1988 - maulana ahmad lat (2)
Mereka yang dipilih atau yang menghubungkan dirinya dengan usaha agama bukan di sebabkan oleh kebolehan yang ada padanya tetapi semata-mata pilihan Allah. Allah mempunyai dua perkara, kudrat dan sunnah. Kudrat Allah melampaui pemikiran. Tetapi sunnah Allah tidak akan berubah. Inilah yang dinamakan asbab. Begitu juga untuk hidayah maka usaha yang diperlukan ialah dakwah dan doa. Beruntunglah orang yang dipilih Allah sebagai asbab tersebarnya hidayah dan kebaikan ke seluruh alam. Untuk membina sesuatu bangunan kita perlukan beberapa orang dengan berbagai kebolehan. Kita tidak boleh ambil jurutera sahaja atau arkitek sahaja. Begitu juga dengan usaha agama kita perlukan semua jenis org dan sesuai untuk siapa sahaja. Macam mana dengan kalimah dan sembahyang boleh dapat kejayaan? Selalu kita rasa kalimah dan sembahyang tiada apa-apa, tetapi dalam azan dua perkara ini sahaja yang disebut. Selepas azan kita baca satu doa bahawa azan adalah dakwah yang sempurna. (Allahummarabb...