Jor karkun 4B & ulamak 2016 - maksud jor
Jor karkun 4B/ulamak : sri petaling : 29/09/2016
Bayan asar - Maulana Syamsuzzaman (Nizamudin)
Bayan asar - Maulana Syamsuzzaman (Nizamudin)
Agama adalah tanggungjawab. Bila seseorang menyempurnakan
t/jawab dia maka bantuan Allah bersama dgn dia. Bantuan Allah berkadar dgn
t/jawab. Sebanyak mana tgjwb diambil maka sebanyak itulah bantuan Allah bersama
dgn dia. Bantuan Allah akan bersama dengan keyakinan. Jika tak yakin maka
bantuan Allah tak bersama dgn dia. Oleh itu kita kena buat usaha agama dengan
keyakinan yg betul. Di Madinah, sahabat ada keyakinan ini. Munafikin ada syak.
Bila yakin, Allah akan bantu. Org yg syak, makin bertambah syak mereka.
Keyakinan sahabat terus meningkat.
Pada perang khandak, sedang para sahabat menggali parit, ada
satu ketul batu yg susah nak dipecahkan. Mereka bagitau Nabi s.a.w. Nabi ambil
cangkul dan ketuk. Dari ketukan terpancar cahaya. Nabi bagitau Rom akan jatuh.
Ketukan yg kedua keluar cahaya. Nabi bagitau Parsi akan jatuh. Org munafik yg
syak, mereka ketawa. Tapi sahabat yakin.
Dlm kerja agama tersembunyi bantuan ghaib sebagaimana
bantuan yg Allah beri pd sahabat. Bantuan Allah tidak bergantung kpd zaman
tetapi bergantung kpd amal dlm zaman tersebut. Maulana Ilyas selalu mengatakan
bantuan Allah bkn mengikut zaman. Bantuan ghaib Allah adalah mengikut amal yg
sama org yg telah mendapat bantuan ghaib. Hari ini bantuan Allah telah
terhenti. Kenapa? Ada
2 sebab:
1. Lemahnya yakin
2. Lemahnya amal.
1. Lemahnya yakin
2. Lemahnya amal.
Bila yakin sempurna dan amal sempurna maka akan dtglah
bantuan ghaib Allah kpd kita.
Maksud umat ini dihantar ialah utk menjalankan kerja agama.
Bila tinggalkan kerja agama yg menjadi maksud kehidupan, maka 3 kerugian yg
besar akan berlaku:
1. Umat islam sendiri akan berlaku kekurangan dlm amal agama
2. Terhentinya hidayat
3. Terhentinya bantuan Allah utk umat ini
2. Terhentinya hidayat
3. Terhentinya bantuan Allah utk umat ini
Kisah keyakinan Syuraqah dgn sabdaan Nabi s.a.w. Nabi kata
gelang kisra akan dipakai kpd kamu. Bila Nabi bagitau Syuraqah? pada masa tak
ada siapa nak dgr kata2 Nabi. Sekali Syuraqah b Malik sakit yg amat teruk.
Tabib dah berputus asa. Pd ketika itu Syuraqah pengsan. Isteri dia menangis.
Keluarga semua menangis. Bila Syuraqah sedar, dia tanya, kenapa kamu semua
menangis? Tabib kata kamu dah tak ade harapan utk hidup. Syuraqah kata, kamu
jgn risau, aku tak akan mati dgn penyakit ini. Kenapa dia ckp mcm tu? Sebab
Nabi ada bersabda bahawa gelamg Kisra akan dipakaikan kpd aku. Sehingga skrg
gelang ini masih belum dipakaikan kpd aku. Yakinnya Syuraqah kpd sabdaan Nabi.
Sehinggalah dtg zaman Umar r.a. sebagai amirul mukminin. Islam telah menang ke
atas Parsi. Umar tanya dimanakah gelang Kisra. Cari dan cari akhirnya jumpa.
Amirul Mukminin ambil gelang itu dan panggil Syuraqah. Ingatkah lagi kamu pd
sabdaan nabi? Hari ini Allah telah tunjukkan kebenaran sabdaan Nabi s.a.w. Umar
telah pakaikan gelang tersebut ke tangannya. Oleh itu kita hendaklah yakin dgn
janji2 Allah.
Tuan2 telah dipilih utk dtg awal. Tuan2 adalah tuan rumah yg
dtg awal. Tuan2 kena sambut kedatangan yg belum sampai. Yg akan dtg adalah
tetamu. Adalah tgjwb tuan rumah utk sambut mereka. Semua program ijtimai - kita
kena hadirkan diri. Dtg majlis awal. Duduk dgn penuh tawajjuh sampai akhir
majlis.
Maulana Yusof beri bayan hidayat, suruh perbanyakkan:
1. Dakwah
2. Taklim wa taklum
3. Zikir ibadat
4. Khidmat
1. Dakwah
2. Taklim wa taklum
3. Zikir ibadat
4. Khidmat
4 amal ini merupakan amalan para sahabat. Amalan yg akan
bentuk umat ini
Setiap hari kena dakwah 25 org. Melalui dakwah, iman kita
akan meningkat. Siang dakwah, malam doa menangis dpn Allah.
Dakwah - pujuk rayu manusia
Doa - pujuk rayu Allah
Siang dakwah dan malam doa.
Doa - pujuk rayu Allah
Siang dakwah dan malam doa.
Org yg berusaha utk merapatkan hubungan hamba Allah dgn
Allah. Akhir sekali dia yg akan rapat dgn Allah.
Maulana Said Ahmad Khan kata:
1. Dakwah setiap tempat
2. Dakwah setiap masa
3. Dakwah setiap orang
4. Dakwah setiap keadaan
1. Dakwah setiap tempat
2. Dakwah setiap masa
3. Dakwah setiap orang
4. Dakwah setiap keadaan
Kita buat dakwah dgn niat dakwah ini utk diri sendiri.
Dakwah tentang 3 perkara:
1. Tauhid
2. Risalah.
3. Akhirat
1. Tauhid
2. Risalah.
3. Akhirat
Dakwah kena bercakap. Nabi tak tunjuk gambar syurga atau
neraka tapi Nabi cerita. Nabi ceritakan syurga dan neraka. Usaha batil ialah
dengan tunjuk. Banyakkan infiradi dakwah. Pergi pada setiap org. Inilah perkara
yg paling utama. Nabi s.a.w sendiri jalankan dakwah infiradi. Semasa nak
hijrah, utk sampai ke Madinah ada 2 jalan : jln tenang dan jln ada perompak.
Nabi pilih yg kedua. Nabi telah dakwahkan perompak dan terima agama Islam.
Dalam satu safar nabi berjumpa seorg Badwi.
Nabi: Apakah kamu akan terima perkara yg benar?
Badwi : apakah perkara itu?
Hendaklah kamu bersaksi: LailahaillahMuhammadurasulullah
Badwi: Jika kamu betul. Mana saksi?
Maka Nabi tunjukkan kpd satu pokok. Pokok tersebut telah keluar dan bergerak ke arah Nabi dan jadi saksi.
Bila Badwi ini lihat dia telah terus beriman kpd Allah
Nabi: Apakah kamu akan terima perkara yg benar?
Badwi : apakah perkara itu?
Hendaklah kamu bersaksi: LailahaillahMuhammadurasulullah
Badwi: Jika kamu betul. Mana saksi?
Maka Nabi tunjukkan kpd satu pokok. Pokok tersebut telah keluar dan bergerak ke arah Nabi dan jadi saksi.
Bila Badwi ini lihat dia telah terus beriman kpd Allah
Di ketika usaha dakwah dijlnkn secara meluas. Ketika itu bkn
saja manusia buat dakwah. Pokok pun buat. Pokok pun buat dakwah. Serigala pun
buat.
Satu ketika, serigala ckp kpd gembala. Kamu ambil rezeki
aku. Serigala dakwah kpd gembala. Gembala rasa aneh. Serigala kata nak tak aku
bagitau perkara yg lebih aneh. Satu org Nabi telah turun di Madinah. Kamu masih
di sini. Dia terus pergi cari Nabi. Nabi suruh gembala ceritakan kpd sahabat
lain.
Kita tetapkan masa utk beribadat dan zikir. Bila kita
tetapkan masa maka kita boleh buat byk perkara. Kita usahakan jgn ada 1 saat
pun masa kita terbuang tanpa zikir. Jgn ada tertinggal sekalipun. 300X pagi dan
petang. Orang yg mengambil berat akan 300 zikir ini dia akan dpt nur dari zikir
ini. Zikir dgn beri tumpuan. Pakaian yg bersih dan wangi. Mengadap kiblat.
Begitu juga bacaan Al quran. Setiap hari baca:
Hafiz - 3 juz
Awam - 1 juz
Hafiz - 3 juz
Awam - 1 juz
Ambil berat tentangg doa. Menangis dihadapan Allah.
Solat2 sunat kena jaga:
-Solat sunat Rawatib
-Solat sunat awwabin
-Dhuha, isyrak dan tahajjud
-Solat sunat Rawatib
-Solat sunat awwabin
-Dhuha, isyrak dan tahajjud
Kita ihtimam/ambil berat. Ini sgt penting bagi pekerja
dakwah
Solat dgn betul2. Arah badan kpd kiblat. Hati kita kpd
Allah. Bila dlm solat tawajuh kita terbentuk kpd Allah maka insyaAllah dlm
setiap kehidupan kita akan tawajjuh kpd Allah
Taklim wa Taklum - yg tahu ajar yg tak tahu
Khidmat - Amalan yg sgt besar.
Abu Bakar r.a. akan perahkan susu kambing anak2 madinah
sebelum jadi Amir. Kanak2 tanya siapa yg akan perah selepas dia jadi amir? Abu
Bakar kata, "sebelum aku jadi khalifah aku perah susu kambing kamu,
selepas jadi khalifah pun aku akan perah susu kambing utk kamu"
Semua amal dakwah kita kena buat dan dakwahkan org lain
supaya yg lain juga dpt buat.
Comments
Post a Comment