mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (3)

09/04/88 - nizamuddin

Allah jadikan dalam dunia satu waktu yang singkat tetapi jika dapat habiskan masa yang singkat ini dengan tepat maka kita akan berjaya. Kehidupan yang tepat ialah kehidupan Rasulullah s.a.w.

Kedatangan nabi-nabi telah pun tamat. Tetapi zaman ini adalah zaman Baginda Muhammad s.a.w. Sebelum Baginda wafat Baginda telah sediakan manusia utk buat usaha Baginda untuk sebarkan keseluruh alam.

Sebagai manusia kita ada keperluan tetapi kita juga ada sifat malaikat iaitu ibadat. Disamping itu kita adalah khalifah , oleh itu kita perlu hubungkan diri dengan makhluk-makhluk yang lain. Yang keempat kita kena buat dakwah dalam masa yang singkat.

Tiga perkara perlu ada bagi sesuatu kenderaan :
1.        Bentuk
2.        Alat kelengkapan
3.        Kekuatan dalaman

Begitulah juga dengan diri kita. Bentuk diri hendaklah susun ikut bentuk Rasulullah. Susunan yang mana perlu didahulukan dan yang mana perlu dikemudiankan. Dan juga kekuatan diri dalam melakukan sesuatu amalan dengan tepat.

Tiap amalan dalam agama mempunyai hasil. Contoh, zikir – ketenteraman jiwa, doa- selesaikan masalah, sembahyang – berkat rezeki, etc. Semua masalah dapat diselesaikan dengan perantaraan amalan. Contoh, masalah kemiskinan dapat diselesaikan dengan nikah. Tetapi hanya amalan yang berjiwa/ada roh yang dapat menyelesaikan masalah kita. Jika tidak berjiwa masalah tidak akan selesai.

Kalau kita hendak susu kita perah susu lembu atau kambing yang berjiwa. Dalam mana-mana amalan jika ada lima perkara amalan itu jadi berjiwa :
1.        Yakin kita kena tepat
2.        Jalan yang betul
3.        Semangat yang tepat
4.        Ingatan yang tepat
5.        Niat yang betul

Sempurnakan hak, sebab jika tidak amalan kita akan habis. Perkataan-perkataan dalam Quran dan Hadith ada iman. Yakin atas sifat Allah, kudrat dan khazanah Allah. Dengan itu kehebatan kebendaan akan keluar dari hati. Yang memenuhkan keperluan adalah Allah. Pekerjaan kita hanya sebagai sebab.

Dalam perkara iman dua perkara mesti ada :
1.        Yakin Allah dalam hati
2.        Keluarkan ghairullah dari hati

Iman seperti ini akan hasilkan kemuliaan, kehormatan dan pertolongan. Iman seperti ini yang ada pada Bani Israel maka Firaun tidak dapat menguasai mereka. Iman seperti ini yang juga dipunyai oleh para sahabat.

Kita kena keluarkan keyakinan pada makhluk kerana ia kita dapat lihat sedangkan Allah tidak dapat kita lihat, oleh itu kena usaha. Yakin kepada Allah akan datang apabila kita selalu sebut kebesaran Allah dan dengar kebesaran Allah, iaitu suasana dakwah. Sekarang suasana ini sangat kurang.

Sekarang kita bentuk jemaah masjid dan 2½ jam dan wujudkan suasana ini. Begitu juga di rumah dan ketika keluar di jalan Allah serta di mana sahaja kita berada. Bilik tetamu Allah ialah syurga dan penjara Allah adalah neraka. Selalu kita cakapkan untuk yakin diri.

Bagaimana untuk keluarkan kebesaran makhluk, iaitu dengan keluar ke jalan Allah. Apa sahaja amalan termasuk usaha agama tidak dapat dilakukan tanpa korban.

Semangat hendaklah betul. Kita pastikan apakah janji Allah atas amalan yang kita lakukan dan dengan penuh harapan kepadaNya. Kita dapat wujudkan perkara ini dengan cakap dan dengar selalu janji dan balasan Allah. Ini di namakan fadhail ta’alim. Dalam bidang ini pun kita lemah.

Cara yang betul ialah cara Rasulullah s.a.w. Ini di namakan masa’il ta’alim. Kita tidak adakan majlis masa’il kerana boleh jadi pecah belah. Tetapi kita perlu belajar masa’il untuk membetulkan amalan kita. Apa sahaja yang kita hendak buat kita tanya pada orang yang tahu. Tiap-tiap perkara yang hendak dilakukan kita kena tahu halal atau haram.

Kita dapat betulkan ingatan dengan kita ingat Allah. Walau apa-pun pekerjaan kita mesti ingat balasan Allah dalam pekerjaan itu. Kita dapat banyak ingat Allah dengan berfikir, tilawat al-Quran dan banyakkan doa masnun dan bercakap tentang kebesaran Allah.

Niat betul iaitu keredhaan Allah, iaitu bukan kerana dunia. Orang yang kenal kebesaran dan khazanah Allah. Mencari keredhaan Allah dinamakan ikhlas. Mereka yang kenal khazanah Allah tidak akan buat usaha agama untuk benda yang sedikit. Ikhlas dapat diwujudkan dengan membelanjakan diri, harta dan kemahuan kita.

Perkara yang keenam ialah kita jaga hak saudara-saudara kita kerana ia akan memusnahkan amalan-amalan kita.

Perkara-perkara ini perlu dibawa dalam setiap amalan kita. Dengan itu amalan-amalan kita akan jadi sebahagian daripada agama. Ia akan jadi agama yang sempurna jika kita ikut tertib Rasulullah s.a.w. Contoh, roda bukan kereta, tetapi gabungan roda dan alat-alat kelengkapan lain membentuk sebuah kereta yang sempurna.

Susunan atau tertib letak amalan juga penting. Hari ini pekerjaan dan rumah kita letak nombor satu. Sedangkan yang sebenarnya :
1.        Ibadat
2.        Ilmu – cara Rasulullah dan halal atau haram
3.        Kekuatan iman – dapat menjauhkan perkara-perkara yang haram

Ini adalah lebih utama dari kedai dan rumah. Ini semua akan jadi betul jika kita jadikan kerja dakwah kerja kita. Rasulullah telah didik sahabat-sahabat bahawa dakwah adalah kerja mereka. Semua ini akan datang jika kita wujudkan risau Baginda.

Satu ialah agama dan satu lagi ialah usaha agama. Usaha dahulu kemudian baru datang agama. Usaha utama dalam agama ialah usaha atas kalimah dan sembahyang. Ini terdapat dalam laungan azan. Hendaklah kamu jadi hamba Allah 24 jam. Usaha pertama perkara ini adalah dalam sembahyang.

Usaha tabligh bukanlah usaha 4 bulan, 40 hari dan sebagainya tetapi ia adalah usaha sepanjang hayat kita.

Dua perkara perlu ada :
1.        Ikhlas – tiada kerana selain Allah
2.        Istikhlas – jadikan usaha ini usaha kita.

Kita hendaklah jauhkan diri daripada usaha-usaha lain selain jemaah kita. Seluruh keluarga kita jadikan kerja ini juga kerja mereka.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir