mesyuarat malaysia 1994 - maulana ibrahim
Dalam diri kita ada
kelebihan yang berbeza antara satu dengan lain. Segalanya adalah untuk tunaikan
tanggungjawab kita iaitu tanggungjawab agama. Apakah anugerah kelebihan yang
Allah s.w.t beri itu? Ia adalah kebolehan dan kekuatan. Maksud hadith: “Setiap insan ada nilai seperti nilai emas
dan perak dalam tanah”.
Ini adalah satu amanah
dari Allah s.w.t. Untuk tunaikan amanah itu Al-Quran diturunkan. Ia merupakan
satu panduan untuk menggunakan amanah tersebut. Bagaimana dan di mana amanah
itu boleh digunakan ?
Ia juga ceritakan kudrat
dan kebesaran Allah s.w.t. Bagaimana untuk dapatkan bantuan Allah s.w.t ? Ia
mestilah mengorbankan keinginan kita. Yakin atas kudrat Allah s.w.t itu fardhu.
Untuk zahirkan kudrat Allah s.w.t kadang kala Dia gagalkan asbab dunia.
Nabi Isa a.s hidupkan
orang mati. Agar manusia dapat keyakinan kudratNya. Untuk ketaatan manusia pada
Allah s.w.t. Allah s.w.t tidurkan Asyhabul-Kahfi
selama 309 tahun baru dibangkitkan. Allah s.w.t tidurkan mereka kerana agama. Tapi
ummat ini dibangkitkan untuk hidupkan agama. Pernah para sahabat Nabi s.a.w
ditidurkan dalam suasana perang.
Kudrat Allah s.w.t amat
sempurna. Ia akan bersama dengan mereka yang amalkan Al-Quran. Kudrat itu
tertunggu-tunggu untuk mereka. Ia merupakan hidayat bagi kita.
Dalam diri manusia
wujud dua unsur iaitu kebaikan dan kejahatan. Al-Quran adalah panduan pada
unsur ini. Ia merupakan hidayat bagi manusia. Kebolehan Nabi s.a.w digunakan
melalui panduan Al-Quran. Tertib Nabi s.a.w mesti di contohi untuk menarik bantuan
dari Al-Quran. Nabi s.a. w mempunyai dalam dirinya supaya semua orang dalam
dunia ini selamat dari Jahannam, walaupun musuhnya. Perasaan Nabi s.a.w, semua
orang adalah dirinya dan perhatiannya tertumpu pada yang lemah. Nabi inginkan
semua manusia berjaya dan kejayaan yang sebenarnya di akhirat.
Sebuah hadith : “Nabi s.a.w pergi jumpa seorang pemuda
Yahudi yang hampir mati. Di dakwahnya pemuda itu pada kalimah. Pemuda tersebut
berpaling pada ayahnya tanda minta restu. Ayahnya terus mengangguk tanda
setuju. Akhirnya pemuda itu mati dalam kalimah syahadah”.
Apa yang dilakukan oleh
musuhnya tetap diterima dengan lapang dada kerana ia inginkan kebaikan dari
musuhnya, iaitu selamat dari Jahannam.
Pernah Allah s.w.t
beritahu Nabi s.a.w: “Walaupun kamu
istighfar 70 kali Aku tetap tidak akan mengampunkan mereka”. Kata Nabi
s.a.w: “Jika aku difahamkan bahawa
istighfar lebih dari 70 kali, Allah s.w.t akan ampunkan nescaya pasti aku akan
lakukannya”.
Satu semangat Nabi
dalam buat usaha agama tiada satu kepentingan lain. Begitu juga kita, hanya
kejayaan di akhirat sahaja tiada kepentingan lain. Nabi s.a.w akan ambil
sesuatu darinya untuk ummat ataupun dari Allah s.w.t untuk ummat ini.
Sahabat r.a pernah
berjanji tidak akan menerima atau meminta dari orang lain. Bila perintah
membelanjakan harta di jalan Allah diturunkan, mereka yang miskin atau yang
kaya berlumba-lumba terus amalkannya. Balasan akan turun bila hidayat diterima
melalui belanjakan harta di jalan Allah s.w.t. Hidayat tidak akan tersebar
melalui sikap meminta kepada orang lain.
Sebuah kisah:
Sahabat r.a bertanya
kepada Nabi s.a.w: "Jika seorang itu
belanjakan harta dijalan Allah di samping inginkan redha Allah mereka juga
inginkan nama”.
Nabi s.a.w jawab: “Ia akan tertolak”.
Sahabat Nabi s.a.w
bertanya dua kali dan jawapannya tetap sama.
Sabda Nabi s.a.w: “Hanya redha Allah s.w.t sahaja”.
Kata Maulana Yusuf
rah., “Ikhlas adalah tujuan tapi bukanlah
mudah. Hanya amalan berterusan sahaja akan menghasilkan keikhlasan”.
Satu contoh: Untuk
dapatkan buah dari satu pokok, ia memerlukan proses yang berterusan iaitu dari
mula menanam biji benih hingga beberapa peringkat lagi barulah buah itu akan
terhasil.
Bila ada sifat ikhlas
ia akan buat usaha berterusan walau apa keadaan pun. Bila sahabat r.a
berjanji setia dengan Nabi s.a.w, mereka buat keputusan akan buat usaha dalam
apa keadaan pun. Iaitu mereka dengar dan terus amalkan. Inilah ketandaan mereka
buat usaha kerana Allah s.w.t.
Satu hari Nabi s.a.w
telah memuji kaum Ansar dan bersabda, “Akan
sampai satu masa nanti kamu tidak akan dipedulikan lagi dan mereka akan datang
menonjolkan dirinya di depan kamu. Ketika itu tetaplah buat kerja dengan sabar.
Balasannya akan aku beritahu di telaga Kauthsar nanti”. Ini adalah satu
usul dalam kerja kita.
Buat kerja, jangan
jadikan kita menyebabkan orang lain terpaksa sentiasa bersabar dengan diri
kita.
Satu kisah: Seorang
sahabat dari kaum Ansar yang unggul yang bernama Mohammad Salmah r.a. Suatu
hari telah bertakbir dengan kuat dalam masjid Nabi s.a.w. Biasanya takbir akan
diucapkan dengan keras apabila sesuatu yang ganjil berlaku. Umar r.a telah
memanggilnya, ia minta tangguh sebentar untuk solat. Selesai solat, Umar r.a
bertanya tentang takbir tadi. Mohammad Salmah r.a bercerita dalam perjalanan
tadi beliau telah terserempak dengan pemuda Quraish yang berpakaian begitu
indah dan mahal lalu di depan orang Ansar yang begitu sederhana dan tua tanpa
mempedulikannya. Jadi ia kagum dengan sabdaan Nabi s.a.w. Perkara yang
disebutkan itu berlaku dalam masa yang amat singkat. Umar r.a minta maaf kerana
salah fahamnya tentang keributan yang timbul.
Kadangkala orang
tanggungjawab khilaf dan orang yang mendengar pun salah faham.
Satu kisah: Satu masa
Khalifah Umar r.a berdiri untuk berkhutbah tapi ia diminta berhenti dahulu dan
disoal oleh seorang: “Mengapa tuan ada
dua selimut sedangkan orang lain diberi hanya satu selimut?” Umar r.a terpaksa memanggil anaknya untuk menjelaskan
yang satu lagi itu adalah kepunyaan anaknya.
Kita kadangkala lupa
diri, buatlah usaha walau apa keadaan pun sama ada kita dihormati atau tidak.
Comments
Post a Comment