Jor karkun 4B & ulamak 2016 - usaha masturat

Bayan asar usaha masturat – wasiful islam (kakril)
sri petaling - 01/10/2016

Allah s.w.t telah letakkan kejayaan manusia hanya dlm agama. Kejayaan bukan dlm harta, benda, sijil, pangkat. Apa itu agama? Agama ialah perintah Allah cara nabi s.a.w berserta ikhlas. Agama bukan sahaja utk lelaki, agama juga adalah utk wanita. Mereka yg amal agama akan berjaya di dunia dan akhirat. Mereka yg tinggalkan agama, akan rugi dan gagal di dunia dan akhirat. Dlm kubur akan di azab. Oleh sebab itu, Allah telah hantar para nabi/ambiya a.s kpd manusia utk bagitahu manusia bahawa Allah rob/pencipta kamu, taatilah Allah, sempurnakanlah perintahNya. Kehidupan dunia adalah kehidupan sementara. Kehidupan sebenar adalah kehidupan akhirat. Manusia dihantar ke dunia utk buat persiapan akhirat. Mereka yg buat persiapan maka akan mengadap Allah dgn kejayaan.

Nabi s.a.w adalah nabi yg terakhir. Tidak akan ada lagi nabi yg akan dtg sampai kiamat. Kerja dakwah harus diteruskan sampai kiamat. Siapa yg bertanggungjawab atas kerja ini? Sudah tentulah umat nabi s.a.w. Allah telah pilih umat akhir zaman utk meneruskan kerja ini. Nabi s.a.w telah sediakan umat ini utk buat kerja dakwah. Para sahabat, golongan pertama yg telah buat usaha ini bersama nabi, ada lelaki, ada wanita, ada kanak2, ada hamba, semua lapisan masyarakat telah disatukan dlm kerja ini.

Pada hari pertama kenabian, nabi telah menyeru isteri baginda, khatijah r.ha masuk islam. Kemudian, teman rapat baginda, abu bakar r.hu, hamba sahaya zaid b harithah r.hu, isteri zaid iaitu ummu aiman r.ha, sepupu nabi ali r.hu dari kalangan kanak2. Pada awal seruan pd agama, seolah2 nabi telah bentuk satu jemaah bersama nabi. Nabi telah bawa umat kpd kerja agama. Setiap org yg terima islam akan merasa t/jawab kerja agama sptmana nabi s.a.w. Ada lelaki yg masuk islam disebabkan wanita. Ada wanita yg masuk islam disebabkan lelaki.

Umar r.hu masuk islam melalui wanita, iaitu adik beliau fatimah r.ha. Ketika saidina umar dlm perjalanan nak pergi bunuh nabi, dia telah diberitahu tentang keislaman adiknya, maka dia terus pergi ke rumah fatimah khattab, dan memukul adiknya sehingga dia berasa penat. Dia keletihan dan tertidur. Setelah sedar dari tidur, dia lihat adiknya yg telah kena pukul teruk sedang bersolat. Hati beliau jadi sejuk dan merasa malu. Beliau telah dibawa jumpa nabi s.a.w dan terima islam.

Satu ketika, Abu bakar r.hu telah buat dakwah depan kaabah di depan org2 quraish. Beliau telah dipukul dgn dahsyatnya sehingga pengsan. Kulit kepala telah tercabut. Wajah telah berubah. Beliau telah dibawa balik ke rumah. Setelah sedar, perkataan pertama yg keluar dari mulut beliau ialah bagaimana keadaan nabi s.a.w. Beliau tak akan makan dan minum selagi tak tahu keadaan nabi s.a.w. Beliau suruh ibunya pergi berjumpa fatimah khattab r.ha dan tanya keadaan nabi. Dia pura2 tak kenal sebab pd masa itu penindasan yg begitu dahsyat dari org quraish. Setelah dipujuk, dia ikut dan pergi berjumpa abu bakar r.hu. Bila dia lihat keadaan abu bakar yg begitu teruk, dia telah menangis. Abu bakar tanya keadaan nabi s.a.w. Dia jawab, nabi selamat dan berada di rumah arqam. Pd malam hari, mereka telah pergi berjumpa nabi s.a.w di darul arqam. Bila nabi dan sahabat2 yg lain lihat keadaan abu bakar, kesemua mereka yg berada dlm rumah itu menangis. Abu bakar suruh dakwah ibunya dan pd ketika itu juga ibu abu bakar masuk islam. Setiap individu umat kena fikir macam mana nak selamatkan manusia dari azab Allah dgn menerima islam.

Satu ketika, Abu talhah yg belum islam pd ketika itu telah berjumpa dgn ummu sulaim yg dah masuk islam.  Ummu sulaim adalah janda. Ada anak lelaki bernama anas ibnu malik r.hu. Abu talhah ingin berkahwin dgn ummu sulaim. Ummu sulaim kata, kalau nak kahwin kena masuk islam, beriman pd Allah. Keislaman kau adalah mahar utk perkahwinan kita. Abu talhah sedia masuk islam dan ucap kalimah, anas bin malik telah nikahkan mereka. Kehidupan sahabat yg simple/sederhana. Matlamat mereka ialah bagaimana setiap org dpt terima agama Allah.

Pada masa fatah mekah, ikramah bin abu jahal telah melarikan diri. Isterinya, ummu hakim r.ha, minta keamanan dari nabi s.a.w utk ikramah. Nabi s.a.w telah bagi seledang baginda sebagai tanda aman. Ummu hakim telah keluar dari kota mekah bersama hamba sahaya lelaki utk mencari ikramah. Ikramah telah lari ke arah laut. Hambanya ada niat yg tidak baik terhadap ummu hakim, org kpg telah tangkap dan ikat hamba tersebut. Ummu hakim telah meneruskan perjalanan seorang diri. Bila sampai di pantai, ummu hakim telah pujuk ikramah utk balik ke mekah kerena nabi telah bagi keamanan. Bila sampai di mekah, nabi telah hamparkan kain utk muliakan ikramah. Ikramah pun menerima islam dgn fikir seorang wanita. Ikramah telah berikrar akan mennggunakan seluruh harta dan tenaga dia utk mengembangkan islam.

Lelaki dan wanita di zaman nabi telah bersama-sama buat kerja agama. Allah telah melebihkan kemuliaan utk wanita. Keluarga yassir telah ditangkap dan diazab. Yassir, isterinya sumayyah dan anaknya ammar. Allah telah pilih sumayyah r.ha sebagai org islam yg pertama syahid. Keesokan harinya, yassir r.hu pula syahid. Allah telah muliakan wanita. Ini pengorbanan diri. Dari segi pengorbanan harta pula, sebelum dari abu bakar korbankan semua harta beliau, khatijah lebih dahulu telah korban semua hartanya utk nabi s.a.w. semua harta telah habis utk agama. Hadratji rah. selalu bagitau, sebagaimana t/jawab agama keatas lelaki, t/jawab yg sama juga keatas wanita. Tak ada beza. Agama akan berkembang bila ada usaha dari lelaki dan wanita.

Kita, kaum lelaki kena sediakan wanita2 dlm keluarga kita utk buat kerja agama. Isteri, ibu, anak, adik, nenek dll. Kena libatkan wanita dan bersama2 buat pengorbanan utk agama. Maulana ilyas rah. kata, bila wanita mula ambil/buat kerja ini, maka dari saat itu saya merasa yakin akan bersinarnya kerja ini. Kita kena fikir utk libatkan mereka dlm dakwah, dlm taklim, dlm segala juzuk kerja agama.


Bagaimana bermula kerja dakwah ini pada zaman maulana ilyas rah., Allah telah pilih maulana ilyas. Beliau telah pergi berjumpa mufti kifayatullah, mufti besar di India. Beliau ingin minta pandangan dari seorang alim besar. Beliau beritahu bagaimana tertib usaha nak dijalankan. Ada org keluar jln Allah, ada usaha ziarah, ada muzakarah, ada bayan. Mufti kata, kerja yg kau nak buat ni memang bagus tapi siapa yg akan buat? Sebab manusia sibuk dgn urusan masing2, tak ada masa, inikan pula nak tinggalkan dunia dan bagi masa utk agama.

Maulana ilyas telah buat usaha di mewat. Setelah beberapa tahun maka terbentuklah satu jemaah 3H yg pertama. Jemaah itu telah dihantar ke masjid mufti kifayatullah. Bila mufti nampak jemaah ini dan tanya dari mana? Mereka jawab, kami adalah jemaah maulana ilyas. Maka mufti pun kata, sekarang siapa nak cakap pula? Tiada persoalan/asalan lagi. Maulana ilyas telah buktikan ada org yg boleh keluar jln Allah. Dgn kesungguhan dan susah payah maulana ilyas, jemaah telah dpt dibentuk dan keluar jln Allah.

Setelah beberapa lama usaha dikalangan lelaki berjalan, maulana ilyas telah menerima satu surat dari wanita. Mereka pun ingin keluar di jln Allah. Maulana ilyas telah suruh mulvi daud berjumpa ahli syura dan bentangkan berkenaan wanita nak keluar di jln Allah. Kesemua ahli syura tak bersetuju. Maulana Yusuf pun salah seorang yg tak setuju wanita keluar dari rumah. Maulana ilyas telah berjumpa sendiri dgn anaknya, maulana Yusuf. Beliau kata, kalau ada kematian, wanita akan keluar dari rumah. Kalau sakit nak ke hospital, wanita kena keluar dari rumah. Pendirian maulana ilyas nak keluarkan jemaah masturat sangat kuat. Mulvi daud telah usaha bentuk jemaah. Maka akhirnya, jemaah masturat pertama telah dibentuk. Maulana ilyas sendiri telah bagi bayan hidayat. Bila sahaja jemaah masturat pertama keluar, maka hebohlah seluruh India terutamanya di kalangan para ulamak. Sekali lagi maulana ilyas telah pergi berjumpa mufti kifayatullah. Beliau terangkan tertib, 1. keluar dgn suami/mahram  2.hijab yg sempurna  3. duduk dlm rumah yg tiada lelaki  4. wanita tak buat gasht  5. wanita tak bagi bayan  6. wanita buat taklim dan muzakarah dlm rumah. Bila mufti kifayatullah dengar tertib tersebut, dia pun setuju.

Kesan dari wanita2 yg telah keluar di jln Allah, maka rumah2 telah hidup dgn amalan agama. Mereka ada fikir agama. Cahaya agama terpancar dari rumah mereka. Tapi sebaliknya, wanita yg tak keluar jln Allah, walaupun suami dah banyak kali keluar jln Allah dan buat pengorbanan, keadaan agama dlm rumah lemah dan malap. Dlm quran disebut, org2 beriman di kalangan lelaki dan wanita adalah saling membantu antara mereka. Mereka menyuruh kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran. Lelaki dan wanita kena berganding bahu dlm kerja ini.

Wanita2 perlu di zihin supaya faham akan kerja ini. Wanita juga bertanggungjawab utk buat kerja ini. Kalau zihin/fikir mereka tak dibentuk, maka ia akan jadi halangan utk kita dlm buat usaha agama. Bila nak keluar rumah nak buat 2½j, isteri pun masa tu suruh hantar pergi rumah mak dia. Maka tak jadi buat 2½j. Bila nak keluar 3H, isteri kata tak sihat, tak jadi keluar. Bila nak keluar 40H, isteri kata anak 5 org ni bawak sekali. Tak jadi keluar. Ini berlaku bila zihin wanita tak dibentuk.

Wanita yg dah terbentuk zihin, mereka bukan sahaja sedia tapi akan menyediakan suami dan memudahkan suami utk buat kerja agama. Bila kita kata nak buat 2½j, tapi kita balik awal, 1 jam dah balik, isteri suruh pergi balik habiskan 2½j. Bila mlm markaz, suami dah niat nak balik lepas isyak, tapi isteri dah siapkan 2 bungkusan, tak jadik nak balik, terus iktikaf sampai esok. Bila ada takazah negara jauh, tak cukup belanja, isteri sanggup gadai barang kemas, insyaAllah, Allah akan ganti yg lebih baik. Bila wanita ada fikir risau agama, mereka akan membantu. Sanggup berkorban lebih dari lelaki.

3 amal utk bentuk zihin wanita (ihtimam) :
1. taklim rumah
2. taklim mingguan
3. keluar 3H setiap 3 bln

Taklim rumah adalah t/jawab lelaki. Bukan maknanya kita dah duduk taklim di masjid, buat gasht, tak perlu duduk taklim di rumah. Ini tak betul. Utk hidupkan taklim di rumah, jgn guna kekerasan, arahan, paksaan. Buat dgn lemah lembut, kasih sayang. Bincang dgn keluarga bila waktu yg sesuai. Semua boleh duduk taklim.

5 amal taklim di rumah :
1. taklim kitabi. Baca kitab muntakhab hadith dan fadilat amal.
2. muzakarah 6 perkara
3. tashkil
4. halaqah quran
5. mesyuarat


Amal semasa taklim mingguan ialah:
1. taklim kitabi. Baca kitab muntakhab hadith dan fadilat amal.
2. muzakarah 6 sifat
3. tashkil

3 peringkat tashkil :
1. tashkil hidupkan taklim di rumah & 5 amal
2. tashkil mahram keluar jln Allah
3. tashkil keluar masturat bersama mahram

Dgn taklim mingguan akan timbulkan keinginan org2 awam yg dtg utk hidupkan taklim di rumah. Kertas tashkil perlu diserahkan pd jemaah masjid. Mereka akan buat usuli utk keluarkan jemaah

Kita bawa masturat keluar jln Allah setiap 3 bln. Keluar jemaah lelaki 2 bln dan bulan ketiga keluar masturat. Amal yg ketiga inilah paling kuat akan membentuk zihin wanita iaitu ketika keluar di jln Allah, buat pengorbanan utk agama.  

Selepas keluar 3H, keluar 10/15H. lepas tu keluar 40H IPB. Lepas tu boleh keluar 2B Negara jauh.  

Comments

  1. Anonymous4.10.16

    alhamdulillah.bayan maghrib 1 oktober tuan ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir