mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (4)

10/04/88 - nizamuddin

Sekiranya kita dapat gunakan harta benda sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, dunia akan jadi aman. Modal kita adalah masa dan kebendaan. Kenapa Allah hendak beli harta dan diri kita dengan syurga sedangkan Dia yang beri kedua-duanya dan Allah tidak pun memerlukannya.

Maksudnya kita tidak bebas menggunakan kedua-duanya mengikut kehendak kita tetapi kita kena gunakan ikut kehendak Allah. Kita cuma sebagai seorang bendahari.

Kita kena gunakan kedua-duanya untuk mencari keredhaan Allah. Golongan awwalin Muhajirin dan Ansar adalah orang yang tahu gunakan kedua-duanya dengan betul. Sampai hari qiamat barang siapa dapat meniru mereka, maka Allah akan redha padanya.

Bila dapat gunakan kedua-dua perkara ini mengikut kehendak Allah maka hubungannya dengan Allah bertambah. Allah akan wujudkan suatu keadaan di mana tiada suatu kuasa yang dapat membantu kecuali Allah. Permohonan kepada Allah ketika itu adalah lebih besar nilainya daripada permohonan di waktu-waktu lain.

Kisah-kisah nabi Ayub, nabi Yunus dan sebagainya contoh-contoh doa yang tulus kepada kuasa Allah. Ketika-ketika tertentu seperti ini tidak selalu datang di mana pengharapan kepada Allah begitu tulus.

Nabi-nabi buat usaha cara pembantu. Setiapnya mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri. Ada orang pandai tashkil, ada orang buat khidmat dan sebagainya. Contoh, nabi Musa diberi 12 qabilah sebagai pembantu dan kawan kepada beliau.

Begitu juga Rasulullah s.a.w tidak dapat usaha hingga hari qiamat tetapi Baginda diberi pembantu dari kalangan para sahabat. Rasulullah s.a.w beritahu orang Madinah barang siapa sanggup membantu maka Allah akan jadikan contoh kepada generasi akan datang hingga hari qiamat. Oleh itu usahakan ramai rakan-rakan sebagai pembantu. Kita usaha juga agar mereka juga wujudkan pembantu-pembantu.

Usahakan dua sifat :
1.        Muhajirin – dengan keluar ke jalan Allah
2.        Ansar      – wujudkan suasana kampung Madinah dan bawa jemaah keluar

Jika kita ada sifat-sifat ini Allah akan redha dan akan ada hubungan yang paling rapat dengan Allah.

Nabi Yunus dapat pertolongan Allah di dalam satu keadaan yang gawat dengan perantaraan satu doa. Malaikat juga memohon doa baginya. Kita juga boleh dapatkan doa dari malaikat. Nabi bersabda barang siapa yang mengajarkan satu kebaikan pada orang lain maka para malaikat di langit akan mendoakan baginya. Ini termasuklah bayan, ta’alim, dakwah dan sebagainya.

Kurnia Allah sebelum mati pada orang yang diredhaiNya :
1.        Ketenteraman jiwa dalam apa keadaan sekalipun
2.        Allah wujudkan cinta kepadanya
3.        Keberkatan masa dan harta
4.        Segala masalah dapat diselesaikan dengan perantaraan doa
5.        Dikenali oleh para malaikat

Harta benda di dunia telah ditentukan oleh Allah tetapi agama, iman dan akhlak perlu diusahakan.

Abu Bakar r.a adalah orang yang paling tawakkal pada Allah tetapi ia masih tanggung kain ke pasar untuk dijual.

Nabi s.a.w dapat pertolongan Allah kerana setiap detik kehidupannya adalah untuk keredhaan Allah. Para sahabat ikut jejak Nabi s.a.w.

Ahli Suffah bukan malas kerja. Mereka diputus menetap di situ supaya apabila ada takazah maka Rasulullah boleh hantar serta-merta.

Bila membuat kerja-kerja kita dengan baik tetap selamat hidup kita ialah usaha agama. Dengan bantuan Allah kedua-duanya dapat dibereskan. Sebelum bantuan Allah datang kita tidak nampak tetapi apabila ia sampai maka kita dapat rasa. Bantuan akan datang jika kita jadikan usaha agama sebagai usaha kita.

Bagi sahabat-sahabat yang bekerja mereka ada dua sifat :
1.  Telitikan kerja mereka halal atau haram supaya tidak satu pun larangan Allah yang mereka         buat. Yakin memusnahkan hidup apabila buat amalan bertentangan dengan sunnah.
2.   Pekerjaan tidak jadi penghalang untuk buat usaha    

Pada setiap benda tersembunyi perkara yang baik atau yang buruk. Contoh, pisau pada tangan tukang masak dan pisau pada tangan penjenayah. Begitu juga pada setiap amalan agama seperti solat, zikir, tilawat dan sebagainya ada perkara-perkara yang tersembunyi dibelakangnya. Zaman sahabat Allah turunkan ayat-ayat yang menguatkan iman mereka sehingga apabila iman mereka kuat mereka minta sendiri Allah haramkan perkara-perkara tertentu. Hari ini kita inginkan rumahtangga kita dapat iman serta-merta dan haramkan itu ini. Akhirnya porak peranda. Kita tidak ikut tertib.

Kita selalu kata hidayah di tangan Allah tetapi pada amalan seolah-olah hidayah di tangan kita. Kalau orang tak dengar kata, kita marah sedangkan lemah-lembut ada di tangan kita. Kita harus lemah-lembut dan hati-hati dan samada kita tinggalkan kaedah-kaedah Nabi.

Fikir kita bukan mengapa manusia tidak dapat hidayah tetapi fikir kita ialah kesilapan amalan yang telah kita lakukan. Kadang apabila kita buat usaha agama, kita akan kurang masa untuk pekerjaan dan rumahtangga tetapi Allah akan beri berkat dalam pekerjaan dan keluarga.

Para sahabat tidak sanggup tinggal takazah walaupun mereka menghadapi kesusahan. Dapur Rasulullah s.a.w tidak berasap bukan kerana Baginda tidak pandai berniaga tetapi takazah agama adalah yang paling ulung sehingga Baginda tidak ada masa untuk uruskan makan-minum.

Usahalah pada orang-orang Cina di negara tuan-tuan. Mereka merupakan pintu usaha ke negara China di mana terdapat lebih dari 1 billion umat manusia. Setiap hari tuan-tuan bergaul dengan mereka tetapi tuan-tuan tidak usaha atas mereka. Merekalah yang akan usaha ke negara China dan bukannya tuan-tuan. Mengapakah orang-orang Malaysia tidak ada fikir untuk orang-orang Cina....(Maulana teresak). Ikram mereka, hubung dengan mereka dan libatkan mereka dengan kerja-kerja agama.

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, maka tanggungjawab orang lama untuk menentukan siapakah yang paling baik untuk menyempurnakan sesuatu takazah. Lain orang lain kemampuannya. Rasulullah s.a.w terima korban Abu Bakar r.a seluruhnya tetapi tidak terima ketul-ketul emas dari seorang kaya kerana Baginda tahu kemampuan pengorbanan sahabat.

Allah boleh beri rezeki dengan apa cara jika ada perkara-perkara berikut :
1.        Tumpuan hati tidak kepada harta orang
2.        Lidah tidak meminta-minta
3.        Susah senang tidak akan cerita pada orang lain

Cara Allah memberi bantuan dari seorang kepada seorang yang lain adalah berlainan. Ahli Suffah tutup bantuan dari luar barulah Allah buka pintu khazanah Allah terus.

Seorang sahabat dalam kesusahan. Isteri suruh cari kerja. Isteri fikir kalau tidak buat sesuatu jiran akan tahu. Dia bakar sampah di dapur supaya jiran ingat dia memasak dan kisar batu supaya jiran ingat dia kisar makanan. Bila suami pulang tanya apa bakar dan kisar. Isteri kata tidak ada apa-apa. Bila suami tengok dapur penuh roti dan pengisar keluar tepung. Mereka tidak mahu harap pada manusia dan tidak mahu tunjuk kesusahan pada manusia. Allah beri bantuan mengikut cara yang Dia kehendaki.

Bila buat kerja agama mestilah berperingkat-peringkat. Naik tangga satu-satu. Jangan lompat boleh jatuh dan membahayakan. Sekarang tuan-tuan naik satu tangga. Yang keluar 4 bulan sekarang tambah jadi 6 bulan. (Maulana datang ke dewan jemaah Malaysia dari bayan utama untuk tashkil orang Malaysia)   

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir