahun dahulu untuk cipta satu kaki nyamuk pun tidak mampu. Sentiasa cakapkan
kebesaran Allah s.w.t juga ambillah sikap suka mendengarnya dan sentiasa
nafikan makhluk.
Ummat beriman hanya
kecil kelompoknya. Nabi Musa a.s pernah merayu ummatnya membantu dakwahnya
(Hawariyyin). Ia mengatakan dengan sungguh-sungguh tentang tugas dan
kepentingan kerja ini. Tidaklah ramai yang taat. Nabi kita pernah menawarkan
dirinya, “Siapa yang boleh bawa saya pada
keluarga kamu atau kampung kamu...”. Rayuan demi rayuan dibuat oleh para
Nabi tapi hanya kelompok yang kecil sahaja tertarik. Hinggakan bantuan ghaib
tiba dengan berbagai cara.
Penduduk Madinah
mempunyai kekuatan dalam iman, ibadat, mua’syarat,
mua’malat dan akhlak segalanya
mengikut ajaran Nabi s.a.w. Orang luar akan tertarik bila melihat cara hidup
mereka. Dari jahilliah bertukar
kepada kehidupan yang baik. Di depan rumah sahabat dibinanya sebuah rumah
persinggahan yang kecil. Disediakan daging untuk musafir yang lalu. Setiap
musafir yang lalu diminta makan dan minum walaupun tanpa turun dari
tunggangannya.
Musafir dapat lihat
kemakmuran masjid Nabawi. Diimarahkan 24 jam. Hidup dan mencetuskan rasa
kerohanian yang berlainan dari tempat lain. Seperti seorang dari tempat yang
panas masuk ke tempat yang ada air-cond.
Mahul masjid Nabawi mengubah
kerohanian. Contoh masjid di atas muka alam ini ialah Masjid Nabawi dan kampung contoh adalah Madinah Munawwarah.
Usaha jemaah masjid
adalah untuk menghidupkan suasana dakwah. Dalam 2½ jam jumpa orang bawa ke masjid untuk hidupkan
amalan jemaah masjid. Akhir zaman ini kita tidak dituntut berkorban sebagaimana
sahabat. Sedikit pengorbanan sudah memadai. Dalam hadith ada diberitahu, “Seorang buat usaha dakwah di akhir zaman
ini dapat ganjaran fadhilat 50 sahabat”.
Peningkatannya
beransur-ansur maka keberkatan akan datang dalam kebendaan :
1. Bertambah
2. Mencukupi
3. Doa menyelesaikan masalah benda
Dalam peperangan Badar sahabat dapat bantuan Allah s.w.t kerana sifat :
1. Sabar
2. Takwa
3. Doa dengan menangis
Bantuan ini tetap akan
turun sampai qiamat. Bukan hanya dalam Badar. Terkadang pertolongan ini
dilambatkan Allah, ingin lihat kerisauan kita.
Perkara yang
menyebabkan Allah s.w.t menurunkan kekalahan pada pihak musuh :
1. Sombong dan bongkak
2. Bermegah-megah
3. Menghalang kerja agama seperti Badar
Sekarang pertolongan
Allah s.w.t telah turun pada kita. Yang jahat ditukar kepada baik dan kaya
dapat tunaikan zakat. Duit untuk sifakir hanya sementara tapi untuk kerja agama
ia akan berterusan.
Pertolongan akan
diangkat Allah s.w.t bila ada :
1. Niat dunia
2. Kelemahan dalam syor
3. Wujud pecah belah
4. Orang tidak akan ikut
Ini terjadi dalam Uhud.
Ia berkait satu dengan lain. Dalam Uhud 1000 sahabat yang ikut serta, tapi 300
ada kepentingan lain. Golongan munafik diketuai Abdullah Ubai kembali ke Madinah.
Jumlah tentera kafir, 3000 orang. Kekalahan sementara diterima oleh Islam
kerana wujudnya golongan pentingkan dunia.
Satu contoh seorang
pesakit diberi doktor ubat. Ubat makan (antibiotik)
dan sapu. Jika tidak sembuh juga doktor terpaksa bedah. Orang yang berpenyakit
rohani, Nabi s.a.w akan hantar sahabat untuk dakwah. Dakwah seperti antibiotik, dakwah disertakan dengan
akhlak. Akhlak umpama ubat sapu. Jika masih tidak sembuh terpaksa
dibedah-potong, kalau tidak, berjangkit.
Penyakit jasmani natijahnya
adalah maut. natijah penyakit rohani pula ialah jahannam. Dalam jahannam mereka menjerit
lalu ditempelak Allah s.w.t tentang dakwah dan ingatan yang diberi ketika
didunia. Firaun dan kaumnya yang musnah dulu dihancurkan oleh Allah s.w.t
sendiri. Allah sendiri yang jalankan operation.
Sekarang Allah tidak akan jalankan operation
seperti dulu tetapi dijalankan secara beransur-ansur. Ketika sahabat menghadapi
penderaan kafir di Mekah mereka tidak mengambil tindakbalas kerana taat
perintah Allah walaupun mereka kuat dan mampu. Di Madinah barulah perintah
jihad turun.
Dalam perang Uhud
tentera kafir hampir kalah, ghanimah
ditinggalkan. Ini dilihat oleh pasukan yang sedang bersedia di atas bukit. Amernya
ialah Abdullah b. Zubair. Tercetus fikir dalam hati tentera tersebut. Kita
mesti turun untuk kumpulkan ghanimah,
bantu ringankan urusan mereka di bawah dan membantu memerangi musuh yang masih
ada. 38 tentera Islam turun juga walaupun ditegah Amer. Arahan Nabi belum
diterima untuk turun membantu mereka dibawah. Hanya tinggal 12 orang tentera
yang patuh pada Abdullah b. Zubair. Khalid Al-Walid ketika itu belum Islam
mengambil kesempatan menyerang tentera Islam dari belakang. Pasukan Islam kacau
bilau diamuk tentera kafir yang dipimpin Khalid Al-Walid. Khalid hanya
mengetuai 100 tentera kafir yang mencetuskan serangan itu. 70 orang sahabat
telah syahid. Seorang musyrik bernama Abdullah Qaniah telah mensyahidkan gigi
Nabi dan sempat memecahkan topi besi Baginda.
Dalam kerja ijtima’i semua kita akan dapat masalah walaupun
segelintir sahaja yang buat amal tidak betul. Nabi telah dihebohkan wafat.
Dalam hal ini sahabat mengambil sikap, Nabi syahid kita pun syahid atau kita
tetap teruskan perjuangan (usaha).
Inilah tahap Uhud :
1. Kemenangan
2. Kekalahan sementara, bantuan diangkat
Allah
3. Bantuan datang kembali
Iktibar dari peristiwa
Uhud: Seorang yang beriman kotor dengan keduniaan, Allah s.w.t akan menapis
untuk membuang kekotoran tersebut. Apabila bersih barulah bantuan Allah datang
kembali. Jangan minta tapisan ini.
Ini adalah ujian dari Allah. Mintalah afiat
dari Allah s.w.t.
Bila khilaf berlaku dalam usaha agama, tapisan akan datang dari Allah s.w.t. Untuk
selesaikan khilaf lihat pada diri sendiri. Salahkan diri sendiri.
Rasalah diri ini amat kekurangan. Lemah dan bersalah. Sabda Nabi s.a.w, “Semua kamu adalah orang yang bersalah”.
Tiada siapa yang betul. Siapa kata dia betul maka dia telah menentang Nabi
s.a.w secara terbuka. Sabda Nabi s.a.w, “Orang
terbaik antara yang bersalah ialah orang yang bertaubat”.
Satu hari seorang
pendosa telah berdoa. Maulana ada dibelakangnya: “Wahai Allah, aku hina seperti anjing, ampunkanlah aku seperti anjing
Ashabul Khafi. Orang lain ada pelindung seperti solat, ta’alim dan amalan baik
yang lain. Aku tidak ada apa-apa. Wahai Allah, aku berjanji tidak akan
mengulanginya lagi”.
Maulana mendoakan
pendosa itu dibelakangnya. Kata maulana dia itu lebih baik dari orang yang buat
usaha dengan sifat sombong dan takabbur.
Paginya ia telah buat pengakuan depan majmak
ia telah bertaubat. Maulana minta ia keluar 4 bulan untuk kekalkan perasaan
ini. Ia jegil pada maulana, saya tetap tidak akan mengulangi perbuatan saya
yang lalu. Selang beberapa lama, Maulana didatangi seorang yang berjanggut
panjang dan nampak seperti orang lama. Dia memperkenalkan dirinya dan
berterimakasih pada maulana kerana tashkil
dia keluar. Sekarang dia ada buat perniagaan kecil-kecilan dan pendapatan itu
cukup untuknya.
Dalam Uhud Allah
bersihkan orang yang ada cinta dunia. Allah uji untuk tingkatkan iman mereka
dan darjat dinaikkanNya. Orang beriman dan tak beriman sama-sama susah tapi
kesusahan orang beriman adalah menafaat. Orang tidak beriman diberi peluang
oleh Allah untuk tunjukkan kemegahannya seperti Firaun. Sama-sama mati tapi
berbeza iaitu kejayaan dan kegagalan.
Dalam usaha sama-sama
buat usaha samada ikhlas atau pun tidak. Bila ujian turun, Allah akan asingkan.
Dengan sendirinya yang tidak tulin akan diketepikan. Orang tidak tulin ini suka
duduk tepi-tepi berhampiran dengan lorong-lorong. (Maulana baca ayat Quran) Bila
nikmat datang, merekalah yang paling heboh tapi bila ujian tiba mereka
cepat-cepat lari ke lorong-lorong tadi. Ujian Allah tetap akan datang untuk
menghasilkan yang benar-benar tulin.
Bagi syor, taat
keputusan mesyuarat, jangan masukkan kepentingan diri dalam syor kita. Zumindar jangan seperti pemerintah dan
jangan sekat awal-awal lagi setiap syor walaupun kita tidak akan menerima syor
tersebut.
Comments
Post a Comment