Jor karkun 4B & ulamak 2016 - amal masjid

Muzakarah kerja makami / 5 amal masjid – bhai farouk akola
sri petaling : 01/10/2016 

Kita semua kena faham daripada kehidupan para sahabat r.a. Macam mana para sahabat keluar di jalan Allah s.w.t bersama nabi s.a.w kita pun kena keluar di jalan Allah s.w.t. Sahabat dan nabi s.a.w buat kerja tempatan kita pun jugak kena buat kerja tempatan. Kita kena lihat ke belakang dan mengikut para sahabat r.a. Mereka keluar di jalan Allah s.w.t dan jugak buat usaha tempatan. Sekarang ini adalah muzakarah usaha makami. Muzakarah ini adalah untuk kita dan untuk umat dan tuan2 hendaklah dengar dengan betul2 sebab ini adalah amanah untuk tuan2 sampaikan kepada orang yang tidak dapat datang. Tuan2 dengar dengan tawajjuh untuk tuan2 sampaikan kepada orang yang tidak ada.

Agama yang telah tersebar adalah atas usaha oleh para sahabat r.a yang telah pergi ke seluruh alam. kita kena masukkan ke dalam hati kita bila di seru untuk keluar di jalan Allah s.w.t kita kena bersedia. Walaupun kita tak ade apa2 harta dan kita mintak dengan Allah s.w.t untuk sambut takaza. Sahabat r.a telah pergi ke seluruh dunia untuk sebarkan agama. Berkat orang2 terdahulu kita telah dapat agama. Bila kita tidak keluar di jalan Allah s.w.t kita hendaklah buat usaha tempatan @ makami di tempat masing2 dengan bersungguh2.

Amalan usaha jemaah masjid ini sama dengan yang telah sahabat r.a buat dengan nabi s.a.w. Mesyuarat harian dan juga memakmurkan mesjid dan buat taklim di masjid. Amalan yang di suruh kita buat itu sama dengan amalan yg sahabat r.a telah buat. Amalan yang kita buat seperti mesyuarat harian, taalim, ghast, semua amalan ini sahabat r.a telah buat dan semasa nabi s.a.w tak ade pun sahabat r.a tetap buat. Mereka buat sebagai maksud hidup mereka.

Tuan2 semua orang2 lama dan 5 amalan ini tuan2 semua dah tahu. Kalau suruh tuan2 cakap pun semua boleh cakap. 5 amalan ini kena ada di dalam diri kita semua. Kita sendiri yang kena buat. 5 amal ini kita sendiri yang kena amal. Amalan yang di bincangkan ini ialah amalan yang sahabat2 r.a buat dan dapat kejayaan di dunia dan akhirat. Kenapa amalan ini sahabat2 r.a buat dan mereka dapat kejayaan tapi kita tak dapat kejayaan macam sahabat2 r.a dapat?

Sahabat2 ada di antara mereka telah bagi masa 24 jam seperti ahli2 suffah. Ada di antara mereka bagi beberapa jam. Ada sahabat berjiran dengan Umar r.a yang sama2 bawa kambing ke pasar untuk di jual. Mereka telah berbincang kita berganti2 untuk bawa kambing ke pasar untuk di jual. Hari ini Umar r.a bawa dan esok jiran dia pulak bawa maka mereka telah dapat bagi masa di masjid. Kerana mereka bagi masa banyak untuk agama maka Allah s.w.t telah bagi keberkatan dalam kehidupan para sahabat.

Abu Hurairah r.a dapat satu karung buah kurma dan telah bahagikan pd sahabat2 utk makan dan Abu Hurairah r.a telah memakan buah kurma dalam karung yang sama itu selama 25 tahun tak habis2. Mereka telah mendapat semua keberkatan ini kerana mereka telah buat kerja nabi s.a.w. Hari ini kita hendak bagi masa 2½ jam susah, buat taklim di rumah pun susah, hendak keluar 3 hari pun susah sebab tidak ada keyakinan. Sahabat2 r.a, mereka yakin segala masalah samada keluarga, kesihatan, keperluan mereka dll selesai dengan mereka buat usaha agama dengan sempurna.

Mesyuarat di masjid nabi s.a.w bukan sekali saja. Nabi s.a.w dan Allah s.w.t tidak perlu kepada sesiapa. Mesyuarat ini adalah rahmat untuk semua umat. Bila ada masalah sahabat2 r.a akan di panggil dan berkumpul untuk mesyuarat selesaikan masalah itu. Betapa besar nikmat yg Allah bagi pada kita dan Allah s.w.t sebut dalam al quran. Dalam agama solat penting. Dalam usaha agama mesyuarat lagi amat penting.

Ali r.a tanya kepada nabi s.a.w bila kami ada masalah dan tuan sudah tidak ada di mana perlu kami rujuk? nabi s.a.w bagitahu kamu cari di dalam al quran, hadis dan mesyuarat. Mesyuarat ini kita dapat kekuatan fikir macam mana agama dapat datang kepada seluruh umat. Kita kena duduk di dalam amalan ini sebab ini amalan hidayat, dapat hampir dengan Allah swt. Untuk dapatkannya kita kena menangis dan doa mintak dengan Allah s.w.t. Bila dapat yakin, bukan 2½  jam, bahkan seluruh hidup kita akan bagi untuk agama Allah s.w.t.

Sahabat2 r.a mereka faham atas perkara ini dan seluruh hidup mereka untuk agama dan mereka bagi masa setengah hari di rumah dan setengah hari di masjid. Kalau kita bagitahu tuan kedai kena bagi masa 2½  jam untuk kedai. Tuan kedai akan tengok kita atas dan bawah sebab mungkin kita ini gila. Begitu jugak kita cakap dengan orang pejabat bagilah masa 2½  jam untuk pejabat. Begitau jugak orang ladang bagilah masa 2½  jam maka orang itu akan tengok kita atas dan bawah.

Satu ketika maulana telah keluar di satu tempat dan telah berjumpa dengan pekedai dan cerita akan kebesaran Allah s.w.t dan akhirat dan mintak bagi masa 2½  jam untuk.masjid. Maka pekedai itu terperanjat dan kata maulana ini sakit. Kemudian dia mula bercakap dunia pulak, tanya pekedai buka kedai pukul berapa dan tiap2 hari bukak kedai berapa jam? Pekedai itu telah bagitau dia buka kedai sehari 15 jam maka maulana pun buat terperanjat, haaaa 15 jam untuk kedai. Dia telah faham. Maulana tanya kenapa bagi masa 15 jam untuk kedainya. Maulana tanya macam mana boleh bagi masa 15 jam untuk kedai tuan. Pekedai kata saya ada anak, isteri, nak kawinkan anak dan semua urusan dapat di selesaikan dengan kedai ini. Seperti mana kamu yakin dengan kedai yang dapat menyelesaikan kamu, sahabat2 r.a yakin dengan amal mereka selesaikan semua masalah mereka. Sahabat2 r.a bagi semua masa mereka untuk agama Allah s.w.t. Kita kena buat azam dan niat semua masa kita di bahagi untuk agama Allah s.w.t. Dgn usaha dakwah, Allah s.w.t selesaikan semua masalah.

Usaha ini adalah untuk memakmurkan masjid. Maksudnya ialah kita menghidupkan masjid dengan amalan. Kita bentuk jemaah dan bergerak dan kita pergi pintu ke pintu, rumah ke rumah. Kelemahan kita ialah kita tidak jumpa orang. Kamu buat amalan ini dengan pergi rumah ke rumah dan bawa mereka ke masjid dan duduk dalam masjid. Dalam masjid ada halaqah iman dan bacaan taklim. Maulana pernah pergi ke satu tempat dan tanya ada tak orang yg bawa kamu ke mesjid. Dia cakap saya dah duduk sini puluhan tahun tapi tuan orang pertama yang ajak kami pergi ke mesjid. Inilah kelemahan kita tidak bagi masa. Sifat malu kita akan menjauhkan manusia daripada agama Allah s.w.t. Kita kena sediakan umat kepada kerja usaha atas iman. Melalui ketua rumah mereka akan sampai kan fikir agama. Kita kena terangkan usaha untuk memakmurkan masjid dan untuk sambut takaza agama.

Tuan2 niat untuk bawa jemaah keluar ke negara jauh, ada yang telah cukup syarat, kita jumpa rumah orang itu dan bentuk fikir mereka. Semua yang pernah keluar 4 bulan dan kita jumpa mereka dan bawa kepada amal memakmurkan masjid dan sediakan mereka untuk keluar. Jika dia sedia dan bawa tafakud dengan syura. Maka dengan cara ini kita dapat keluarkan jemaah.

Kita biasa beli barang, ada penjual barang pujuk untuk beli barang dan pastikan kita beli barang itu. Begitu jugak lah kita tanya berapa masa mereka sedia bagi. Kita tasykil anak orang itu yang ada sedia untuk keluar 3 hari. Dan pergi ke rumah lain tasykil untuk jemaah lain dan jemaah masturat. Bila cakap kepada mereka, tasykil keluar ke negara jauh dan iklankan program masjid dan libatkan semua keluarga mereka. Dalam mesyuarat, kalau ada satu orang anak sedang keluar, pergi ziarah keluarga itu. Pergi ziarah rumah orang yang sakit dan mati.

Tuan2 faham ke? Sedia buat tak? Nabi s.a.w bagitahu, orang yang datang ke masjid, Allah s.w.t bagi dia kerehatan, rahmat, reda dan mudah lintas titi sirat. Semua masalah dapat di selesaikan di masjid. Bukan sahaja masalah dunia saja tetapi masalah akhirat juga. Allah s.w.t tanya di mana jiran2 Aku? malaikat tanya siapa jiran Kamu ya Allah? Allah s.w.t bagitau orang2 yang memakmurkan masjid.

Abdullah bin Rawahah r,a mengajak sahabat2 lain datang ke masjid dan bercakap tentang iman. Ada sahabat2 mengadu kepada nabi s.a.w kerana mereka semua dah beriman. Nabi s.a.w kata, bahawa Abdullah bin Rawahah r.a mengajak ke majlis para2 malaikat. Sahabat2 r.a yang berkedudukan tinggi seperti Umar r.a jugak mengajak orang datang ke masjid. Bila kita cakap kebesaran Allah, maka iman kita akan meningkat.

Bawa orang ke masjid dan mendengarkan hadis2 dan cerita2 kepentingan usaha atas agama kepada orang yang susah hati dan banyak masalah. Ceritakan kepada mereka apa keuntungan dia buat usaha atas agama Allah s.w.t. Ada juga orang yang tidak sedia datang sebab sibuk maka terangkan di situ jugak. Tanya mereka bila dia boleh bagi masa. Kita sendiri jugak akan dapat bagi masa bahkan lebih lagi. Sediakan semua adik-beradik dan semua orang. Kalau dapat sediakan mereka utk bagi masa di masjid maka masalah taklim masjid kita dapat di selesaikan.

Apa itu taklim? Baca kitab muntakhab hadis, fadhilat amal dan fadilat sedekah. baca perlahan2 dan baca selama 1½  jam supaya hadis2 yg kita dengar dapat masuk ke dalam hati kita. Maksud taklim adalah untuk mendapatkan keyakinan akan janji2 Allah s.w.t. Kelebihan solat memakai miswak apa yang kita dapat. Kena baca dengan baik supaya orang baru tertarik untuk duduk dalam majlis taklim.

Taklim di rumah berserta 5 amal. Buat halqah quran untuk betulkan bacaan quran. Muzakarahkan 6 perkara supaya keluarga kita ada sifat sahabat. Tasykil untuk dapatkan sifat ini. Putuskan siapa yang hendak buat amal dan mesyuaratkan dengan famili kita.

Dlm usaha harian berapa banyak rumah yang ada dalam tanggungjawab kita. Hari ghast tentukan samada buat lepas mahgrib. Allah s.w.t amat gembira bila kita bawa hambanya datang ke masjid. Walaupun bilangan kita sedikit kita jangan ada rasa takut. Bukan maknanya ghast kita buat lepas mahgrib kita pula datang hampir waktu isyak. Orang tanggungjawab sekarang buat kerja dakwah tanpa ada rasa risau.

Kalau orang datang kerja masuk jam 8am tetapi dia datang jam 9am, maka boss akan buang dia kerja. Orang kerja pejabat mereka kena datang kerja jam 7.30am. Orang anggap kerja dakwah ini orang lain punya kerja. Kita anggap orang lain sudah datang awal. Macam kisah seorang raja hendak susu maka ada sorang anggap orang lain sudah bagi raja susu aku bagi air saja. Maka semua orang pun pikir yang sama maka semua bawa air.

Allah s.w.t boleh ambil orang lain untuk buat kerja dakwah ini bila kita main2 buat usaha dakwah yang penting ini. Bila kita buat dengan sungguh2 maka berita gembira Allah s.w.t akan bagi kepada kita. Bila kita buat kerja dakwah ini main2 dan cuai banyak amaran daripada Allah s.w.t. Macam kisah Abdullah bin Rawahah r.a lewat untuk keluar maka nabi s.a.w bagitau kamu telah lewat 500 tahun. Kita semua kena buat keputusan buat usaha ini dengan ikut tertib.

Ghast ke-2 adalah untuk menghidupkan masjid. Kalau kita buat betul2 maka dalam masa 5 - 6 bulan sahaja mesjid akan hidup dengan amal. Bila buat ghast ke-2, ajar org tempatan buat dan tengok bagaimana mereka buat. Pantau mereka buat boleh tak berjalan seperti biasa atau tidak. Bila jemaah 3 hari dapat di bentuk kita keluarkan mereka dengan kita. Jemaah 3 hari bukan semua orang lama berkumpul dan keluar sama.

Maulana Yusof rah. kata kalau orang lama keluar sama2 mereka akan berlaku pergaduhan atau jadi piknik/berkelah. Orang lama kena bawa 8 orang baru supaya mereka boleh buat usaha dan orang kampung yang kita pergi pun boleh buat usaha. Pastikan masjid yang kita pergi dapat hidup dengan 5 amal dan hidup usaha dakwah nabi s.a.w. Bila 2 orang lama bawa 8 orang baru maka akan ada banyak jemaah 3 hari. Maka tidak ada 1 kampung pun yg tidak ada usaha agama.

Supaya usaha agama di masjid dan kampung dapat di mantapkan dan diteruskan, maka kita kena buat jord halaqah. Jord ini hanya untuk berapa jam dan kumpulkan semua yang ada. Kita usahakan semua orang dapat datang, kita yang kena datang awal, baru semua akan datang. Kalau mula jam 10am kita wajib datang sebelum jam 10am. Mula dengan ambil kehadiran dan yang tidak dapat hadir kita usuli mereka. Ambil karguzari setiap masjid apa yang mereka telah buat. Bila ada kelemahan jangan marah mereka tetapi bagi targhib. Bila markas mintak keluarkan jemaah maka kita usahakan mana mesjid yang sedia. Kerja tempatan bagi takaza kepada mereka. Ada orang alim bagi mereka kerja.

Malam markas di Malaysia, solat asar di lewatkan supaya karkun2 dapat datang awal ke markas.
Orang tanggungjawab datang awal untuk putuskan siapa yg akan bayan asar, bayan mahgrib dan baca hayatus sahabah dan bayan subuh. tasykil kena tunai. Lepas bayan dan tasykil maka duduk secara halaqah dan fikir macam mana takaza dapat di sempurnakan. Targhib ahli keluarga kita masak untuk kita bawa makanan. Hayatus sahabah baca lepas isyak dan bagi orang alim yang keluar setahun baca. Kena iktikaf malam markas dan bukan balik rumah. Kita kena menangis untuk umat dan kita akan hampir dengan Allah swt. Lepas solat subuh duduk bayan subuh dan lepas isyrak baru balik rumah.

Semua sedia in sha Allah!

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir