Jor karkun 4B & ulamak 2016 - maulana mubin
Bayan maghrib -
maulana mubin
sri petaling - 30/09/2016
Satu keuntungan yg sangat besar jika Allah s.w.t gunakan
kehidupan kita di dunia ini utk agama dan usaha agama, Satu keuntungan yg besar
bila Allah s.w.t terima diri dan harta kita utk agama dan usaha agama. Apakah
yg Allah akan beri pd kita jika kita menghargai akan nikmat usaha agama ini?.
Apakah ganjaran dan balasan yg Allah akan bagi bila kita keluar 3H, 40H, 4B,
buat gasht, pergi rumah ke rumah jumpa manusia cakap kebesaran Allah, bawa
mereka ke rumah Allah, duduk dlm majlis mengingati Allah, buat taklim? Jika
Allah zahirkan pd kita ganjaran dan balasan atas segala usaha yg kita buat,
maka kita akan mati kegembiraan, hati akan pecah, jantung akan pecah bila lihat
ganjaran yg begitu besar.
Dlm dunia ni, ada manusia mati bila dapat berita menyedihkan
dan ada juga yg mati bila dpt berita yg terlalu gembira. Begitulah juga bila
Allah tunjuk pd kita atas segala usaha agama yg kita dah buat di dunia,
tinggalkan isteri, tinggalkan anak, tinggalkan kpg halaman, tinggalkan
pekerjaan, kedai, pejabat semata-mata kerana Allah, menghadapi segala mujahadah
di jln Allah, maka Allah akan tunjuk
ganjaran satu per satu atas setiap susah payah yg kita alami, kita pun akan
mati kegembiraan. Dunia ini bukan tempat utk balasan. Dunia tempat berusaha.
Hasil akan dpt di kehidupan akhirat.
Usaha dakwah adalah usaha nabi2 dan rasul2. Usaha yg penuh
dgn keberkatan, penuh dgn kebaikan sehingga begitu berkatnya usaha ini, begitu
hebatnya usaha ini, jika satu org wanita yg mengandung, dlm perut ada bayi, dia
melihat usaha ini dgn penuh keagungan maka kesannya ialah anak dlm perut pun
akan dpt kebaikan.
Kita akan faham ganjaran yg sebenarnya atas segala kesusahan
dan mujahadah buat usaha agama ini selepas kita mati. Di kehidupan akhirat baru
kita akan faham betapa besar ganjaran yg Allah kurniakan pd mereka yg
menjalankan usaha dakwah ini. Mereka akan dibangkitkan bersama dgn nabi2 dan
rasul2. Mereka akan berjalan bersama dgn nabi2 dan rasul2. Mereka akan makan
bersama dgn nabi2 dan rasul2. Duduk atas saprah yg sama. Makan hidangan yg
sama. Sehingga manusia akan bertanya antara satu sama lain, siapakah mereka
ini? Ini adalah hidangan utk nabi dan rasul tapi kenapa begitu ramai yg duduk
disini? Nabi dan rasul tidak seramai ini. Kami kenal nabi dan rasul spt yg
tercatat dlm kitab yg Allah turunkan drp langit. Kami tahu kisah mereka. Tapi
yg lain2 ini kami tak kenal, mereka nabi bagi kaum mana? Maka akan diberitahu,
mereka adalah umat pd nabi akhir zaman, umat pd nabi muhammad s.a.w. Walaupun
mereka bukan nabi tapi selepas kewafatan nabi s.a.w, mereka telah jadikan usaha
dakwah sebagai maksud hidup mereka. Mereka telah habiskan kehidupan mereka utk
buat dakwah, mereka telah tanggung berbagai2 pengorbanan, mujahadah, susah
payah, bergerak seluruh dunia atas maksud usaha agama, mereka telah buat usaha
yg sama spt nabi mereka buat, maka hari ini Allah bangkitkan mereka bersama
nabi2.
Allah bagi dunia dan nikmat dunia pd semua org samada dia
beriman atau tak beriman, org yg tak percaya pd tuhan, mereka yg dtg masjid,
solat, taat perintah Allah, mereka yg tak pernah jejak kaki ke masjid, tak
solat, tak taat perintah Allah, org ada agama, tak ada agama, buat usaha agama,
tak buat usaha agama, buat pengorbanan utk agama atau tak pedulikan agama,
setiap manusia Allah bagi bahagian dari dunia ini. Kenapa? Kerana dunia tak ada
nilai langsung disisi Allah. Kalau dunia ini ada harga sebelah kepak nyamuk,
nescaya Allah tak akan bagi pd org kafir utk minum air walaupun seteguk.
Agama dan usaha agama sangat2 bernilai disisi Allah, sebab
tu Allah tak bagi pd semua org. Allah hanya bagi pd mereka yg Allah inginkan
kebaikan, yg Allah sayang pd dia, yg Allah nak tinggikan kedudukan dia, yg
Allah nak muliakan dia, yg Allah nak bagi kejayaan di akhirat buat
selama-lamanya. Mereka2 ini Allah jemput ke rumahNya. Allah bagi taufik utk
sujud pdNya. Allah bagi agama dan Allah ambil kerja agama dari mereka. Allah
susahkan mereka utk agama. Kita kena bersyukur pd Allah kerana bagi agama dan
ambil kerja agama dari kita. Semoga Allah bagi taufik utk kita menghargai
nikmat ini.
Agama sangat berharga. Dlm hati kena ada talab/keinginan,
kemahuan, barulah Allah akan pilih, ini adalah udang2 Allah. Org yg tak ada
keinginan, Allah tak akan bagi pd dia secara paksa. Org yg tak ada cita2 agama
tersebar ke seluruh alam, tak ada fikir risau pasal agama, agama mati di depan
mata tak peduli, jenazah sunnah nabi di usung di depan mata tak peduli, agama
dipermainkan tak peduli, langsung tak menangis utk agama, tak peduli tentang
agama Allah, maka Allah tak akan ambil kerja dari kamu. Kamu ingat agama ni
murah, tak ada nilai, tak ada harga? Jgn ingat Allah akan bagi pd mereka yg tak
nak buat pengorbanan.
Abu talib ialah bapa saudara nabi s.a.w. Maksud abu talib
ialah bapa yg mempunyai talab. Abu talib yg jaga nabi s.a.w dari kecik setelah
kematian bapa, ibu dan datuk baginda. Abu talib yg ambil t/jawab utk besarkan
nabi s.a.w. Abu talib sangat2 sayang pd nabi s.a.w. Sentiasa bantu dan ambil
berat tentang nabi s.a.w. Abu talib yg melindungi nabi s.a.w dari kejahatan
org2 quraish setelah nabi jadi rasul dan buat dakwah. Abu talib adalah org yg
sangat dihormati oleh org quraish. Mereka tak berani menyakiti nabi s.a.w di
hadapan abu talib. Kalau mereka sakiti nabi di belakang abu talib, dia akan
terus pergi jumpa org2 tersebut dan akan ambil tindak balas. Akan tetapi, dia
tak bersama atas maksud/tujuan nabi dihantar, tak bersama dakwah nabi s.a.w,
tak ambil fikir risau nabi s.a.w, maka dia telah di jauhkan dari rahmat Allah,
tak dpt iman dan mati dlm keadaan kufur kerana dlm hati tidak ada keinginan utk
menerima apa yg nabi s.a.w dakwahkan.
Apa maksud nabi di hantar? Utk jlnkan usaha dakwah. Apa itu
dakwah? Utk menghubungkan makhluk dgn khaliq. Utk hubungkan manusia dgn Allah.
Cerita tentang kehebatan Allah, keagongan Allah, kekuasan Allah supaya dlm hati
manusia dtg yakin pd Allah, tunduk pd Allah, taat pd perintah Allah. Ini
merupan kerja nabi2 dan rasul2. ini maksud kehidupan semua nabi2 dan rasul2.
Allah akan bagi agama pd org yg berhajat. Yg tak berhajat, akan disisihkan.
Hari ni, ramai org kata usaha ini bagus, dgn asbab usaha ini
ramai org bertaubat, mula amalkan agama, mula solat, dtg masjid, dia puji tapi
tak bagi masa dan buat usaha bersama kerana sibuk, banyak urusan, banyak
masalah, seoalah2 dia anggap kerja agama ini utk org yg tak ada kerja sahaja. Seolah2
dia pandang rendah pd usaha agama dan anggap kerja dunia lebih berharga. Org yg
tak ada keinginan, Allah tak akan ambil kerja dari dia. Kita kena rasa diri
kita berhajat barulah Allah akan ambil kerja dari kita. Saya kena keluarkan
jemaah 3H dari masjid saya, saya berhajat. Saya kena buat usaha 27 hari utk
keluarkan jemaah 3H setiap bulan. Saya yg kena buat. Saya perlu hidupkan taklim
di rumah dan di masjid saya. Saya kena buat usaha pintu ke pintu, saya kena
buat usaha utk memakmurkan masjid saya, saya berhajat. Semua tertib kerja
adalah utk saya buat. Bukan utk org lain. Saya buat utk bina iman saya, bina
yakin saya, bina hubungan saya dgn Allah. Bila rasa berhajat, barulah Allah
ambil kerja dari kita. Kalau tak nak buat, Allah akan tukar kamu dgn kaum yg
lain, dan kamu tak akan dpt bagi apa2 mudharat pd Allah. Dgn kamu tak buat
usaha agama, sedikit pun Allah tak rugi.
Allah tak berhajat pd sesiapa pun. Kita yg berhajat pd
Allah. Agama Allah tak berhajat pd kita. Kita kena rasa kita berhajat pd agama
Allah. Kita berhajat supaya Allah guna harta dan diri kita utk agama. Kita
rasa/perasan kita tinggalkan usaha tapi sebenarnya usaha tinggalkan kita. Kita
rasa kita boleh selamatkan diri dari takazah2 usaha agama, tapi sebenarnya kita
yg dijauhkan, kita yg sebenarnya ditinggalkan oleh usaha agama. Kita kena yakin
segala usaha adalah utk islah diri, bukan utk islah org lain. Dakwah adalah utk
islah diri sendiri, iman akan meningkat, amal akan sempurna, segala sifat2 yg
baik akan dtg dlm diri, segala sifat2 yg buruk akan keluar dari diri kita. Ini
janji Allah utk org yg buat usaha agama. Hasil dari dakwah ialah islah,
tarbiyah dan hidayat.
Satu ketika, pemuka/pembesar quraish telah dtg kpd abu talib
dan mengadu tentang nabi s.a.w. Dakwah nabi telah pecah belahkan kaum, mencerca
berhala, dan bermacam-macam lagi. Suruh dia berhenti buat dakwah. Pembesar
quraish offer pd nabi, kalau nak harta, kedudukan/pemimpin, wanita dan tabib
utk ubati penyakit baginda, semuanya mereka akan bagi yg terbaik. Nabi jawab,
kalau mereka letak matahari di tangan kanan dan bulan di tangan kiri sekalipun,
tak mungkin aku akan tinggalkan usaha dakwah ini. Apa sahaja kesenangan atau
kesusahan yg mereka nak buat tak akan dpt menahan nabi dari buat usaha dakwah.
Tetap terus dlm usaha dakwah. Abu talib tak halang usaha nabi tapi dia tak nak
terima dakwah nabi. Dia tak sanggup dimusuhi oleh semua kabilah2 arab.
Semasa abu talib nak meninggal dunia, nabi s.a.w telah pujuk
abu talib dgn penuh harapan, perasan kasih sayang, dgn penuh kesedihan, ucaplah
kalimah lailahaillallah sekali, bisik pd telinga pun tak apa, supaya nabi dpt
jadi saksi di akhirat. Abu talib tak nak ucap takut nanti diejek oleh kaum
quraish. Dia mati atas agama datuk nenek moyang dia. Betapa remuknya hati nabi
s.a.w. Nabi begitu sedih kerana abu talib akan dibakar dlm neraka
selama-lamanya. Nabi kata, baginda akan minta syafaat utk abu talib di akhirat
nanti walaupun tak ucap kalimah. Dgn kata2 nabi itu, maka nizam alam telah
berubah. Allah telah turunkan ayat menegur nabi s.a.w. Seorang nabi pun tak
boleh bagi syafaat pd org yg tak beriman pd Allah walaupun dia ayah atau anak
sendiri.
Sebaliknya, org yg jauh dari segi keturunan, tak ada
hubungan dgn nabi s.a.w, tapi ada keinginan/talab, dtg dgn hajat, spt salman
farisi dari parsi, bilal habsi dari habsyah, suhail rumi dari rom, Allah bagi
kemuliaan pd mereka di dunia dan akhirat. Mereka bersama dgn nabi di dunia dan
akan bersama dgn nabi di akhirat. Allah tinggikan darjat mereka. Ini
menunjukkan betapa berharganya iman. Dgn iman akan dpt syurga. Dgn iman akan
selamat dari neraka. Syarat utk dpt ganjaran dan pahala atas setiap amal kena
ada iman. Kita kena menghargai iman. Kita kena bersyukur pd Allah s.w.t.
Begitulah juga betapa pentingnya buat usaha atas iman. Usaha dakwah adalah utk
bina iman. Usaha utk betulkan keyakinan pd Allah. Maulana ilyas kata, kalau nak
letak nama pd usaha ini, ianya ialah ‘tahrikul iman’ – pergerakan iman.
Usaha atas iman sangat penting. Allah telah bagi t/jawab ini
pada kita. Allah telah bebankan kita utk buat usaha atas iman. Hari ni umat
anggap tinggalkan solat berdosa, tinggalkan puasa berdosa, cakap bohong
berdosa, akan tetapi umat hari ni tak anggap tinggalkan usaha atas iman sebagai
satu dosa. Umat tak anggap tinggalkan usaha dakwah nabi s.a.w sebagai satu
dosa. Dgn sebab tinggalkan usaha dakwah inilah segala kerosakan/maksiat telah
berlaku atas mukabumi ini. Allah akan tanya/soal kita di akhirat nanti atas
t/jawab yg Allah bagi pd kita. Kita bertanggungjawab atas seluruh alam. Seluruh
umat bertanggungjawab atas setiap umat dan setiap umat bertanggungjawab atas
seluruh umat. Apa kita dah buat? Agama mati, agama di permain2kan, agama
dipijak. Apa yg kamu dah buat utk bantu agama?
Nabi dan para sahabat telah habiskan seluruh hidup mereka
siang dan malam buat pengorbanan utk agama. Nabi telah dimaki, dicerca, dihina,
mengalami bermacam2 kesusahan. Nabi terpaksa tinggalkan mekah mukarramah. Tempat
yg nabi sayang. Semasa nak hijrah, Nabi berpaling pd kaabah, aku tak nak
tinggalkan kamu tapi kaum aku telah usir aku. Nabi tinggalkan mekah dlm keadaan
mengalirkan air mata. Nabi berlapar utk agama, ikat batu di perut utk agama,
sahabat2 telah dipukul, diheret, dicemeti utk agama. Di taif, nabi telah
dibaling dgn batu sehingga berdarah sejauh 3 batu. Diejek, dihalau. Begitu
sekali penderitaan yg di alami oleh nabi s.a.w
utk agama. Nabi dan sahabat melalui semua penderitaan tersebut supaya
agama sampai pd kita hari ini. Tapi apa yg kita dah buat utk agama hari ini?
Kita akan ditanya oleh Allah. Kita kena menghargai nikmat usaha agama yg Allah
bagi pd kita hari ini. Kita kena buat pengorbanan habis-habisan utk usaha ini.
Usaha dakwah ini bukan t/jawab jemaah yg khusus. T/jawab
usaha dakwah adalah atas setiap individu umat ini yg ucap kalimah lailahaillallah muhammadurasulullah. Dia
bertanggungjawab utk menjalankan usaha dakwah yg dijlnkan oleh baginda nabi
s.a.w. Lelaki, wanita, tua, muda, kaya, miskin, pemerintah, rakyat, petani,
peniaga, engineer, lawyer, doctor, alim, muhaddith, mufassir, setiap umat nabi
s.a.w bertanggungjawab. Dia kena jadikan usaha dakwah ini sebagai kerja dia,
maksud hidup dia. Dia kena korbankan seluruh hidup dia, diri, harta, masa utk
tujuan ini.
Ketika haji widak, dihadapan 124,000 sahabat, nabi s.a.w
telah tanya pd sahabat, ‘adakah aku telah sampaikan keseluruhan agama pd kamu?’
sahabat jawab, ‘bukan hanya kamu telah sampaikan, bahkan kamu telah tunaikan
hak menyampaikan agama pd kami’. Maka nabi s.a.w telah isyaratkan jarinya ke
langit dan berkata, ‘ya Allah, Engkau saksikanlah’. Nabi kata, ‘yg hadir
dikalangan kamu hendaklah menyampaikan agama, amanah ini kpd mereka yg tak ada
dlm majlis ini’. Sahabat faham arahan nabi s.a.w dan mereka telah bertebaran ke
seluruh dunia, tinggalkan kpg halaman mereka, tinggalkan isteri dan anak2
mereka, tinggalkan kerja, pertanian, perniagaan mereka, tinggalkan semua yg
mereka sayang, mereka telah tinggalkan mekah dan madinah. Sahabat lebih tahu
kelebihan menetap di madinah, setiap hari boleh ziarah nabi s.a.w, setiap amal
digandakan 50,000X, tapi mereka tinggalkan madinah semata-mata utk sampaikan
agama ke seluruh alam. Hanya 10,000 kubur sahabat di mekah/madinah dan baki
lagi 114,000 kubur sahabat ada di seluruh alam. Kalaulah sahabat2 macam kita
hari ni, sibuk dgn isteri, anak, pekerjaan, sibuk dgn urusan dunia, tak
bergerak keluar dari mekah/madinah, kita tak tahu kita sembah apa hari ni di
Malaysia, berapa ramai akan mensyirikkan Allah, tak ada agama, manusia akan
sesat dan masuk neraka. Sahabat faham t/jawab mereka, Allah telah terima mereka
dan mereka jadi asbab hidayat seluruh alam.
Kita kena jadikan dakwah maksud hidup kita. Usaha dakwah
adalah amanah dari Allah. Kita akan disoal oleh Allah di akhirat nanti. Dlm
kerja dakwah ini, Allah akan bina iman kita, Allah bagi hidayat, Allah
sempurnakan agama dlm diri kita, Allah akan bagi bantuan, kemuliaan, ketinggian,
keagungan, keamanan dan Allah akan teguhkan kaki kita terhadap musuh. Bantuan
Allah pd mereka yg bantu agama Allah. Bila Allah bantu, tak akan ada siapa akan
kalahkan umat ini. Bila umat ini tak bantu agama Allah, maka umat ini telah
dedahkan diri pd kehinaan dan tangkapan Allah.
Bila umat jadikan usaha dakwah sebagai maksud hidup mereka, bukan
kerja sampingan, ada masa buat, tak ada masa tak buat, kadang2 keluar 40H,
kadang2 tak keluar, ada masa buat gasht, sibuk sikit tak buat gasht, kerja2
lain dikemudiankan, kerja dakwah didahulukan maka, pertama, Allah akan jadikan
mereka sebagai mahkota dunia, dimuliakan, digeruni, disanjung. Kedua, Allah
akan terima doa umat ini sebagaimana Allah terima doa2 bani israil. Satu
ketika, kaum nabi musa mengadu tak ada air, kehausan. Nabi musa doa pd Allah,
dan Allah terus terima doa beliau. Allah perintah nabi musa pukul tongkat pd
batu maka terpancarlah 12 mata air. Selepas itu, mereka minta makanan pula,
lapar. Nabi musa doa pd Allah dan Allah turunkan makanan dari langit utk
mereka. Begitulah makbulnya doa nabi bani israil.
Ketiga, bila umat tak jadikan dakwah sebagai maksud hidup, mereka tinggalkan usaha dakwah ataupun buat dakwah main2, maka Allah akan bangkitkan penguasa/pemerintah yg zalim ke atas mereka. Mereka akan dibunuh, dicincang spt sayur dicincang. Keempat, bila tinggalkan usaha dakwah, Allah akan tolak doa, Allah tak terima doa.
Tidak ada jln lain utk kita ubah nasib umat hari ni,
melainkan kita semua kena bangun dan bertaubat pd Allah, jadikan dakwah sebagai
maksud hidup kita, kita kena bagi masa utk agama Allah, sampai mati kena
buat usaha dakwah, kita kena buat
keputusan dan keluar tunai di jln Allah. Allah yg bagi rezeki, Allah yg
tunaikan segala hajat dan keperluan kita, mereka yg beriman dan bertaqwa pd
Allah maka Allah akan bagi jln keluar dari segala masalah. Hargailah mahkota
kerja ini, kerja nabi dan rasul, maka Allah akan hargai kita dan Allah akan
bagi dunia dan akhirat pd kita. Sahabat telah korban habis-habisan utk agama
Allah. Allah tundukkan kerajaan dunia di bawah tapak kaki sahabat. Allah boleh
buat perkara yg sama bila kita semua buat keputusan utk keluar di jln Allah,
bergerak ke seluruh alam. Siapa sedia, 4B tunai!
Bayan asat dan mahgrib hari sabtu,bayan suboh ahad ada x tuan?
ReplyDeleteada
ReplyDelete