1988 - maulana ahmad lat (2)

Mereka yang dipilih atau yang menghubungkan dirinya dengan usaha agama bukan di sebabkan oleh kebolehan yang ada padanya tetapi semata-mata pilihan Allah. 

Allah mempunyai dua perkara, kudrat dan sunnah. Kudrat Allah melampaui pemikiran. Tetapi sunnah Allah tidak akan berubah. Inilah yang dinamakan asbab. Begitu juga untuk hidayah maka usaha yang diperlukan ialah dakwah dan doa.

Beruntunglah orang yang dipilih Allah sebagai asbab tersebarnya hidayah dan kebaikan ke seluruh alam. Untuk membina sesuatu bangunan kita perlukan beberapa orang dengan berbagai kebolehan. Kita tidak boleh ambil jurutera sahaja atau arkitek sahaja. Begitu juga dengan usaha agama kita perlukan semua jenis org dan sesuai untuk siapa sahaja.

Macam mana dengan kalimah dan sembahyang boleh dapat kejayaan? Selalu kita rasa kalimah dan sembahyang tiada apa-apa, tetapi dalam azan dua perkara ini sahaja yang disebut. Selepas azan kita baca satu doa bahawa azan adalah dakwah yang sempurna. (Allahummarabbahazihidakwatiytaammah...). Oleh kerana kita telah diselubungi oleh kebendaan sebab itulah kita tidak memahami azan ini. Contoh, dalam satu biji tamar ada banyak lagi buah tamar.

Kita semua kena yakin bahawa semua masalah dunia dan akhirat Allah sembunyikan kejayaan dalam kalimah yang pendek ini. Rasulullah telah beri jaminan bahawa dengan kalimah ini kita akan berjaya.

Kalau dibelah biji tamar kita tidak dapat lihat pokok tamar. Begitu juga amalan gasht, ta’alim, tasbih dan 3 hari jika kita belah memang kita tidak nampak apa-apa. Tetapi disinilah Allah sembunyikan kejayaan kita. Selalu kita disuruh hidupkan ta’alim rumah. Apa yang hak padanya? Itulah ta’alim yang wujudkan Amirul Mukminin Umar Faroq r.a.

Seorang petani tabur benih bukan untuk disia-siakan tetapi dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan pecahkan bumi dan tumbuhkan pokok. Begitu juga dengan kerja tempatan. Kita kena yakin dengan gasht yang sekejap, ta’alim sedikit sebagai asbab tersebar hidayah ke seluruh alam. Allah akan lahirkan orang beragama dalam rumah mana? Kita tidak tahu kerana itu semua tersembunyi tetapi Allah maha mengetahui.

Dalam sebiji gandum Allah sembunyikan roti untuk manusia walau apa pun kedudukannya. Pekilang, pekedai dan pekerja keperluan mereka Allah sempurnakan dalam biji gandum. Begitu juga dengan kerja-kerja tempatan. Allah sembunyikan kejayaan bagi semua orang. Gasht, tasbih, 3 hari, ta’alim masjid dan rumah.

Semua orang makan roti tetapi mereka tidak fikir siapa petani yang usaha bertungkus-lumus untuk tanam gandum. Begitu juga orang tidak akan tahu dan kenal asbab ta’alim, doa siapa si fulan dapat hidayah. Tapi di akhirat nanti akan kita tahu asbab siapa si fulan mula sembahyang, si fulan mula tunaikan perintah Allah tinggalkan maksiat dan sebagainya.

Janganlah kita memperbaiki pakaian orang tetapi pakaian kita koyak rabak. Begitu juga kita kena niat bahawa kita buat gasht dan kerja-kerja tempatan jangan kita rasa untuk orang lain sahaja tetapi yang penting ialah untuk diri sendiri. Petani bercucuk tanam pertamanya untuk keperluan diri sendiri, yang selebihnya barulah dijual untuk keperluan orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir