bayan malam markaz KL – ust husnul
Tuan2 yg mulia,
Alhamdulillah, syukur pd Allah s.w.t kerana dgn kasih sayang
dan rahmatNya telah kumpulkan kita disini. Tanpa taufiq dan rahmat Allah apa
pun kita tak boleh buat. lafaz Allah adalah lafaz yg sangat mudah utk disebut.
Tapi tanpa taufiq dari Allah seorang pun tak boleh sebut. Sehari semalam kita
bernafas sebanyak 25,000 hingga 27,000 kali. Bila Allah bagi taufiq pd
seseorang setiap nafas disedut/dihembus dgn zikrullah. Bila Allah bagi taufiq
semua jadi mudah. Apa itu taufiq dan apa itu hidayat? Hidayat adalah umum
manakala taufiq adalah khusus. Kita dpt hidayat masuk islam tapi tak semestinya
dlm hidayat itu kita dpt taufiq. Ada org diberi hidayat tapi tak diberi
taufiq.
Hidayat ada 2 makna. 1. Sebagai penunjuk jalan 2. membawa
seseorang ke jln dan matlamat. Nabi2 dihantar ke dunia sebagai penunjuk jln
sahaja kpd manusia. Nabi tak dpt sampaikan seseorang kpd matlamat hatta bapa
saudara dia sendiri. Wahai muhammad, kamu tak boleh bagi hidayat pd org yg kamu
suka. Sesungguhnya Allah lah yg memberi hidayat pd org yg dia kehendaki.
Taufiq ialah menyediakan segala sebab2 kebaikan. Kita
sendiri berusaha utk sediakan. Itulah usaha nabi2. mereka membawa manusia supaya berkeinginan kpd hidayat.
Kerja nabi ialah bawa manusia yg tiada keinginan. Timbulkan keinginan dlm hati.
Maka Allah akan bagi taufiq kpdnya.
Usaha semua ambia a.s ialah bawa manusia kpd jln petunjuk.
Pergi jumpa manusia yg tak nak. Pujuk dan rayu sehingga timbul dlm hati mereka
nak kpd hidayat. Supaya umat kembali kpd Allah. nabi2 pergi jumpa setiap org
utk sampaikan kalimah iman. Wahai manusia, ucaplah lailahaillallah semoga kamu berjaya. Langkah pertama, suruh ucap
kalimah. Langkah kedua, siapa yg mengakhiri kalamnya lailahaillallah dgn ikhlas,
akan masuk syurga. Lepas ucap kalimah kena usaha atas keikhlasan kalimah.
Dakwah kalimah ialah dakwah kpd kebesaran Allah. dakwah
mafhum kalimah. Ajak manusia kpd kebesaran Allah. supaya kalimah kekal di
bibir2 org islam. Kalau tinggalkan dakwah kalimah, ia tak akan kekal di bibir2
org beriman. Ada org islam di sesetengah negara di dunia ni yg jemaah
telah sampai, mengaku islam tapi tak boleh ucap kalimah. 1. dakwah kalimah 2.
dakwah islam. Dakwah islam utk org yg tak beriman. Aslim, taslam. kamu islam,
kamu selamat. Dakwah kalimah utk org yg beriman. Kalimah iman juga dipanggil
kalimah taqwa. Org beriman adalah ahlinya. Penting dakwah iman ke atas org yg
ada kalimah. Dakwah kalimah kpd org islam dan dakwah islam kpd org yg tak ada
kalimah. Setiap org islam perlu pd iman. Dgn iman dpt buang segala perkara yg
Allah tak suka. Ikhlas dlm kalimah adalah meninggalkan semua perkara yg Allah
tak suka. Tinggalkan semua perkara yg haram. Itulah hakikat drp dakwah kalimah.
Kalau kita buat dakwah tapi masih buat perkara yg haram itu tandanya belum ada
kesan dakwah kalimah dlm diri kita.
Halal adalah jelas dan haram adalah jelas. Setelah dakwah
kalimah dijalankan maka setiap tindak tanduk kita kena pastikan adakah ia halal
atau haram. Kalau masih lagi buat perkara yg haram, kita kena taubat dan istighfar.
iman dan taqwa akan luntur dgn dosa dan maksiat. Dosa menghakis iman. Dosa
melunturkan kesan dakwah kalimah. Sabda nabi, kalimah lailahaillallah sentiasa memberi menafaat pd org yg mengucapkannya
kecuali org yg meringan2kannya. Sahabat tanya siapa yg meringan2kannya? Bila
maksiat berlaku terang2an dan dia tidak mencegah maksiat tersebut. mengabaikan
hak kalimah. Jgn tengok maksiat pd org lain. tengok maksiat dlm diri sendiri.
Perkara haram yg masih kita buat.
Lailahaillallah tak akan menular dlm hati selagi
zahir masih dipenuhi maksiat dan dosa. Kita takut ucapan tersebut tak masuk dlm
hati. Berpuluh tahun buat dakwah tapi tabiat buruk masih ada. Hilang sekejap
lepas tu dtg balik. Tak macam sahabat sekali buang seumur hidup tak dtg dah
kerana kesan lailahaillallah telah
berada dlm jiwa mereka.
Iman adalah ikhlas. Dlm muamalat kena jujur dan ikhlas. Dlm
muasyarat kena jujur dan ikhlas. Dlm akhlak kena jujur dan ikhlas. Itulah
bangunan islam. Islam adalah satu syariat. Perlu diwujudkan dlm diri kita.
Syariatul islam ada 5, imaniat, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. Asas islam adalah iman dan ibadat. Islam
tertegak atas 5 rukun (2 perkara asas adalah syahadah dan ibadat)
Islam bermaksud serah diri. Aslim. Serah segala keinginan
utk Allah. solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanya utk Allah. diri ku bukan
aku punya, hartaku bukan aku punya. Bila dah serah, maka tak boleh buat macam
mana kita nak. Kena buat ikut apa yg Allah perintah. Buat sebagaimana yg
disuruh. Bukan buat apa yg kita rasa nak buat.
Imam ghazali kata ibadat ada 10. solat, puasa, zakat, haji,
tilawah, zikir, tijarah, dakwah amal makruf nahi mungkar, tunaikan hak jiran
dan ihtimam akan sunnah. Semua ibadat ni kena dibuat macam mana yg disuruh. Apa
itu zikir? Setiap perkara yg membawa kpd ketaatan adalah zikir. Apa zikir dlm
bayan? dengar. Bila dengar akan faham. Bila faham mudah nak amal.
Amal sahabat tak banyak tapi kualiti amal mereka sangat
hebat. Itulah beza kita dgn sahabat. Bila usaha dibuat maka taqwa akan dtg dlm
diri. Takut pd Allah.
utk mereka yg bertaqwa, sudah beriman dan
beramal soleh – kena ada 3 taqwa
taqwa yg pertama – menghindarkan diri drp
perbuatan syirik secara terang-terangan
taqwa yg kedua – menghindarkan diri drp
perbuatan dosa besar dan maksiat
taqwa yg ketiga – mengosongkan hati drp ghairullah, hanya
ada Allah sahaja - ni taqwa paling tinggi. Sebagaimana taqwa ibrahim a.s semasa
dilontar masuk dlm api.
Kena usaha dan doa. Di malam perang badar, nabi telah berdoa
selama 7 jam. Kenapa kita dihindarkan dari berdoa? Kita tak diberi taufiq utk
bedoa sebab dosa. Kita kena taubat dan istighfar. Nabi yg maksum pun istighfar
70 kali sehari utk dirinya. Setiap hari kena ada penambahan dlm doa. 2 minit, 5
minit, 10 minit, 30 minit, 1 jam…Dah berpuluh thn buat tabligh tapi doa masih
takat tu je. Kena taubat. Kena rasa diri serba kekurangan. Kena rasa diri
lemah. Muhasabah diri.
Tambah korban. Usaha dan doa. Sempurnakan amal. Niat dan
azam. Buat usaha tempatan dan keluar di jln Allah. 4B/40H. semua sedia…
Comments
Post a Comment