mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (7)
13/04/88 - nizamuddin
Allah buat segala-gala
dalam dunia dengan kudrat tetapi Allah memperlihatkan kepada kita bahawa
seolah-olah makhluk yang buat. Allah jadikan bumi tempat untuk ujian. Akhirat
bukan tempat ujian. Barang siapa buat kebaikan dalam dunia akan dimasukkan
dalam syurga. Ada
sungai susu tanpa lembu. Mahligai dibina tidak seperti di dunia. Makan tidak
perlu buang air. Makan-minum kerana untuk kelazatan.
Begitu juga di neraka. Ada
ular dan kalajengking tanpa menetas dari telur. Rantai tanpa dilebur dari besi.
Setiap perkara untuk membalas di neraka telah sedia ada.
Allah letakkan asbab
dalam dunia kerana Allah hendak uji samada hamba-hamba Allah ikut perintah
Allah. Kadangkala untuk taat perintah Allah kita tinggalkan asbab zahir.
Menunaikan perintah Allah suatu amalan besar. Contoh, untuk menunaikan
sembahyang tinggalkan ratusan ribu ringgit atau sebaliknya.
Bila manusia yakin
dengan janji-janji Allah yang tersembunyi dinamakan kekuatan iman. Kalau iman
kuat maka kita ada kekuatan amalan. Kalau kita ada iman kita akan dimuliakan
Allah. Pertolongan dijanjikan bagi orang yang beriman. Begitu juga dengan
keamanan.
Keamanan datang dari
Allah. Rata-rata sekarang tidak ada keamanan. Jika Allah buat keputusan tidak
ada kuasa yang boleh melawan keputusanNya. Kisah antara Musa dan Firaun.
Seluruh kekuatan dalam dunia tidak dapat lawan kekuatan Allah.
Rasulullah ikut bapa
saudaranya berniaga ke Syam. Raja Rom kumpul paderi-paderi dan buka Injil dan
tahu nabi akhir zaman telah lahir. Tanda-tanda nabi diketahui. Raja Rom
bercadang untuk membunuh Rasulullah untuk selamatkan negaranya. Kuasa yang ada
pada manusia adalah sementara tetapi manusia ingat kuasa dia kekal. Orang kuat
apabila mati, anjing kencing atas dia pun dia tidak boleh buat apa-apa. Seorang
rahib beritahu Abu Talib bahaya sedang mengancam Rasulullah disini.
Kisah Rasulullah hantar
surat
kepada Raja Parsi. Kudrat dan khazanah Allah adalah sangat besar. Orang yang
faham korban. Baru genggam benih untuk dapat seratus kilo hasil. Ada
orang buat usaha agama untuk dunia. Kita buat usaha agama untuk cari keredhaan
Allah.
Kaisar Rom tahu
kenabian Rasulullah tetapi kerana dunia, dia tidak mahu terima. Mereka tidak
syak kerasulan nabi tapi dahulu atas nama agama mereka cari harta, kalau mereka
terima agama sekarang mereka kena korban harta. Kaisar tahu kebenaran ini
tetapi untuk mengekalkan kuasa ia tidak dapat menerima. Rasulullah ada tulis
jika kamu terima saya apa yang ada pada kamu akan kekal. Tapi orang yang cinta
dunia mata hati jadi buta.
Nur ada dua jenis :
1. Nur yang ada hubungan dengan makhluk. Contoh:
bulan, matahari
2. Nur Khaliq
Bila ada nur Allah kita
nampak kebenaran jalan yang ditentukan Allah. Kita juga dapat melihat
kebinasaan jika bertentangan dengan kehendak Allah. Bila gelap manusia tidak
dapat membezakan mana tongkat dan mana ular. Ia perlu nur makhluk. Nampak
menafaat ikut perintah Allah dan nampak mudharat dalam engkar kepada Allah
dinamakan nur khaliq. Walaupun dalam buat usaha agama tanpa nur Allah ia buat
usaha agama untuk dunia.
Dua cara digunakan untuk
menjauhkan orang dari usaha agama :
1. Gertak
2. Beri kemewahan dunia
Akan terselamat jika kita
anggap nilai dunia seperti sayap nyamuk dan kuasa dunia seperti sarang labah-labah.
Kisah Abdullah bin
Huzaifah dengan raja Kristian. Walaupun engkau beri seluruh negara dan suruh
aku tinggalkan agama walaupun sekelip mata aku tidak sanggup. Beliau ada nur
hidayah. Kalau ada nur hidayah ia sanggup korban dunia untuk sebarkan usaha
agama.
Nur hidayah diperolehi
dengan dakwah, ta’alim, zikir, jadikan fikir nabi sebagai fikir kita, jadikan
usaha Rasulullah usaha kita.
Tanggungjawab umat
ialah :
1. Belajar agama
2. Amal agama
3. Sebarkan agama
Agama dapat disebarkan
dengan dakwah. Tarbiyah yang mula-mula bagi umat ini ialah dakwah. Bukan dakwah
sahaja tanpa ibadat. Apa yang kita dakwahkan kita kena amalkan. Orang bukan Islam dapat
kesan Islam apabila mereka lihat Islam dalam amalan.
23 tahun Rasulullah
kuatkan iman sahabat melalui usaha dakwah. 13 tahun mereka buat dua kerja,
korban dan dakwah. Mereka dapat kekuatan iman. Di Madinah bilangan mereka kecil
tetapi mereka dapat pertolongan Allah kerana tiga perkara :
1. Taqwa
2. Sabar
3. Doa (sambil menangis-nangis)
Maksud sabar walau apa
pun keadaan kita tidak akan tinggal perintah Allah. Jadikan kerja agama kerja
kita. Jadikan usaha Rasulullah usaha kita. Apa sahaja ujian Allah datang kita
sabar. Bila datang kesusahan kita sabar dan doa sambil menangis.
Kita perlu ada kesedihan atas seluruh manusia. Kalau ada sifat ini ia akan risau agama dan sentiasa
menangis. Jika kita jadikan risau agama sebagai risau kita dan kerja Rasulullah
kerja kita maka kita akan terselamat dari dunia. Dunia akan dicampakkan
dikakinya.
Dalam peperangan Uhud pertolongan
Allah diangkat semula kerana empat kelemahan :
1. cinta dunia
2. Kelemahan dalam syor
3. Berlaku perpecahan
4. Tidak taat
Tiga yang akhir itu
berpunca dari yang pertama. Keadaan ini berlaku sedangkan Rasulullah ada
bersama-sama mereka.
Dalam kumpulan orang
yang mahu akhirat jika ada beberapa orang mahu dunia pertolongan Allah akan
diangkat. Ahli Uhud mungkin akan dikritik hingga qiamat tetapi Allah telah maafkan
mereka. Kesilapan sebagai pengajaran
bagi orang yang akan datang.
Dalam peperangan Hunain
dari awal lagi pertolongan Allah tidak datang. Telah datang dalam hati beberapa
orang sahabat yakin terhadap bilangan. Sekarang bilangan karkun ramai tetapi
kerja tidak berjalan kerana kita lihat pada bilangan dan rancangan-rancangan.
Untuk selamat dari 4
perkara kita kena bawa 3 perkara, taqwa, sabar dan doa. Kita buat usaha agama
dengan korbankan dunia.
Comments
Post a Comment