mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (5)

11/04/88 - nizamuddin

Allah letakkan kejayaan di dalam agama dan kegagalan di dalam selain agama, kejayaan tidak terletak di dalam kebendaan. Allah yang beri kejayaan dan manusia yang terima tetapi manusia tidak nampak hakikat kejayaan. Zahirnya nampak kejayaan dalam kebendaan tetapi hakikatnya Allah letakkan kejayaan di dalam amalan-amalan agama, kejayaan dalam kebendaan adalah satu penipuan.

Kejayaan yang Allah letakkan dalam amalan agama dan kegagalan yang bertentangan dengan agama adalah tersembunyi sebagaimana syurga dan neraka tersembunyi. Janji-janji Allah tentang amalan-amalan yang baik kita perolehi dari halakah-halakah ta’alim. Perkara-perkara yang Allah sembunyi dalam amalan sembahyang, puasa, taqwa dan lain-lain memberi kejayaan dunia dan akhirat.

Dalam mancis tersembunyi api, di belakang api tersembunyi nasi beryiani untuk lima ribu orang, juga tersembunyi satu gudang, tersembunyi berjuta-juta rupiah harta benda yang akan musnah.

Begitu juga anggota kita dapat digunakan mengikut kehendak Allah dengan betul maka di belakang mereka tersembunyi janji-janji Allah, syurga, bidadari dan sebagainya. Jika seorang mati tanpa iman kehidupan di neraka ditetapkan selama-lamanya.

Semua kehidupan selepas kita mati semuanya tersembunyi. Itulah yang dinamakan iman-bil-ghaib. Harta benda seperti lipan atau anggur dalam kaca, tidak dapat memberi menafaat atau mudharat. Oleh kerana manusia tidak dapat lihat kejayaan dalam amalan maka manusia usaha untuk kebendaan. Jika amal manusia itu baik walaupun ia dalam kemiskinan maka ia berjaya.

Apa itu amalan agama? Kita amalkan perintah Allah mengikut cara Rasulullah s.a.w. Di antara sahabat-sahabat terkemuka ada juga yang bertani dan berniaga tetapi mereka juga buat usaha agama.

Seseorang yang makan makanan yang berzat ia akan jadi kuat dan sihat tetapi jika di samping itu ia makan juga racun sedikit-sedikit lama-lama menafaat zat itu semuanya habis. Begitu juga dengan amalan-amalan agama. Amalan-amalan buruk boleh menghabiskan amalan-amalan baik.

Macam mana amalan agama boleh datang? Amalan agama boleh datang dengan usaha. Selepas usaha baru datang hasil. Jihad ertinya bersusah payah. Ia bermaksud belajar, berperang etc. mengikut keadaan-keadaan tertentu.

Usaha itu pula mesti usaha yang betul. Usaha tidak betul tidak dapat hasil. Kita tidak boleh ubah hati sesiapa termasuk diri kita. Kita tidak dapat beri hidayah kepada sesiapa. Hidayah boleh diperolehi dengan usaha yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Allah akan beri hidayah pada hati-hati yang ingin hidayah. Usaha kita ialah untuk dapatkan hidayah tetapi untuk memberi hidayah adalah kuasa Allah. Segala hasil itu akan datang melalui usaha. Bila kita usaha bantuan Allah akan datang dan agama akan hidup. Tetapi cara yang digunakan hendaklah cara Rasulullah s.a.w dan sahabat. Jika tidak, hidayah dan kejayaan tidak akan datang.

Asas yang asal usaha ialah ke atas kalimah dan sembahyang. Dari ini baru timbul ta’alim, zikir, pergaulan, ikhlas. Semua usaha ini perlukan hijrah sebagaimana sahabat-sahabat buat hijrah ketika itu fardhu, sekarang tidak fardhu. Fardhu ketika itu ialah tinggalkan Mekah pergi ke Madinah untuk seumur hidup. Selepas itu hijrah adalah sementara.

Kita ambil semua orang untuk usaha agama. Kita tidak mampu didik tuan-tuan jadi macam Jibrail a.s baru hendak buat usaha agama.  Maka kita keluar jalan Allah walau apa pun keadaan kita. Rasulullah s.a.w suruh sahabat keluar dalam keadaan apa pun.

Jika kita tidak terima orang luar dan usaha untuk orang-orang kita sahaja, ini adalah asbab tercabutnya tunjang-tunjang agama. Manusia tidak akan dapat hidayah jika hati tidak ingin kepada hidayah walaupun ia isteri atau anak kepada seorang nabi.

Ramai orang Mekah tahu bahawa Muhammad s.a.w adalah rasul dan nabi tetapi hati mereka degil dan tiada keinginan untuk hidayah. Ada yang degil kerana assabiyah mereka dan kebanyakkan peperangan yang berlaku di sebabkan assabiyah. Abu Jahal dikecualikan dari hidayah bukan kerana ia tidak tahu kerasulan Muhammad s.a.w. Abu Jahal, Akhnas dan Abu Sufian dengar nabi baca al-Quran di Kaabah kerana tertarik kepadanya tetapi degil dan tidak ingat hidayah.

Dari kecil hingga akhir hayat kita perlu usaha atas al-Quran :
1.        Lafaz dan tajwid betul
2.        Faham maknanya
3.        Amal isinya
4.        Dakwah orang kepada al-Quran

Dakwah kepada al-Quran adalah tanggungjawab semua umat. Kalau kita hendak amal al-Quran hendaklah kita selalu tanya alim ulamak kita. Kalau manusia amal al-Quran maka al-Quran keluar dari kertas dan masuk dalam diri manusia.

Ayat-ayat hukum hakam dalam al-Quran sedikit tetapi banyak ayat yang membentuk fikir dan membimbing manusia ke arah Islam. Tentang hukum hakam maka ini tanggungjawab alim ulamak tetapi tanggungjawab untuk menghidupkan al-Quran adalah untuk semua.

Satu kesilapan kita ialah kita selalu pandang kerja yang telah kita buat dan tidak pandang kerja yang kita kena buat. Oleh kerana ramai orang tidak ikut agama perlulah lebih ramai lagi orang buat usaha. Contoh, satu sudu gula dapat memaniskan satu cawan air tetapi bila satu sudu gula ini dimasukkan dalam satu kolah tidak akan rasa manis.

Zaman sahabat mereka anggap usaha ini kerja mereka dan pertolongan Allah pun diberi serta-merta. Usaha dakwah yang kita buat sekarang adalah usaha ambia. Yang penting sekarang kita kemaskan kerja-kerja kita.

Allah hijrahkan sahabat-sahabat ke Madinah dan mereka terima orang luar ini dan anggap sebagai saudara sendiri. Hari ini kita ada sifat perkauman dalam setiap peringkat dari negara sampailah ke kampung-kampung.

Orang Ansar hendak beri harta pada orang Muhajirin tetapi orang Muhajirin tidak mahu kerana mereka kata kami tinggalkan harta kami untuk agama Allah dan kami bukan datang untuk ambil harta kamu pula. Tingkah laku kita terhadap saudara kita yang Islam bergantung kepada sejauh mana keIslaman kita.

Tiga perkara kita kena usaha :
1.        Yakin kepada Allah
2.        Yakin kepada sunnah Rasulullah s.a.w
3.        Usaha agama

Keputusan Allah akan ubah jika kita buat usaha yang akan ubah keputusan Allah. Dari ayat al-Quran, kalau cinta 8 perkara lebih dari 3 perkara maka tunggulah keputusan Allah :
1.        Ibubapa
2.        Isteri
3.        Anak
4.        Adik beradik
5.        Saudara mara dan kaum
6.        Perniagaan
7.        Harta benda
8.        Rumah

Allah tidak suruh musnahkan cinta pada 8 perkara. Rasulullah s.a.w tunjukkan bagaimana Baginda cinta isteri, anak, cucu dan saudara mara. Allah pun tak suruh kurangkan tetapi jangan lebihkan cinta kepada mereka lebih dari cinta Allah, Rasul dan usaha agama Allah. Kalau kita ikut perintah Allah atas 8 perkara ini bermakna kita cinta Allah lebih dari 8 perkara. Jika bawa cara hidup Rasulullah atas 8 perkara ini jangan halang kita keluar jalan Allah.

Bagaimana hendak cinta 3 perkara lebih dari  8 perkara? Biasanya jika masa yang banyak digunakan untuk sesuatu perkara maka cinta kita terhadap tersebut akan bertambah. Saya tidak kata kurang masa dengan 8 perkara. Jika disuruh pilih antara 8 perkara dengan 3 perkara maka kita kena utamakan  yang 3 perkara. Hari ini dikalangan karkun pun ada assabiyah. Assabiyahlah yang menyebabkan orang Islam sendiri sanggup bunuh Saidina Usman. Kisah Saad bin Muaz membuat keputusan terhadap Bani Quraizah contoh bagaimana sahabat tidak bersifat assabiyah. Keputusannya bukan untuk kaum atau kawan tetapi keputusannya untuk Allah dan Rasul.

(Maulana Umar menangis)

Segala kemusnahan  perkara-perkara yang baik kerana disebabkan assabiyah. Kemusnahan umat Islam dan negara-negara Islam kerana assabiyah. Janganlah tuan-tuan hancurkan usaha tabligh ini dengan assabiyah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir