mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (2)

09/04/88 - nizamuddin

Pada setiap manusia Allah jadikan usaha sebagai suatu tertib baginya. Tanpa usaha seseorang itu tidak dapat menyambung hidupnya. Setiap manusia Allah berikan bilangan anggota zahir yang sama samada kaya atau miskin. Allah mahukan manusia menjalankan usaha menggunakan anggota-anggota tadi.

Berjaya atau gagal usaha tadi tidak bergantung kepada aggotanya tetapi terletak di tangan Allah. Keputusan terletak di tangan Allah. Manusia sangka kejayaan atau kegagalan di dunia ini adalah untuk selama-lamanya sedangkan di sisi Allah adalah sementara.

Seseorang yang membuat dakwah apabila bertemu dengan sesuatu perkara yang bertentangan dengan kehendaknya maka ini sebagai asbab hampirnya kepada Allah. Tetapi jika dengan dakwah bertambah dengan dunia maka ini adalah merbahaya baginya.

Balasan yang akan diterima oleh seseorang dari itu adalah di akhirat dan bukan di dunia. Di dunia tempat kita mencari kebaikan yang akan memberatkan mizan di akhirat nanti. Kadangkala yang menyebabkan seseorang itu masuk syurga bukan amalan seumur hidup tetapi satu-satu amalan yang menyukakan Allah. Contoh, sedekah atau memberi minum anjing.

Balasan kebaikan tidak layak diberikan di dunia kerana bumi ini bukan tempatnya untuk memberi balasan. Tiap-tiap perintah Allah mempunyai kekuatan yang luar biasa dan keadaan apabila Allah menghendaki sesuatu maka jadilah ia. Adakalanya ia dijadikan dengan serta merta dan adakalanya jadi sedikit demi sedikit, hikmahnya hanya Allah yang maha mengetahui. Di syurga segala kehendak kita akan ditunaikan serta merta.

Hidup Rasulullah s.a.w adalah terhad tetapi Baginda diutus untuk seluruh umat hingga ke hari qiamat. Menjadi syarat untuk dapat kejayaan dengan ikut cara hidup Rasulullah s.a.w.

Selepas perjanjian Hudaibiyah walaupun masa singkat tetapi Rasulullah gunakan masa itu dengan sebaik-baiknya untuk buat usaha tanpa memikirkan natijah. Oleh itu walaupun kita dapat sedikit peluang untuk buat usaha agama maka kita hendaklah gunakan masa itu dengan sebaik-baiknya. Anggaplah itu sebagai ghanimah untuk kita.

Kita harus faham bagaimana pertolongan Allah ada bersama kita dan dengan apa cara pula pertolongan itu boleh ditarik oleh Allah. Jangan lemah semangat dengan bilangan yang kecil dan sebagainya tetapi yang pentingnya pertolongan Allah ada bersama-sama kita. Dalam sejarah Rasulullah s.a.w kita dapat lihat bagaimana Baginda dapat pertolongan Allah.

Dua perkara mesti diingat :
1.        Tanpa pertolongan Allah, agama tidak dapat disebarkan
2.         Bagaimana untuk mendapatkannya ada dalam sirah Rasulullah s.a.w

Apabila kita pilih usaha agama maka terpaksa kita tinggalkan anak isteri, pekerjaan dan sebagainya. Contoh bagi kita ialah kehidupan para sahabat di mana mereka juga mempunyai keluarga dan pekerjaan.

Ada orang yang buat usaha agama tetapi Allah tidak bersama  mereka (hadith mengenai mujahid, alim dan dermawan yang tidak diterima amalan mereka)

Bilakah datang pertolongan atau kemarahan Allah bagi orang yang buat usaha agama. Kita tahu serigala musuh kambing. Dua perkara yang lebih bahaya dari dua ekor serigala :
1.        Anggap diri besar
2.        Buat usaha agama untuk dunia

Untuk memelihara diri dari dua perkara ini maka hendaklah kita belanjakan diri dan harta sendiri di jalan Allah s.w.t. Dengan ini bayak masa di jalan Allah dan kurangkan untuk keperluan dunia. Orang luar akan lihat seolah-olah kita campakkan diri dalam kebinasaan sedangkan Allah berjanji akan membalas setiap yang kita belanjakan di jalan Allah (sebaliknya menghisab apa yang kita gunakan untuk diri sendiri)

Kemenangan atas musuh Allah bukan bermakna kita dapat pemerintahan tetapi kemenangan ialah apabila tertib Rasulullah s.a.w dapat disebarkan ke seluruh alam. Jika usaha dapat pemerintahan atau kerajaan maka pertolongan Allah akan tercabut dari kita.

Para sahabat yakin dengan pertolongan Allah kerana mereka lihat sendiri pertolongan Allah dalam peperangan Badar, Khandaq dan Hunain. Selepas Baginda wafat pertolongan Allah ada bersama-sama dengan sunnah atau cara hidup Rasulullah s.a.w.

Kekuatan batil yang besar yang akan datang ialah kekuatan Yakjuj-Makjuj. Jika seorang mati akan bertambah seribu. Ini berlaku sejak zaman Zulkarnain. Orang yang boleh mengatasi kekuatan ini ialah orang yang ada iman dan agama yang hakikat.

Satu lagi kekuatan batil yang ada di hadapan kita ialah kekuatan Dajjal. Tapi usia hanya 40 hari. Yang boleh selamat ialah orang yang ada iman dan agama yang hakikat.

Apabila Allah hendak membinasakan sesuatu kaum maka Allah boleh gunakan apa sahaja kerana semuanya ini ada di dalm khazanah Allah. Contoh, nyamuk, air, etc. Kekuatan Allah tiada siapa dapat tandingi dan keputusan Allah tiada siapa dapat mengatasi.

Datang Baginda Rasulullah s.a.w membawa yang hak, adalah untuk membasmi yang batil dari muka bumi.

Dua perkara yang akan datang jika buat usaha :
1.        Nur hidayah
2.        Addin-Alhaq

Tetapi sebelum kita menerimanya Allah letak sedikit syarat iaitu diri dan harta kita kena belanja di jalan Allah dan kita jadikan usaha Rasulullah s.a.w usaha kita.

Allah beri bantuan dan pertolongan dengan berbagai-bagai cara dan rupa. Kita harus kasihan dan bantu saudara-saudara kita yang kelaparan dan miskin. Tidakkah harus kita lebih kasihan dan bantu saudara-saudara kita yang banyak mati tanpa iman dan amalan.   

Kita kena risau bagaimana risau Baginda tentang umat dan guna apa cara sekalipun untuk selamat umat manusia dari masuk neraka.

Agama yang diberikan Allah telah dijaga dan dibesarkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat tetapi sekarang telah dihalau keluar dari rumah-rumah kita dan dari seluruh kehidupan kita. Jika kita ambil dan dakap agama yang sedang dihalau itu pada dada kita maka Allah akan buka pintu berkat dalam hidup kita sebagaimana Allah beri keberkatan pada Halimatun Saadiah. Bantuan Allah bukan bermakna datangnya wang ringgit tetapi Allah akan penuhkan keperluan kita dari yang ghaib. 

Apabila Allah amkan hidayah maka berbondong-bondong manusia akan masuk agama Allah. Kisah sebenar bukan beri makan minum sahaja tetapi usaha atas hidayah. Allah mahu kita jalankan usaha agama. Allah tanya siapakah yang akan bantu agama Allah. Sebagaimana nabi Musa a.s tanya kaum Hawariyyin.

Mulai hari ini kita buatlah keputusan untuk jadikan usaha Baginda sebagai usaha kita, fikir Baginda sebagai fikir kita, risau Baginda sebagai risau kita.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir