mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (6)

12/04/88 - nizamuddin

Tidak ada kepastian mereka yang ada kebendaan boleh dapat kejayaan. Kudrat Allah yang berlaku dalam perut ibu, kubur dan syurga. Kita hendaklah bawa kudrat Allah bersama-sama kita dan ini menjamin kejayaan di dunia dan akhirat.

Walaupun ada banyak harta dan kebendaan tetapi jika bertentangan dengan kudrat Allah maka ia tidak akan berjaya. Apabila kudrat Allah dizahirkan, Firaun, Qarun, Shaddad tidak dapat berbuat apa-apa. Kebanyakan nabi-nabi Allah dilahirkan dalam keadaan dhaif dan tiada siapa mahu bantu tetapi kudrat Allah bersama-sama mereka.

Hanya cara Rasulullah yang beri kejayaan hingga qiamat dan kejayaan manusia terletak dalam cara Rasulullah. Kekacauan akan hilang jika amal cara Rasulullah. Rasulullah di hantar untuk seluruh alam.

Rasulullah telah sediakan sekumpulan manusia, macam mana hendak jalankan hidup cara Rasulullah. Untuk dapatkan kudrat Allah kita kena gunakan cara yang betul. Kita kena guna harta, diri kita dan masa dengan cara Rasulullah. Untuk ini setiap umat kena belanjakan diri dan harta dengan jalan yang betul. Setiap manusia, Allah berikan sedikit harta dan masa samada dia kaya atau miskin, tinggal di istana atau pondok

Kita kena gunakan diri dan harta dengan 4 perkara.  4 perkara itu ialah :
1. Allah ciptakan manusia seperti makhluk-makhluk lain dan dia ada keperluan
2. Sifat malaikat untuk beribadat
3. Sifat khalifah. Malaikat tidak boleh jadi khalifah. Apabila manusia jadi khalifah hendaklah guna harta dan diri untuk orang lain.
4. Gunakan harta dan diri untuk dakwah

Manusia akan lebih sesat dari binatang jika dia gunakan diri untuk keperluan sahaja.

Manusia beribadat dengan bermujahadah tetapi malaikat beribadat tanpa mujahadah. Ini perbezaan antara manusia dan malaikat. Tanpa tekankan keperluan diri manusia tidak dapat taat. Ini dinamakan korban. Jika manusia dapat korban kedudukannya lebih tinggi dari malaikat.

Manusia boleh jadi khalifah kerana ia guna harta dan diri untuk bantu manusia lain dan sama-sama menanggung kesusahan orang lain. Bila manusia taat dengan tekanan nafsu ia akan dapat kemajuan.

Menjadi khalifah bermaksud dia menutup kelemahan orang lain, menunjukkan kasih sayang dan memberi makan kepada orang yang lapar, memberi pakaian orang yang telanjang, menikahkan orang yang tiada isteri. Jika manusia membuat kesalahan ia menegur mereka.

Semua manusia suka akhlak yang baik. Jabatan polis, hakim dan penjara semua usaha hendak menjadikan manusia berakhlak baik, supaya manusia jadi manusia. Bagaimanapun dalam dunia tidak ada keadilan walaupun jawatan-jawatan ini ada. Akhlak akan datang jika manusia usaha ikut cara Rasulullah s.a.w.

Para sahabat suatu masa dahulu adalah hina. Rasulullah usaha bawa mereka pada iman, ibadat dan perbaiki akhlak mereka begitu tinggi. Bagaimana mereka yang begitu hina dalam akhlak boleh perolehi akhlak yang begitu tinggi. Kita juga usaha mengikut jalan yang sama. Kesan yang diperolehi datang dari mua’malat dan mua’syarat.

Melalui dakwah iman dan ibadat jadi betul. Maka mua’malat dan mua’syarat jadi betul. Orang-orang bukan Islam tidak nampak ibadat kita tetapi melalui ibadat ini manusia dapat akhlak yang dizahirkan dalam mua’malat dan mua’syarat. Mua’malat dan mua’syarat ini yang dilihat oleh manusia.

Jika kita amal tertib Allah dan tertib Rasulullah manusia akan masuk Islam. Seluruh manusia akan dapat hidayah. Akan timbul keinginan manusia untuk amal Islam di mana Allah akan berikan hidayah.

Ringkasan kehidupan Rasulullah ialah memberi. Kehidupan manusia rata-rata ialah merampas, mencuri, rasuah, judi. Apa yang ada di tangan orang lain dirampas. Orang kaya mahu ambil apa yang ada pada orang miskin, orang miskin curi dari orang kaya, kerajaan ambil dari rakyat, rakyat dari kerajaan, pekerja dari kedua-dua kerajaan dan rakyat melalui rasuah. Dunia seperti neraka. Harta dan diri tidak ada yang selamat.

Cara Rasulullah ialah memberi. Makan yang halal, pakai yang halal. Kita cuma tunggu Allah suka dengan kerja kita. Allah dengan cara yang ghaib akan palingkan hati manusia kepada Dia. Manusia boleh usaha dan sebarkan amal Rasulullah tetapi hati manusia di tangan Allah. Satu kawasan akan masuk Islam, satu negara masuk Islam. Oleh itu kita kena fikir apakah kita telah amal Islam dan doa agar manusia dapat hidayah? Di zaman Rasulullah ada tempat dan negara masuk Islam sdangkan jemaah tidak pernah masuk. Apabila angin hidayah masuk manusia berlari kepada hidayah.

Orang Mekah memusuhi Rasulullah bukan kerana kuasa, harta atau dunia. Ia dimusuhi semata-mata kerana Baginda seru mereka kepada Allah. Walaupun dipukul Baginda datang lagi pada mereka. “Setelah aku dipukul engkau dengarlah cakap aku. Terimalah Allah sebagai Tuhan dan aku sebagai Nabi. Jangan syirik kepada Allah sebelum kamu pula dipukul oleh malaikat Allah”.

(Maulana cerita penderitaan dan penghijrahan Zainab binti Rasulullah)

Kenapa tuan-tuan datang ke sini. Di rumah tuan-tuan ada makanan. Tuan-tuan bernasib baik. Ribuan manusia mati dalam peperangan tetapi mereka tidak dapat apa-apa. Walaupun ramai orang sembah patung dalam negara ini (India) tetapi kita dapat agama. Oleh kerana kerja agama inilah Allah telah kumpulkan kita disini. Rasulullah tidak fikir untuk diri sendiri. Begitu juga kita buat usaha bukan untuk diri sendiri.

Apa yang saya harapkan biarlah fikir, risau dan kebimbangan Rasulullah sebagai fikir, risau dan kebimbangan kita. Sesiapa yag buat kerja Rasulullah, Allah akan tunaikan keperluannya dengan cara yang ghaib. Allah akan sebarkan hidayah dengan akhlak. Ibadat ini bertujuan kita dapat akhlak. Contoh, Fatah Mekah. Orang yang disukai Allah ialah mereka yang banyak memberi menafaat kepada makhluk-makhluk Allah yang lain. Usaha atas hidayah yang paling besar ialah menafaat untuk manusia.

Kalau ada suasana dakwah, iman jadi kuat, ibadat jadi kuat dan akhlak jadi tinggi. 2 billion orang Islam akan jadi contoh kepada 5 billion orang bukan Islam. Kita jaga diri kita daripada segala jenis masalah khalifah dan kita pergi dengan diri kita sendiri kepada manusia. Kita tidak akan cakap tentang keburukan-keburukan tetapi tentang apa-apa kebaikan yang kita boleh buat. Dengan cara yang paling mudah diterangkan pembentukan jemaah masjid.

Cuba renungkan nisbah orang yang buat usaha dengan orang yang tidak buat usaha. Jangan tuan bilang orang-orang yang telah sembahyang tetapi berapa peratus lagi yang belum sembahyang.

Sekiranya melalui usaha kita maka kebaikan dapat diwujudkan maka hendaklah kita bersyukur kepada Allah. Kita buat usaha dengan niat untuk belajar dan bukan sebagai orang yang telah sempurna dalam pelajaran. Maulana Yusuf pun kata saya tidak pandai buat usaha ini dan bila kita buat usaha ini Allah akan tarbiyahkan. Orang-orang lama dalam usaha ini pun kata dia tidak tahu usaha ini, macam mana kita orang baru boleh kata saya sudah tahu tabligh.

(Hadzratji datang dan beri pesanan)

Kedatangan kita ke sini adalah untuk memahami dan mengamalkan usaha ini dan kembali buat usaha dengan selaras. Usaha ini usaha yang senang, mudah kita buat. Usaha dengan ikhlas, dengan mudah, dengan kesederhanaan.

Walaupun usaha ini mudah, kita usaha agar diri kita dapat buat usaha ini. Kita hendaklah buat gasht, ta’alim, zikir, sembahyang dengan khusyuk  dan gembira. Jangan buat dengan semangat berlebihan. Jangan dengan kasar. Ikram, lemah lembut. Sebanyak mana kita tambah fikir dan usaha sebanyak itu Allah beri kemajuan dalam usaha. Pandang diri kecil dan sentiasa buat usaha ini.

Wazifah yang tidak harus ditinggalkan :
1. Sembahyang fardhu lima waktu dengan berjemaah, tahajjud, awwabin, isyrak dan dhuha
2. Zikir 300 pagi dan 300 petang dengan penuh tumpuan
3. Tilawat al-Quran
4. Buat ta’alim fadhail
5. Seminggu 2 gasht, 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun

(Maulana Umar sambung)

Usaha dibuat secara ijtima’i dan hati kita dapat disatukan. Fikiran dan tabiat manusia berlainan, kita satukan untuk buat usaha. Dikalangan sahabat pun ada perkara-perkara bertentangan berlaku tetapi mereka dapat bersabar. Contoh, peristiwa Usamah bin Zaid dilantik jadi amer. Para sahabat tekan kehendak diri sendiri barulah jemaah dapat bersatu. Contoh, Saidina Umar lucutkan jawatan Khalid Al-Walid dan gantikan dengan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir