Jor karkun 4B & ulamak 2016 - maulana mubin

Bayan maghrib - maulana mubin
sri petaling : 01/10/2016

Sesungguhnya Allah telah ciptakan alam ini semata-mata utk manusia. Allah cipta bumi, daratan, lautan, matahari, bintang, bulan utk berkhidmat pd manusia dan beri menafaat pd manusia. Allah telah hamparkan bumi utk manusia berjalan. Allah keluarkan tumbuhan dari bumi yg jadi makanan utk manusia. Dlm bumi ada emas, perak, berlian, platinum. Bermacam2 faedah manusia dpt dari bumi yg Allah cipta. Allah cipta langit tanpa tiang. Allah turunkan hujan dari langit sebanyak mana yg Allah kehendaki. Allah turunkan hujan utk keperluan manusia. Bila turun hujan, bumi yg mati akan hidup, keluar tumbuh-tumbuhan. Allah cipta bintang2. Dari bintang Allah keluarkan cahaya agar langit diterangi dan nampak cantik. Dgn bintang2 ini manusia dpt faedah. Kapal2 di lautan jadikan bintang sebagai pedoman. Allah cipta bulan begitu indah/cantik, juga utk menafaat manusia. Dgn peredaran bulan manusia dpt tahu tarikh. Dari cahaya bulan, Allah masukkan rasa manis dlm tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Allah cipta matahari, walaupun begitu jauh, ia memberi cahaya utk seluruh manusia. Dgn cahaya matahari, Allah pelihara manusia dari berbagai-bagai penyakit. Dunia dicipta utk manusia, dan manusia dicipta utk akhirat. Kita dihantar ke bumi ini utk buat persiapan utk kehidupan akhirat.

Kejayaan di kehidupan akhirat tidak bergantung pd asbab kebendaan di mukabumi ini. Kejayaan tidak bergantung pd harta yg banyak, kejayaan bukan dlm kedudukan dan pangkat, bukan dlm takhta dan pemerintahan, bukan dlm makanan yg banyak, rumah yg besar. Kejayaan manusia di dunia dan akhirat hanya dlm agama. Hanya dgn mengamalkan agama, kehidupan manusia akan terbina. Manusia akan berjaya di dunia sementara dan di akhirat selama-lamanya. Inilah ketetapan Allah. Sejauh mana taat perintah Allah, sebanyak itulah dia akan berjaya. Org miskin bawa agama akan berjaya, org yg ada pangkat/kedudukan bawa agama akan berjaya. Kejayaan berdasarkan sejauh mana amalkan agama dlm kehidupan. Kalau kejayaan terletak pd makanan yg sedap, rumah yg besar, pakaian yg mahal, pd kedudukan dan pangkat, maka nescaya org yg paling berhak utk mendapat semua itu ialah baginda nabi s.a.w. Tidak ada makhluk yg lebih mulia dari nabi s.a.w. Tidak ada makhluk yg lebih tinggi kedudukannya dari baginda nabi s.a.w. Tidak ada makhluk yg lebih disayangi oleh Allah dari nabi s.a.w. Seluruh alam ini di cipta kerana nabi s.a.w. Kerana keberkatan nabi seluruh alam ini dicipta oleh Allah s.w.t. Allah boleh turunkan makanan dari langit utk nabi s.a.w tapi kemuliaan dan kejayaan bukan bergantung pd benda dunia. Allah tak pernah bagi dunia pd nabi s.a.w.

Nabi telah menjalani kehidupan di dunia ini dgn serba kekurangan. Aisyah r.ha kata, kami lihat 3 kali anak bulan, tidak ada api dinyalakan di rumah nabi. Tiada makanan utk dimasak di rumah nabi s.a.w. Tak pernah nabi makan kenyang 2 kali sehari. Kalau kenyang waktu malam, siang hari kami kelaparan. Kalau kenyang di siang hari, waktu malam kami tidur dgn kelaparan. Aisyah kata kami hanya makan buat tamar dan air selama beberapa bulan. Inilah kehidupan nabi dan isteri2 baginda. Tapi hari ini, disebabkan perut sejengkal manusia berkerja siang dan malam utk makan. Habiskan seluruh kehidupan utk penuhkan perut semata-mata.

Aisyah r.ha menceritakan tentang pakaian nabi s.a.w, beliau tidak perlu melipat dan menyimpan pakaian baginda dlm almari kerana baginda hanya ada 1 pasang pakaian sahaja. Itulah pakaian yg nabi pakai setiap hari. Org yg ada banyak helai pakaian sahaja yg perlukan almari. Selepas dibasuh, dikeringkan dan dipakai semula. Kadang2 pakaian tersebut tak sempat kering, bila bilal r.hu dtg jemput nabi utk imamkan solat, pakaian masih basah, nabi terpaksa pinjam pakaian dari sahabat yg lain utk dipakai.

Bagaimana pula rumah nabi s.a.w? Aisyah r.ha kata rumah kami dibuat drp tanah. Atap drp pelepah tamar. Bila nabi masuk, kepala nabi menyentuh atap rumah. Pd waktu malam, nabi solat tahajjud, bila nak sujud, terpaksa alihkan kaki aisyah r,ha sebab rumah yg terlalu kecil dan sempit.

Hadrat fatimah r.ha merupakan anak perempuan nabi yg paling nabi sayang. Siapa yg menyakitkan hati fatimah, dia menyakitkan hati nabi s.a.w. kalau fatimah susah hati, nabi pun akan susah hati. Satu ketika, nabi s.a.w dan imran bin hussain dtg ke rumah fatimah. Nabi minta izin nak masuk tapi fatimah kata dia tak ada kain yg cukup utk menutup aurat. Nabi telah bagi selendang baginda pd fatimah utk hijab/purdahkan diri dia dari imran. Begitulah keadaan anak kesayangan nabi yg hidup serba kekurangan.

Pd waktu nabi sedang sakit, ramai yg dtg nak ziarah. Aisyah r.ha kata rumah kami tak ada minyak utk nyalakan pelita. Tak nampak siapa yg dtg ziarah nabi. Kalau di rumah nabi ada minyak, sudah tentu ia akan digunakan utk masak makanan. Apatah lagi nak nyalakan pelita. Aisyah telah pinjam minyak dari jiran. Itulah kali pertama rumah nabi bercahaya dgn pelita pd malam pelita hidayat akan terpadam pd malam tersebut. Pd mlm nabi wafat barulah rumah nabi dpt nyalakan pelita.
Kenapa nabi s.a.w melalui semua kesusahan ini? Kerana umat. Nabi fikir dan risau pasal umat. Nabi tak nak umat risau pasal kehidupan dunia dan lupa kehidupan akhirat. Nabi tak nak umat sibuk dgn makanan, rumah, pakaian hingga lupa buat persiapan utk akhirat. Masalah yg besar bagi umat ialah masalah akhirat. Masalah dunia hanya masalah kecik. Telah berbilion manusia menjalani kehidupan di dunia ini dan berbilion dah mati tinggalkan dunia ini. Kaya mati, miskin pun mati. Masalah sebenar ialah masalah selepas mati. Nabi nak lihat umat ini berjaya di akhhirat.

Dgn perantaran usaha dakwah, nabi telah jadikan para sahabat cinta dan gerun pd kehidupan akhirat. Akhirat menguasi kehidupan mereka. Fikir risau akhirat mengatasi segala fikir risau dunia. Ketakutan dan azab di akhirat menyebabkan segala kesusahan dan penderitaan di dunia ini tak ada apa2 pd pandangan mereka. Nabi telah jadikan setiap sahabat org2 akhirat. Mereka menjalani kehidupan dunia dgn letakkan kehidupan akhirat di depan mereka. Bila sahabat mengadu tentang kesusahan dunia, terus nabi s.a.w. palingkan mereka kpd akhirat. Tukarkan fikir mereka drp fikir dunia kpd fikir akhirat. Tukar kerisauan mereka kpd kerisauan akhirat.

Seorang sahabat mengadu pd nabi tentang kelaparan. Berhari-hari tak makan. Terpaksa ikat perut dgn batu. Nabi kata, kelaparan dunia ini tak ada apa2 dibandingkan dgn kelaparan akhirat. Kelaparan di dunia ini, paling teruk akan mati. Kelaparan akhirat tak akan ada penghujungnya. Satu org ahli neraka akan menghadapi kelaparan selama 500 thn. Selama 500 thn akan terpekik, meraung, minta makanan. Selepas 500 thn, baru akan diberi makanan, buah zakkum yg keras, pahit dan berduri. Akan disuap ke dlm mulutnya. Buah zakkum ini akan lekat di kerongkongnya. Nak telan tak boleh, nak buang tak boleh. Minta air. Menangis dan meraung 500 thn lagi minta air. Air drp nanah dan darah ahli neraka. Air panas yg sangat busuk. Kalau setitis air ni jatuh di bumi, semua penduduk bumi akan pengsan. Kerana dahaga yg amat dahsyat, minum jugak, kerana kepanasan air itu, bibir akan jatuh hingga ke lutut. Air tersebut akan hancurkan segala anggota dalamannya dan keluar melalui dubur. Inilah kelaparan dan dahaga ahli neraka.

Sahabat telah buat pengorbanan utk agama habis-habisan, utk berjaya di akhirat, utk dpt kebahagian di akhirat, utk selamat dari azab dan siksa akhirat, sahabat telah korbankan diri dan harta mereka. Mereka telah buat pengorbanan di badar, di uhud, di khandak, di tabuk, mereka telah pergi ke seluruh dunia, tinggalkan kpg halaman, tinggalkan anak-isteri mereka, tinggalkan pekerjaan mereka semata2 utk agama. Berkaitan dgn mereka, Allah bagitau dlm quran, merekalah org2 yg berjaya, org2 yg dpt petunjuk, mereka ialah lelaki2 yg mana perniagaan dan harta benda mereka tidak melalaikan mereka drp mengingati Allah s.w.t. Tak ada satu benda pun dpt memutuskan hubungan mereka dgn Allah. Mereka ialah lelaki2 yg telah membenarkan janji2 mereka dgn Allah. Banyak ayat quran tentang pujian Allah pd sahabat. Semasa masih hidup lagi mereka dah dpt keredhoan Allah. Mereka redho dgn Allah dan Allah redho dgn mereka. Nabi telah sebut nama2 mereka, abu bakar ahli syurga, umar ahli syurga, usman ahli syurga, ali ahli syurga. Tapi mereka masih takutkan akhirat. Mereka masih menangis utk akhirat.

Umar kata lebih baik dia jadi daun dan akan habis di makan binatang. Alangkah baiknya jika aku tak dilahirkan di dunia. Tidak dibangkitkan di hari akhirat, tidak dihisab oleh Allah. Nabi kata, kalau ada nabi selepas aku, nescaya umar paling layak jadi nabi. Banyak ayat quran yg turun bersesuai dgn pendapat umar r.hu. Dia nak haramkan arak, maka Allah turunkan ayat haramkan arak. Dia nak wanita berhijab, maka Allah turunkan ayat supaya wanita berhijab. Begitu tinggi kedudukannya disisi Allah tapi dia begitu risau tentang kehidupan akhirat, bila nak meninggal dunia, dia pesan pd anaknya abdullah, letakkan muka aku atas tanah, semoga bila Allah lihat aku dlm keadaan hina mcm ni, Allah akan kesian pd aku dan ampunkan dosa aku. Saidina umar r.hu pernah tanya pd huzaifah r.hu, penyimpan rahsia nabi s.a.w, yg menyimpan senarai nama org2 munafik, adakah nama umar ada dlm senarai tersebut.         

Abu bakar siddiq r.hu adalah sahabat yg paling rapat dan yg paling nabi kasihi. Beliau kata alangkah baiknya kalau aku jadi pokok, ditebang dan kemudian dibakar. Satu org yg sangat takut dgn Allah s.w.t. Satu ketika, semasa kelaparan yg amat sangat, dia telah makan makanan yg  dibawa oleh hambanya. Disebabkan sangat lapar, dah 3 hari tak makan, beliau tak tanya dari  mana sumber makanan tersebut. Kebiasaannya dia akan tanya dulu baru makan. Hamba dia kata, dulu dia berkerja sebagai tukang tilik, makanan tersebut adalah upah hasil tilikan semasa dia belum masuk islam dulu. Maka, abu bakar telah berusaha utk keluarkan balik makanan yg dah masuk ke dlm perutnya. Beliau telah minum air dan muntahkan semua makanan tersebut. Beliau pernah dengar nabi bersabda, daging yg tumbuh dgn makanan yg haram, pasti akan dibakar api neraka. Beliau kata, kalau makanan ini akan keluar bersama dgn nyawa aku pun aku akan keluarkan jugak. Hari ni kita makan semua tanpa usul periksa, ikut suka hati masuk semua dlm perut. Nabi kata, akan dtg satu zaman yg mana maksud hidup manusia, keinginan mereka hanya utk  penuhkan perut mereka, tak kira haram, rasuah, riba, syubhah, tipu org. org macam ni merosakkan kehidupan akhirat mereka.

Usman r.hu, dikenali sebagai org yg mempunyai 2 cahaya, sebab dia menikahi 2 puteri nabi s.a.w. Nabi suka dan sayang pd beliau kerana sifat dan akhlak beliau. Satu ketika, semasa nabi sedang berehat di rumah baginda, bila usman dtg nak masuk dlm rumah, nabi terus bangun dan betulkan pakaian, beradab. Nabi kata aku malu dgn satu org insan yg mana malaikat di langit pun malu dgn beliau. Begitu tinggi kedudukan saidina usman rhu, tapi bila beliau lalu di tepi kuburan, akan menangis teresak-esak hingga basah janggut beliau. Ada org tanya kenapa bila cerita tentang mahsyar, syurga dan neraka, tak menangis sebegitu rupa? Beliau telah isyarat pd kubur nabi dan berkata, aku pernah dengar nabi s.a.w bersabda, bahawa kubur adalah tempat persinggahan yg pertama, kalau berjaya dlm kehidupan kubur, maka kehidupan seterusnya akan berjaya. Kalau dlm kubur diazab, dia akan gagal di mahalah2 yg seterusnya. Ini lah ketakutan sahabat pd kehidupan akhirat.

Dgn fikir risau akhirat inilah yg menyebabkan sahabat telah bangun buat pengorbanan utk agama dan amalkan agama yg sempurna dlm kehidupan mereka. Inilah maksud usaha kita hari ni. Dgn perantaraan dakwah, segala susah payah, pergerakan yg kita buat hari ni, keluar 3H, 40H, 4B, usaha makami di masjid, gasht, taklim, mesyuarat, amal2 di rumah, ialah  utk timbulkan dlm hati setiap umat fikir risau akhirat dan dikembalikan pd kedudukan agama yg ditinggalkan oleh nabi s.a.w dahulu.

Maulana ilyas rah. kata, tujuan drp usaha ini bukan utk dptkan pemerintahan, harta, kedudukan, tapi dgn perantaraan usaha ini umat dpt dikembalikan pd kedudukan yg sama pd tahap agama yg ditinggalkan oleh nabi s.a.w. iaitu setiap individu umat ini amalkan agama yg sempurna dlm kehidupan. Lelaki, wanita, pemerintah, rakyat, petani, pekedai, tua, muda, 100% umat ini amalkan agama dan dlm hati penuh dgn fikir risau akhirat dan buat pengorbanan utk agama. Inilah tujuan ijtimak diadakan di seluruh dunia utk sedarkan setiap umat tentang t/jawab dan amanah agama yg Allah telah bagi pd mereka.

Usaha ini adalah utk bina iman dan amal. Usaha utk bina kehidupan akhirat. Inilah maksud kita dihantar ke dunia ini. Utk usaha ini kita kena keluar di jln Allah. Kita kena sedia utk tinggalkan dunia kita utk keluar di jln Allah. Allah tanya pd org beriman, apa dah jadi dgn kamu, apabila dikatakan kpd kamu keluarlah di jln Allah tapi kamu melekat di atas bumi, kamu rasa berat utk keluar di jln Allah, benda2 dunia menghalang kamu dari keluar di jln Allah, kamu bagi mcm2 alasan, sebab isteri, sebab anak, sebab keluarga, sebab perniagaan, sebab pejabat. Adakah kamu lebih suka pd dunia berbanding akhirat? Benda2 dunia yg Allah bagi pd kamu dibandingkan dgn akhirat tak ada nilai sedikit pun. Kehidupan dunia yg sementara 60-70 thn, tak dpt dibandingi dgn kehidupan akhirat yg selama-lamanya. Dunia adalah ‘mataq’. Mufassirin kata mataq ini umpama kain perca darah haid. Hari ni, satu dunia berlari kearah itu. Siang, malam, pagi, ptg, bergaduh utk dptkan kain perca haid tersebut. Manusia telah korbankan akhirat utk benda dunia yg tak ada nilai disisi Allah ini. Kalau degil tak nak keluar jugak, Allah akan azab kamu dgn azab yg pedih. Allah campakkan dlm hati kerisauan, kegelisahan. Siapa yg berpaling dari Allah, Allah akan jadikan kehidupan dia sempit. Allah akan tukarkan kamu dgn kaum yg lain, Allah tak perlu pd kamu. Allah tak rugi apa2 pun. Kita yg perlu pd Allah, kita yg perlu buat pengorbanan, kita yg perlu buat usaha agama. Allah telah beli diri dan harta org mukmin utk ditukar dgn syurga. Diri dan harta bukan milik kita. Diri dan harta adalah milik Allah. Allah amanahkan pd kita. Kita kena korbankan utk agama Allah s.w.t. Inilah kerja umat islam yg sebenarnya.

Semua yg ada disini kena buat keputusan, utk jadikan usaha dakwah ini sebagai maksud hidup kita. Bukan setakat 4B, 40H, 3H bahkan sampai mati, baki hidup kita utk buat usaha agama. Letakkan takazah agama di depan kita. Sedia utk keluar ke seluruh alam utk sambut takazah agama. Langkah pertama kena keluar tunai di jln Allah. Kita tak tahu bila maut akan dtg menjemput kita. Macam2 planning/rancangan kita dah buat padahal nama kita dah ada dlm senarai org yg akan mati. Tak ada jaminan utk kita terus hidup, mungkin ini ijtimak kita yg terakhir. Dgn meletakkan akhirat di depan, letak fikir risau seluruh alam, sedar t/jawab dan amanah yg Allah bagi, bangun bagi nama tunai 4B

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir