Posts

Showing posts from December, 2015

mesyuarat mingguan markaz KL - 30/12/2015

1. bincang mengenai ehwal student student termasuk IPTA/IPTS/F3/F4/F5 semua perlu dilibatkan dgn kerja agama mahalah atau halaqah kena ambil t/jawab jadikan satu umor dlm mesyuarat mingguan kena selalu pantau 2. targhib jgn guna whatsapp utk kerja agama – hj mohideen kena beri tumpuan dlm mesyuarat baru Allah akan bagi keputusan yg baik Allah akan buka jalan Jgn whatsapp – ini melemahkan mesyuarat dan melemahkan kerja Kena hadir dlm mesyuarat baru faham dan dpt roh mesyuarat Mesyuarat adalah perintah Allah dan sunnah nabi Kena buat ikut apa yg elders suruh. Bila whatsapp org tak dtg mesyuarat Mesyuarat bukan utk sampaikan maklumat tapi utk dtgkan fikir risau agama, satu hati dan sambut takazah 3. targhib kerja dan ijtimak – hj zaid syukur Allah pilih kita utk buat kerja agama maulana ahmat lat kata, tidak ada nikmat yg paling besar drp nikmat kerja agama kita mewarisi kerja saidul mursalin bila syukur Allah tambah nikmat kalau tak syukur A...

bayan malam markaz KL – ust husnul

01/11/2012  – sri petaling Tuan2 yg mulia, Alhamdulillah, syukur pd Allah s.w.t kerana dgn kasih sayang dan rahmatNya telah kumpulkan kita disini. Tanpa taufiq dan rahmat Allah apa pun kita tak boleh buat. lafaz Allah adalah lafaz yg sangat mudah utk disebut. Tapi tanpa taufiq dari Allah seorang pun tak boleh sebut. Sehari semalam kita bernafas sebanyak 25,000 hingga 27,000 kali. Bila Allah bagi taufiq pd seseorang setiap nafas disedut/dihembus dgn zikrullah. Bila Allah bagi taufiq semua jadi mudah. Apa itu taufiq dan apa itu hidayat? Hidayat adalah umum manakala taufiq adalah khusus. Kita dpt hidayat masuk islam tapi tak semestinya dlm hidayat itu kita dpt taufiq. Ada org diberi hidayat tapi tak diberi taufiq. Hidayat ada 2 makna. 1. Sebagai penunjuk jalan 2. membawa seseorang ke jln dan matlamat. Nabi2 dihantar ke dunia sebagai penunjuk jln sahaja kpd manusia. Nabi tak dpt sampaikan seseorang kpd matlamat hatta bapa saudara dia sendiri. Wahai muhammad, kamu tak bole...

bayan malam markaz KL - ust abdullah hizly

26/05/2013 – sri petaling Tuan2 yg mulia, Dlm bukhari ada satu hadith, menceritakan tentang 3 lelaki. Lelaki pertama dtg duduk di depan nabi dlm majlis nabi. lelaki kedua dtg duduk di belakang sahabatnya. Lelaki ketiga dtg dan lihat ada majlis di masjid nabawi tapi dia berpaling dan pergi. Bila selesai majlis, nabi tanya mahukah kamu aku khabarkan kpd kamu mengenai 3 lelaki. Lelaki pertama, Allah berhadapan dgnnya. Lelaki kedua, Allah berselindung darinya. Lelaki ketiga, Allah berpaling darinya. Kita beri tumpuan dlm majlis zikrullah. Duduk rapat dan semoga rahmat Allah hampir kpd kita. Manusia dtg ke dunia ini hanya melalui satu jln iaitu kelahiran. Manusia tinggalkan dunia ini juga melalui satu jln iaitu kematian. Antara tempoh lahir dan mati ada satu masa yg di panggil hayat/kehidupan dan tidak ada jln lain utk berjaya iaitu taat. Hanya dgn mentaati perintah Allah manusia akan berjaya. Seluruh keinginan dan hajat manusia terikat dgn kehendak Allah. wahai anak adam, Aku...

bayan malam markaz KL - ust abdullah hizly

04/01/2014 – sri petaling Tuan2 yg mulia, Dlm hadith nabi s.a.w, peniaga yg soleh, peniaga yg mana perniagaan tidak melalaikan mereka dari mentaati perintah agama, akan bangkit bersama nabi2, siddiqin, syuhada dan solihin. Dlm riwayat yg lain, peniaga2 yg mana perniagaan tidak melalaikannya dan tidak menipu akan masuk syurga tanpa hisab. Setiap org mahu masuk syurga tanpa hisab. Tapi bagi sahabat ada lagi amal yg lebih besar dari berniaga. Abu hurairah r.hu, imam muhaddisin, keluar dari masjid nabawi, pergi ke pasar madinah, jumpa sahabat dan ajak ke masjid, yg berniaga di pasar madinah semua adalah juga sahabat nabi s.a.w., sahabat berniaga bukan utk jadi kaya, sahabat berniaga semata-mata kerana akhirat. Seorang sahabat, dengar nabi bagitahu barangsiapa yg jual barang, ada org dtg beli barang tersebut, dibayar harganya, kemudian selepas beberapa hari dipulangkan semula barang belian tersebut, sipenjual dgn suka hati memulangkan semula duit, maka ganjaran utk sipenjual a...

bayan malam markaz KL - hj mohideen

31/01/2015 - sri petaling Tuan-tuan yg mulia, Allah yg buat segala-galanya Dialah Allah yg telah jadikan semua dgn kudratNya Dialah Allah yg telah jadikan air, dari air keluar buih, dari buih Allah jadikan bumi tempat di mana baitullah berada sekarang, Allah jadikan bukit utk kuatkan bumi, Allah jadikan langit, Allah jadikan arash dan Dialah Allah yg telah jadikan kursi Allah maha besar. Dihadapan Allah semua adalah kecil Langit, bumi, matahari, bintang, bulan, malaikat – semua kecil Allah jadikan segala-galanya tanpa bantuan sesiapa Dialah Allah yg memelihara segalanya Dialah Allah yg memelihara kaabah dari tentera bergajah Dialah Allah yg memelihara hajar dan ismail a.s di tempat yg tiada sumber kehidupan Dialah Allah yg pelihara ibrahim a.s dlm api.  Allah perintah api jadi sejuk dan sejahtera utk ibrahim a.s Menafaat dan mudarat di tangan Allah Dialah Allah yg telah hinakan namrud dlm istananya sendiri Dialah Allah yg berkuasa atas segala-galanya...

bayan malam markaz KL - wak omar

11/01/2015 - sri petaling Setiap saat dan ketika kita kena sedar kita adalah org islam dan kita adalah umat kpd nabi s.a.w Kita bukan org banjar, org bugis, kita bukan petani, pekedai, tapi kita adalah umat nabi s.a.w Kita duduk dlm bayan dgn jasbah umat nabi s.a.w Kita duduk dlm taklim dgn jasbah umat nabi s.a.w Kita buat gasht dgn jasbah umat nabi s.a.w Selepas nabi s.a.w, Allah telah buat keputusan utk tutup pintu kenabian Allah telah pindahkan kerja utk bawa umat kpd Allah ke atas setiap umat nabi s.a.w Setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak telah diberi t/jawb ini Disebabkan kelalaian kita, kita tak sungguh-sungguh dlm usaha ini, kita tinggalkan usaha ini – maka kita kena taubat dan istighfar Meninggalkan t/jawab kerja dakwah adalah satu kezaliman Kita kena taubat dan istighfar kerana tak anggap meninggalkan kerja ini satu kesalahan Dakwah adalah perintah Allah dan kita telah tinggalkan perintah Allah – kena taubat dan istighfar – minta ampun dari Allah –...

bayan malam markaz KL – ust ali

2012 - sri petaling Tuan2 yg mulia, Allah adalah rob kita. Allah pencipta kita. selain dari Allah semua adalah ciptaan Allah. Allah pencipta. Yg lain semua makhluk. Allah cipta benda dan Allah juga cipta keadaan. Allah buat apa yg Dia kehendaki. Bukan yg makhluk kehendaki. Seluruh makhluk nak buat tapi yg terjadi apa yg Allah kehendaki. Seluruh makhluk tak ingin buat, tapi Allah ingin pasti berlaku. Allah buat apa yg dia kehendaki dgn kudratNya. Allah tak berhajat pd satu pun makhluk. Allah yg menyempurnakan hajat seluruh makhluk. Seluruh makhluk di langit dan di bumi berhajat pd Allah. tak boleh buat apa2 dgn izin Allah. setiap detik, setiap saat Allah menghidupkan, mematikan, bagi menafaat, bagi mudharat, bagi kemuliaan, bagi kehinaan, bagi sihat, bagi sakit. Dlm satu masa Allah buat semua perkara serentak. Allah berkuasa atas segala sesuatu. Allah khaliq. Allah hafiz. Allah raziq. Allah pencipta selain dari Allah adalah makhluk dicipta. Allah pemelihara selain dari Allah adal...