1988 - maulana ahmad lat (1)

Usaha agama yang diberikan kepadaa nabi-nabi Allah adalah khusus untuk mereka. Usaha dakwah juga diberi kepada umat Muhammad s.a.w. Usaha dakwah ini melebihi segala kebaikan yang lain. Apakah itu usaha dakwah? Dakwah adalah senang dan mudah. Usaha dakwah ini sekarang tidak perlu lagi pengenalan kerana ia telah masyhur ke seluruh alam sehinggga orang-orang yang bukan Islam pun sudah kenal.

Apabila Rasulullah di tanya apa itu Islam? Rasulullah terangkan rukun Islam yang lima dengan mudah. Usaha dakwah yang kita lakukan ini dapat diterangkan dengan mudah. Jika ditanya siapakah orang Islam? mereka ialah orang-orang yang telah usaha bertahun-tahun dengan pengorbanan yang banyak, mereka mewujudkan iman, akhlak, pergaulan dan mua’malat. Untuk sebut Islam memerlukan hanya beberapa patah perkataan tetapi untuk jadi org Islam memerlukan usaha yang bukan sedikit. usaha menjadi seorang islam ini memerlukan usaha yang bersungguh-sunggguh.

Dakwah ini suatu perkara yang sungguh tinggi dan hebat sekali dan inilah usaha yang akan buka hati yang terkunci. Dan dakwah ini adalah sesuatu kuasa yang akan menarik sesuatu bantuan dari langit. Ikramah kata ia rela mati dari terima Islam tetapi inilah usaha yang buka hatinya. Ini juga dakwah yang membuka pintu hati dan meninggikan Umar menjadi khalifah.

Maulana Ilyas kata jika usaha dakwah ini dilakukan dengan kehendakNya yang tepat maka bantuan Allah akan disegerakan. Masalah kita ialah adakah tuan dan saya layak untuk usaha ini? Semoga Allah pelihara (dilulang 3 kali). Janganlah kita jadi penghalang orang lain untuk datang kepada usaha yang mulia ini.

Dakwah yang boleh membawa manusia yang zalim beriman, betapa perlunya kita wujudkan akhlak yang mulia di kalangan kita. Orang yang beruntung dari usaha ini ialah orang yang niat untuk islah diri. Ingat ketika mula ikut usaha ini bagaimana keadaan kita ketika kita duduk ta’alim, dalam bayan, gasht etc. Tetapi sekarang semangat kita telah berubah kerana niat kita juga telah berubah. Dahulu kita niat islah diri sekarang kita nak islah orang lain.

Hadzratji rah. berkata ada dua perhatian pada kita yang buat usaha ini: 
1. Mua’syarah – pergaulan antara kita
2. Akhlak

Dimana sahaja kita berada dan apa sahaja yang kita buat jangan dari kita timbul kerugian atau penganiayaan kepada orang lain dan dari kita apakah yang orang lain boleh dapat kebaikan. Jika dengan perkataannya sahaja orang lain dapat kerugian maka tak perlu lagi kita tengok akhlaknya.

Walaupun kita buat sesuatu kesilapan tetapi kerana hati-hati kita bersatu Allah akan tutup kesilapan kita. Tetapi jika hati-hati kita tidak bersatu walaupun buat usaha bermati-matian Allah tidak akan pandang dan jikalau Allah hendak amkan hidayah ketika itu tidak akan terjadi.

Peperangan Badar merupakan tarikh Islam. Dan itulah hari Allah hendak membuat sesuatu keputusan. Ketika itu keadaan para sahabat hati mereka hanya kepada Allah sahaja. Orang yang langkahnya adalah langkah ke arah dakwah, Allah akan ajarkan hati mereka iman tetapi Allah akan datangkan ujian-ujian. Mereka keluar tanpa apa-apa persediaan. Allah tidak beritahu bahawa Abu Sufian telah ubah haluan kerana Allah mahu didik hati-hati para sahabat.

Oleh kerana peristiwa ini pertama dalam sejarah Islam dan akan datang peristiwa-peristiwa lain maka Allah menyediakan iman yang tepat untuk menghadapi peristiwa-peristiwa yang akan datang. Peristiwa ini diceritakan supaya tuan membandingkan diri tuan-tuan dengan peristiwa ini. Adakah iman kita meningkat dibandingkan masa kita mula-mula berada dalam usaha ini. Adakah dengan usaha ini kita tingkatkan iman atau dengan usaha yang sama kita hancurkan iman?

Maksud bahagian kedua dalam kalimah toiyyibah ialah peperangan Uhud. Rasulullah pesan pada pemanah-pemanah atas bukit supaya jangan turun. Tetapi Allah mahu ajar umat ini apa akan jadi jika mereka tidak ikut Rasulullah. Tujuh puluh orang telah di syahidkan sedangkan mereka adalah orang yang sama hadir dalam peperangan Badar. Ini semua berlaku sebagai ittibak Rasul. Kita kena tanya berapa banyak sunnah yang dapat kita amal dalam apa sahaja yang kita lakukan sejak hari pertama hingga sekarang, samada saya sedang bina kalimah atau meruntuhkannya?

Dalam peperangan Badar ada satu lagi pelajaran iaitu hubungan Allah dengan perantaraan doa. Pelajaran dalam peperangan Badar:
1. Keyakinan dengan Allah
2. Ittibak sunnah
3. Doa

Kalau pada orang-orang tidak beriman kita disuruh kasih sayang pada mereka apa lagi di antara kita orang-orang yang buat usaha. Untuk merawat penyakit kita ini Hadzratji kata kita yang buat usaha ini mesti ada hubungan rapat antara satu sama lain dan anggap diri kita semua kecil.

Kita perlu ada hati yang terbuka. Hati yang luas, e.g: Rasulullah telah buat perjanjian dengan orang-orang Yahudi. Tetapi orang-orang Yahudi tidak senang hati dan timbulkan kekacauan. Rasulullah tahu siapa yang buat angkara. Ketika orang Yahudi dikalahkan anak Abdullah bin Saluk diambil oleh seorang sahabat sebagai hamba. Baginda dengan hati terbuka telah ambil beliau sebagai isteri.

Hari ini dengan perkara kecil kita hendak bergaduh berpecah belah. Kita kena jadikan hati kita luas seperti lautan. Apa sahaja datang kita terima.

Satu perkara yang penting juga perlu wujud dihati kita ialah taat kepada amer. Ia merupakan tiang untuk kita berdiri. Apa sahaja keputusan diambil kita patuh

Apabila wujud sifat-sifat ini dalam diri kita sudah tentu Allah akan beri hasil. Semoga Allah pelihara kita (diulang 3 kali) . Jika tidak ada sifat-sifat ini dalam diri kita Allah boleh ketepikan kita dan ambil orang lain untuk buat usaha ini.

Mulai hari ini ya Allah Engkau kurniakan saya dengan sifat-sifat ini dan pilihlah saya untuk buat usaha ini. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir