mesyuarat bulanan KL - nasihat ust hazim
06/12/2015 - sri petaling
Tuan2 yg mulia,
Alhamdulillah, dgn taufiq dan hidayat drp Allah kita berkumpul
hari ni atas satu maksud yg sangat besar. Usaha ini berjalan dgn
bantuan/pertolongan dari Allah. kita lemah dan usaha kita lemah. Yg kuat, yg
berkuasa dan yg memberi hidayat hanya Allah. buat usaha dgn cara nabi dan
sahabat. Janji hidayat dan tarbiyah dari Allah hanya dgn usaha yg dibuat cara
nabi s.a.w dan sahabat. Di siang hari kita buat usaha dgn pengorbanan dan di
malam hari kita doa pd Allah s.w.t. nafikan segala usaha yg kita buat. dan
merayu pd Allah supaya terima usaha yg kita buat dan jadi asbab hidayat utk
diri dan seluruh umat.
Kerja ini adalah kerja pilihan. Kerja ini adalah kerja
qabuliyat. Kerja penerimaan dari Allah. Bukan kerja kebolehan. Allah pilih
hamba2Nya utk jadi nabi dan rasul utk buat kerja dakwah. Begitu juga dikalangan
umat ini Allah pilih utk buat kerja dan jadi asbab hidayat utk umat. Jadi asbab
utk pelihara agama dan sebarkan agama. Umat ini telah diberi t/jawab utk buat
kerja nabi dan kerja rasul. Allah ambil kerja dari mereka yg Allah berkenan.
Bila Allah ambil kerja dari kita maka kita kena sempurnakan dlm diri kita 2
perkara. Allah uji nabi ibrahim dan nabi ibrahim lulus ujian2 tersebut dan
Allah jadikan nabi ibrahim imam kpd seluruh manusia. Jadi ikutan seluruh
manusia.
Pertama, dari segi penyempurnaan sifat2. wujudkan dlm diri
kita sifat2 yg mana dgn sifat2 tersebut Allah terima seseorang utk kerja agama.
Kedua, dari segi pengorbanan. Nabi ibrahim a.s telah korbankan segala2nya utk
Allah. kita kena sedia korbankan apa sahaja yg kita ada diri, harta, masa,
kebolehan utk agama.
Sifat taqwa adalah natijah kpd iman. Bila buat usaha atas
iman sehingga satu tahap Allah bagi sifat taqwa. Bila ada sifat taqwa maka kita
akan jalani kehidupan di dunia ini dgn penuh hati2. setiap da’i perlu ada sifat
taqwa. Dlm kehidupan seharian, dlm muamalat, dlm muasyarah, dlm akhlak. Dlm
kehidupan sorang2 pun kena ada taqwa. Kena rasa kita sentiasa diperhatikan oleh
Allah s.w.t. Allah sentiasa mendengar setiap patah perkataan yg kita cakap.
Allah tahu apa yg ada dlm hati kita. Allah s.w.t tahu apa ada dlm fikiran kita. Allah tahu apa
niat kita. Allah tahu apa perasaan kita. Allah sentiasa melihat dan mendengar. Org
yg ada sifat taqwa akan rasa diri dia sentiasa di awasi oleh Allah s.w.t. dia
sentiasa berwaspada dlm perbuatan dia. Setiap langkah, setiap percakapan,
dibuat dgn penuh berhati2. supaya tidak ada satu pun gerak geri dia yg
melanggar perintah Allah s.w.t. tidak ada satu pun gerak geri dia bertentangan
dgn sunnah nabi s.a.w. Tinggalkan perkara2 yg haram drp anggota badan, dlm
muamalat, dlm muasyarat, dlm akhlak.
Sifat ittibaq sunnah. Jadikan seluruh kehidupan kita cara
nabi s.a.w. gerak geri, bangun duduk, muamalat muasyarat, akhlak, cara pakaian,
hubungan dgn anak isteri, dgn org atasan, org bawahan, kaum kerabat, jiran
tetangga. Setiap gerak geri da’i jadi contoh. Imamah. Macam imam dlm solat.
Jadi ikutan. Org akan ikut setiap pergerakan. Maulana saad kata salah faham
karkun di seluruh dunia bila anggap dakwah hanya buat 5 amal, keluar 3H, 40H,
4B. bila buat jadi da’i. Kerja seorang da’i bukan itu sahaja. Da’i ialah bila
seluruh kehidupan dia dari hujung rambut hingga hujung kaki, muamalat, muasyarat,
akhlak ikut sunnah nabi s.a.w. Hanya dgn ittibaq sunnah akan dpt hidayat. Jadi
contoh utk umat.
Sifat tawadduk. Dakwah adalah kerja yg besar. Tapi jgn rasa
diri kita besar sebab buat kerja yg besar. Kerja ini tinggi, saya rendah. Kerja
ini besar, saya kecik. Saya tak ada apa2. jgn ada perasaan saya hebat. Allah
sangat2 benci pd org yg ada sifat mcm ni walaupun sikit. Allah haramkan syurga.
Dlm hati kita kena ada perasaan sayang, kasih pd semua org. inginkan kebaikan
utk semua org. ini sifat yg ada pd nabi s.a.w. Bila kita rendahkan diri semua
org akan sayang.
Sifat sabar dan tahamul. Dari hari pertama kita mula jejak kaki
dlm usaha ini sampai mati akan penuh dgn ujian. Ujian dtg dari segenap arah.
Ujian paling besar dari rakan seusaha. Dgn sifat sabar dan tahamul akan
istiqamah dlm usaha ini sampai kiamat. Setiap da’i kena ada sifat ini. sabar
dan tahamul adalah alamat/tanda kenabian. Lagi banyak org buat jahat/kasar dgn
kita lagi banyak kita buat baik dgn dia. Maafkan dia. Jgn mengumpat. jgn cerita
keburukan org.
Kalau amalan kita sampai ke langit, buat pengorbanan hebat
macam mana pun, tapi kalau tak ada satu hati maka usaha kita Allah tak terima.
Tak jadi asbab hidayat. Kena buat usaha dgn kasih sayang, satu hati. Buat usaha
dgn lemah lembut. Kalau keras dan kasar, org akan lari. Maafkan mereka.
Istighfar utk mereka. Tutup keaiban. Buat usaha dgn mesyuarat.
Comments
Post a Comment